Alhamdulillah... Semalam dan hari ni sudah terjual 4 ekor, masing-masing sepasang.
Jumaat, 22hb February 2013 - 2 ekor anak (sepasang) dari K034 yg berumur 45hari telah dijual pada pelanggan yang berada di Kuala Sungai Baru. Perjalanan mengambil masa 1 jam terpaksa ditambah kos penghantaran RM30. Tiba di rumah si tuan baru sekitar 11:15 malam. Beliau mendapat tahu dari Mudah.my
Sabtu, 23hb February 2013 - 2 ekor anak (sepasang) masing2 dari K034 dan K032 (jantan yang terakhir dari 2 beradik) telah di jemput oleh tuan baru yang tinggal di Sungai Udang. Beliau adalah rakan kerja RVR. Pasanga anak telah di ambil pada pukul 5 petang.
Iklan di Mudah.my telah mendatangkan hasil. Lagi sepasang telah di tempah, tuan barunya akan mengambil pada bulan depan.
Stock sekarang tinggal 53 ekor (5 jantan, 14 betina, 34 anak)
Menternak dan Menjual Arnab Pedaging dari umur 6 minggu (RM50) sehingga 8 bulan (RM350) dan juga Daging Arnab Beku RM35/kg. Huhubungi kami di talian 017-7998004 untuk urusan tempahan dan penghantaran.
Showing posts with label Permintaan. Show all posts
Showing posts with label Permintaan. Show all posts
Saturday, 23 February 2013
Wednesday, 20 February 2013
Reban 2 sel 2 tingkat
Ini pula rekabentuk reban 2 sel 2 tingkat yang telah ditempah oleh seorang rakan penternak arnab. Beliau mahukan 2 unit. Harga dalam RM300 seunit. Ia adalah reban yang dipertingkat dari rekabentuk 2 sel setingkat.
Atas permintaan rakan tersebut, reban ini akan dibuat secara mudah bawa iaitu mudah dipasang dan ditanggalkan pada bila-bila masa untuk ke mana sahaja.
Demand! Oh demand!
Permintaaan yang datang mencurah-curah. Dengan kapasiti yang ada, RVR tidak mampu untuk membekalkan permintaan tersebut. Tetapi kami akan usahakan yang terbaik.
Daging
Selepas ini stock dari seorang rakan akan diambil (2 ekor) dan lagi 4-5 ekor dari RVR sendiri. Insya Allah kami akan cuba mendapatkan boneless dalam 10kg.
Anak Mixed
Daging
Masih lagi terkial-kial untuk menyediakaan permintaan 10kg daging tanpa tulang (boneless). Walaupun menghampiri kuantiti yang diminta, setakat ini hanya 6 ekor stock dari RVRII sudah ditimbang dan akan di sembelih. Dapat jumlah berat hidup 9.5kg
![]() |
| 6 ekor (9.5kg) bakal dijadikan boneless |
Anak Mixed
Terbaru kami mendapat pertanyaan untuk supply 50ekor anak mix ke Kota Bahru, Kelantan dan kami terpaksa menolaknya dengan rasa berat hati kerana kurang berpengalaman dalam menyediakan penghantaran menggunakan bas lebih-lebih lagi melibatkan perjalanan yang jauh dan kuantiti yang banyak.
Dan alhamdulillah, seorang rakan kerja telah menempah 2 ekor anak mix yang akan dihantar pada hujung minggu ini.
Moga rezeki kami bertambah selepas ini. Insya Allah.
Saturday, 16 February 2013
Reban 2 sel 1 tingkat
Ada pelanggan yang beli 2 ekor anak minggu lepas telah memesan reban secara ringkas yang boleh menempatkan arnabnya. Perah punya perah, maka terhasillah rekabentuk di bawah.
Secara asasnya rekabentuk reban ini adalah dari reban yang pernah dihasilkan.
Selepas ini pengiraan kos dan harga jualan akan dibuat.
| 2 sel 1 tingkat |
Secara asasnya rekabentuk reban ini adalah dari reban yang pernah dihasilkan.
![]() |
| 10 sel 2 tingkat |
Selepas ini pengiraan kos dan harga jualan akan dibuat.
Pesanan Daging 10kg
Tiba lagi pertanyaan tentang 10kg daging arnab tak bertulang. Pertanyaan yang serius membuat hati tercabar. Maka bermula la perancangan untuk menyediakan stock daging tanpa tulang. Ini lah rancangannya,
16hb/Feb - Terima panggilan 10kg daging tanpa tulang. Membuat perancangan mengejut iaitu mencari stok tambahn, bekas simpanan beku (freezer), pembungkusan dan tempat penyimpanan.
18hb/Feb - Pemindahan freezer 2nd hand yang bercapacity 200liter untuk stok simpanan daging yang telah disembelih.
19hb/Feb - Pengumpulan arnab untuk disembelih (sasaran 15 ekor).
