Arnab Daging

Tuesday, 28 January 2014

Peti Sejuk 200L

Disebabkan stock pedaging yang bertambah dengan reban yang x boleh di tambah, maka stock yang ada terpaksa di sembelih. Masalah baru pula akan timbul jika daging tidak dijual. Maka idea untuk mempunyai freezer sendri sejak dulu-dulu lagi muncul semula. Maka nak tak nak, akhirnya berjaya juga freezer tersebut di bawa ke RVR.

Date shipment : 11hb Oct 2013
Brand : Mistral
Kapasiti : 200 Liter
Power Consumption : 2.4KWh/24h


Angkat pakai kancil je...


Monday, 27 January 2014

Lawatan bersama GTR di Perak

Semasa di Kedah kami diajak bersama rakan Group Transformasi Ruminan (GTR) untuk melawat kawasan yang bakal di bangunkan untuk ternakan kambing yang berjumlah 20,000ekor di Kamunting Perak. Kawasan seluas hampir 1,000ekar ini akan dibina beberapa buah bangunan feedlot yang merangkumi seluas 20 ekar.

Sedikit briefing diadakan sebelum melawat beberapa kandang yang sedang diperbaiki.

Doa, Harapan dan Usaha mengiringi kalian.




Lawatan Aqiqah Perdana Kambing RM1 Kedah

Group Kambing yang telah diceburi telah bergerak jauh. Kali ini ke Kedah sempena Aqiqah Perdana Kambing RM1 anjuran Ternakan N & A Wawasan Sdn. Bhd di Kulim Kedah pada 25hb Januari 2014.

Aqiqah Perdana Kambing RM1 seekor di Kulim Kedah
Di kesempatan itu RVR telah mengambil beberapa gambar ternakan yang telah di jalankan oleh Syarikat tersebut selain dari pelabagai baka kambing.



Sunday, 26 January 2014

Friday, 24 January 2014

Makanan Sampingan Arnab

RVR ingin menunjukkan sumber makanan dedaun yang berada di sekeliling reban yang berada di kawasan rumah. Arnab anda pasti suka dedaun ini yang di buat sebagai makanan sampingan secara mingguan.

Daun Pandan

Daun Israel

Thursday, 23 January 2014

Nestbox Arnab Baru!

Itu hari ada seorang rakan bermurah hati memberi beberapa kepingan plywood dalam keadaan elok. Jadi nestbox arnab baru telah di buat dengan segera.

Saiz pertama, L x P x T = 10 x 12 x 9 untuk HL dan saiz kedua lebih kecil; L x P x T = 9 x 11 x 10 untuk ND. Masih banyak lagi plywood yang berbaki.


Dua saiz yang berbeza berdasarkan ukuran lebar yang sedia ada

Spesikasi Pallet Cargill Arnab 8012 terkini

Antara info yang di petik dari seorang pengguna;
 
"Cargill 8012 telah menurunkan peratusan crude protein dari 20% ke 16% (-4%) bermula pada pengeluaran bulan januari 2014. Atas desakan dan saranan dari top2 breeder dan pengedar utama di malaysia pd bln oktober 2013. Coz terdapat beberapa kes negatif pd akhir2 bln tahun lalu."

Setelah di periksa pada beg, berikut adalah kandungan yang telah dikurangkan.

Jadual perbandingan

Sebelum (kiri) dan Selepas (kanan) di ubah
 

Wednesday, 22 January 2014

Lawatan Ke Osman Goat Farm - Kambing RM1

Pada 19hb/Jan, RVR berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Pogram Aqiqah Perdana Kambing RM1 yang di anjurkan oleh Pemilik Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty, dari Kangkar Tebrau.

*Berita penuh boleh di layari di akbar terkemuka.


Bergambar sebentar di back dorp

Sebahagian Kambing Farel yang akan di aqiqahkan


Pada rakan-rakan yang ingin mendapatkan kambing untuk korban dan aqiqah boleh menghubungi saya, Nasir 017-7998004

Pertama kali bawa Hilux rakan dari Plus Pagoh ke JB.
Suatu hari akan memilikinya- Insya Allah

Friday, 17 January 2014

Reban Concept 1 sel 3 tiers.

Cadangan reban untuk anak-anak pedaging yang baru cerai susu
(Bukan untuk komersil)
 
Pelan Reban Arnab 3 tingkat

Wednesday, 15 January 2014

Upgrade Reban Arnab

Disebabkan terlalu banyak arnab pedaging yang diletakkan di dalam reban 2 tingkat 10 sel ini, reban yang telah digunakan pada penghujung bulan Oktober 2012, yang di perbuat dari rangka PVC 1/2 inci, hanya bertahan selama setahun sahaja. Anggaran induk pedaging yang ada di dalam reban tersebut pada ketika itu ialah melebihi 10 ekor dengan setiap ekor 3kg.
 
Maka buat sementara reban tersebut telah di biarkan dalam keadaan yang daif menyebabkan juga seekor demi seekor induk mati dalam sekitar bulan November dan December 2013.
 
Maka pada 20hb Dec, reban telah di upgradekan setinggi 2 kaki. Kemudian ia telah roboh semula dan di rendahkan pada ketinggian 1 kaki pada 29hb Dec. Kemudian pada 1hb Jan 2014, reban telah di naikkan kepada design asal iaitu 2 tingkat. Harapan kali ini reban yg mempunyai 10 batang kaki dan rangka PVC setebal 1 inci inci ini akan kukuh dalam masa 5 tahun lagi berbanding sebelumnya.
 
 
Penghujung Oct'2012 - Reban Asal menggunakan rangka PVC 1/2 inci dan 4 batang kaki
20hb Dec 2013 - Upgrade PVC 1 inci kaki stinggi 2 kaki x 6 batang tapi masih tidak kukuh
 
29hb Dec 2013 - Kaki direndahkan ke 1 kaki x 4 batang
 
1hb Jan 2014 - Kaki telah di tambah menjadi 6 batang dan di naikkan semula tingkat kedua

Sudah uji, tahap gegaran dan tolakan.
Harap ia kukuh sehingga 5 tahun akan datang.
RVR ada bercadang untuk menambah reban untuk anak-anak pedaging yang sedang membesar. Untuk mengurangkan ruang, design 3 tingkat yang mudah telah difikirkan amat sesuai. Jadi sekarang ianya dalam proses pengumpulan bahan mentah.

Wednesday, 1 January 2014

Selamat Tahun Baru & Azam 2014

Assalamualaikum.. rasanya belum masih terlambat RVR untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru Masihi 2014.

Dalam bidang penternakan, tak banyak yang RVR ingin azamkan.. tetapi cukup la sekiranya dapat mewujudkan RingVille Farm (RVF) seperti yang di rancang. MAHA 2014 adalah matlamat kami.