Arnab Daging

Wednesday, 27 June 2012

Anak 2nd Batch Tak Menjadi

Ini adalah pengalaman kali kedua aku menghasilkan batch anak untuk kali kedua.

Ikutkan dalam minggu ini dah bertimbun-timbun aku dapat anak arnab tapi yang mengecewakan aku, dari 7 ekor induk yang telah aku kahwinkan pada sebulan yang lepas, sekor anak pun tak dapat. Di mulakan dengan jangkaan tarikh beranak pada 17/June sehinggah 24/June, sehingga hari ini 27/June pagi masih tiada perkabaran yang dijangkakan.

Bermula dengan ibu pertama bunting palsu, di ikuti dengan ibu kedua dan ketiga. Semua nya mencabut bulu perut pada pertengahan tempoh bunting. Apabila tiba masa sebulan tiada pula anaknya. Dan bila di kahwinkan semula, semua induk mahu sahaja. Maknanya sebelum nmemang sah si jantan menembak kosong. Atau mungkin juga kesilapan dari aku sendiri.

  1. Jika di batch pertama sebelum ni aku cukup lengkap dengan segala catatan semasa aku mengahwinkan induk-induk tersebut tapi untuk kali ini, batch kedua, aku tiada membuat sebarang rekod di buku. Kalau ada pun aku hanya menampal memo kertas kecik di setiap reban. Pun begitu bila hujan lebat, habis hancur semua memo.
  2. Kali ini aku mengharapkan pada bapak jantan yang tinggal seekor sahaja. Sebelum ni si jantan sekor ni di bantu oleh Naib Penjantan Putih yang telah mati beberapa bulan lalu. Mungkin Jantan tunggal ni letih sebab ramai sangat aku kahwinkan so jumlah benih yang di hasilkan agak berkurang. Ikutkan jumlah induk yang paling afdal adalah 5 ekor bagi seekor jantan. Aku bagi 7 ekor. Mana tak terlayan.
  3. Mungkin juga pertengahan tahun bukan la musim untuk arnab beranak. Cuaca yang sentiasa panas membuatkan jantan kurang subur.
Maka untuk itu, aku telah menyediakan 7 ekor penjantan baru dari anak 1st batch yang 30ekor. Sekarang tinggal 8 ekor. Sekor lagi betina sudah pun aku buat test dengan mengahwinkan dengan bapak dan penjantan-penjantan yang baru naik.

Aku sudah pun mengahwinkan semula semua induk tapi aku tak menggunakan bapak jantan tuh terlalu kerap. Aku sudah hadkan 2 hari sekali je dia kawin. Tapi aku masih tidak merekodkan data. OK selepas ni aku rekodkan semula, dan buat anlysis.

Monday, 18 June 2012

Hasil Terbaik Setakat Ini

Semenjak aku menerima 2 ekor jantan masing-masing baka Anggora dan Melakacute pada hujung tahun lepas, aku mula mendapat anak baka mix. Selepas 6 bulan inilah hasil yang terbaik setakat ni,


2 ekor anak betina ini yang berusia 4 bulan adalah hasil kacukkan Jantan Melaka cute dengan betina mixed Anggora. Sebelah kanan adalah dari ibu yang merupakan anak kepada ibu anak sebelah kanan. Maknanya ibu coklat ni adalah nenek kepada anak putih ni. Dan pangkat antara dorang berdua ni kira anak buah - makcik la. Buat pengetahuan Jantan Melaka cute ni dah mati 2 bulan lepas.

Persoalan di sini, agak-agak korang berapa harga baka mixed ni? hehe Kalau aku kata anggora pun org akan caya, sebab bulu anggora dorang ni sekali imbas tak melambangkan ciri-ciri mixed. Aku ingat aku nak simpan 2 ekor ni menjadi induk.

Dalam simpanan aku, adik-beradik coklat ada 4 ekor. Sekor dah aku jualkan RM40 tempoh hari tapi bulu dia tak la dominon anggora. Yang putih ni, adik beradiknya 7 ekor. 4 sudah di jual. Tinggal lagi 3. Lagi 2 ekor tak punya bulu anggora. Macam mixed anggora biasa-biasa je.

So inilah hasil pengacukan arnab dari pelbagai baka. Layan je la gambar dorang dua ekor ni.



Friday, 15 June 2012

DIY Auto Water Tank 15L - RM35

DIY Auto Water Tank 15L - RM35

Mengisi air minuman ke dalam botol atau membuka satu-satu pintu sangkar untuk mengisi air ke dalam mangkuk memang memenatkan. Bagi yang malas nak isi minuman arnab memang sesuai pakai auto water tank ni. Cukup mudah, pasang kat getah paip, letak tempat tinggi, cucuk water feeder host dan sambungkan pada nipple. Semuanya akan jadi auto. Sesuai untuk 5~20 sangkar arnab.