20hb/Feb - Arnab disembelih dan disimpan ke dalam peti beku. Bersedia pada bila-bila masa untuk di hantar.
Moga Allah permudahkan urusan kami.
Wednesday, 13 February 2013
Update RVR
Assalamualaikum...
Apa yang nak di updatekan minggu ni?
Reban Fasa III
Tingkat 2 tak naik-naik lagi walaupun dah selepas 10 hari sejak 2hb tempoh hari. Tak tau entah mana silapnya, mungkin banyak berfikir tentang design yang rasanya macam tak kena. Ikutkan design reban serba ringkas yang membolehkan tingkat pertama terus naik dalam masa 1 hari, tetapi banyak pulak songehnya bila nak naik tingkat yang kedua apatah lagi tingkat ketiga.
Mungkin silap menggunakan kaki tapak lama yang ada kayu sebagai tapak. Mengikut reban Fasa I, hampir 100% bingkai menggunakan PVC yang memudahkan kerja-kerja reban 2 tingkat. Tapi kali ni lain. Pulak kena dengan BRC G18 yang tak rupa G18. Mungkin G18.5 kerana BRC yang di tingkat 1 melendut sedikit berbanding Reban Fasa I yang betul-betul kukuh tanpa tulang di bahagian tengah. Ini membuatkan RVR sedikit buntu. Yang merisaukan, adakah daya tahan karat Fasa III ini sama dengan Fasa I? Adakah tingkat 2 bertahan dengan BRC yang digunakan sekarang?
Stock arnab dah makin bertambah sejak permindahan sebahagian induk dari RVRII, jadi ruang dah menjadi terhad. Maka tingkat 2 perlu di naikkan segera sebelum penerimaan baka pedaging yang baru. Mungkin RVR perlu back to basic dengan menggunakan PVC sebagai bingkai asas. Dan jika ini berlaku design perlu dikaji dan diubah semula.
Baka Pedaging Baru
Insya Allah hujung bulan ini RVR akan menerima baka pedaging yang baru. Nama pun baka pedaging, maka jika menjadi induk, berat maksima 4.5kg dan jika anak yang diternak menjadi, dalam masa 2 bulan sahaja ia boleh mencecah 2.5kg. Ini kata orang la. Tapi kita tengok la nanti, moga apa yang dicita tercapai.
Iklan di Mudah
Ini kali kedua RVR masuk iklan di mudah. Tahun lepas pernah iklankan daging arnab. Sambutan menggalakkan. Bila daging dah short supply, dah slow balik. Iklan sekarang pula untuk anak-anak mix yang berharga minima RM25 seekor. Jika ambil lebih dari 5 ekor, RVR bagi harga borong. Ambil 10 ekor lagi murah. Ni la iklan yang baru je keluar hari ni di mudah.
Stock RVR
Minggu lepas RVR ada buat perubahan stock dengan menambah dan memindahkan dari dan ke RVR tetapi tidak mengemaskininya. Alamak, nanti jadi hal la pulak. Ok, kejap lagi RVR akan mengemaskini stock nya.
Tak tau nak cerita apa, banyak pulak cerita yang dikeluarkan. Oklah kita sambung kemudian.
Tuesday, 5 February 2013
Jualan seekor = 45 ekor
Seekor anak mix loop telah dijual dengan harga RM50. Anak betina ini berusia 39hari (sebulan 1 minggu) adalah bernombor #133 dari kelahiran K032 yang berindukan lop ear. Bersama-sama juga dijual adalah seekor anak jantan dari K027 berusia 93hari (3 bulan) yang telah ditransfer ke RVRII.
Setakat 5hb Feb 2013: 23 reban, 45 ekor (5 jantan, 14 betina, 26 anak)
Friday, 25 January 2013
Pedaging - Mukadimah
RVR melihat sektor penternakan arnab pedaging boleh pergi lebih jauh jika serius dalam menceburkan diri dalam bidang ini. Apa yang RVR lihat semasa Rakan Arnab Vol I, kehadiran dan infomasi dari penternak daging arnab amat-amatlah kurang. Jika ada pun, luar dari melaka
Sejak RVR menyertai Rakan Arnab Vol I tempoh hari, bertambah-tambah pertanyaan yang menginginkan stock daging arnab. Antara permintaan tersebut 20 ekor seminggu untuk sate, 20 ekor sebulan untuk restoran dan lain-lainnya. Andai kata RVR menerima pesanan tersebut, RVR perlu serius dalam menternak arnab pedaging.
Sejak RVR menyertai Rakan Arnab Vol I tempoh hari, bertambah-tambah pertanyaan yang menginginkan stock daging arnab. Antara permintaan tersebut 20 ekor seminggu untuk sate, 20 ekor sebulan untuk restoran dan lain-lainnya. Andai kata RVR menerima pesanan tersebut, RVR perlu serius dalam menternak arnab pedaging.
