Arnab Daging

Friday, 27 December 2013

Reban Arnab Komersil dari China

Malaysia dikatakan masih amat jauh ketinggalan berbanding negara penternak arnab yang lain. Bayangkan untuk mencecah pengeluaran 10 tan pun masih lagi meraba, ini kan pula untuk mengejar 600,000 tan di negara China dan 300,000 tan di Perancis. Bagaimana pula dengan negara-negara timur tengah? Selain dari network di kalangan penternak yang masih ketinggalan yang mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri, kelengkapan penternakan juga amatlah mendukacitakan.
 
Mari lihat reban dari negara China yang di eksport ke serata dunia.

REBAN UNTUK INDUK






Setiap set mempunyai 12 sel dan berharga sekitar USD100  FOB yang mempunyai segala kelengkapan dari segi makanan,  minuman dan kotak beranak.

Lawatan ke Ladang Arnab JPV Kluang Johor

Dalam Malaysia hanya ada dua tempat sahaja yang mempunyai sampel reban arnab kormesil. Satu di Kluang dan satu lagi di Sg Siput, Perak. Jadi semasa di Expo Kluang 2013, RVR berkesempatan untuk melawat sebuah ladang arnab di JPV Kluang. Di katakan teknologi reban arnab komersil ketika itu telah di bawa masuk ke Malaysia dalam sekitar tahun 1981 di tatkala Malaysia ingin menaikkan industri arnab pedaging. Pada ketika itu maklumat mengenai arnab tidaklah sehebat ketika ini di mana kurangnya netwrok di antara penternak. Jadi Ladang hanya tinggal ladang.
 
Kini selepas lebih 30 tahun, reban tersebut masih berdiri kukuh. Ini membuktikan bahan-bahan yang digunakan ketika itu amatlah berkualiti. Dari 7 unit rumah reban arnab di kluang, hanya tinggal 4 sahaja. 3 buah lagi telah di jadikan reban kambing.
 
RVR telah menyusur di internet, tiada lagi gambar-gambar reban arnab komersil di Malaysia yang didedahkan. Jadi RVR telah mengambil beberapa gambar ketika lawatan. Jom layan.
 
Papan Tanda sebelum masuk ke reban
Salah sebuah reban yang masih berdiri utuh
Permandangan dalam dari hujung ke hujung
Antara kelengkapan asas reban arnab
 
Medium reban - Steel

Pandangan Reban


Menggunakan lantai simen memerlukan penyelenggaraan yg kerap


Di sebalik keutuhan reban arnab yang berusia lebih 30 tahun ini ada satu cerita hitam yang pernah berlaku di Unit Arnab JPV Kluang ini. Boleh cari di internet.
 

Thursday, 26 December 2013

Malacca Internatial Rabbit Show 2013

Baru-baru ini berlangsung sebuah pameran arnab di melaka; Malacca International Rabbit Show (MIRS) 2013 diadakan di Tingkat 5 bangunan Bank Rakyat, Jalan Hang Tuah pada hari Sabtu 21hb Decembar. Pogram bermula dari pukul 1030pagi - 5 petang. Ia telah dihadiri oleh penggemar arnab dari seluruh negara dan di adili oleh dua orang hakim yang di datang terus dari USA dan seorang dari seberang untuk local show.
 
RVR mencuba nasib dengan menghantar seekor arnab new zealand white dalam kategori local show kerana berat yang tidak menghampiri spec 4kg bagi jantan. Ini hanyalah permulaan sebelum bergiat serius dalam ARBA program.
 
Local shoe diadili oleh hakim dari seberang

 

Wednesday, 18 December 2013

Kematian bakal induk batch kedua

Semalam berlaku lagi seekor kematian dari anak batch kedua yang lahir pada 15hb - 19hb / Ogos. Bermakna sekarang sudah berumur dalam sekitar 4 bulan. Lagi sebulan sudah boleh menjadi induk. Ikutkan dalam rekod terdekat, ini adalah kali kedua berlaku kematian dari batch yang sama. Kematian pertama dalam awal bulan ini melibatkan seekor jantan. Punca kematian tidak pasti. Mungkin disebakan cuaca yang tak menentu.
 
