Selalu sangat orang menggunakan istilah BRC untuk mencari jaring besi di kedai-kedai hardware tetapi tahukah anda BRC tuh singkatannya datang dari mana? Sebenarnya BRC adalah singkatan nama syarikat yang mengeluarkan jaringan keluli iaitu BRITISH REINFORCED CONCRETE. Syarikat ini telah lama mengeluarkan campuran keluli yang diperkuatkan (reinforced concrete) yang pada mulanya untuk keggunaan landasan keretapi. Disebabkan perkembangan teknologi dan perniagaan, BRC telah berkembang pesat dan membangun selama hampir 100 tahun.
Kat sini kita tak mau cerita pasal kampeni BRC tapi kita nak cerita pasal BRC wayar untuk reban arnab. Sebenarnya BRC yang kita cari-cari dan maksudkan eloklah di panggil sebagai Wire Mesh (Jaring Wayar). Tapi kelakar la pulak maksudnya kalau kita pakai bahasa baku ni kat kedai hardware, tentu tokey kedai akan tercengang-tercengang. Tapi takpe la, istilah BRC pun dah diterima pakai oleh semua orang, jadi kita pakai je lah.
BRC ada pelbagai jenis dan spesifikasi bergantung pada kehendak dan keperluan. Ada jenis keluli tahan karat (stainless steel) yang berharga amatlah mahal. Ada jenis plastik. Ada yang nak murah tapi tak tahan lama. Ada yang made in china dan berbaloi jugak bila diguna.
Untuk BRC reban arnab, spesifikasi yang selalu digunakan adalah jaringan keluli berjarak 1/2" x 1/2". Sementera tebal wayar yang digunakan di ukur dalam unit G (Gauge). Untuk saiz 1/2", setakat ini aku jumpa dari setebal G18 hingga senipis G20. Seterusnya ia mempunyai 2 jenis kategori iaitu bersalut dan tidak bersalut. Selalunya tidak bersalut adalah yang paling murah kerana ia tidak tahan karat. Kategori bersalut pula ada beberapa jenis, bersalut galvani dan bersalut plastik (pelbagai warna).
Gauge chart |
Dibawah ni aku tunjuk ringkasannya dari keluarga 1/2"x1/2".
Antara kelebihan BRC untuk reban arnab adalah,
- Murah : Buat masa sekarang 1 meter x 3 kaki lebar untuk G20 = RM 3. Segulung 80kaki hanya RM50-60.
- Mudah dibentuk : Yang saiz G20 memamg senang la di bengkok - bengkok. G18 payah sikit tapi ok la jugak. Dah saiz tebal.
- Ketahanan : Kalau nak murah amik G20. Kalau nak mahal dan tahan lama amik G18
- Proses Pembuatan : BRC senang di stapler pada kayu. Atau semata-mata BRC untuk reban, ia boleh dicantum dan diikat dengan wayar atau kabel tie.
Berdasarkan pengalaman sendiri selama 2 tahun dan pendapat bersama seorang rakan, kebanyakan pertenak kecil menggunakan BRC yang paling murah iaitu setebal G20 sebagai permulaan. Pemilihan ini adalah tepat tetapi hanya untuk jangka masa pendek yang dapat bertahan sekitar 6-10bulan sahaja. Disebabkan sifat arnab yang jenis mengais dan kencing di satu sudut bahagian sahaja, BRC ini mudah berkarat dan cepat reput. Ini menyebabkan kos berlipat kali ganda perlu di habiskan untuk penyelenggaraan, masa dan bahan mentah semasa menggantikan BRC yang baru. Sementara BRC G18 berdasarkan pemerhatian, ia masih kelihatan baru walaupun sudah setahun pakai. Kedai pun kata paling minimum ia bertahan selama 3 tahun. Jika kena penggunaannya ia boleh mencecah ketahanan selama 6 tahun!
So, apa pilihan anda?
So, apa pilihan anda?
Dimana saya blh dpat jaring G18 ni? Mnta pandangan skit.
ReplyDelete