Apabila menerima sesuatu permintaan yang berterusan dan ingin menjaga nama dalam bidang yang diceburi, bekalan ini tidaklah boleh mengalami shortage atau erti kata lain short supply. Berdasarkan konsep Mass Production, tiada masa untuk mengalami short supply atau putus bekalan kepada pelanggan. Jadi berapa ekor kah RVR perlu ternak untuk tidak mengalami putus bekalan dan berapakah inventory yang diperlukan, dan kekerapan kelahiran anak yang baru. Faktor-faktor ini adalah keutamaan dalam menjaga hati pelanggan.
Dalam konsep Mass Production (MP) iaitu konsep pengeluaran besar-besaran yang berterusan, banyak faktor yang perlu di ambil kira. Antara lainnya kos bahan mentah (raw material cost), jualan bulanan (monthly sales atau revenue), kos pengeluaran (overhead cost), gaji pekerja dan lain-lain. Dengan harga sekilo karkas (daging arnab selepas siap di proses) hanya dalah RM25-30, konsep MP amatlah kritikal di mana semua kos perlu diambil kira dengan lengkap.
Ini belum lagi kita lihat pada modal permulaan yang akan digunakan untuk kos setup reban. Berapa agaknya untuk permulaan? Berapa ekor perlu diternak untuk supply 20 ekor sebulan? Bagaimana pula 1,000ekor?
Semua ini penting dan RVR dalam mengorak langkah untuk menjadikan angan-angan ini satu kenyataan. Jadi bermula pada hari ini, RVR merancang untuk menternak dan memasarkan arnab pedaging dalam sekitar 20 ekor sebulan.
*DISCLAIMER: Posting pedaging RVR ini hanya berdasarkan 2 tahun pengalaman RVR dalam penternakan secara kecil-kecilan. RVR tidak pernah mengikuti mana-mana kursus penternakan. Ia juga berdasarkan pemahaman RVR dalam bidang pengurusan dan pengekosan yang ditimba melalui pembelajaran. Selain itu, pengalaman pernternak lain juga dipinjam dengan cara tidak langsung. Walau bagaimanapun, mana-mana kekurangan atau kesalahan dari segi pemahaman RVR harap boleh ditegur melalui komen-komen. JANGAN MENGIKUT CARA RVR JIKA ANDA KURANG YAKIN. Posting ini juga sebagai pembakar semangat RVR untuk menternak dalam kuantiti yang besar-Insya Allah. Doakan kejayaan kami.
Dalam konsep Mass Production (MP) iaitu konsep pengeluaran besar-besaran yang berterusan, banyak faktor yang perlu di ambil kira. Antara lainnya kos bahan mentah (raw material cost), jualan bulanan (monthly sales atau revenue), kos pengeluaran (overhead cost), gaji pekerja dan lain-lain. Dengan harga sekilo karkas (daging arnab selepas siap di proses) hanya dalah RM25-30, konsep MP amatlah kritikal di mana semua kos perlu diambil kira dengan lengkap.
Ini belum lagi kita lihat pada modal permulaan yang akan digunakan untuk kos setup reban. Berapa agaknya untuk permulaan? Berapa ekor perlu diternak untuk supply 20 ekor sebulan? Bagaimana pula 1,000ekor?
Semua ini penting dan RVR dalam mengorak langkah untuk menjadikan angan-angan ini satu kenyataan. Jadi bermula pada hari ini, RVR merancang untuk menternak dan memasarkan arnab pedaging dalam sekitar 20 ekor sebulan.
*DISCLAIMER: Posting pedaging RVR ini hanya berdasarkan 2 tahun pengalaman RVR dalam penternakan secara kecil-kecilan. RVR tidak pernah mengikuti mana-mana kursus penternakan. Ia juga berdasarkan pemahaman RVR dalam bidang pengurusan dan pengekosan yang ditimba melalui pembelajaran. Selain itu, pengalaman pernternak lain juga dipinjam dengan cara tidak langsung. Walau bagaimanapun, mana-mana kekurangan atau kesalahan dari segi pemahaman RVR harap boleh ditegur melalui komen-komen. JANGAN MENGIKUT CARA RVR JIKA ANDA KURANG YAKIN. Posting ini juga sebagai pembakar semangat RVR untuk menternak dalam kuantiti yang besar-Insya Allah. Doakan kejayaan kami.
Monday, 14 January 2013
Jual 4 ekor anak
Pada event Rakan Arnab tempoh hari, 11 ekor anak telah dipamerkan. Semuanya masing-masing dari K29(6 ekor) dan K31(5 ekor). RVR telah berjaya menjual 2 pasang anak (seekor dari K29 dan 3 dari K31) . Dari pemerhatian RVR, kali ini anak yang dijual adalah bukan dari anak yang mempunyai warna putih.
Jadi anak K29 & K31 sekarang yang tinggal adalah berwarna putih (atau warna putih bertompok warna lain).
