Arnab Daging

Wednesday 22 August 2012

28-K17(2-2) = 28ekor

28 ekor baki terdahulu
K17 (2 ekor) dari ibu F010 yang sebelum ini sudah 2 kali melahirkan anak (K5-3 dan K9-7) .
K17 (2 ekor) mati dari 20hb-21hb/Aug.

4 hari aku tinggalkan arnab-arnab kesayanganku demi merayakan hari kemenangan Aidilfirtri, tiba rumah tiada yang lebih menyedihkan lagi selain kematian anak arnab yang baru di lahirkan. 2 ekor mati entah tak tahu bila waktu sebenarnya. Aku rasa silapnya datang dari diri aku jugak.

Silap yang paling ketara, aku meletakkan takung didik terlalu awal sehingga takung didiknya di penuhi najis induk. Walaupun aku sudah tahu tarikh si ibu melahirkan anak (kerana aku ada merekod tarikh mengawan), aku lupa untuk membersihkan takung didik tersebut sebelum aku meninggalkan si induk selama 4 hari.

Pada waktu yang sama aku melihat bangkai si anak, takung didik tersebut juga dipenuhi sedikit air yang meresap di antara carikan kertas. Entah air hujan ke (sebab cuaca hujan 1-2hari ni) atau kencing dari induk. Keadaan ini sedikit sebanyak memberikan persekitaran sejuk terhadap anak.

Sebab ketiga mungkin datang dari rekabentuk takung didik yang kurang sesuai iaitu bahagian bawahnya diperbuat dari brc. Ini juga turut menyumbangkan keadaan sejuk terhadap anak. Kalau di ikutkan, aku ada takung didik lain yang diperbuat dari kayu juga dalam saiz yang sama. Entah apa yang membuatkan aku lupa aku pun tak tau.

Sebab terakhir mungkin datang dari alas bumbung yang sedikit terselak membuatkan air hujan jatuh ke atas takung didik sekali gus membuatkan bulu-bulu si ibu basah.

2 ekor bangkai anak di samping takung didik yang kurang memuaskan


Sebagai langkah tetap untuk masa akan datang, aku kenalah memastikan bahawa arnab-arnab aku berada dalam keadaan perfect jika aku ingin meninggalkan mereka dalam jangka masa yang panjang. Lebih-lebih lagi untuk ibu bunting yang bakal melahirkan anak.

Pagi tadi juga aku ada memantau betina yang aku kahwinkan. Ada betina baru (dara) yang mungkin melahirkan anak yang pertama. Dalam carta/rekod aku mengatakan betina F043 ini bakal menjadi induk yg ke 10. Betina ini adalah dari keturunan F002 + J017 iaitu dari induk pertama dalam senarai RVR. Sementara si jantan J040 dari keturunan yang sama (adik beradik). Ini di namakan in-breading. Selalunya penternak ingin mengekalkan keaslian baka dari tercampur dengan baka lain. Aku tengok adik beradik ni pun dah baka mix. Hantam aja lah. Target aku maybe dalam 3 ekor. Due date aku tak pasti sebab sudah aku menyatukan adik beradik ini dalam tempoh masa yang agak lama.

So tunggu je la kelahiran seterusnya, K18.

No comments:

Post a Comment