Arnab Daging

Tuesday, 28 January 2014

Peti Sejuk 200L

Disebabkan stock pedaging yang bertambah dengan reban yang x boleh di tambah, maka stock yang ada terpaksa di sembelih. Masalah baru pula akan timbul jika daging tidak dijual. Maka idea untuk mempunyai freezer sendri sejak dulu-dulu lagi muncul semula. Maka nak tak nak, akhirnya berjaya juga freezer tersebut di bawa ke RVR.

Date shipment : 11hb Oct 2013
Brand : Mistral
Kapasiti : 200 Liter
Power Consumption : 2.4KWh/24h


Angkat pakai kancil je...


Monday, 27 January 2014

Lawatan bersama GTR di Perak

Semasa di Kedah kami diajak bersama rakan Group Transformasi Ruminan (GTR) untuk melawat kawasan yang bakal di bangunkan untuk ternakan kambing yang berjumlah 20,000ekor di Kamunting Perak. Kawasan seluas hampir 1,000ekar ini akan dibina beberapa buah bangunan feedlot yang merangkumi seluas 20 ekar.

Sedikit briefing diadakan sebelum melawat beberapa kandang yang sedang diperbaiki.

Doa, Harapan dan Usaha mengiringi kalian.




Lawatan Aqiqah Perdana Kambing RM1 Kedah

Group Kambing yang telah diceburi telah bergerak jauh. Kali ini ke Kedah sempena Aqiqah Perdana Kambing RM1 anjuran Ternakan N & A Wawasan Sdn. Bhd di Kulim Kedah pada 25hb Januari 2014.

Aqiqah Perdana Kambing RM1 seekor di Kulim Kedah
Di kesempatan itu RVR telah mengambil beberapa gambar ternakan yang telah di jalankan oleh Syarikat tersebut selain dari pelabagai baka kambing.



Sunday, 26 January 2014

Friday, 24 January 2014

Makanan Sampingan Arnab

RVR ingin menunjukkan sumber makanan dedaun yang berada di sekeliling reban yang berada di kawasan rumah. Arnab anda pasti suka dedaun ini yang di buat sebagai makanan sampingan secara mingguan.

Daun Pandan

Daun Israel

Thursday, 23 January 2014

Nestbox Arnab Baru!

Itu hari ada seorang rakan bermurah hati memberi beberapa kepingan plywood dalam keadaan elok. Jadi nestbox arnab baru telah di buat dengan segera.

Saiz pertama, L x P x T = 10 x 12 x 9 untuk HL dan saiz kedua lebih kecil; L x P x T = 9 x 11 x 10 untuk ND. Masih banyak lagi plywood yang berbaki.


Dua saiz yang berbeza berdasarkan ukuran lebar yang sedia ada

Spesikasi Pallet Cargill Arnab 8012 terkini

Antara info yang di petik dari seorang pengguna;
 
"Cargill 8012 telah menurunkan peratusan crude protein dari 20% ke 16% (-4%) bermula pada pengeluaran bulan januari 2014. Atas desakan dan saranan dari top2 breeder dan pengedar utama di malaysia pd bln oktober 2013. Coz terdapat beberapa kes negatif pd akhir2 bln tahun lalu."

Setelah di periksa pada beg, berikut adalah kandungan yang telah dikurangkan.

Jadual perbandingan

Sebelum (kiri) dan Selepas (kanan) di ubah