Disebabkan komitmen beralih araf, segala aktivit berkaitan RVR di tutup buat sementara waktu dari June 2014 hingga ke Dec 2014. Harap maaf. Kesulitan amat dikesali.
Menternak dan Menjual Arnab Pedaging dari umur 6 minggu (RM50) sehingga 8 bulan (RM350) dan juga Daging Arnab Beku RM35/kg. Huhubungi kami di talian 017-7998004 untuk urusan tempahan dan penghantaran.
Monday, 9 June 2014
Friday, 14 March 2014
RVR Fasa IV - Part I
Selepas serangan anjing pada bulan lepas yang menyebabkan kelahiran di RVR terus lumpuh sama sekali. Maka reka bentuk reban terbaru perlu di kemas kini. Dengan tapak asal yang sedia ada di belakang rumah, keluasan telah diukur. Maka kerja-kerja pembersihan telah di jalankan.
Dijangkakan keluasan reban adalah 12 kaki x 8 kaki yang bakal menempatkan 36 lubang sangkar yang dipesan dari Penternak Arnab "Rabbit D'village Muar". Dengan menggunakan sistem air minuman auto, bekas makanan mesra pengguna, saluran najis yang mesra alam, menjadikan reban RVR ini mampu berdaya saing di antara penternak arnab yang lain.
Budget untuk reban ini dalam jangkaan RM5,000 termasuk semua kelengkapan. Ya Allah, semoga dipermudahkan urusan kami.
Wednesday, 26 February 2014
Reban Terbaru
Hasil usaha dengan rakan penternak, RVR telah di lantik sebagai pengurus baru di sebuah ladang arnab di negeri Johor. Berkapasitikan 3,000-3,500 ekor jumlah sangkar, di jangkakan ladang arnab ini akan menjadi sebuah sumber stok daging arnab yang akan dipasarkan di sekitar Melaka selain di Johor.
Walaupun induk yang tinggal kurang dari 500ekor, sejumlah 200ekor induk betina telah dikahwinkan pada penghujung bulan Januari. Dengan purata 5 ekor anak pada setiap kelahiran, di jangkakan lebih 1,000ekor bakal dilahirkan pada awal bulan depan.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan nikmah dan hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Moga aktiviti ini akan terus berkembang untuk kebaikan bersama.
Permandangan di tengah-tengah ladang arnab yang diuruskan oleh RVR |
Tuesday, 25 February 2014
1st Anak ND - 20hari
Jika diikutkan dendam, memang akan ku cari anjing-anjing tersebut. Sudah dua malam berturut anjing-anjing ini datang semula menyalak pada baki arnab yang tinggal. Celaka sungguh anhing-anjing ini. Seekor bewarna perang terang dan seekor lagi bewarna hitam. Tapi pada malam ketiga, tidak pula anjing-anjing ini datang menyalak.
Hasil serangan anjing tempoh hari, anak-anak ND ini kehilangan ibu tersayang pada usia 20hari.
Buat sementara waktu anak ND ini di beri susu, alfafa, oat dan barley. Alhamdulillah bermula hari ke 22, semua makanan telah dihabiskan. Bermakna peluang untuk anak ND ini hidup membesar adalah cerah. Mudah-mudahan
Monday, 24 February 2014
Serangan Anjing!!!
Ahad, 23hb February bermulanya catatan terburuk dalam rekod penternakan RVR. Buat pertama kalinya reban RVR telah diserang Anjing! Dari 45 ekor stok yang ditinggalkan pada malam hari Jumaat, kembalinya dari kampung, pada Ahad petang telah tinggal hanya 14 ekor sahaja! Hampir 70% stok arnab berjumlah 31 ekor telah mati. 19 ekor bangkai arnab ditemui, 5 ekor bangkai yang bercerai-berai, selebihnya 7 ekor tak tau entah ke mana hilangnya. Hampir juga 75% reban dalam keadaan yang menyedihkan.
Allah telah menunjukkan hidayah dan pedoman pada RVR. Seakan suatu anjakan paradigma telah masuk dalam diri RVR untuk terus pandang ke hadapan. Moga segala yang berlaku ada hikmahnya di kemudian hari. Jika difikirkan lama-lama memang menyedihkan.
