Arnab Daging

Wednesday, 30 May 2012

Jual Seekor Arnab - baki 22 ekor

"Salam bro, ada balik x arini, bawakkan aku arnab betina sekor yg dh matang (boleh dikahwini) arnab jantan aku ni dah miang"

Assalamualaikum...

Hari ahad 27hb/May aku mendapat sms dari seorang rakan dari kampung. Bergegas aku balik kampung selepas aku mengambil sekor arnab bertina yang berusia 5 bulan. Memang dalam usia 5 bulan arnab betina dah boleh bunting kalu di kahwin kan dengan jantan matang.

Dan dalam masa aku nak mengurangkan stock, memang baguslah aku ada permintaan macam ni. Lagipun 6 ekor arnab berusia 5 bulan yang mempunyai berat 1.5kg sudah agak sempit untuk sebuah reban bersaiz 1.5' x 1.5' x 2'. Betina yang aku ambil ni adalah dari kelahiran ke6 yang mempunyai 8 adik beradik. Berdasarkan pemerhatian aku, dari 8 ekor adik beradik ni, hanya ada 3 ekor betina manakala 5 ekor lagi adalah jantan.


JANTAN DOMINON

Terlebihnya jantan membuatkan suasana dalam satu reban agak panas kerana dalam usia 5 bulan, si jantan telah mula menunjukkan belang. Mana jantan yang dominon mula menunjukkan ciri-ciri kekuasaan dengan membuli jantan yang minor. Hasilnya dalam satu reban yang terdapat 5 ekor (3 jantan, 2 betina) sekor jantan telah luka di kelopak mata hasil kesan gigitan, manakala jantan yang lain mempunyai kesan-kesan cakar di beberapa bahagian badan.

Jika sudah berlaku perkara macam ni, maka selaku penternak perlulah mengambil tindakan iaitu mengasingkan jantan dominon ke reban nya sendiri. Keesokan harinya aku tengok reban asal yang sudah mulai tenang. Jika sebelum ni arnab-arnab lain ada yang tak makan kerana takut jantan dominon, dorang dah berani makan dan minum sampai habis. Kalau aku tak alihkan jantan dominon tuh, aku pasti suatu hari nanti ada yang akan mati.


STOCK ANAK ARNAB UNTUK BULAN PUASA

Dua hari lepas aku telah berjumpa dengan sifu arnab aku, dia ada menanyakan aku jika ada stock anak arnab kerana beliau juga kekurangan stock anak untuk di salurkan kepada pemborong. Sememangnya beliau sudah tau keadaan aku yang memang tak bersedia menghadapi permintaan yang secara tiba-tiba.

Maka kami pun mengaku yang kami memang tak bersedia dengan permintaan kali ini. Untuk pengetahuan, sepatutnya musim cuti sekolah adalah musim untuk kami membuat duit dengan menjual anak arnab. Kami pun terlupa bahawa sepatutnya dalam 2 bulan yang lepas (dalam bulan 3) kami telah mengahwinkan induk-induk arnab kami supaya dalam masa 2 bulan selepas itu iaitu pada minggu ini, anak arnab sudah membesar lebih dari usia sebulan dan bersedia untuk di pasarkan.

Apa yang sudah berlaku itu sudahlah. Maka kami pun berpakat akan menyediakan stock anak sempena bulan puasa yang akan datang pada pertengahan bulan 7 nanti. Aku sudahpun mengahwin induk-induk aku dari 15hb/May. Dari 7 induk, hanya 5 sahaja induk yang "mahu" dikahwinkan. Manakala lagi 2 ekor masih lagi takde "angin". Jika ikut bunting 31hari, maka pertengah bulan depan akan berduyun-duyunlah baby arnab dalam ternakan aku. Target aku at least dalam 30ekor anak arnab akan menjadi. Insya Allah

Ini adalah perancangan aku,
15/May - Kahwin 5 induk
16/June - Beranak dalam 30 ekor (purata 6 ekor perinduk)
16/July - Sebulan usia, mula di jual
1/Aug - Kahwinkan semula untuk stock cuti sekolah bulan

Mudah-mudahan apa yang di rancang akan berjaya. Insya Allah.


