Arnab Daging

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Friday, 24 January 2014

Makanan Sampingan Arnab

RVR ingin menunjukkan sumber makanan dedaun yang berada di sekeliling reban yang berada di kawasan rumah. Arnab anda pasti suka dedaun ini yang di buat sebagai makanan sampingan secara mingguan.

Daun Pandan

Daun Israel

Thursday, 23 January 2014

Spesikasi Pallet Cargill Arnab 8012 terkini

Antara info yang di petik dari seorang pengguna;
 
"Cargill 8012 telah menurunkan peratusan crude protein dari 20% ke 16% (-4%) bermula pada pengeluaran bulan januari 2014. Atas desakan dan saranan dari top2 breeder dan pengedar utama di malaysia pd bln oktober 2013. Coz terdapat beberapa kes negatif pd akhir2 bln tahun lalu."

Setelah di periksa pada beg, berikut adalah kandungan yang telah dikurangkan.

Jadual perbandingan

Sebelum (kiri) dan Selepas (kanan) di ubah
 

Wednesday, 18 December 2013

Masalah

Masalah demi masalah timbul selepas perubahan drastik yang di lakukan di RVR. Antaranya;
 
1. Kadar kematian yang tinggi di RVR. Setakat dua bulan ini 6 ekor induk NZ telah mati.
2. Kadar tumbesaran anak NZ terbantut.
 
 
Faktor Kebersihan
 
Faktor utama adalah keadaan kebersihan reban dua tingkat 10 sel 1.5 x 2 yang amat daif. Ceritanya bermula dengan perubahan reban dua tingkat 10 sel tersebut yang telah roboh disebabkan jumlah arnab pedaging yang maximum pada waktu tesebut. Buat sementara reban di tingkat kedua telah di tanggalkan dengan meninggalkan reban bawah dan diletakkan di atas kayu 2 x 3 inci. Ini mengakibatkan pertumbuhan kulat dan bakteria pada lantai kayu tersebut. Akibat tiada pemantauan dilakukan, seekor demi seekor induk bunting dan selepas kelahiran dua minggu mati akibat kelesuan dan kemurungan. Sementara hampir semua anak yang dilahirkan masih hidup.
 
Hari ini RVR akan pergi membeli PVC bersaiz kukuh untuk menukarkan lantai kayu reban tersebut. Reban masih dikekalkan kepada satu tingkat dan ketinggiannya di naikkan dari 1 kaki ke 2 kaki.
 
 
Faktor Suhu
 
Faktor kedua adalah perubahan suhu sekeliling yang telah meningkat. Keadaan ini wujud apabila sebatang pokok jambu rendang dan rimbun yang menjadi sarang kerengga selama ini telah dimatikan. Akibatnya panahan cahaya matahari secara terus telah berlaku ke atas bumbung reban yang diperbuat dari zink kilang. Secara tidak langsung telah membuatkan arnab berada dalam keadaan tertekan.
 
Hari ini RVR akan menambahkan sedikit penebat kertas dibawah bumbung zink tersebut. Harapan akan kuranglah suhu di dalam reban.
 
 
Faktor Pemakanan
 
Faktor terakhir MUNGKIN disebabkan faktor pemakanan yang telah di tukar kepada pallet FFM kambing yang berharga RM49 di Jasin. Walaupun ada pencampuran 50% dengan pallet Cargil, RVR merasakan untuk induk adalah perlu menggunakan 100% cargil untuk memantap tenaga semasa dan selepas kelahiran. Sementara untuk perkembangan anak, dengan faktor suhu, kebersihan yang dipertingkatkan, atas pengalaman rakan lain, tidak mengapa menggunakan 100% pallet FFM kambing. Tapi RVR tetap dengan pendiriannya dengan menggunakan pencampuran 50% antara FFM dan cargill.
 
Moga semangat RVR tidak mati untuk meneruskan projek pedaging pada masa akan datang. Pengalaman mendewasakan kita.

Friday, 16 November 2012

Cargil turun RM1

Alhamdulillah, info dari tauke, harga Cargil telah turun RM1 dalam 2-3 hari yang lepas. Jadi semalam RVR telah menambah stock makanan jenama Cargil sebanyak 2 bag @ 50kgs. Ikut kan 2-3 bulan ni dah lama tak beli Cargil di sebabkan masalah pengangkutan dan hanya menerima makanan dari jenama Bengy sahaja.
 
