Arnab Daging

Showing posts with label Reban. Show all posts
Showing posts with label Reban. Show all posts

Friday, 14 March 2014

RVR Fasa IV - Part I

Selepas serangan anjing pada bulan lepas yang menyebabkan kelahiran di RVR terus lumpuh sama sekali. Maka reka bentuk reban terbaru perlu di kemas kini. Dengan tapak asal yang sedia ada di belakang rumah, keluasan telah diukur. Maka kerja-kerja pembersihan telah di jalankan.
 
Sebelum dan Selepas pembersihan
 
Dijangkakan keluasan reban adalah 12 kaki x 8 kaki yang bakal menempatkan 36 lubang sangkar yang dipesan dari Penternak Arnab "Rabbit D'village Muar". Dengan menggunakan sistem air minuman auto, bekas makanan mesra pengguna, saluran najis yang mesra alam, menjadikan reban RVR ini mampu berdaya saing di antara penternak arnab yang lain.
 
Layout Plan
 
Budget untuk reban ini dalam jangkaan RM5,000 termasuk semua kelengkapan. Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan kami.

Wednesday, 26 February 2014

Reban Terbaru

Hasil usaha dengan rakan penternak, RVR telah di lantik sebagai pengurus baru di sebuah ladang arnab di negeri Johor. Berkapasitikan 3,000-3,500 ekor jumlah sangkar, di jangkakan ladang arnab ini akan menjadi sebuah sumber stok daging arnab yang akan dipasarkan di sekitar Melaka selain di Johor.
 
Walaupun induk yang tinggal kurang dari 500ekor, sejumlah 200ekor induk betina telah dikahwinkan pada penghujung bulan Januari. Dengan purata 5 ekor anak pada setiap kelahiran, di jangkakan lebih 1,000ekor bakal dilahirkan pada awal bulan depan.
 
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan nikmah dan hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Moga aktiviti ini akan terus berkembang untuk kebaikan bersama.
 
Permandangan di tengah-tengah ladang arnab yang diuruskan oleh RVR
 

Thursday, 13 February 2014

RVF Fasa 1 : 3D Cage

Idea dan konsep
 
Pandangan 3D seperti di JPV Kluang - 1 buck : 10 doe


3D Cages

Wednesday, 12 February 2014

Tuesday, 11 February 2014

RVF Fasa I: Plan Layout

Dok jenuh pikir-pikir apa jenis reban aku nak buat. Ini semua angkara pokok teduhan telah habis ditolak semasa meratakan tanah itu hari. Sekarang pulak musim panas. Pergi ke lokasi projek pukul 5 petang rasa macam tengahari terik. Bayangkan pokok buah-buahan seperti rambutan dan durian yang telah di tanam boleh mati kerana cuaca panas sekarang ni.
 
So nak tak nak, rancangan harus diteruskan. Kalu dok tunggu-tunggu sampai bila nak jadik kenyataan ye tak?
 
So tarraaaaa....


Ukuran pelan untuk 80induk betina di atas tapak bangunan seluas 20 kaki x 40 kaki.

Di jangkakan 88 ekor induk di mana nisbah 8 jantan : 80 betina @ 1 jantan : 10 betina akan muat untuk saiz tapak 20 x 40kaki ini. Pelan dongakan yang lain telah ada. Selepas ini akan mula carik barang-barang seperti besi dan zink kilang masing-masing untuk tiang dan bumbung.

Untuk sangkar pula, kajian spesifikasi dawai sedang di jalankan. Akan dibuat berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan rakan penternak.

Untuk projek ini 88sel ini, aku menamakan dia RVF Fasa I.

Friday, 17 January 2014

Reban Concept 1 sel 3 tiers.

Cadangan reban untuk anak-anak pedaging yang baru cerai susu
(Bukan untuk komersil)
 
Pelan Reban Arnab 3 tingkat

Wednesday, 15 January 2014

Upgrade Reban Arnab

Disebabkan terlalu banyak arnab pedaging yang diletakkan di dalam reban 2 tingkat 10 sel ini, reban yang telah digunakan pada penghujung bulan Oktober 2012, yang di perbuat dari rangka PVC 1/2 inci, hanya bertahan selama setahun sahaja. Anggaran induk pedaging yang ada di dalam reban tersebut pada ketika itu ialah melebihi 10 ekor dengan setiap ekor 3kg.
 
Maka buat sementara reban tersebut telah di biarkan dalam keadaan yang daif menyebabkan juga seekor demi seekor induk mati dalam sekitar bulan November dan December 2013.
 
