Arnab Daging

Tuesday 28 August 2012

28+K18(2) = 30 ekor

Assalamu'alaikum
 
28 ekor baki terdahulu
K18 (2 ekor) dari ibu F041 yang buat kali pertama melahirkan anak.

Pagi tadi aku terkejut dari tidur dalam pukul 2 pagi. Seakan di panggil, aku terus pergi di belakang rumah untuk menjenguk arnab yang aku sahkan bunting tempoh hari. Walaupun sasaran kelahirannya masih lambat, aku nak pergi tengok jugak.
 
Dalam keadaan samar, kelihatan si ibu sedang mencabut bulu di luar bekas didik. Si ibu berbaka Anggora mix yang mempunyai bulu tebal dan panjang sudah kelihatan togel. Tapi tiada bulu-bulu yang bertaburan di luar bekas didik. Maknanya dia sudah meletakkan bulu-bulunya di dalam bekas didik. Sama ada dah beranak ke belum aku tak pasti.
 
Untuk kepastian, aku pun menyelak kanvas yang menjadi bumbung reban untuk melihat keadaan bekas didik. Memang banyak bulu yang terdapat di dalamnya, terlalu banyak. Tapi sekali imbas tiada kelihatan sebarang pergerakan. Kemudian aku teliti betul-betul, ada pergerakan pada bulu-bulu tersebut. Apabila di selak, ada seekor sahaja. Aku selak lagi di bahagian hujung yang lain. Jumlah hanya ada 2 ekor sahaja, seekor warna putih dan seekor tiga warna. Alhamdulillah, walaupun sebelum lahir aku target 3 ekor, dah dapat 2 ekor hidup kira ok lah. Di lihat pada keadaan bulu yang masih basah, aku jangkakan mungkin baru 2 jam di lahirkan. Mungkin selewat 12 tengah malam.

Ibu F043 mix anggora yg sudah togel
 
Punyalah banyak bulu. Tuh sebab ibunya togel. Dalam Sejarah RVR ni.

Selak-selak baru nampak 2 ekor ni.

Alhamdulillah. 2 ekor lahir dalam keadaan yang serba lengkap

Dalam carta/rekod aku mengatakan si ibu F043 ini adalah induk yg ke 10. Ia adalah dari keturunan F002 + J017 iaitu dari induk pertama dalam senarai RVR. Sementara si jantan J040 dari keturunan yang sama (adik beradik). Kira in-breading la ni.

Bawah ni adalah carta aku yang terbaru. Tambahan pada kelahiran ke-18


 

No comments:

Post a Comment