Kematian kedua adalah pada hari semalam 17th/Dec melibatkan seekor betina. Sehari sebelum itu telah terdapat simpton kemurungan dan cirit dalam jumlah minima. Telah di berikan ubat cirit. Semalam selepas pulang dari kerja tengok sudah x bernyawa. Dari keadaan badan yang masih lembut, anggaran kematian dalam 2-3 jam sebelum dijumpai mati pada pukul 7 malam.
 
Malam tadi juga terdapat seekor induk dari batch pertama yang masih menyusukan 7 ekor anak yang lahir pada 28hb/Nov menghadapi sindrom kemurungan. Terpaksa di asingkan dari anak yang baru berusia 20hari dan sudah disuntik vitamin B12, pagi tadi keadaan masih tidak berubah dengan makanan pallet yang x terusik. Di beri hay dan bertawakkal.
 
Jika diikutkan sejak hari Ahad sampai semalam telah berlaku 3 kematian berturut-turut. Semua melibatkan baka new zealand white. Anak yang berusia sekitar 2-3 mggu terpaksa cerai susu awal.  Ini amat memdukacitakan pihak RVR. Semangat menternak perlu dinaikkan semula agar tidak mati di tengah jalan.

Masalah

Masalah demi masalah timbul selepas perubahan drastik yang di lakukan di RVR. Antaranya;
 
1. Kadar kematian yang tinggi di RVR. Setakat dua bulan ini 6 ekor induk NZ telah mati.
2. Kadar tumbesaran anak NZ terbantut.
 
 
Faktor Kebersihan
 
Faktor utama adalah keadaan kebersihan reban dua tingkat 10 sel 1.5 x 2 yang amat daif. Ceritanya bermula dengan perubahan reban dua tingkat 10 sel tersebut yang telah roboh disebabkan jumlah arnab pedaging yang maximum pada waktu tesebut. Buat sementara reban di tingkat kedua telah di tanggalkan dengan meninggalkan reban bawah dan diletakkan di atas kayu 2 x 3 inci. Ini mengakibatkan pertumbuhan kulat dan bakteria pada lantai kayu tersebut. Akibat tiada pemantauan dilakukan, seekor demi seekor induk bunting dan selepas kelahiran dua minggu mati akibat kelesuan dan kemurungan. Sementara hampir semua anak yang dilahirkan masih hidup.
 
Hari ini RVR akan pergi membeli PVC bersaiz kukuh untuk menukarkan lantai kayu reban tersebut. Reban masih dikekalkan kepada satu tingkat dan ketinggiannya di naikkan dari 1 kaki ke 2 kaki.
 
 
Faktor Suhu
 
Faktor kedua adalah perubahan suhu sekeliling yang telah meningkat. Keadaan ini wujud apabila sebatang pokok jambu rendang dan rimbun yang menjadi sarang kerengga selama ini telah dimatikan. Akibatnya panahan cahaya matahari secara terus telah berlaku ke atas bumbung reban yang diperbuat dari zink kilang. Secara tidak langsung telah membuatkan arnab berada dalam keadaan tertekan.
 
Hari ini RVR akan menambahkan sedikit penebat kertas dibawah bumbung zink tersebut. Harapan akan kuranglah suhu di dalam reban.
 
 
Faktor Pemakanan
 
Faktor terakhir MUNGKIN disebabkan faktor pemakanan yang telah di tukar kepada pallet FFM kambing yang berharga RM49 di Jasin. Walaupun ada pencampuran 50% dengan pallet Cargil, RVR merasakan untuk induk adalah perlu menggunakan 100% cargil untuk memantap tenaga semasa dan selepas kelahiran. Sementara untuk perkembangan anak, dengan faktor suhu, kebersihan yang dipertingkatkan, atas pengalaman rakan lain, tidak mengapa menggunakan 100% pallet FFM kambing. Tapi RVR tetap dengan pendiriannya dengan menggunakan pencampuran 50% antara FFM dan cargill.
 
Moga semangat RVR tidak mati untuk meneruskan projek pedaging pada masa akan datang. Pengalaman mendewasakan kita.