Maka pada 20hb Dec, reban telah di upgradekan setinggi 2 kaki. Kemudian ia telah roboh semula dan di rendahkan pada ketinggian 1 kaki pada 29hb Dec. Kemudian pada 1hb Jan 2014, reban telah di naikkan kepada design asal iaitu 2 tingkat. Harapan kali ini reban yg mempunyai 10 batang kaki dan rangka PVC setebal 1 inci inci ini akan kukuh dalam masa 5 tahun lagi berbanding sebelumnya.
 
 
Penghujung Oct'2012 - Reban Asal menggunakan rangka PVC 1/2 inci dan 4 batang kaki
20hb Dec 2013 - Upgrade PVC 1 inci kaki stinggi 2 kaki x 6 batang tapi masih tidak kukuh
 
29hb Dec 2013 - Kaki direndahkan ke 1 kaki x 4 batang
 
1hb Jan 2014 - Kaki telah di tambah menjadi 6 batang dan di naikkan semula tingkat kedua

Sudah uji, tahap gegaran dan tolakan.
Harap ia kukuh sehingga 5 tahun akan datang.
RVR ada bercadang untuk menambah reban untuk anak-anak pedaging yang sedang membesar. Untuk mengurangkan ruang, design 3 tingkat yang mudah telah difikirkan amat sesuai. Jadi sekarang ianya dalam proses pengumpulan bahan mentah.

Friday, 27 December 2013

Reban Arnab Komersil dari China

Malaysia dikatakan masih amat jauh ketinggalan berbanding negara penternak arnab yang lain. Bayangkan untuk mencecah pengeluaran 10 tan pun masih lagi meraba, ini kan pula untuk mengejar 600,000 tan di negara China dan 300,000 tan di Perancis. Bagaimana pula dengan negara-negara timur tengah? Selain dari network di kalangan penternak yang masih ketinggalan yang mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri, kelengkapan penternakan juga amatlah mendukacitakan.
 
Mari lihat reban dari negara China yang di eksport ke serata dunia.

REBAN UNTUK INDUK






Setiap set mempunyai 12 sel dan berharga sekitar USD100  FOB yang mempunyai segala kelengkapan dari segi makanan,  minuman dan kotak beranak.

Lawatan ke Ladang Arnab JPV Kluang Johor

Dalam Malaysia hanya ada dua tempat sahaja yang mempunyai sampel reban arnab kormesil. Satu di Kluang dan satu lagi di Sg Siput, Perak. Jadi semasa di Expo Kluang 2013, RVR berkesempatan untuk melawat sebuah ladang arnab di JPV Kluang. Di katakan teknologi reban arnab komersil ketika itu telah di bawa masuk ke Malaysia dalam sekitar tahun 1981 di tatkala Malaysia ingin menaikkan industri arnab pedaging. Pada ketika itu maklumat mengenai arnab tidaklah sehebat ketika ini di mana kurangnya netwrok di antara penternak. Jadi Ladang hanya tinggal ladang.
 
Kini selepas lebih 30 tahun, reban tersebut masih berdiri kukuh. Ini membuktikan bahan-bahan yang digunakan ketika itu amatlah berkualiti. Dari 7 unit rumah reban arnab di kluang, hanya tinggal 4 sahaja. 3 buah lagi telah di jadikan reban kambing.
 
RVR telah menyusur di internet, tiada lagi gambar-gambar reban arnab komersil di Malaysia yang didedahkan. Jadi RVR telah mengambil beberapa gambar ketika lawatan. Jom layan.
 
Papan Tanda sebelum masuk ke reban
Salah sebuah reban yang masih berdiri utuh
Permandangan dalam dari hujung ke hujung
Antara kelengkapan asas reban arnab
 
Medium reban - Steel

Pandangan Reban


Menggunakan lantai simen memerlukan penyelenggaraan yg kerap


Di sebalik keutuhan reban arnab yang berusia lebih 30 tahun ini ada satu cerita hitam yang pernah berlaku di Unit Arnab JPV Kluang ini. Boleh cari di internet.
 

Thursday, 28 February 2013

Reban Fasa III - Final Part IV

Akhirnya siap Reban Fasa III yang menjadikan jumlah reban RVR 30 sel... Terbaru adalah penambahan reban 2 tingkat baru berjumlah 16 sel. Walaupun kekurangan 2 keping bumbung yang tak dapat menutup lagi 4 sel, RVR anggap ini hanya minor sahaja. So, layan...