Selepas di jual, baki di RVR seperti di bawah;
Stock sebelum jualan: 49 ekor
Stock selepas jualan : 45 ekor (4 jantan, 9 betina, 32 anak)
Wednesday, 12 December 2012
Jual 4ekor anak - 32ekor
Semalam terjual 4 ekor anak. 3 di ambil dari RVRII (betina) dan seekor (#105) dari induk F047. Semua anak berumur dalam 38hari. Customer yang membeli stock kali ini adalah repeating customer yang telah membeli 4 ekor anak pada bulan lepas.
Baki sekarang 32 ekor; (4 jantan, 7 betina, 2 dara, 19 anak)
Friday, 16 November 2012
Jaga Arnab 11ekor
Assalamu'alaikum,
RVR telah menerima pesanan untuk melakukan penjagaan sementara ke atas 11ekor arnab dari seorang sahabat. Dengar ceritanya sahabat ini terpaksa meninggalkan arnab kesayangannya kerana pergi bercuti ke luar negara selama seminggu. Ini adalah perkhidmatan baru dari RVR.
Mula cerita beberapa cadangan telah dibuat, antaranya menyediakan permenant auto water feeder kerana buat masa sekarang sahabat ini menggunakan manual fill up untuk air dan makanan. Sementara makanan pada waktu cuti akan di berikan oleh salah seorang saudara beliau yang akan datang ke rumahnya.
Tetapi disebabkan barang untuk auto feeder belum di pesan oleh RVR, dan pada masa yang sama RVR baru sahaja menyiapkan reban tambahan yang masih kosong, maka RVR telah menawarkan untuk menjaga arnab kesayangan beliau. Dan beliau merasakan idea penjagaan sementara ini adalah yang terbaik.
Maka, pada hari bertolaknya beliau ke luar negara, RVR telah memindahkan 11 ekor arnab beliau dengan menggunakan 3 bakul sangkar sementara dan menggunakan kereta. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tentang kos penjagaan RVR belum membuat apa-apa kiraan kerana keputusan di buat pada saat akhir. Buat masa sekarang, makan dan minum arnab tersebut di tanggung oleh RVR.
Baka beliau terdiri dari mix anggora dan kampung jadi dari segi makanan amat lah memadai dengan menggunakan makanan di RVR yang sedia ada.
Baka beliau terdiri dari mix anggora dan kampung jadi dari segi makanan amat lah memadai dengan menggunakan makanan di RVR yang sedia ada.
Thursday, 15 November 2012
Jual 14 anak
Alhamdulillah, mula sahaja cuti sekolah pada 10hb Nov, aku dah terima pesanan 14 ekor anak. 10 ekor dari Pet Shop di banda hilir dan 4 ekor dari individu di malim.
Untuk memenuhi permintaan ini,
Untuk memenuhi permintaan ini,
- 8 ekor anak dari RVRII (masing-masing 5 dari K1 yang berusia 37hari dan 3 dari K2 yang berusia 32hari)
- 2 dari RVR K25 yang berusia 30hari untuk pet shop.
- seekor dari RVR K24 berusia 37hari
- 3 ekor dari K21 dan K22 dari RVR yang berusia lebih 2 bulan.
Hasil jualan dari 10 ekor anak telah pun di berikan pada penjaga RVR. Moga bertambah semangatlah si penjaga RVRII untuk menambah biak anak arnab yang comel-comel pada masa akan datang.
Saturday, 6 October 2012
Jualan anak - 23ekor
Ikutkan jiran ni dah lama bagitau aku nak 2 ekor anak untuk dihadiahkan pada seorang kawan. Tapi ntah macam mana selepas 2 bulan dia masih tak jugak ambil. Disebabkan tempoh masa yang lama juga, anak arnab yang ditempah telah membesar dengan cantik dan harga pun telah di naikkan kepada RM100.
Tapi nasib baik la aku ada stock anak yang sentiasa ada pada tiap-tiap bulan. Jadi semasa dia datang ke rumah dia ada bawak sekali rakan yang dia nak hadiahkan. Dia suruh rakannya sendiri pilih. Sebelum dia datang aku dah sediakan 8 ekor stock anak yang berusia 4 minggu (5 ekor) dan 6 minggu (3 ekor). Dalam 8 ekor ni ada 3 ekor jantan dan 5 ekor betina. Nampaknya aku pun dah pandai tengok jantina anak.
Walaupun mix semuanya berbulu anggora membuatkan rakannya tak tau memilih yang mana satu berkenan di hati. Akhirnya dipilihnya jantan warna broken kelabu dan betina warna broken jingga yang keduanya berusia 4 minggu. Aku bekalkan juga sekilo makanan untuk tempoh semiggu. Selesai urusan, ada jugak aku bekalkan jiran dngan setong tahi arnab untuik dibuat baja kontan.