Arnab yang terbunuh (31 ekor);
Baka pedaging;
Jantan NZ - 1 ekor
Induk NZ - 2 ekor
Anak NZ - 12 ekor
Induk Chinchilla - 4 ekor
Anak cross Chinchilla x NZ - 8 ekor
Baka Hiasan;
HL jantan - 1 ekor
HL betina - 1 ekor
ND betina - 2 ekor
Arnab yang tinggal - 14 ekor;
Minirex - 1 Jantan, 1 betina
ND jantan - 1 ekor
ND anak - 4 ekor baru berumur 20hari
Pedaging - cross NZ (3), Induk (1), anak (3)
Keadaan reban yang runtuh. Di sebelah belakang ada yang masih hidup kerana reban kukuh |
Sejumlah 19 ekor bangkai yang ditemui lengkap |
Monday, 17 February 2014
RVF : Progress 15hb Feb
Pondok baru yang telah didirikan di tengah kawasan tanah telah menambahkan beberapa kos antara lainnya adalah pendawaian elektrik yang memerlukan meter baru di pasang dengan pertambahan tiang. Jumlah yang terpaksa di bayar dalam lingkungan RM1,000 ke RM1,300. Elektrik adalah penting untuk memastikan segala peralatan elektrik berjalan secara auto apabila sudah disetkan.
Meter lama terpaksa di tanggalkan untuk memberi laluan kepada meter baru Beberapa gambar pendawaian di ambil |
Lawatan Geng SSJ
Jutaan terima kasih atas lawatan geng SSJ ke tempat projek yang belum siap, Tuan Azman, Tuan Basri (Empire K-Livestok) dan Tuan Nazamuddin pada Sabtu 15hb Februari. Semuanya dari Johor dan mempunyai pengalaman membela kambing. Mereka datang kerana ingin merebut peluang (jika ada).
Selepas berbincang serba sedikit, kami menyambung idea di Warung Mak Kiah, Kampung Chinchin Jasin.
Thursday, 13 February 2014
Wednesday, 12 February 2014
Tuesday, 11 February 2014
RVF Fasa I: Plan Layout
Dok jenuh pikir-pikir apa jenis reban aku nak buat. Ini semua angkara pokok teduhan telah habis ditolak semasa meratakan tanah itu hari. Sekarang pulak musim panas. Pergi ke lokasi projek pukul 5 petang rasa macam tengahari terik. Bayangkan pokok buah-buahan seperti rambutan dan durian yang telah di tanam boleh mati kerana cuaca panas sekarang ni.
So nak tak nak, rancangan harus diteruskan. Kalu dok tunggu-tunggu sampai bila nak jadik kenyataan ye tak?
So tarraaaaa....
Ukuran pelan untuk 80induk betina di atas tapak bangunan seluas 20 kaki x 40 kaki. |
Di jangkakan 88 ekor induk di mana nisbah 8 jantan : 80 betina @ 1 jantan : 10 betina akan muat untuk saiz tapak 20 x 40kaki ini. Pelan dongakan yang lain telah ada. Selepas ini akan mula carik barang-barang seperti besi dan zink kilang masing-masing untuk tiang dan bumbung.
Untuk sangkar pula, kajian spesifikasi dawai sedang di jalankan. Akan dibuat berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan rakan penternak.
Untuk projek ini 88sel ini, aku menamakan dia RVF Fasa I.
Monday, 10 February 2014
Minuman Auto Arnab (Rabbit Nipple Drinker)
Lagi mudah berbanding rekabentuk lama.
Gambar pertama
1 set - Nipple + Spring + T Joint
Gambar kedua
Diperbuat dari plastik PS putih, tembaga, stainless steel dan getah yang tahan air berklorin. Tidak menggunakan spring dalaman. Penyelenggaraan amat mudah dengan hujung nipple boleh ditanggalkan dengan menggunakan jari sahaja.
1 set RM5
jika ambil lebih dari 10sets akan diberi harga yang menarik.
Penghantaran PosLaju ke seluruh Malaysia
Boleh Call atau SMS 017-7998004 untuk info dan urusan lanjut.