Alhamdulillah arnab RVR tidak banyak kerenah untuk memakan pallet Bengy. Tapi untuk tidak menghampakan arnab-arnab ini, RVR telah mencampurkan Bengy dan Cargil dengan nisbah sebanyak 2 : 1 iaitu 2 bahagian Bengy dan 1 bahagian Cargil. Ini untuk mengelakkan daripada arnab tersebut merajuk seterusnya membuat mogok dengan mengais makanan tersebut sehingga bertarabur di bawah reban.
 
Selain dari daun pisang, RVR juga telah menemui makanan sampingan baru untuk arnab iaitu jantung pisang dan empulur tandan pisang. Bagikan sahaja pada mereka, mereka pasti menyukainya. RVR merasakan makanan berasaskan pisang adalah menjadi kesukaan arnab. Manakan tidak, bau pallet Cargil pun sudah seakan pisang. Tak caya, cuba bau.

Semoga berjaya.!

Tuesday, 11 September 2012

Cargil Naik Lagi RM1.50

Aduh! Aduh!.. Cargil naik lagi RM1.50 pada awal bulan ni. Terkedu lagi. Perancangan untuk membeli 2 beg @ 50kg terbantut seterusnya aku membuat percaturan untuk membeli 1 beg sahaja. Jika bulan lepas harganya RM50.25 sebag kali ni dia sudah mencecah RM51.75. Kali ni aku beritahu jugak harga yang aku beli sebab aku nak berkongsi masalah betapa kadang-kadang menjadi penternak kecil ini adalah satu masalah jika satu-satunya harga kos utama asyik naik je.

Itu hari masa aku melawat ke reban kawan yang dah tahap otai, dia ada mengatakan Cargil boleh dapat sebeg RM47 dengan syarat 10 beg (250kgs) sekali beli. Boleh jugak guna cadangan dia ni. Tapi tunggu aku bela dalam 100ekor dulu la. Hehe..

Tanya pulak pasal kilang Cargil di ayerkeroh, tapi kilang ini hanya melayan kampeni yang order dalam pukal (kuantiti banyak). Agak-agak kuantiti banyak tuh mungkin dalam 1 metrik tan (MT) sebulan kot. Kalau 1MT beerti aku perlu membela dalam 400ekor dulu. Banyak gila.. Huhu
 

Monday, 13 August 2012

Makanan Arnab Tanpa Jagaan

Nak tinggalkan arnab untuk bercuti panjang? Nak balik kampung? Aku ada tips yang menjimatkan. Boleh tahan sampai 3 hari tanpa topup makanan.

Mungkin untuk orang yang berkemampuan dorang boleh pakai auto feeder. Tapi aku ni penternak kecik je. So aku ada cara aku tersendiri. Disebabkan 2-3hari makanan kebiasaan (palleta) tiada, arnab akan berasa lapar dan ingin menggigit sesuatu. Kebiasaannya arnab suka menggigit barang-barang yang lembut. Jika dia tak menjumpai sesuatu barang untuk digigit, dia akan mengais-ngais sesuatu dengan berkali-kali sebagai contoh, sudut sangkar atau mangkuk makanan. Untuk mengelak benda ni aku akan meletakkan sesuatu benda untuk arnab ni mengigit dan akan mengurangkan rasa lapar. Antaranya batang pokok pandan, batang pokok ubi kayu dan daun pisang.


Batang Pokok Pandan.

Sebelum aku meninggalkan rumah untuk bercuti panjang, aku akan memotong pokok pandan beserta batangnya sekali kira-kira semeter panjang. Batang pandan ni aku kerat-kerat sepanjang sekaki untuk di letakkan ke dalam setiap sangkar arnab. Batang pandan ni adalah sebagai bahan untuk arnab menggigit ketika lapar. Sebenarnya aktiviti menggigit ni bergantung juga kepada sesekor arnab. Ada arnab tak suka mengigit bila aku letakkan batang pokok pandan. Ada yang dalam masa satu malam je sudah dapat habis satu kaki batang pandan walaupun aku sudah memberikan pallet pada masa yang sama. Antara kelebihan batang pandan ni, ia nya lembut dan sama khasiatnya dengan daun pandan.