Wednesday, 13 June 2012

Salam Perkenalan dan Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke Blog kami yang tak seberapa ni. Blog ini di wujudkan atas dasar minat dan keinginan untuk pergi lebih jauh ke bidang penternakan arnab. Bermulanya dengan hobi suka-suka sejak 10hb Oct 2010, selepas setahun setengah, kini kami sudah ada 10 ekor induk yang boleh di katakan sebagai penyumbang kepada pendapatan sampingan kami hasil penjualan anak arnab dan stok daging.

Jumlah induk kami tidak la sebanyak mana yang disangka kerana arnab kami ditempatkan di belakang rumah sahaja dan pada satu-satu masa pernah menghampiri jumlah 40 ekor dengan 30 ekor darinya adalah anak.

Paparan blog ini akan dipertingkatkan lagi.
Tetapi buat masa sekarang, cukup la apa yang ada dulu.
Jika ada pertanyaan dan soalan mengenai product yang dipamerkan, boleh ajukan persoalan pada saya di 017-6839680. Jika saya tidak menjawab, boleh tinggalkan sms.

Dengan kerjasama dan sokongan anda, harapan kami supaya hobi kami ini akan berkembang menjadi industri penternakan Arnab. Insya Allah.

Wassalam

Sunday, 10 June 2012

Bunting Palsu

Sekarang induk-induk sedang sibuk mengambil feeling untuk beranak. Sibuk mengais-ngais membuat sarang. Kalau atas tanah, memang gerenti kaisan itu akan menjadi lubang yang amat dalam. Dan sesuailah habitat arnab yang sememangnya beranak dalam tanah.

Semalam aku tengok induk yang paling besar dalam jagaan aku yang berwarna perang sudah mencabut bulunya. Aku tengok tarikh due nya jauh lagi, lebih kurang lagi 2 minggu. Mengikut pengalaman dan pembacaan aku, ini di namakan bunting palsu di mana, induk yang sudah dikahwinkan menunjukkan ciri-ciri awal untuk beranak tetapi tak beranak disebabkan usia bunting yang belum genap 31hari. Orang kata arnab ni menggatallah.


Induk yang menggatal cabut bulu sebelum tiba masanya.

Orang kata arnab ni tak bunting, dan patut di kahwinkan semula. Tapi pada aku, aku biarkan dulu sampai duenya, kalau tak beranak jugak baru aku kahwinkan. Kadang-kadang dalam keadaan macam ni arnab ada stress sikit. Yelah, yang lain dok mengais-ngais, maka dia sendiri pun terasa tempias untuk beranak walaupun dia tak bunting.

Sehingga takat ni, aku tengok semua induk sihat-sihat. Induk yang bunting, akan kurang makan sebab dok sibuk memikirkan dan sibuk nak buat sarang. Kita sebagai penjaga yang prihatin, kena la support induk-induk ni. Takkan tau nak untung je kan. Bagi la sediki sokongan moral kat induk-induk ni seperti membelai-belai supaya dorang tak stress. Di samping tuh kita bagila daun-daun kering ke dalam kotak didik dia untuk dia senang duduk dalam tuh. Tak payah la dia dok mengais-ngais besi BRC tu sampai tercabut.

Walaupun cuaca sekarang agak panas tapi semalam ada sedikit hujan. Hopefully tak hujan selalu sebab bila masa beranak nanti tak la anak-anak arnab ni kesejukan. Sampai sekarang aku tak dapat rasa apa-apa ketulan berupa bentuk anak arnab di perut induk-induk ni. Maybe awal lagi kot walaupun due yang terdekat lagi seminggu lagi.

Tak sabar rasanya nak menunggu masa yang akan tiba. Kalau dulu sekali turun nak dekat 20ekor dalam masa sebulan untuk 4 ekor induk yang beranak, kali ni aku target 30 ekor dengan pertambahan induk lagi 2 ekor. Jumlah semua 6 ekor. Lagi sekor yang last tak maw kawin aku dah biarkan dia ngan jantan selama sebulan. Miang nak kawin tak sampai-sampai, itu la yang aku akan buat. Lagi pun batch last.

Seminggu lagi, 16hb/June.. kita tunggu je, jadi ke tak.

Wednesday, 6 June 2012

Perancangan Menambah Sangkar

Selepas sedikit pemantauan, aku merancang nak manambahkan sangkar yang bersaiz 1' x 1' x 2' sahaja. Reban-reban ni sesuai untuk induk seekor. Walaupun kecil, bila induk dah beranak masih ok lagi sebab anak dalam takung didik, tp bila agak2 dah sebulan dan anak dah mula keluar dari takung, baru aku pindahkan ke reban yang besar.