Insya Allah, selepas ni buat penambahan sel di RVRII untuk pedaging.

Wednesday, 20 February 2013

Reban 2 sel 2 tingkat

Ini pula rekabentuk reban 2 sel 2 tingkat yang telah ditempah oleh seorang rakan penternak arnab. Beliau mahukan 2 unit. Harga dalam RM300 seunit. Ia adalah reban yang dipertingkat dari rekabentuk 2 sel setingkat.
 
Atas permintaan rakan tersebut, reban ini akan dibuat secara mudah bawa iaitu mudah dipasang dan ditanggalkan pada bila-bila masa untuk ke mana sahaja.


Saturday, 16 February 2013

Reban 2 sel 1 tingkat

Ada pelanggan yang beli 2 ekor anak minggu lepas telah memesan reban secara ringkas yang boleh menempatkan arnabnya. Perah punya perah, maka terhasillah rekabentuk di bawah.


2 sel 1 tingkat

Secara asasnya rekabentuk reban ini adalah dari reban yang pernah dihasilkan.

10 sel 2 tingkat


Selepas ini pengiraan kos dan harga jualan akan dibuat.

Thursday, 14 February 2013

Reban Fasa III - Part III

Guna Semula Unit Reban Lama

Berdasarkan pengiraan dan pengalaman, reban baru fasa III yang mempunyai keluasan lebih kecil dari reban biasa tidak dapat menampung berat dan saiz induk pedaging yang bakal tiba. Maka 3 biji reban individu lama yang bersaiz 1.5' x 1.5' x 2' terpaksa diguna pakai semula. Ini juga kerana keadaan lantainya yang menggunakan BRC G18 masih berkeadaan elok dan kukuh. Reban ini juga terpaksa digunakan semula sebagai sangkar kelamin di mana akan menjadi perumah untuk penjantan seterusnya akan menempatkan induk betina bersama penjantan ketika dikahwinkan.
 
 
Design Baru Reban Fasa III

Untuk reban design baru, walaupun 8 unit setingkat telah diguna pakai, RVR masih lagi dalam proses penambahbaikkan dari segi rekabentuk dan bahan. Beberapa alternatif telah dipilih, antaranya menggunakan bingkai PVC yang lebih besar dan tebal. Metal Joint PVC juga akan diguna untuk mendapatkan rekabentuk yang lebih efisen seterusnya menggabungkan rekabentuk yang lebih kukuh.

Wednesday, 13 February 2013

Update RVR

Assalamualaikum...
 
Apa yang nak di updatekan minggu ni?
 
 
Reban Fasa III
 
Tingkat 2 tak naik-naik lagi walaupun dah selepas 10 hari sejak 2hb tempoh hari. Tak tau entah mana silapnya, mungkin banyak berfikir tentang design yang rasanya macam tak kena. Ikutkan design reban serba ringkas yang membolehkan tingkat pertama terus naik dalam masa 1 hari, tetapi banyak pulak songehnya bila nak naik tingkat yang kedua apatah lagi tingkat ketiga.
 
Mungkin silap menggunakan kaki tapak lama yang ada kayu sebagai tapak. Mengikut reban Fasa I, hampir 100% bingkai menggunakan PVC yang memudahkan kerja-kerja reban 2 tingkat. Tapi kali ni lain. Pulak kena dengan BRC G18 yang tak rupa G18. Mungkin G18.5 kerana BRC yang di tingkat 1 melendut sedikit berbanding Reban Fasa I yang betul-betul kukuh tanpa tulang di bahagian tengah. Ini membuatkan RVR sedikit buntu. Yang merisaukan, adakah daya tahan karat Fasa III ini sama dengan Fasa I? Adakah tingkat 2 bertahan dengan BRC yang digunakan sekarang?
 
Stock arnab dah makin bertambah sejak permindahan sebahagian induk dari RVRII, jadi ruang dah menjadi terhad. Maka tingkat 2 perlu di naikkan segera sebelum penerimaan baka pedaging yang baru. Mungkin RVR perlu back to basic dengan menggunakan PVC sebagai bingkai asas. Dan jika ini berlaku design perlu dikaji dan diubah semula.
 
 
Baka Pedaging Baru
 
Insya Allah hujung bulan ini RVR akan menerima baka pedaging yang baru. Nama pun baka pedaging, maka jika menjadi induk, berat maksima 4.5kg dan jika anak yang diternak menjadi, dalam masa 2 bulan sahaja ia boleh mencecah 2.5kg. Ini kata orang la. Tapi kita tengok la nanti, moga apa yang dicita tercapai.
 