Thursday, 6 February 2014
Harga Arnab Pedaging New Zealand White Hidup
Berikut disenaraikan harga Pedaging New Zealand White di RVR yang dijual hidup bagi tahun 2014.
Senarai Harga Arnab Pedaging Hidup New Zealand White 2014 |
Seelok-eloknya datangla reban untuk lihat sendiri dan tawar menawar amatlah digalakkan.
Jika tidak, boleh call atau SMS di talian 017-7998004.
Monday, 3 February 2014
ND Pertama dalam RVR!
Cubaan membawa ND ke dalam rabbitry sejak bulan 11 tahun lepas telah mendatangkan hasil selepas 4 bulan. Cabaran pertama mematingkan doe dara ND yg kali kedua. Doe ND pertama (Broken Blue) mati selepas beberapa minggu dalam tangan.
My first Baby ND
Out of JJ's Titan Broken Chesnut x JJ's Venus Black Otter
Date : Monday, 3rd Feb 2014
Time : 6 - 8am
Qty : 5 kits
My first Baby ND
Out of JJ's Titan Broken Chesnut x JJ's Venus Black Otter
Date : Monday, 3rd Feb 2014
Time : 6 - 8am
Qty : 5 kits
Out of JJ's Titan Broken Chesnut x JJ's Venus Black Otter |
Tuesday, 28 January 2014
Peti Sejuk 200L
Disebabkan stock pedaging yang bertambah dengan reban yang x boleh di tambah, maka stock yang ada terpaksa di sembelih. Masalah baru pula akan timbul jika daging tidak dijual. Maka idea untuk mempunyai freezer sendri sejak dulu-dulu lagi muncul semula. Maka nak tak nak, akhirnya berjaya juga freezer tersebut di bawa ke RVR.
Date shipment : 11hb Oct 2013
Brand : Mistral
Kapasiti : 200 Liter
Power Consumption : 2.4KWh/24h
Date shipment : 11hb Oct 2013
Brand : Mistral
Kapasiti : 200 Liter
Power Consumption : 2.4KWh/24h
Angkat pakai kancil je... |
Monday, 27 January 2014
Lawatan bersama GTR di Perak
Semasa di Kedah kami diajak bersama rakan Group Transformasi Ruminan (GTR) untuk melawat kawasan yang bakal di bangunkan untuk ternakan kambing yang berjumlah 20,000ekor di Kamunting Perak. Kawasan seluas hampir 1,000ekar ini akan dibina beberapa buah bangunan feedlot yang merangkumi seluas 20 ekar.
Sedikit briefing diadakan sebelum melawat beberapa kandang yang sedang diperbaiki.
Doa, Harapan dan Usaha mengiringi kalian.
Sedikit briefing diadakan sebelum melawat beberapa kandang yang sedang diperbaiki.
Doa, Harapan dan Usaha mengiringi kalian.
Lawatan Aqiqah Perdana Kambing RM1 Kedah
Group Kambing yang telah diceburi telah bergerak jauh. Kali ini ke Kedah sempena Aqiqah Perdana Kambing RM1 anjuran Ternakan N & A Wawasan Sdn. Bhd di Kulim Kedah pada 25hb Januari 2014.
Di kesempatan itu RVR telah mengambil beberapa gambar ternakan yang telah di jalankan oleh Syarikat tersebut selain dari pelabagai baka kambing.
Aqiqah Perdana Kambing RM1 seekor di Kulim Kedah |
Sunday, 26 January 2014
Friday, 24 January 2014
Makanan Sampingan Arnab
RVR ingin menunjukkan sumber makanan dedaun yang berada di sekeliling reban yang berada di kawasan rumah. Arnab anda pasti suka dedaun ini yang di buat sebagai makanan sampingan secara mingguan.
Daun Pandan |
Daun Israel |
Thursday, 23 January 2014
Nestbox Arnab Baru!
Itu hari ada seorang rakan bermurah hati memberi beberapa kepingan plywood dalam keadaan elok. Jadi nestbox arnab baru telah di buat dengan segera.
Saiz pertama, L x P x T = 10 x 12 x 9 untuk HL dan saiz kedua lebih kecil; L x P x T = 9 x 11 x 10 untuk ND. Masih banyak lagi plywood yang berbaki.