Tuesday, 17 December 2013

Induk NZW mati

Kematian demi kematian di catat di RVR. Terbaru dua ekor pedaging induk perintis New Zealand White yang berbaki 2 telah mati. Jumlah kematian yang di catat dari bulan lepas ke bulan ini telah meningkat ke 5 ekor. 3 ekor induk pedaging pada bulan November adalah dari batch pertama kelahiran iaitu anak kepada induk perintis.
 
Post mortem secara pemerhatian telah di buat. Tindakan segara tidak dapat di ambil, tetapi tindakan susulan yang paling utama adalah pengubahsuaian reban yang sedia ada. Kebanyakan induk yang mati adalah yang sedang menyusukan anak. Kronologi kematian,
 
  1. 1st batch yang beranak 4 ekor anak. Induk mati ketika anak berusia dua bulan.
  2. 1st batch yang beranak 7 ekor anak. Induk mati selepas semggu melahirkan 7 ekor anak. 7 ekor anak pula mati selang 2-3 hari selepas kelahiran.
  3. 1st batch yang beranak 4 ekor, mati pada 1hb December selepas anak di lahirkan 2 minggu. Anak semua masih hidup tetapi perkembangan terbantut.
  4. Induk perintis yang mati pada kelmarin Ahad, 15th Dec. Pada masa yang sama 2 ekor kelahiran pra-matang di catat. Kemungkinan induk mati disebabkan jangkitan dari kayu reban yang kotor. Jangkitan ini seterusnya membuatkan induk kehilangan tenaga untuk melahirkan anak.
  5. Induk perintis yang melahirkan 5 ekor anak pada 2hb Dec. Mati pada semalam Isnin 16hb Dec dengan meninggalkan 4 ekor anak. Suspek dari jangkitan kuman yang berkumpul di kayu lantai reban
Hanya seekor induk 1st batch beranak 6 sahaja yang berjaya di selamatkan hasil pemerhatian susut badan selepas di ganyang oleh 6 ekor anaknya. Ini bermakna hampir 35% kematian induk di catat di RVR. Satu kerugian yang amat besar. Pengubahsuaian reban yang lebih mesra arnab terpaksa di lakukan selepas ini.
 
Kemungkinan juga cuaca yang tak menentu dan keadaan reban yang terbuka telah menyumbang kepada kematian induk.

Iklan Arnab Pedaging NZW di Mudah.my

Daging Arnab dalam bungkusan baru. 500g @ RM18.00

Senarai harga NZW di dalam mudah.my

Friday, 13 December 2013

RingVille Farm - Sebuah Azam

Setelah lebih 3 tahun berkecimpungan dalam dunia arnab, 2014 adalah tahun yang RVR merasakan untuk pergi dengan lebih jauh; Ladang Arnab.

Lokasi yang di tinjau adalah sebuah tanah bekas kem bina semangat. Kebetulan tanah tersebut telah pun di pindahkan semula ke tuan asal, iaitu bapa RVR juga. Tanah tersebut sedikit terceruk dari pandangan mata orang,

Tapak yang bakal di namakan sebagai RingVille Farm atau Kebun Kampung Chinchin bakal menjadi sebuah kebun arnab yang mempunyai pelbagai prasarana dari segi haiwan ternakan dan kemudahan di sekelilingnya. Mempunyai keulasan 1 ekar dan 25% kawasannya adalah didalam tasik, ianya terletak berhampiran dengan Taman Tema Tebat yang sedang rancak membangun.

Permandangan di sekitar tapak cadangan

Kawasan seluas 1 ekar yang bakal di bangunkan. Kelihatan juga bangunan Dewan Besar
Permandangan Tapak dari seberang tasik

Berikut adalah gambar asal sebelum proses pengubah suaian yang besar di lakukan. Tanah asal telah di sewa untuk di jadikan Kem Bina Semangat tetapi telah di tinggalkan untuk sekian masa.

Bekas tapak perkhemahan

Tinggalan Dewan Makan

Dewan Besar

Dewan Makan dan Dewan Besar yang bakal di robohkan
 
Semua prasarana ini akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada bakal projek. Insya Allah doakan kejayaan kami.
 