Friday, 11 May 2012

Improvement Reban Arnab - 23ekor

Sangkar di alih ke tempat baru
Malam tadi dari pukul 9 malam ke 12 tghmlm aku kemas dan alihkan barisan sangkar pertama yang menempatkan 19 ekor arnab ke tempat yang baru. Dari anjung dapur ke tanah sebelah tingkap dapur.


Disebabkan ia di atas tanah, antara kebaikan aku akan dapat;
  1. Air kencing diserap terus ke tanah maka bau hancing kurang.
  2. Hasilnya aku dapat meminimakan hasil pencampuran air kencing dan najis yang menjadi tempat pembiakan lalat.
  3. Bau takde, lalat pun kurang.
  4. Boleh menjadi baja kompos bila bercampur dengan tanah.
  5. Najis kering disebabkan tempat terbuka yang menjadi laluan angin.
  6. Masa maintenance ke atas najis dapat dikurangkan kerana najis dibiarkan berlonggok satu tempat.
Antara keburukan, tempat ni terbuka maka;
  1. Aku tak boleh lepak lama-lama sebab orang nampak dari jalan.
  2. Reban pun mudah reput di sebabkan hujan panas. Proses pengaratan besi reban dan pereputan kayu reban akan berlaku dengan cepat.
  3. Tiada bumbung, masalah panas. Arnab mudah stress bila terlalu panas. Mungkin mati
  4. Dekat dengan pokok-pokok so aku paling takut kerengga kerap dan senang menyerang
Sementara barisan reban kedua yang mengandungi 4 ekor arnab aku letakkan ke tempat lama barisan reban pertama.

Water Feeder Improvement
Selepas aku alihkan reban, aku improvekan semula auto water feeder kat barisan pertama yang mengandungi 6 sangkar. Jika sebelum ni ada 5 + 1 channel, aku gabungkan menjadi 6 channel. Bila sudah siap aku buat percubaan. Everything OK.

Then aku ingat nak gabungkan water feeder 6c ni ke barisan kedua yang mengandungi 4 reban tapi aku khuatir kapasiti bekas air pulak tak cukup. Yelah, sedangkan bekas air 5 channel pun tak boleh menampung 13ekor inikan pula satu bekas untuk 23ekor? Pagi tadi sebelum aku pergi kerja, aku tengok bekas 6c yang menampung 19ekor kat barisan pertama ni hampir kering kontang.

1 bekas = 5 liter. So aku kena menukar ke tong yang lebih besar. Mungkin 10 liter punya. Dari bekas minyak masak ke bekas cat.

So aku kena monitor dari masa ke semasa dan akan mengambil maklum balas dari sekeliling.

Update Arnab - 23 ekor

Dah lama tak update arnab, kesibukan sem baru dan kelahiran orang baru mencuri masa kebiasaan aku. So aku nak update pasal arnab la.. Dalam masa 2 minggu (dari 29hb/Apr), arnab aku berkurangan 7 ekor dari 30 ke 23 ekor.

Banyak perkara yang berlaku
2012/04/29 - 4 ekor disembelih. 2 (115hari) + 2 (101hari).
(1 - Tukang sembelih, 1 - Mak aku beli, 2 - Mak mertua aku)
2012/04/29 - +1 ekor loop ear betina putih dibawa pulang, kahwin ngn melaka cute.
2012/05/05 - 1 anak k12 hilang
2012/05/05 - 1 anak k12 mati kena pijak
2012/05/09 - 1 anak k12 hilang selepas aku tinggalkan 2.5 hari.
2012/05/09 - 1 penjantan putih baka Melaka cute mati selepas aku tinggalkan 2.5 hari. Maybe stress ngn bini baru.

29/4/2012 - Lop Ear Betina

Nampaknya kesemua 4 ekor anak k12 dah mati.

Semalam aku dah kahwinkan induk perang. Spesifikasi induk ini adalah;
1. Arnab ke 2 dalam perliharaan aku. Dah 1 tahun setengah ngan aku sejak 10/10/2010.
2. Baka : Mix anggora
3. Jumlah Kelahiran : 4 kali. Kali terakhir 2/2/2012 - 4 ekor
4. Jumlah Anak : 3+4+1+4 = 12 ekor (4 ekor anak pertaman DOB)

So total aku sekarang = 30 - 4 + 1 - 4 = 23 ekor