 
Iklan di Mudah
 
Ini kali kedua RVR masuk iklan di mudah. Tahun lepas pernah iklankan daging arnab. Sambutan menggalakkan. Bila daging dah short supply, dah slow balik. Iklan sekarang pula untuk anak-anak mix yang berharga minima RM25 seekor. Jika ambil lebih dari 5 ekor, RVR bagi harga borong. Ambil 10 ekor lagi murah. Ni la iklan yang baru je keluar hari ni di mudah.
 

Stock RVR

Minggu lepas RVR ada buat perubahan stock dengan menambah dan memindahkan dari dan ke RVR tetapi tidak mengemaskininya. Alamak, nanti jadi hal la pulak. Ok, kejap lagi RVR akan mengemaskini stock nya.


Tak tau nak cerita apa, banyak pulak cerita yang dikeluarkan. Oklah kita sambung kemudian.

Thursday, 7 February 2013

Reban Fasa III - Part II

Mari kita mulakan dengan Draft design dan langkah-langkah selanjutnya...

Ini sketch yang dibuat.. Siap ada kira sudut kecondongan untuk taik arnab gelongsor. Kehx3
Gambar berikut adalah tingkat pertama reban yang telah siap dibina dan penuh diisi dengan induk pada 2hb February. Tempoh pembuatan tidak sampai setengah hari. Jumlah unit adalah sebanyak 8. Tingkat kedua akan ditambah tidak lama lagi.

Pandangan sisi depan
Pandangan sisi belakang
Pandangan sisi atas
Pandangan ke unit reban yang cukup muat untuk seekor

Monday, 4 February 2013

Reban Fasa III - Part I

Dalam bulan ni RVR ada merancang untuk menambah baik (upgrade) dan menambah reban baru. Jadi elok lah projek ini dinamakan "Reban Fasa III" kesinambungan untuk ugrade reban Fasa II yang tak jadi dulu.

Ukuran
Berdasarkan pemerhatian ke atas reban lama, RVR boleh mengupgrade design bertingkat yang sedia ada kepada yang lebih compact dan mudah. Berikut adalah ukuran baru untuk seunit reban yang bakal di buat.
 

Lebar
Panjang
Tinggi 1
Tinggi 2
Sebelum
24
18
19
10
Selepas
22
14
15
8
% kurang
8.3%
22.2%
21.1%
20.0%
 
Dari segi keluasan RVR telah dapat mengurangkan sehingga 43.5%. Ini bermakna jika sebelum ini RVR membuat 5 reban sebaris yang lebar 18 inci, dengan lebar baru 14 inci RVR boleh menambah kepada 6.5 buah reban. Jika RVR membuat 8 unit reban sebaris, ia memerlukan 112 inci iaitu lebih dari 9 kaki.

Dan dari ketinggian yang telah dikurangkan dalam 20%, RVR boleh menaikkan reban yang mempunyai 3 tingkat berbanding 2 tingkat sekarang ini. Jumlah ketinggian sekarang adalah 51.5 inci. Ketinggan 3 tingkat yang baru adalah 67inci. Ia boleh dikurangkan lagi dengan merendahkan kaki reban dari 16 inci ke 12 inci.
 
 
Water feeder

Jika water feeder lama mengunakan nipple yang direct dicucukkan ke atas PVC, kali ini RVR akan mengubah nipple menggunakan hos yang disambung pada nut di PVC. Ini berdasarkan pemerhatian nipple direct agak leceh jika berlaku kebocoran di bahagian yang dicucuk. Kerja-kerja pembaikian tidaklah semudah yang disangka kerana PVC dan nipple telah diikat rapat pada bahagian BRC. Jika ingin membaikinya, separuh daripada PVC perlu di cabut.

Jika menggunakan hos, kerja-kerja pembaikian dapat dipercepatkan.
 

Jumlah reban

Dari design baru dan keluasan tapak lama yang bakal ditukar, RVR dijangkakan dapat menambah reban baru sebanyak 24 unit. Tetapi reban lama yang berjumlah 9 unit terpaksa dinyahguna buat sementara waktu. Selepas ini RVR dijangka mempunyai  34buah reban. Satu jumlah yang banyak dalam sejarah penubuhan RVR!
 
9 unit reban lama yang bakal diubah.
Belah kanan tuh reban 2 tingkat
 

Harapan RVR akan lebih succes dalam meningkat taraf reban yang sedia ada.