Terjualnya anak stock berbaki 23 ekor
Terjualnya anak stock berbaki 23 ekor
Friday, 28 September 2012
Pindah 6ekor ke RVRII - 22ekor
Dalam minggu ke 39 pada hari Khamis 27hb Sept pukul 10 malam, lagi 6 ekor arnab pedaging ditambah ke RVRII. Kali ini 3 ekor anak mix pedaging + anggora, 2 ekor betina pedaging, dan seekor jantan pedaging. Ini menjadikan jumlah arnab RVRII sebanyak 11 ekor. Stock di RVR sudah berkurang menjadi 22 ekor.
Kehadiran 3 anak itu juga atas permintaan tuan rumah untuk menunjukkan stock anak ke pelawat yang hadir di RVRII. Ini menunjukkan perkembangan yang memberansangkan selepas seminggu stock batch pertama berada di RVRII. Ini juga bermakna di RVRII walaupun penternakan disasarkan untuk daging, permintaan ke atas anak masih ada. Nak tak nak, kena la juga ada stock anak di RVRII.
Pada malam itu juga sedikit kerja-kerja pemasangan water feeder PVC di lakukan sehingga pukul 1 pagi.
Pada malam itu juga sedikit kerja-kerja pemasangan water feeder PVC di lakukan sehingga pukul 1 pagi.
Tuesday, 11 September 2012
Demand Anak Arnab!
Aku terima sebuah panggilan dari seorang rakan penternak yang tak dapat aku tunaikan. Beliau meminta untuk membekalkan anak yang berusia 7 minggu ke atas dalam sekitar 20 - 30 ekor. Dengarnya untuk membuat stock pada expo yang bakal diadakan. Check punya check, stock aku yang ada hanya la berusia sebulan. Itu pun dua ekor.
Macam mana? Terkedu bukan? Telan air liur je la...
Musim cuti sekolah pula bakal tiba tidak lama lagi. Permintaan arnab juga akan naik mendadak. Sedih, sedih.
Aku termenung jauh pada RVR II yang bakal di lancarkan. Itupun untuk projek pedaging. Adakah RVRII Fasa II bakal terlaksana pula?
Aku kena mulakan langkah pertama untuk fasa baru ni.
Aku termenung jauh pada RVR II yang bakal di lancarkan. Itupun untuk projek pedaging. Adakah RVRII Fasa II bakal terlaksana pula?
Aku kena mulakan langkah pertama untuk fasa baru ni.
Friday, 31 August 2012
Jualan 7 ekor - 22ekor
Tempoh hari aku telah mendapat pesanan daging dari seorang rakan. Walaupun pada awalnya jumlah pesanan sebanyak 12 ekor perlu disediakan, aku hanya merekodkan sejumlah 9 ekor untuk di sembelih. Akhir perbincangan dengan pernternak lain, alhamdulillah, ada penternak lain boleh menyumbangkan lagi 5 ekor.
Maka pada hari ini, masanya telah tiba untuk aku me-letgo-kan stock RVR sebanyak 7 ekor. Jumlah yang paling banyak dalam 2 tahun aku menjadi penternak arnab backyard.
Sekarang aku stok berkurang menjadi 22ekor.
Stock terbabit
F016 - Betina gemuk yang beranak seekor sahaja. Terlalu gemuk untuk di jadikan induk.
J030, J031, F033 - umur 8 bulan.
J038 - umur 7.5 bulan
J040 - umur 7.1 bulan
F048 - umur 6.1 bulan
![]() |
| Sebelum dan selepas di buang kulit |
Sekarang aku stok berkurang menjadi 22ekor.
Stock terbabit
F016 - Betina gemuk yang beranak seekor sahaja. Terlalu gemuk untuk di jadikan induk.
J030, J031, F033 - umur 8 bulan.
J038 - umur 7.5 bulan
J040 - umur 7.1 bulan
F048 - umur 6.1 bulan
Friday, 1 June 2012
Jual Arnab - baki 19ekor
Malam tadi aku telah menjual 3 ekor arnab yang berusia 5 bulan dengan harga RM40 sekor. Baka mix anggora dan chinchilla (2 ekor) dan mix anggora. Nak panggil anak lagi dah tak sesuai sebab usia 5 bulan memang dah elok untuk di kahwenkan terutamanya bagi arnab betina.
Permintaan pun dari seorang budak sekolah menengah yang sedang "kecewa" dengan baka anggora betina dan loop jantan belaannya yang tidak beranak-beranak hampir 2 tahun yang lepas. Pesan sepasang aku bawak 3 pasang, maka di beli 3 ekor. (1 jantan, 2 betina). Maka stock aku pun berkurang la menjadi 19 ekor dan membuatkan 1 sangkar besar hampir kosong. Ok lah tuh, aku target memang macam tu.
