Arnab Daging

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Menginject Arnab Kurap

Semalam baru perasan anak arnab berbaki 5 ekor dari K029 yang berusia 44hari telah dijangkiti parisit di bahagian telinga, hidung dan kuku. Senang cerita kena KURAP.

Ikutkan pengalaman selepas lebih setahun RVR bela arnab, baru kurap ini menjelma. Dari pemantauan RVR, salah satu sebab arnab kena kurap mungkin faktor genetik. Apakan tidak, salah satu K029 telah di campurkan dengan K028, tetapi K028 tidak menunjukkan tanda-tanda di jangkiti.

So aku pun kenalah jadi doktor veteriner partime. Ini proses yang aku lakukan untuk menginject arnab-arnab tersebut.
Selalu kurap akan nampak di bahagian telinga, hidung dan kuku.
 
Ini ubat suntikan yang aku gunakan 1ml bagi 50kg.
Kalau arnab 2.5kg adalah dlm 0.05ml
Kalau anak dalam sekilo 0.02ml
Senang je keja ni. Kalau kat vet kena bayar RM10 sekali inject. Kita inject sendiri lagi puas hati. Dalam masa 1 minggu, kurap kering dan menjadi kuping. Dalam masa 2 minggu ia akan gugur dan akan menampakkan bahagian kulit yang kena kurap itu kemerah-merahan, lepas tuh akan tumbuh bulu baru.

Antara lain sebab kurap muncul mungkin kerana faktor persekitaran reban yang kurang memuaskan.  Arnab juga boleh dijangkiti jika selalu dibiarkan bermain di atas tanah, . Jika dibiarkan lama, ia boleh menjangkit ke reban sebelah seterusnya ke seluruh reban. Selain jadi tak cantik ia juga boleh membawa kepada kematian. Jadi kita kena bertindak cepat.

Setakat ni alhamdulillah, arnab di RVR hanya menghadapi penyakti kurap sahaja dan ini adalah kali keempat RVR menginject arnab dalam kuantiti yang banyak - 5 ekor sekali gus.

Thursday, 8 November 2012

Format Info Kelahiran

Disebabkan info kelahiran yang berubah-berubah dan terlalu banyak cerita meleret, so di bawah ini di nyatakan format untuk info kelahiran yang baru,

Tempat Kelahiran - RVR atau RVRII.
No Batch Kelahiran - Bermula dengan huruf K diikuti no turutan.
Kod Induk Betina - dimulakan dengan hufuf F dan no daftar di RVR.
Hari dan Tarikh Kelahiran - Jika cuti, akan diletakkan tempoh hari kelahiran.
Masa Kelahiran - Jika tiada saksi akan diletakkan tempoh masa kelahiran.
Jumlah anak - Kuantiti anak dilahirkan pada waktu dikesan termasuk yang mati (jika ada).
Jumlah Keseluruhan Anak - Semua anak dilahirkan dari satu induk termasuk yang mati (jika ada).
Jumlah Keseluruhan Kelahiran - Semua kelahiran yang berlaku ketika dalam penjagaan.
Kelahiran Terakhir - Kod, tarikh kelahiran dan anak sebelumnya.
Jarak Kelahiran Terakhir -  Jumlah hari dari tarikh kelahiran terakhir.
Situasi Kelahiran - Dari segi "Jangkaan Tarikh Lahir", Takung Didik, Kelakuan induk dan anak.

Stock sebelum kelahiran:
Stock selepas kelahiran :

Gambar induk dan anak terbaru selepas kelahiran dikesan.

Monday, 22 October 2012

Kos Reban 2 tingkat 10 sel

Mari kita memerah otak dalam matematik pulak untuk kira kos bahan mentah.

Ikutkan sebelum sesuatu projek di buat, kita kena buat kira-kira untuk budget atau anggaran kos. Tapi reban dah siap baru nak kira kos, larilah budget. So untuk kes study, aku ambil la reban 2 tingkat 10 sel ni.


Bahan-bahan yang diperlukan,

BRC 1/2in G18 - RM5 per 3kps (12in x 36 in)

a. Lebar tapak - 2 kaki @ 24in
b. Panjang - 7.5 kaki @ 90in
c. Tinggi L1 - 20in (i) dan 10in (ii)
d. Tinggi L2 - 14in
e. Jumlah dinding L1 & L2 - 6 keping setiap level.

