Masalah demi masalah timbul selepas perubahan drastik yang di lakukan di RVR. Antaranya;
1. Kadar kematian yang tinggi di RVR. Setakat dua bulan ini 6 ekor induk NZ telah mati.
2. Kadar tumbesaran anak NZ terbantut.
Faktor Kebersihan
Faktor utama adalah keadaan kebersihan reban dua tingkat 10 sel 1.5 x 2 yang amat daif. Ceritanya bermula dengan perubahan reban dua tingkat 10 sel tersebut yang telah roboh disebabkan jumlah arnab pedaging yang maximum pada waktu tesebut. Buat sementara reban di tingkat kedua telah di tanggalkan dengan meninggalkan reban bawah dan diletakkan di atas kayu 2 x 3 inci. Ini mengakibatkan pertumbuhan kulat dan bakteria pada lantai kayu tersebut. Akibat tiada pemantauan dilakukan, seekor demi seekor induk bunting dan selepas kelahiran dua minggu mati akibat kelesuan dan kemurungan. Sementara hampir semua anak yang dilahirkan masih hidup.
Hari ini RVR akan pergi membeli PVC bersaiz kukuh untuk menukarkan lantai kayu reban tersebut. Reban masih dikekalkan kepada satu tingkat dan ketinggiannya di naikkan dari 1 kaki ke 2 kaki.
Faktor Suhu
Faktor kedua adalah perubahan suhu sekeliling yang telah meningkat. Keadaan ini wujud apabila sebatang pokok jambu rendang dan rimbun yang menjadi sarang kerengga selama ini telah dimatikan. Akibatnya panahan cahaya matahari secara terus telah berlaku ke atas bumbung reban yang diperbuat dari zink kilang. Secara tidak langsung telah membuatkan arnab berada dalam keadaan tertekan.
Hari ini RVR akan menambahkan sedikit penebat kertas dibawah bumbung zink tersebut. Harapan akan kuranglah suhu di dalam reban.
Faktor Pemakanan
Faktor terakhir MUNGKIN disebabkan faktor pemakanan yang telah di tukar kepada pallet FFM kambing yang berharga RM49 di Jasin. Walaupun ada pencampuran 50% dengan pallet Cargil, RVR merasakan untuk induk adalah perlu menggunakan 100% cargil untuk memantap tenaga semasa dan selepas kelahiran. Sementara untuk perkembangan anak, dengan faktor suhu, kebersihan yang dipertingkatkan, atas pengalaman rakan lain, tidak mengapa menggunakan 100% pallet FFM kambing. Tapi RVR tetap dengan pendiriannya dengan menggunakan pencampuran 50% antara FFM dan cargill.
Moga semangat RVR tidak mati untuk meneruskan projek pedaging pada masa akan datang. Pengalaman mendewasakan kita.
No comments:
Post a Comment