Jika sebelum ni aku menempatkan induk dan anak berusia sebulan lebih ke reban yang besar 1.5x1.5x2 sehingga 2bulan iaitu tempoh cerai susu, tp kali ni aku merancang untuk menempatkan semua anak berusia 2 bulan lebih ke sebuah reban yang bakal aku bina. Panjang berapa tak tahu lagi tp ketinggaan dan lebar aku ku letak ikut standard 2' lebar x 1' tinggi. Ini semua berdasarkan pemerhatian aku dalam kes-kes sebelum ni.

Saiz 1.5x1.5x2 adalah terlalu tinggi kerana terdapat ruang yang luas bila arnab berada di bawah. Sampaikan aku boleh buat 2 tingkat untuk menampung kapasiti. Tp yang tak bagusnya bila aku buat 2 tingkat, arnab kat atas akan berak dan kena arnab di bawah. Untuk arnab yang berbulu pendek boleh lagi la.. tapi kalu jenis berbulu panjang (anggora), silap haribulan, bulu dia yang halus dan meremang tuh boleh jadik hancur luluh bila terkena bahan kumbahan dari arnab di atas.

Tengok je la contoh di bawah.

Reban 2 tingkat. Yang bawah tu bulunya hancus.

Reban setingkat. Penghuninya cantik-cantik tp ruang atas teramat luas
So pas ni takde lagi reban 2 tingkat satu sangkar ye. Semua single storey je.

Tuesday, 5 June 2012

Menyusun Reban Arnab

Malam tadi aku menyusun lagi reban arnab. Ini kali untuk reban baris kedua yang mengandungi 2 sangkar kecil dan 2 sangkar besar jenis ready made. Sama seperti baris reban pertama sebelum ni, aku mengalihkannya ke atas tanah atas alasan yang sama iaitu untuk memudahkan penyelenggaraan najis dan mengurangkan bau.

Jika sebelum ini ada takung najis di bawah reban, kali ni aku telah membiarkan bawah reban ini kosong. Ini beerti bila arnab berak, najis terus jatuh ke tanah dan air kencingnya di serap.

Gambar sebelum yang agak sempit untuk laluan

Gambar Selepas
Selepas di alih di bawah pokok jambu
Reban baris kedua ni aku alihkan ke suatu kawasan yang dulunya tempat pembakaran. Punya lah banyak tanah hitam yang ada kat situ hasil daripada pembakaran bahan-bahan pertanian domestik (daun, ranting), tahi arnab, kotak dan macam-macam benda lagi. Aku rasa dalam 60kg aku dapat tanah hitam ni. Elok buat tanam pokok kontan ni. Buat sementara aku simpan dulu tanah hitam ni sampai la bini aku balik nanti.

Dan persoalan aku sebelum ni, bila aku nak buat reban baru?. Dan aku berkira-kira untuk menyusun semula induk-induk ke reban yang sedia ada sebelum dorang start beranak. Paling awak 15hb/July ni iaitu 2 minggu lagi.. Aku pun dah start meraba-raba perut induk yang aku dah kahwinkan. Rasa macam dah ada je.. hehe.. RM.. RM...

Friday, 1 June 2012

Jual Arnab - baki 19ekor

Malam tadi aku telah menjual 3 ekor arnab yang berusia 5 bulan dengan harga RM40 sekor. Baka mix anggora dan chinchilla (2 ekor) dan mix anggora. Nak panggil anak lagi dah tak sesuai sebab usia 5 bulan memang dah elok untuk di kahwenkan terutamanya bagi arnab betina.

Permintaan pun dari seorang budak sekolah menengah yang sedang "kecewa" dengan baka anggora betina dan loop jantan belaannya yang tidak beranak-beranak hampir 2 tahun yang lepas. Pesan sepasang aku bawak 3 pasang, maka di beli 3 ekor. (1 jantan, 2 betina). Maka stock aku pun berkurang la menjadi 19 ekor dan membuatkan 1 sangkar besar hampir kosong. Ok lah tuh, aku target memang macam tu.

Pas ni aku kena fikirkan bagaimana aku nak menempatkan 5 ekor induk jika dah beranak sekali gus nanti. Buat masa sekarang, induk-induk ni berada di dalam reban kecil yang sesuai untuk 2 ekor. Agak kurang selesa jika aku masukkan kotak didik dalam reban kecil sekarang ni untuk jangka masa yang lama.

Nak tak nak aku kena tambahkan lagi reban aku yang berjumlah 11 sangkar ke suatu jumlah yang munasabah. Qty dan saiz reban yang aku ada sekarang ni adalah seperti berikut.

1. Saiz 1' x 1' x 2' = 3 unit
2. Saiz 1.5' x 1.5' x 2' = 3 unit
3. Saiz sangkar besi besar = 2 unit
4. Saiz sangkar besi kecil = 2 unit
5. Saiz 1' x 1' x 1.5' = 1 unit




Dah lama aku tak tambah jumlah reban. Dan bilakah masa aku nak tambah reban aku ek?