Maka luas BRC yang diperlukan;
= tapak + dinding L1 + dinding L2 + subdinding L1 + subdinding L2
= [ (a x b) x 2 level ] + [(b x ci) + (b x cii)] + [(b x d x 2)] + [(ci + cii)/2 x a x 6] + [d x a x 6]
= [(24 x 90) x 2] + [(90 x 20) + (90 x 10)] + [(90 x 14 x 2)] + [(20 + 10)/2 x 24 x 6] +[14 x 24 x 6]
= 4,320 + [1,800 + 900] + 2,520 + 2,160 + 2,016
= 13,716 inci persegi
= 13,716 / 144 kaki persegi
= 95.25 kps

Tambahan 10% untuk lipatan = 95.25kps x 1.1% = 104.775 kps

Harga untuk BRC sahaja 104.775 kps x RM5 / 3kps = RM174.62


PVC 1/2in - RM0.375 per 12inci & Connector

Tinggi kaki LG - 16in x 6 batang x RM0.375 / 12 = RM3.000
Tapak lebar LG - 22in x 3 batang x RM0.375 / 12 = RM2.625
Connector LG - Elbow x 6 x RM0.40 = RM2.40
Total = RM8.025

Tinggi kaki L1 - 19in x 6 batang x RM0.375 / 12 = RM3.5625
Tapak panjang L1 - 90in x 2 batang x RM0.375 / 12 = RM5.625
Tapak lebar L1 - 24in x sebatang x RM0.375 / 12 = RM0.75
Connector L1 - T x 6 x RM 0.60 = RM3.60
Total = RM13.60

Tapak panjang L2 - 90in x 2 batang x RM0.375 / 12 = RM5.625
Connector L2 - Elbow x 4 x RM0.40 + T x 2 x RM0.60 = RM2.80
Total = RM8.425

Water Feeder - 96in x 2 batang x RM0.375 / 12 = RM6.00
Connector - Elbow x 2 x RM0.40 + Cap x 2 x RM0.30 = RM1.40
Bridge - 30in x sebatang = RM0.9375
Total = RM8.3375

Grand Total = 8.025+13.6+8.425+8.3375 = RM 38.39

(PVC = 73.5kaki @ RM27,56, Elbow x 12 unit @ RM4.80, T x 8 unit @ RM4.80 dan Cap x 2 unit @ RM0.60)


Bumbung, RM2.75 per 2.5kps (12in x 30in)

32in x 30in x 6keping = 5,760in psq
= 5,760 / 144 kps
= 40kps

Harga = 40kps x RM2.75 /2.5kps = RM44.00


Others

Nipple x 10 x RM3.5 = RM35.00
1/2" kayu 90in x 2 x RM1.20 / 72in = RM3.00
Cable tie x 100pcs = RM5.00
PPE Tape = RM0.50
Lock Wire, Gun Tacker
Total = 35.00 + 3.00 + 5.00 + 0.50 = RM43.50


Maka JUMLAH KOS BAHAN;
= RM174.62 + RM 38.39 +RM44.00 + RM43.50
= RM 300.51


Mark-up dari kos bahan adalah 1/3 iaitu 35% = RM 300.51 x 135% = RM405.6885

Upah tenaga kerja mahir RM100 x 2 hari = RM200.

Harga reban 2 tingkat 10 sel ini = RM 405.6885 + RM 200 = RM 605.6887

Maka harga reban ini boleh lah digenapkan menjadi RM 600.00

Disebabkan harga reban yang mahal, aku bercadang untuk meng-cost-down-kan sedikit reban yang akan datang. Mungkin menggunakan BRC dari 1/2in x 1/2in ke 1/2in x 1in dan mempelbagaikan material BRC di bahagian dinding atas.

Monday, 10 September 2012

Anak Angkat?

Disebabkan kelahiran K21(1ekor) dan K22(4ekor) yang berselang 1 hari pada minggu lepas, aku bercadang untuk menggabungkan kedua-dua kelahiran pada satu ibu kerana jumlah anak yang terlalu sedikit; 5 ekor sahaja. Di sini aku ada membuat beberapa pemerhatian.
 
Ibu K21 adalah baka pedaging yang mempunyai berat hampir 3 kg. Ini adalah kelahiran kali kedua yang hanya beranak seekor. Jika di lihat dari segi produktiviti, ini tidak bagus. Sementara Ibu K22 adalah dara mix anggora yang mempunyai berat badan separuh dari ibu K21. Dari pemerhatian pertama, Ibu K22 mengalami geli-geli apabila si anak menyusu dan sering melarikan diri dari bekas anak. Jadi aku membuat kesimpulan 4 ekor anak K22 elok di pindah dan di satukan dengan K21 kerana ibu K21 mempunyai saiz badan yang besar dan pernah menyusukan 5 ekor anak pertama sehingga cerai susu. Aku mengambil sedikit minyak hitam untuk disapukan ke atas setiap anak bagi mengelakkan ibu K21 menolak anak2 tersebut dan paling teruk membunuh terus. Penerimaan ibu K21 amat baik. Tiada penolakan. Tapi aku kena membuat pemerhatian lanjut.
 