Pas ni aku kena fikirkan bagaimana aku nak menempatkan 5 ekor induk jika dah beranak sekali gus nanti. Buat masa sekarang, induk-induk ni berada di dalam reban kecil yang sesuai untuk 2 ekor. Agak kurang selesa jika aku masukkan kotak didik dalam reban kecil sekarang ni untuk jangka masa yang lama.
Nak tak nak aku kena tambahkan lagi reban aku yang berjumlah 11 sangkar ke suatu jumlah yang munasabah. Qty dan saiz reban yang aku ada sekarang ni adalah seperti berikut.
1. Saiz 1' x 1' x 2' = 3 unit
2. Saiz 1.5' x 1.5' x 2' = 3 unit
3. Saiz sangkar besi besar = 2 unit
4. Saiz sangkar besi kecil = 2 unit
5. Saiz 1' x 1' x 1.5' = 1 unit
Dah lama aku tak tambah jumlah reban. Dan bilakah masa aku nak tambah reban aku ek?
Nak tak nak aku kena tambahkan lagi reban aku yang berjumlah 11 sangkar ke suatu jumlah yang munasabah. Qty dan saiz reban yang aku ada sekarang ni adalah seperti berikut.
1. Saiz 1' x 1' x 2' = 3 unit
2. Saiz 1.5' x 1.5' x 2' = 3 unit
3. Saiz sangkar besi besar = 2 unit
4. Saiz sangkar besi kecil = 2 unit
5. Saiz 1' x 1' x 1.5' = 1 unit
Dah lama aku tak tambah jumlah reban. Dan bilakah masa aku nak tambah reban aku ek?
Wednesday, 30 May 2012
Jual Seekor Arnab - baki 22 ekor
"Salam bro, ada balik x arini, bawakkan aku arnab betina sekor yg dh matang (boleh dikahwini) arnab jantan aku ni dah miang"
Assalamualaikum...
Hari ahad 27hb/May aku mendapat sms dari seorang rakan dari kampung. Bergegas aku balik kampung selepas aku mengambil sekor arnab bertina yang berusia 5 bulan. Memang dalam usia 5 bulan arnab betina dah boleh bunting kalu di kahwin kan dengan jantan matang.
Dan dalam masa aku nak mengurangkan stock, memang baguslah aku ada permintaan macam ni. Lagipun 6 ekor arnab berusia 5 bulan yang mempunyai berat 1.5kg sudah agak sempit untuk sebuah reban bersaiz 1.5' x 1.5' x 2'. Betina yang aku ambil ni adalah dari kelahiran ke6 yang mempunyai 8 adik beradik. Berdasarkan pemerhatian aku, dari 8 ekor adik beradik ni, hanya ada 3 ekor betina manakala 5 ekor lagi adalah jantan.
JANTAN DOMINON
Terlebihnya jantan membuatkan suasana dalam satu reban agak panas kerana dalam usia 5 bulan, si jantan telah mula menunjukkan belang. Mana jantan yang dominon mula menunjukkan ciri-ciri kekuasaan dengan membuli jantan yang minor. Hasilnya dalam satu reban yang terdapat 5 ekor (3 jantan, 2 betina) sekor jantan telah luka di kelopak mata hasil kesan gigitan, manakala jantan yang lain mempunyai kesan-kesan cakar di beberapa bahagian badan.
Jika sudah berlaku perkara macam ni, maka selaku penternak perlulah mengambil tindakan iaitu mengasingkan jantan dominon ke reban nya sendiri. Keesokan harinya aku tengok reban asal yang sudah mulai tenang. Jika sebelum ni arnab-arnab lain ada yang tak makan kerana takut jantan dominon, dorang dah berani makan dan minum sampai habis. Kalau aku tak alihkan jantan dominon tuh, aku pasti suatu hari nanti ada yang akan mati.
STOCK ANAK ARNAB UNTUK BULAN PUASA
Dua hari lepas aku telah berjumpa dengan sifu arnab aku, dia ada menanyakan aku jika ada stock anak arnab kerana beliau juga kekurangan stock anak untuk di salurkan kepada pemborong. Sememangnya beliau sudah tau keadaan aku yang memang tak bersedia menghadapi permintaan yang secara tiba-tiba.
Maka kami pun mengaku yang kami memang tak bersedia dengan permintaan kali ini. Untuk pengetahuan, sepatutnya musim cuti sekolah adalah musim untuk kami membuat duit dengan menjual anak arnab. Kami pun terlupa bahawa sepatutnya dalam 2 bulan yang lepas (dalam bulan 3) kami telah mengahwinkan induk-induk arnab kami supaya dalam masa 2 bulan selepas itu iaitu pada minggu ini, anak arnab sudah membesar lebih dari usia sebulan dan bersedia untuk di pasarkan.
