26 baki terdahulu
K21 menambahkan stock seekor.
Ibu dari baka pedaging chincila yang seberat hampir 3kg telah melahirkan anak buat kali kedua. Rekod aku adalah F012. Jika sebelum ini pada 8bulan yang lepas ia melahirkan anak buat kali pertama di K4, tapi kali ini hanya seekor sahaja walaupun aku target dalam 3 ekor. Sedih betul. Masa dia bunting aku meraba perut dia pun tak lah sebesar sangat. Nampaknya si pejantan utama tidak begitu subur ketika proses mengawan.
Antara kelebihan melahirkan anak kurang dari 3 ekor, si anak akan mendapat khasiat makanan dari susu ibunya dengan semaksimum dan tumbesarannya akan naik mendadak berbanding anak yang turun dalam 5 ekor ke atas. Disebabkan ibunya adalah baka pedaging, yang anak sekor ni aku tengok mempunyai saiz yang lebih besar berbanding kelahiran bulan August lepas. Hampir sebesar anak yang berusia 4-5hari.
Berdasarkan pemerhatian aku, pada hari beranak si ibu mempunyai tahap miang yang tinggi. So aku terus je kahwinkan ibunya. Memang betul. Mau saja si ibu mengawan. Nak dikatakan aku zalim pun ya. Hehe.
Next aku tengah tunggu lagi sekor dara beranak. Target K22 = 5 ekor minimum.
No comments:
Post a Comment