Ku sangkakan penerimaan anak-anak baru terus berpanjangan tetapi selepas sehari 4 ekor anak K22 termasuk seekor K21, ia tidak menunjukkan ciri-ciri cukup menyusu. Biasanya anak yang sentiasa kenyang berada dapat keadaan perut yang bulat berwarna putih menunjukkan ada susu di dalam perut setiap anak. Tetapi sekarang semua perut termasuk anak K21 berada dalam keaadan kempis sampai nampak tulang rusuk. Apabila aku periksa puting di perut ibu K21, tiada kesan susuan. Malah tiada kesan cabut bulu. Bila aku angkat ibu K21 dan letakkan ke atas bekas anak, si ibu mereject dan menunjukkan seperti ia tidak pernah ada anak dan tak mahu menyusukan anaknya. Apabila aku picit puting ibu K21, sedikit sahaja susu yang keluar. Aku menyusukan pula salah sekor anak secara paksa dengan mensuakan mulut anak ke puting ibu K21. Si anak menyusu tapi tak lama sebab memang susunya kurang.
 
Aku periksa pula ibu K22, putingnya menunjukkan jumlah susu yang banyak. Akhirnya aku pindahkan semula semua anak K22 termasuk sekor anak K21 ke ibu K22. Ibu K22 pada mulanya masih geli, tapi akhirnya ia menerima juga semua anak yang berjumlah 5 ekor itu. Ia menyusukan semua anak sehingga kenyang, sehinggakan perut mereka bulat penuh dengan susu. Dah kenyang baru anak-anak ni duduk diam.
 
Selepas 2-3 hari aku perhatikan, si ibu K22 memang prihatin. Anak semua sentiasa kenyang. Harapan aku semua anak itu akan hidup membesar.

Saturday, 1 September 2012

BRC Reban Arnab

Selalu sangat orang menggunakan istilah BRC untuk mencari jaring besi di kedai-kedai hardware tetapi tahukah anda BRC tuh singkatannya datang dari mana? Sebenarnya BRC adalah singkatan nama syarikat yang mengeluarkan jaringan keluli iaitu BRITISH REINFORCED CONCRETE. Syarikat ini telah lama mengeluarkan campuran keluli yang diperkuatkan (reinforced concrete) yang pada mulanya untuk keggunaan landasan keretapi. Disebabkan perkembangan teknologi dan perniagaan, BRC telah berkembang pesat dan membangun selama hampir 100 tahun.
 
Kat sini kita tak mau cerita pasal kampeni BRC tapi kita nak cerita pasal BRC wayar untuk reban arnab. Sebenarnya BRC yang kita cari-cari dan maksudkan eloklah di panggil sebagai Wire Mesh (Jaring Wayar). Tapi kelakar la pulak maksudnya kalau kita pakai bahasa baku ni kat kedai hardware, tentu tokey kedai akan tercengang-tercengang. Tapi takpe la, istilah BRC pun dah diterima pakai oleh semua orang, jadi kita pakai je lah.
 
BRC ada pelbagai jenis dan spesifikasi bergantung pada kehendak dan keperluan. Ada jenis keluli tahan karat (stainless steel) yang berharga amatlah mahal. Ada jenis plastik. Ada yang nak murah tapi tak tahan lama. Ada yang made in china dan berbaloi jugak bila diguna.

Untuk BRC reban arnab, spesifikasi yang selalu digunakan adalah jaringan keluli berjarak 1/2" x 1/2". Sementera tebal wayar yang digunakan di ukur dalam unit G (Gauge). Untuk saiz 1/2", setakat ini aku jumpa dari setebal G18 hingga senipis G20. Seterusnya ia mempunyai 2 jenis kategori iaitu bersalut dan tidak bersalut. Selalunya tidak bersalut adalah yang paling murah kerana ia tidak tahan karat. Kategori bersalut pula ada beberapa jenis, bersalut galvani dan bersalut plastik (pelbagai warna).
 
Gauge chart

Dibawah ni aku tunjuk ringkasannya dari keluarga 1/2"x1/2".
 