Thursday, 15 November 2012

Repair Reban Lama & 25ekor

Alhamdulillah, selesai dah "Ugrade Reban Fasa II" yang terpaksa di tukar menjadi "Mentenance Reban Lama". RVR mempunyai 12 reban lama;
  1. 2 reban ready made saiz kecil (code 301)
  2. 2 reban ready made saiz sederhana (code 304)
  3. 3 reban besar berbingkai kayu saiz 1.5' x 1.5' x 2'
  4. 3 reban kecil berbingkai kayu saiz 1' x 1' x 2'
  5. 1 reban kecil berbingkai kayu saiz 1' x 1' x 1.5'
  6. 1 reban panjang berbingkai kayu saiz 1' x 4.5' x 1.5'
No 1 dan 5 telah diletakkan ke tepi buat sementara waktu kerana stok yang masih kurang. Sementara no 2 dan 3 telah disusun sebaris menjadikan 5 buah sangkar saiz besar. Sementara no 4 di letakkan di atas no 6 menjadikan nya 2 tingkat.

So total sekarang RVR mempunyai 19buah reban tidak termasuk 3 reban spare dengan penghuninya 25 ekor.

Friday, 9 November 2012

Reban Fasa II - Part II

Nak cut cost punya pasal, design baru Fasa II terpaksa dilupakan. Hanya upgrade reban lama saja. 2 biji sangkar besar ready made yang berusia hampir 2 tahun telah di upgradekan tapaknya. Ini untuk mengelakkan anak daripada lolos ketika dilahirkan. Pernah terjadi pada kes K19. Bahan yang digunakan ialah BRC G18.


Sebelum

Selepas
Dijangkakan juga 3 biji reban hand-made (saiz besar) dari upgrade fasa I akan diimprove dan digunakan semula

Wednesday, 7 November 2012

Reban Fasa II - Part I

Buat pengetahuan, semua arnab telah dipindahkan ke reban 10 sel 2 tingkat yang baru dan reban lama telah kosong buat sementara waktu.

Reban lama mempunyai pelbagai saiz dan bahan pembuatan. Jadi disebabkan reban lama yang kosong dan sudah over use, maka eloklah kiranya projek "Upgrade Reban Fasa II" di lakukan.



Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan dan dijangkakan siap pada hujung minggu ni.


Masalah Reban Lama.

Seperti pada Fasa I, antara yang menjadi masalah utama pada reban lama adalah
  1. Penggunaan kayu sebagai bingkai yang mudah reput dan berlumut dalam jangka masa setahun.
  2. Penggunaan hos lutsinar pada water feeder yang memudahkan lumut membiak dalam jangka masa 3-4 bulan.
  3. Bumbung yang menggunakan beg pallet yang mudah di koyakkan oleh induk. Juga mudah bocor ketika hujan.
  4. Reban ready made yang mempunyai tapak dan dinding yang jarang. Keadaan ini tidak elok untuk induk betina yang bakal melahirkan anak.

Design Reban Fasa II

Jika di ikut bulat-bulat design pada Fasa I, kos bahan mentah sekitar RM300. Ini agak membebankan RVR. Jadi design yang jimat kos perlu diambil kira untuk Fasa II. Beberapa faktor perlu di kaji.
  1. Berapa saiz Reban Fasa II? Adakah seperti Fasa I; 18"x24"x14" per unit, 2 tingkat, 10 sel?
  2. Apakah bahan yang akan digunakan? BRC saiz 18G juga? atau campur dengan bahan yang murah?
  3. 100% menggunakan zink kilang? atau campur dengan bahan yang murah?
  4. Fasa I mempunyai masalah dari segi keutuhan kaki reban (6 batang) kerana keupayaan PVC yang fleksibel. Menggunakan kaki reban lama (batu blok)?
Berdasarkan persoalan di atas, design baru untuk Fasa II akan di buat termasuk kos yang bakal di kira.

Moga Allah permudahkan perjalanan kami

Monday, 29 October 2012

Upgrade Reban Part III

Ini lah reban yang telah di upgradekan. Sebelum dan selepas.

Sebelum - 3 reban besar dan 3 reban kecil diperbuat dari bingkai kayu

Selepas - Reban 10 sel 2 tingkat diperbuat dari bingkai PVC
Setakat ni hanya 5 sel digunapakai yang mengandungi 2 induk, 5 anak, dan 3 induk single dan seekor jantan. Baki 3 jantan dan 3 betina masih di reban lama bersebelahan.

Tangki air juga telah di pindahkan di atas reban baru ini.