Apa yang sudah berlaku itu sudahlah. Maka kami pun berpakat akan menyediakan stock anak sempena bulan puasa yang akan datang pada pertengahan bulan 7 nanti. Aku sudahpun mengahwin induk-induk aku dari 15hb/May. Dari 7 induk, hanya 5 sahaja induk yang "mahu" dikahwinkan. Manakala lagi 2 ekor masih lagi takde "angin". Jika ikut bunting 31hari, maka pertengah bulan depan akan berduyun-duyunlah baby arnab dalam ternakan aku. Target aku at least dalam 30ekor anak arnab akan menjadi. Insya Allah
Ini adalah perancangan aku,
15/May - Kahwin 5 induk
16/June - Beranak dalam 30 ekor (purata 6 ekor perinduk)
16/July - Sebulan usia, mula di jual
1/Aug - Kahwinkan semula untuk stock cuti sekolah bulan
Mudah-mudahan apa yang di rancang akan berjaya. Insya Allah.
Tuesday, 24 April 2012
Jualan Arnab Ke-2
Alhamdulillah, doa dan hasrat aku untuk mengurangkan stok arnab termakbul. Pada 22/04/2012, lagi sekor anak arnab terjual. Ni pun hasil promosi aku yang tak disengajakan.
Sejak 2-3 hari ni arnab aku sering terlepas ke laman sebelah rumah aku disebabkan salah satu reban yang menanggung 8 ekor anak sudah bocor. Bocor pun akibat jaring dah berkarat dan perlu di tukar. Akibat kekangan masa, aku tutup ala kadar je dengan mangkuk makanan. Tapi tetap arnab-arnab ni dapat keluar jugak selepas dorang alihkan mangkuk tersebut. Pandai!
Kalau dah terlepas keluar ke laman tuh, tau-tau jer lah, berlari la arnab ini ke sana ke sini. Kadang-kadang melompat kegembiraan. Sebenarnya aku pun tawakkal je la bila arnab ni terlepas. Sebab di bahagian pintu pagar ada ruang-ruang besar untuk arnab ini keluar dengan senangnya. Tapi aku tengok arnab-arnab ni ok plak. Paling jauh dia pergi pun sampai bawah kereta. Pastuh duduk diam je kat bawah tu.
Nak di ikutkan cerita, selang satu hari tu di waktu petang yang dingin, semasa aku dalam rumah memakai seluar pendek sambil menonton tv, aku terdengar suara orang bercakap-cakap di luar rumah. Jarang ada orang bercakap depan rumah aku dalam jangka masa yang panjang. So aku pun intai la dari pintu grill rumah aku. Ada 2 orang kakak dan 2-3 orang budak yang kebetulan jiran depan rumah sedang berdiri diluar pagar rumah aku dan rancak melihat dan menegur kerenah arnab-arnab di dalam kawasan laman rumah aku. Di sebabkan terlalu rancak sangat, aku pun serta merta pakai seluar dan baju untuk melayan kerenah mereka.
Sampai je kat luar aku terus tegur bagitau akak tu yang arnab aku terlepas sebab reban bocor.
Aku tengok akak ni sedang mempromote kan arnab aku ke salah sorang budak lelaki yang berumur 10tahun. Ntah budak tuh pun blur je. Mungkin dia malu-malu kot nak mintak mak dia belikan sekor arnab dari aku. Pastuh aku pun tangkap la arnab-arnab aku. Senang je tangkap sebab arnab aku jinak. Habis tangkap aku masuk ke rumah untuk makan malam pada pukul 6 petang.
Selang beberapa minit selepas suapan pertama, ada orang bagi salam. Dalam hati aku takkan ada org tabligh datang waktu-waktu petang ni? Aku g jenguk rupanya ada seorang jiran aku menanyakan jika aku berminat untuk menjual sekor arnab untuk adiknya.. budak yang tadi la tu. Dia kata dia nak carikan kawan untuk arnab dia kat rumah. Lorr.. jiran aku pun ada bela arnab gak ke?. Budak ni kata dia tak tau nak jantan ke betina sebab arnab kat rumah pun dia tak tau lagi jantina nya. Aku pun mengofferkan diri untuk periksa jantina arnab jiran aku ni.
Aku pergi ke rumah jiran, aku tengok kecik je arnab tuh. Bulu pun tak cantik, compang camping. Kurus semacam. Dalam hati aku, mesti pasal arnab ni tak happy dengan kehidupan dia. Maybe kat makanan nya kot. Aku tanya umur, jiran aku ni tak tau. Dia kata sebelum ni ada 2 ekor, sekor dah mati. Tuh yang dia nak carikan kawan. Aku pun check, arnab jiran aku ni jantan maknanya aku kena jualkan yang betina la.
So aku pun ajak mak budak, adik tu dan seorang kakak pegi melawat reban kat belakang rumah aku. Sebenarnya aku jarang terima lawatan reban dari jiran-jiran aku. Ni jiran yang kedua datang melawat. Dorang pun amatlah terkejut sebab terlalu banyak arnab yang aku ada. Mata dorang pun rambang sebab ada arnab yang cantik-cantik untuk dorang pilih. Tapi yang penting adik tu la yang kena pilih. Lepas di offer, adik tuh pilih arnab berusia 110hari, berwarna hitam, baka kacuk anggora. Aku tolak murah je RM30. Kalau ikutkan harga arnab tuh mau dalam RM50 sebab dah kira besar. Berat pun dalam 1.5kg. Jiran punya pasal aku pun let go je la.