Saiz pertama, L x P x T = 10 x 12 x 9 untuk HL dan saiz kedua lebih kecil; L x P x T = 9 x 11 x 10 untuk ND. Masih banyak lagi plywood yang berbaki.
Dua saiz yang berbeza berdasarkan ukuran lebar yang sedia ada |
Spesikasi Pallet Cargill Arnab 8012 terkini
Antara info yang di petik dari seorang pengguna;
"Cargill 8012 telah menurunkan peratusan crude protein dari 20% ke 16% (-4%) bermula pada pengeluaran bulan januari 2014. Atas desakan dan saranan dari top2 breeder dan pengedar utama di malaysia pd bln oktober 2013. Coz terdapat beberapa kes negatif pd akhir2 bln tahun lalu."
Setelah di periksa pada beg, berikut adalah kandungan yang telah dikurangkan.
Jadual perbandingan |
Wednesday, 22 January 2014
Lawatan Ke Osman Goat Farm - Kambing RM1
Pada 19hb/Jan, RVR berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Pogram Aqiqah Perdana Kambing RM1 yang di anjurkan oleh Pemilik Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty, dari Kangkar Tebrau.
*Berita penuh boleh di layari di akbar terkemuka.
Pada rakan-rakan yang ingin mendapatkan kambing untuk korban dan aqiqah boleh menghubungi saya, Nasir 017-7998004
*Berita penuh boleh di layari di akbar terkemuka.
Bergambar sebentar di back dorp |
Sebahagian Kambing Farel yang akan di aqiqahkan |
Pada rakan-rakan yang ingin mendapatkan kambing untuk korban dan aqiqah boleh menghubungi saya, Nasir 017-7998004
Pertama kali bawa Hilux rakan dari Plus Pagoh ke JB. Suatu hari akan memilikinya- Insya Allah |
Tuesday, 21 January 2014
Friday, 17 January 2014
Reban Concept 1 sel 3 tiers.
Cadangan reban untuk anak-anak pedaging yang baru cerai susu
(Bukan untuk komersil)
Pelan Reban Arnab 3 tingkat |
Wednesday, 15 January 2014
Upgrade Reban Arnab
Disebabkan terlalu banyak arnab pedaging yang diletakkan di dalam reban 2 tingkat 10 sel ini, reban yang telah digunakan pada penghujung bulan Oktober 2012, yang di perbuat dari rangka PVC 1/2 inci, hanya bertahan selama setahun sahaja. Anggaran induk pedaging yang ada di dalam reban tersebut pada ketika itu ialah melebihi 10 ekor dengan setiap ekor 3kg.
Maka buat sementara reban tersebut telah di biarkan dalam keadaan yang daif menyebabkan juga seekor demi seekor induk mati dalam sekitar bulan November dan December 2013.
Maka pada 20hb Dec, reban telah di upgradekan setinggi 2 kaki. Kemudian ia telah roboh semula dan di rendahkan pada ketinggian 1 kaki pada 29hb Dec. Kemudian pada 1hb Jan 2014, reban telah di naikkan kepada design asal iaitu 2 tingkat. Harapan kali ini reban yg mempunyai 10 batang kaki dan rangka PVC setebal 1 inci inci ini akan kukuh dalam masa 5 tahun lagi berbanding sebelumnya.
Penghujung Oct'2012 - Reban Asal menggunakan rangka PVC 1/2 inci dan 4 batang kaki |
20hb Dec 2013 - Upgrade PVC 1 inci kaki stinggi 2 kaki x 6 batang tapi masih tidak kukuh |
29hb Dec 2013 - Kaki direndahkan ke 1 kaki x 4 batang |
1hb Jan 2014 - Kaki telah di tambah menjadi 6 batang dan di naikkan semula tingkat kedua |
Sudah uji, tahap gegaran dan tolakan. Harap ia kukuh sehingga 5 tahun akan datang. |
RVR ada bercadang untuk menambah reban untuk anak-anak pedaging yang sedang membesar. Untuk mengurangkan ruang, design 3 tingkat yang mudah telah difikirkan amat sesuai. Jadi sekarang ianya dalam proses pengumpulan bahan mentah.
Subscribe to:
Posts (Atom)