Batang Ubi Kayu

Orang kata batang ubi kayu tak berapa bagus untuk arnab kerana mengandungi getah. Boleh menyebabkan diet arnab terganggu. Setakat ni, dah berbatang-batang aku bagi arnab aku tak da pulak masalah. Ya lah, daripada aku buang begitu sahaja abtang ubi kayu, aku letakkan dalam sangkar arnab. Macam jugak batang pandan, bergantung pada arnab. Ada yang suka menggigit kulitnya saja, dan batang ditinggalkan, ada yang hebat dikunyahnya semua batang ubi kayu tersebut sehingga habis. So pada pandangan aku, batang ubi kayu pun boleh juga di beri sebagai bahan sampingan untuk dorang mengigit dan makan ketika lapar.


Daun Pisang.

Masa kat kampung aku ada diberitahu oleh seorang pakcik yang pernah membela arnab. Daun pisang pun arnab boleh makan. Aku pun tak caya, tapi bila aku letakkan daun pisang kat arnab aku, punya la suka dorang makan. Suka sedap atau suka lapar tak tau la pulak aku. Tapi bila aku letakkan daun pisang, dorang akan makan dengan lahap. Dan sumber nya pun ada kat sebelah rumah aku. So daripada aku buang biarkan kering seterusnya di bakar, baik aku terus bagi kat arnab aku. Tak sampai satu hari je daun pisang (berserta batang) habis di balun.


Ini hanyalah tips dari aku. Bukan aku nak dera arnab aku tapi, ini la jalan yang aku ada untuk mengelakkan arnab aku dari kebulur ketika aku meninggalkan depa 2-3 hari. Nak bagi banyak-banyak pallet dalam mangkuk, kang dorang kais. Berterabur bawah sangkar. Kebulur jugak. Dan lagi buat aku menyirap adalah. Arnab ni kalau di biarkan lapar, dia akan mengalami cirit birit. Taik akan jadik cair. So tak bagus la. Dengan cara ni, janji arnab kita akan sentiasa ada benda nak gigit.

Untuk yang berkemampuan, boleh pakai auto feeder pallet. Buat sendiri pun boleh pakai auto timer. Tapi buat yang ada reban terdedah ngan hujan macam reban aku, tima hujan haru la.. Pallet jadi bubur la gamaknya.

Selamat berjaya.

Tuesday, 7 August 2012

Cargil Naik 5.7%

Hari Sabtu yang lepas semasa aku dan keluarga pergi berbuka puasa dengan offismate di Pantai Puteri, aku singgah kejap untuk membeli makanan (dedak) arnab. Seperti biasa aku akan membeli 2 kampit pallet jenama Cargill yang bertanya 25kg setiap beg. 50kgs ini adalah cukup untuk menampung 20 ekor arnab dewasa untuk jangka masa sebulan. Bila aku sampai, tauke tu macam dah kenal muka aku walaupun sebulan sekali aku berurusan dengan dia.

Yang tak bestnya semasa aku hulur duit untuk 2bag, dia kata harga pallet sudah naik. Kalau dulu RMYY.YY sekarang sudah jadi RMZZ.ZZ. Sudah 5.7% naik. Wow.. seingat aku baru je bulan July lepas naik dari RMXX.XX ke RMYY.YY. Sekarang naik lagi. Terus aku bagitau tauke tu lepas ni aku kena cari pallet yang murah macam jenama "bengy". Dia kata semua makanan ternakan naik.

Aku pun berkira-kira, jika Bengy berharga RMVV.VV berbanding Cargill yang RMZZ.ZZ, aku sudah menjimatkan 30.3%. Bermakna, dengan harga 2 bag cargil aku boleh mendapat lebih dari 3 beg bengy seberat 75kg. So tepuk dada tanya lah selera.

Tapi aku ni pulak jenis berkira-kira dalam menukar kesetiaan aku ke atas sesuatu barang. So susah jugak la kalau aku ni dah setia kat satu barang walaupun harganya agak tinggi dengan jenama lain. Ah, pelan-pelan la nanti aku tukar.