 
 
Antara kelebihan BRC untuk reban arnab adalah, 
  1. Murah : Buat masa sekarang 1 meter x 3 kaki lebar untuk G20 = RM 3. Segulung 80kaki hanya RM50-60.
  2. Mudah dibentuk : Yang saiz G20 memamg senang la di bengkok - bengkok. G18 payah sikit tapi ok la jugak. Dah saiz tebal.
  3. Ketahanan : Kalau nak murah amik G20. Kalau nak mahal dan tahan lama amik G18
  4. Proses Pembuatan : BRC senang di stapler pada kayu. Atau semata-mata BRC untuk reban, ia boleh dicantum dan diikat dengan wayar atau kabel tie.
Berdasarkan pengalaman sendiri selama 2 tahun dan pendapat bersama seorang rakan, kebanyakan pertenak kecil menggunakan BRC yang paling murah iaitu setebal G20 sebagai permulaan. Pemilihan ini adalah tepat tetapi hanya untuk jangka masa pendek yang dapat bertahan sekitar 6-10bulan sahaja. Disebabkan sifat arnab yang jenis mengais dan kencing di satu sudut bahagian sahaja, BRC ini mudah berkarat dan cepat reput. Ini menyebabkan kos berlipat kali ganda perlu di habiskan untuk penyelenggaraan, masa dan bahan mentah semasa menggantikan BRC yang baru. Sementara BRC G18 berdasarkan pemerhatian, ia masih kelihatan baru walaupun sudah setahun pakai. Kedai pun kata paling minimum ia bertahan selama 3 tahun. Jika kena penggunaannya ia boleh mencecah ketahanan selama 6 tahun!

So, apa pilihan anda?
 

Tuesday, 14 August 2012

Strategi Kahwin Tak Menjadi

Ingat tak lagi aku ada buat strategi baru untuk mengahwin kan arnab dengan menyatukan si jantan dan betina dalam satu sangkar untuk jangka masa yang lama disebabkan beberapa faktor di bawah,

1. Mengurangkan masa memindahkan induk betina ke sangkar pejantan setiap kali di kahwinkan.
2. Mempunyai stock jantan muda yang banyak.
3. Memastikan bahawa induk betina sentiasa boleh di kahwinkan pada bila-bila masa tanpa jadual dan pemantauan.
4. Mengurangkan penggunaan sangkar untuk mengasingkan seekor betina dan seekor jantan pada setiap sangkar.
5. Memastikan bahawa hanya satu pejantan sahaja untuk dikahwinkan pada seekor betina.


Tetapi selepas seminggu aku pantau strategi ini, aku mengalami masalah baru. Antaranya;

1. Apabila dah lama induk betina bersama dengan jantan, si jantan sudah tidak mempunyai minat pada betina. So, didapati aktiviti mengawan kurang berlaku. Suasana hambar. Tapi apabila di masukkan betina baru, si jantan menunjukkan minat untuk mengawan betina baru.

2. Masalah paling teruk apabila induk betina yang dipindahkan dari sangkar pejantan lain ke penjantan baru akan di serang dengan ganas oleh penjantan baru. Ini disebabkan badan induk betina telah mempunyai bau pejantan asal yang kuat (semasa memikat, si jantan akan kencing ke arah betina) menyebabkan si jantan baru tak dapat menerimanya. Jadi di sini, induk betina perlulah berada dalam keadaan bersih dari bau-bauan jantan lain untuk mengelak diserang ganas oleh jantan lain semasa dikahwinkan. Dengan kata asal, eloklah betina berada bersendirian di dalam sangkar nya sendiri atau di tempatkan bersama dengan betina-betina lain yang bebas dari bau jantan.

3. Keadaan keliling sangkar akan kotor dengan air kencing jantan. Biasanya arnab jantan akan kencing ke arah betina ketika mengawan untuk menunjukkan bahawa dia berkuasa ke atas betina. So bayangkan lah kalau dah letakkan betina secara tetap dengan jantan. Agak-agak apa warna arnab betina berbulu warna putih? Jadi warna cokelat la bro.. haha.. penuh dengan air kencing pekat. Nak pegang pun kena pikir 2-3 kali. Hancing semacam.

Jadi aku pun mula mengasingkan semula mana-mana betina yang berpontensi untuk bunting. Pejantan utama pun aku biarkan semula seekor dalam satu sangkar. Sangkar pun terhad jadi hanya dapat la 2 ekor betina aku asingkan. Mana yang kurang berpontensi untuk bunting, aku biarkan aje dengan jantan muda.

Pengalaman mengajar aku. So bila tak buat benda baru manakan tau hasilnya ye tak?. So tak salah mencuba kalau benda tuh tak merbahaya.

