Dah lama tak post pasal RVR... seolah-olah mengimbangi posting yang banyak di buat pada bulan February. Terlalu banyak aktiviti RVR.. antaranya..
1. Iklan jualan di Mudah.
Membuatkan tak cukup tangan dibuatnya.. lebih 10 ekor berjaya dijual dalam bulan Mac bermula pelanggan di Kuala Sg Baru, Sg Udang, Bangi (Bdr Tasik Utama), Taman Merdeka dan IKIA Batu Berendam. Kebanyakan stock adalah kelahiran bulan January tahun ini. Ini tidak termasuk panggilan dari luar melaka yang meminta supaya dibekalkan ke kedai pets dalam kuantiti yang banyak.
2. Permintaan Cuti Sekolah bulan Mac
Kekangan dari segi masa untuk jualan walaupun rakan RVR mengatakan supaya hantar sahaja stok di satu kawasan jualan. Jual borong pada peniaga yang akan menjualkannya bagi pihak RVR. Pun tak jalan. Jika datang dan ambil sendiri di RVR memang di galakkan.. alih-alih senyap saja.
3. Kehadiran HL show quality
Sepasang HL dark tort telah di bawa ke RVR atas permintaan terhadap anak HL yang begitu tinggi di RVR. Ikutkan RVR hanya mempunyai HL betina sahaja yang telah 4 kali beranak hasil kacukan dengan Anggora. Itu pun tak banyak mana anak yang keluar, jualannya pula amatla laju. Maka HL perlu di biakkan di RVR.
4. Stock daging Mac.
10 ekor arnab mix telah diambil dari seorang rakan kerana rakan tersebut menghadapi lambakan anak di reban beliau. Ambil pun dalam 10 ekor yang 8 darinya berumur 4 bulan tetapi berat dalam sekitar 1.2kg ke 1.5kg. Cadang untuk sembelih terbantut, terpaksa hantar ke RVRII untuk digemukkan hingga melebihi 1.7kg. 2 ekor dari 10 ini adalah senior buck yang mempunyai berat 2.2kg. Sementara karkas bulan February masih berbaki 5.
5. Kelahiran dan Stock tidak update
Kali ini adalah masa yang paling lama RVR tidak mengemaskini data. Ntah berapa yang tinggal, baka mana yang beranak dan lain-lainnya semua menjadi kelam kabut. Sejak kelahiran ke 42 pada 28hb February, bulan ini sahaja terdapat 2 kelahiran dari baka chinchilla yang juga mix breed.
6. Mating
Untuk mating pula, dalam 10 ekor sedang menunggu bunting pasti dan tak pasti. Yang pastinya baka NZ ada 2 ekor bunting. Yang pertama di jangkakan lahir dalam masa 2-3 hari ini pada 30 atau 31 hb. Yang kedua pada minggu depan. Alhamdulillah. Yang lain adalah breed mix yang tertera seperti di header blog ini.
7. Reban
Reban masih tidak tertambah tetapi reban rakan masih dalam pembikinan. Rakan pun selalu tangguh je untuk mengambil reban tersebut. maka RVR pun buat sambil lewa.. Insya Allah dua minggu lagi reban itu akan berpindah ke tempat beliau kerana kebetulan rumah beliau dalam penambahan.
Sekian sahaja. Terima kasih