Aku pun mengiringi penghantaran arnab tuh ke rumah jiran aku yang terletak di depan rumah. Lagipun bakul yang dorang pakai buat pindah arnab tu bakul aku. Tiba kat rumah dorang aku pun cerita la serba sedikit tentang penjagaan arnab dan perihal arnab. Macam-macam la aku cerita. Dah nak maghrib baru aku balik.
Alhamdulillah, kurang lagi sekor jadi 31 ekor dan bertambah side income aku.. :)
Sunday, 22 April 2012
Jualan Anak Arnab Pertama
Dalam entry arnab sebelum ni aku ada menyebut stok anak arnab aku ada 11 ekor kan.. So ini la kesinambungan cerita stok anak arnab ni.
Tempoh hari masa aku cuti exam, aku ada balik kampung jap dengan membawa 8 ekor anak arnab selepas aku dapat tahu dari mak aku ada org nak 2 pasang arnab berumur lebih kurang sebulan. Aku bawakkan jugak lagi 2 ekor yang berumur lebih 2 bulan. Stok yang aku bawak adalah 6/7 ekor anak umur 50hari dan 2/4 ekor anak umur 78hari.
Tempoh hari masa aku cuti exam, aku ada balik kampung jap dengan membawa 8 ekor anak arnab selepas aku dapat tahu dari mak aku ada org nak 2 pasang arnab berumur lebih kurang sebulan. Aku bawakkan jugak lagi 2 ekor yang berumur lebih 2 bulan. Stok yang aku bawak adalah 6/7 ekor anak umur 50hari dan 2/4 ekor anak umur 78hari.
Jadi, pada hari Jumaat 20hb April 2012 merupakan tarikh keramat bagi aku selepas 2 tahun bergelar penternak arnab belakang rumah (back yard) kerana aku telah berjaya menjual 4 ekor (2 pasang arnab) baka mix anggora. Dengan harga timbang/borong setengah kilo RM15 seekor, 4 dari 7 ekor adik beradik yang berusia 50hari (kelahiran 9 - 1/3/2012) telah dijual kepada seorang rakan kampung mak aku. Aku personally handover pada brader tuh. Dia kata ada budak-budak kilang order.
Aku pun ader terpikir-pikir dari mana la brader ni dapat cerita yang aku ada bela dan nak jual anak arnab. Rupa-rupanya selepas 4-6 jam aku duduk kat kedai mak aku baru tahu rupanya mak aku yang pukul canang pada setiap orang kampung yang singgah ke warung mak aku. Patutlah...
Pastuh aku pun ada terpikir-pikir, kalau network dan promosi brader ni kat budak-budak kilang ni bagus, market aku boleh pegi jauh ni. Buat pengetahuan brader ni adalah seorang pemandu bas kilang yang ulang alik mengangkut orang kampung aku ke sebuah kilang terkemuka di Batu Berendam.
Dugaan aku memang betul. Satu hari lepas tuh mak aku call brader tuh nak lagi sepasang. Tadi aku balik kampung jap, brader tuh takde. So takde la jualan pada hari ini.
Pada hari yang sama juga selepas selesai urusan dengan brader tuh aku gi ke tempat belajar aku untuk ambil exam terakhir tuk semester ni. Aku ada tinggalkan lagi 4 ekor kat kedai mak aku supaya tengok-tengokkan. Mana la tau ada orang berkenan. Selesai exam mak aku telefon ada orang kat warung nak sepasang dan bertanyakan harga. Aku bagitau mak aku tolak je sepasang RM30. Kalau yang besar tuh sepasang RM60. Baka mix anggora beb.. Bulu panjang takkan nak tolak murah. Disebabkan mak aku pun tak tau sangat mcm mana nak pilih jantan betina, aku pun suh tunggu aku balik ke kampung selepas exam.
Petang tuh aku tiba kampung dengan membawa pertambahan 3 ekor anak dari adik beradik yang sama. Tapi aku hampa sebab org yang bertanyakan harga tuh telah ditawarkan RM40 oleh mak aku dan harga tetap itu tak diterima oleh bakal pembeli. Nak tak nak aku balik ke rumah dengan membawa semula baki 7 ekor. So pada hari tersebut aku mempunyai baki 32-4 = 28 ekor.
Malam ni, Insya Allah aku nak g semelih 4 ekor stock pedaging. 1 mak aku order, 1 abang aku nak test power buat goreng saja dan lagi 2 aku nak makan sendiri. So selepas ini stok daging hidup tinggal 9ekor saja.
Subscribe to:
Posts (Atom)