Sunday, 10 June 2012

Bunting Palsu

Sekarang induk-induk sedang sibuk mengambil feeling untuk beranak. Sibuk mengais-ngais membuat sarang. Kalau atas tanah, memang gerenti kaisan itu akan menjadi lubang yang amat dalam. Dan sesuailah habitat arnab yang sememangnya beranak dalam tanah.

Semalam aku tengok induk yang paling besar dalam jagaan aku yang berwarna perang sudah mencabut bulunya. Aku tengok tarikh due nya jauh lagi, lebih kurang lagi 2 minggu. Mengikut pengalaman dan pembacaan aku, ini di namakan bunting palsu di mana, induk yang sudah dikahwinkan menunjukkan ciri-ciri awal untuk beranak tetapi tak beranak disebabkan usia bunting yang belum genap 31hari. Orang kata arnab ni menggatallah.


Induk yang menggatal cabut bulu sebelum tiba masanya.

Orang kata arnab ni tak bunting, dan patut di kahwinkan semula. Tapi pada aku, aku biarkan dulu sampai duenya, kalau tak beranak jugak baru aku kahwinkan. Kadang-kadang dalam keadaan macam ni arnab ada stress sikit. Yelah, yang lain dok mengais-ngais, maka dia sendiri pun terasa tempias untuk beranak walaupun dia tak bunting.

Sehingga takat ni, aku tengok semua induk sihat-sihat. Induk yang bunting, akan kurang makan sebab dok sibuk memikirkan dan sibuk nak buat sarang. Kita sebagai penjaga yang prihatin, kena la support induk-induk ni. Takkan tau nak untung je kan. Bagi la sediki sokongan moral kat induk-induk ni seperti membelai-belai supaya dorang tak stress. Di samping tuh kita bagila daun-daun kering ke dalam kotak didik dia untuk dia senang duduk dalam tuh. Tak payah la dia dok mengais-ngais besi BRC tu sampai tercabut.

Walaupun cuaca sekarang agak panas tapi semalam ada sedikit hujan. Hopefully tak hujan selalu sebab bila masa beranak nanti tak la anak-anak arnab ni kesejukan. Sampai sekarang aku tak dapat rasa apa-apa ketulan berupa bentuk anak arnab di perut induk-induk ni. Maybe awal lagi kot walaupun due yang terdekat lagi seminggu lagi.

Tak sabar rasanya nak menunggu masa yang akan tiba. Kalau dulu sekali turun nak dekat 20ekor dalam masa sebulan untuk 4 ekor induk yang beranak, kali ni aku target 30 ekor dengan pertambahan induk lagi 2 ekor. Jumlah semua 6 ekor. Lagi sekor yang last tak maw kawin aku dah biarkan dia ngan jantan selama sebulan. Miang nak kawin tak sampai-sampai, itu la yang aku akan buat. Lagi pun batch last.

Seminggu lagi, 16hb/June.. kita tunggu je, jadi ke tak.

Monday, 16 April 2012

10 Sebab Kenapa Anda Patut Makan Daging Arnab

1. Ia adalah salah satu daripada daging putih terbaik yang terdapat di pasaran hari ini.
2. Daging arnab mempunyai peratusan protein yang tinggi dan mudah dihadam.
3. Ia mengandungi paling kurang jumlah lemak di kalangan daging lain.
4. Daging arnab mengandungi kalori nilai yang kurang daripada daging lain.
5. Daging arnab adalah bebas kolesterol dan oleh itu ia "mesra" dengan pesakit jantung.
6. Kandungan garam dalam daging arnab adalah paling kurang berbanding daging lain.
7. Kalsium dan fosforus kandungan daging ini adalah lebih daripada mana-mana daging lain.
8. Nisbah daging kepada tulang yang tertinggi bermaksud ia mempunyai daging yang lebih untuk dimakan berbanding daging ayam.
9. Daging arnab ada banyak faedah kesihatan, ia tidak mempunyai rasa yang kuat dan setanding dengan ayam tetapi tidak serupa.
10. Arnab adalah salah satu daripada haiwan ternakan domestik yang paling produktif. Arnab boleh menghasilkan 6 paun daging pada makanan dan air yang sama seperti lembu ambil tetapi lembu hanya akan menghasilkan 1 paun daging.

Jadi anda boleh melihat terdapat banyak faedah kesihatan untuk memakan daging arnab.
Ia adalah sihat untuk anda dan murah untuk dihasilkan. Mengapa tidak mencuba untuk menggabungkan beberapa daging arnab ke dalam diet anda hari ini.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.