Logo RingVille Rabbit

Amatlah payah untuk memikirkan lambang dan logo yang ingin direkabentuk. Walaupun terdapat beberapa post usikan di lama facebook RVR mengenai logo yang dipilih, kami memilih logo di bawah
 

 
Logo ini amat ringkas berdasarkan motif semasa iaitu arnab pedaging. Berwarnakan hitam dan putih juga supaya senang untuk para pelanggan mengenali kami. RINGVILLE dan bentuk gelung chinchin permata bermaksud "Kampung Chinchin" iaitu lokasi kebun arnab yang bakal di dirikan.

Antara persoalan yang akan wujud bila pertama kali orang akan bertanya.. Chinchin tu apa? Itu nama tempat kebun arnab kami. :)


Antara logo yang telah disingkirkan

 
 

RVR II kini

Buat pengetahuan RVR II yang bertempat di Kampung Chinchin Jasin sudah menghentikan operasi pengeluarannya buat sementara atas sebab-sebab peribadi. Walaupun begitu jumlah arnab telah dikurangkan sehingga 8 ekor sahaja. Selebihnya reban yang berjumlah 40 sel sudah dikosongkan.
 
Buat sementara, RVR beroperasi di Bemban Jasin, Melaka. Segala urusan boleh dihubungi melalui talian 017-7998004

Nantikan kewujudan RINGVILLE FARM di lokasi berdekatan.

Pameran Arnab Expo Agro Johor 2013

 
 
Untuk kali kedua RVR di jemput untuk memeriahkan ruang pameran verteriner di Expo Agro Johor 2013 peringkat negeri selama 5 hari dari 27hb Nov - 1hb Dec 2013 bertempat di Projek Pertanian Moden, Kluang. Antara aktiviti yang di adakan di booth berkonsepkan Mini Zoo hasil gabungan 5 rakan penternak yang di taja oleh JPV dan U10Agro Sdn Bhd;
 
1. Pameran pelbagai haiwan termasuk arnab hiasan, pedaging, merpati, hamster, tikus belanda, iguana, ayam api-api, dan ayam selasih
2. Taman Arnab masuk secara percuma!.
3. Sumbangan Arnab untuk soalan kuiz di Lokasi Ternakan Hidup (Live-Stock)
4. Jualan Daging Arnab
5. Promosi masakan berasaskan Daging Arnab untuk booth verteriner
6. Sesi bergambar bersama haiwan secara percuma
7. Tidur bermalam bersama haiwan kesayangan
 
 
Next target kami adalah MAHA 2014
 

Wednesday, 11 December 2013

Header Blog Update

2hb December 2013 adalah stock terakhir arnab mix di jual (Induk F061). Sekarang RVR hanya mempunyai stock pedaging dari baka New Zealand White dan Chinchilla. Jadi header blog perlu di tukar dari arnab mix ke arnab pedaging.

Header blog lama sebelum ditukar. Induk mix semua sudah diclearkan

Header terbaru menggambarkan Perkembangan Arnab Pedaging dan berat capaian umur 3 bulan.

Di header blog baru telah diletakkan no yang boleh di hubungi untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 2 December 2013

Mini Expo Agro Muar 2013 - 9&10hb Nov



RVR telah dijemput bersama-sama untuk memeriahkan booth di Mini Agro Muar 2013 pada 9hb dan 10hb Nov. Demi merialisasikan aktiviti Penternak Arnab Selatan, RVR hanya membawa 10 ekor anak New Zeland White dari dua induk yang berumur 3 bulan dan daging karkas arnab beku sebanyak 14 ketul. Peti sejuk beku telah disediakan oleh En Azman U10 Sdn Bhd.
 
Walaupun tiada sebarang kutipan jualan dari pihak RVR, penglibatan pertama pihak RVR secara langsung dalam Expo Agro amat-amatlah dinantikan. Kali ini booth yang bersaiz 20x40kaki ini adalah hasil gabungan En Azman U10, Azie Rabbitry, Mark Rabbitry, RVR dan En Noor Azmi (BP).
 
