Selepas serangan anjing pada bulan lepas yang menyebabkan kelahiran di RVR terus lumpuh sama sekali. Maka reka bentuk reban terbaru perlu di kemas kini. Dengan tapak asal yang sedia ada di belakang rumah, keluasan telah diukur. Maka kerja-kerja pembersihan telah di jalankan.
Dijangkakan keluasan reban adalah 12 kaki x 8 kaki yang bakal menempatkan 36 lubang sangkar yang dipesan dari Penternak Arnab "Rabbit D'village Muar". Dengan menggunakan sistem air minuman auto, bekas makanan mesra pengguna, saluran najis yang mesra alam, menjadikan reban RVR ini mampu berdaya saing di antara penternak arnab yang lain.
Budget untuk reban ini dalam jangkaan RM5,000 termasuk semua kelengkapan. Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan kami.