Antara aktiviti yang di jayakan di booth kami adalah promosi daging arnab bakar black pepper yang mendapat sambutan di luar jangkaan (barang free mmg laju). Walaupun hanya selama satu hari dua malam, pengalaman terlibat secara langsung dalam booth expo amatlah berharga. Seterusnya kami akan bergerak setapak demi setapak untuk menempuh jalan yang masih jauh di hadapan.

Promosi daging arnab bakar secara percuma

Mentor kami En Azman di depan booth Muar

Anak Arnab Pedaging New Zealand White 

Antara pengunjung yang datang pada malam minggu

Induk Pedaging juga dipamerkan untuk jualan

 
Next : Agro Johor 2013 peringkat negeri Johor di Kluang.

Penternak Arnab Selatan

Alhamdulillah, network yang telah dijalinkan sejak February 2013 amatlah bermakna bagi kami. En Azman dari U10 Sdn Bhd telah menjadi mentor kami. Dan dari beliau, maka wujudlah Penternak Arnab Selatan di mana kami akan bergerak bersama-sama untuk menguatkan lagi industri arnab.
 
Mempunyai mentor seperti beliau adalahlah suatu bonus bagi kami. Beliau yang tidak kedekut ilmu malah wang ringgit dan keringat, telah membuka minda dan mata kami untuk pergi dengan lebih jauh. Malah Visi dan Misi beliau terlalu jauh untuk di duga.
 
Harapan kami dengan wujudnya Penternak Arnab Selatan, akan bertambah lah ahli kami. Buat masa sekarang hanya Azie Rabbitry (JB), Mark Rabbitry (JB) yang mempunyai nama dalam persada netwrok arnab. Antara lain En Nor Azmi (Bt Pahat) dan RVR sendiri. Setakat ini kami telah bergerak bersama menjayakan Expo Agro Johor di dua tempat iaitu di Muar (peringkat daerah) dan di Kluang (Peringkat Negeri). Kedua-dua booth adalah tajaan jabatan kerajaan yang dikelolakan oleh En Azman.

4 orang rakan penternak arnab selatan semasa Expo Mini Agro Muar 2013
Dari kiri: Nasir RVR, En Azman U10, Azie Rabbitry dan Mark Rabbitry
 
Blog beliau boleh dilawati di www.u10agro.com yang beralamat di Kundang Hulu daerah Ledang.
 
Misi kami yang terbesar adalah MAHA 2014.

Anak-anak Pedaging New Zealand White

[SUNGGUH LAMA TAK UPDATE BLOG ARNAB!]
 
Hanya bermula dengan 4 ekor pedaging pada bulan February 2013, sekarang sudah lebih 8 bulan ia sudah beranak pinak. Dari 3 induk betina, mati seekor semasa kelahiran ke dua di hari raya ketiga (beranak 9 ekor, yang last tak lepas), sekarang tinggal dua ekor induk betina.
 
Terbaru batch ke tiga anak dari induk ini telah di lahirkan. Amat meriah - 7 ekor. Sekarang Induk pedading NZ di RVR telah bertambah hasil dari dari induk perintis. Kelahiran demi kelahiran dari anak batch pertama yg telah menjadi induk. Maknanya sudah ada cucu!
 
Tetapi, terbaru sudah ada 3 ekor kematian dari anak batch pertama yang telah menjadi induk. Entah mana silapnya mungkin kerana jenama makanan yang telah di tukar dari pallet Cargil 8012 ke pallet FFM kambing walaupun hanya di tambah 50% kandungan. Tapi Insya Allah ini akan dapat di atasi dengan kehadiran ubat Vitamin B12 dan Ubat Cirit birit yg bernilai hampir RM100.
 
Pejantan masih dikekalkan dengan seekor yang ada. Tiada pasukan pelapis yang ada kerana perancangan untuk mengambil penjantan yang lain untuk di kahwinkan dengan anak2 NZ yg telah dijadikan induk masih tertangguh. Ini amatlah penting untuk menguatkan baka dari line yang lain (cross). Tapi dengan penjantan yang ada dan pertambahan induk pedaging, si jantan yang seekor sudah bernisbahkan 15 induk betina! Amat hebat.
 
Dengan anak-anak yang berkembang biak dari induk yang pertama, RVR percaya kami boleh pegi lebih jauh!