Arnab Daging

Monday, 13 August 2012

Makanan Arnab Tanpa Jagaan

Nak tinggalkan arnab untuk bercuti panjang? Nak balik kampung? Aku ada tips yang menjimatkan. Boleh tahan sampai 3 hari tanpa topup makanan.

Mungkin untuk orang yang berkemampuan dorang boleh pakai auto feeder. Tapi aku ni penternak kecik je. So aku ada cara aku tersendiri. Disebabkan 2-3hari makanan kebiasaan (palleta) tiada, arnab akan berasa lapar dan ingin menggigit sesuatu. Kebiasaannya arnab suka menggigit barang-barang yang lembut. Jika dia tak menjumpai sesuatu barang untuk digigit, dia akan mengais-ngais sesuatu dengan berkali-kali sebagai contoh, sudut sangkar atau mangkuk makanan. Untuk mengelak benda ni aku akan meletakkan sesuatu benda untuk arnab ni mengigit dan akan mengurangkan rasa lapar. Antaranya batang pokok pandan, batang pokok ubi kayu dan daun pisang.


Batang Pokok Pandan.

Sebelum aku meninggalkan rumah untuk bercuti panjang, aku akan memotong pokok pandan beserta batangnya sekali kira-kira semeter panjang. Batang pandan ni aku kerat-kerat sepanjang sekaki untuk di letakkan ke dalam setiap sangkar arnab. Batang pandan ni adalah sebagai bahan untuk arnab menggigit ketika lapar. Sebenarnya aktiviti menggigit ni bergantung juga kepada sesekor arnab. Ada arnab tak suka mengigit bila aku letakkan batang pokok pandan. Ada yang dalam masa satu malam je sudah dapat habis satu kaki batang pandan walaupun aku sudah memberikan pallet pada masa yang sama. Antara kelebihan batang pandan ni, ia nya lembut dan sama khasiatnya dengan daun pandan.


Batang Ubi Kayu

Orang kata batang ubi kayu tak berapa bagus untuk arnab kerana mengandungi getah. Boleh menyebabkan diet arnab terganggu. Setakat ni, dah berbatang-batang aku bagi arnab aku tak da pulak masalah. Ya lah, daripada aku buang begitu sahaja abtang ubi kayu, aku letakkan dalam sangkar arnab. Macam jugak batang pandan, bergantung pada arnab. Ada yang suka menggigit kulitnya saja, dan batang ditinggalkan, ada yang hebat dikunyahnya semua batang ubi kayu tersebut sehingga habis. So pada pandangan aku, batang ubi kayu pun boleh juga di beri sebagai bahan sampingan untuk dorang mengigit dan makan ketika lapar.


Daun Pisang.

Masa kat kampung aku ada diberitahu oleh seorang pakcik yang pernah membela arnab. Daun pisang pun arnab boleh makan. Aku pun tak caya, tapi bila aku letakkan daun pisang kat arnab aku, punya la suka dorang makan. Suka sedap atau suka lapar tak tau la pulak aku. Tapi bila aku letakkan daun pisang, dorang akan makan dengan lahap. Dan sumber nya pun ada kat sebelah rumah aku. So daripada aku buang biarkan kering seterusnya di bakar, baik aku terus bagi kat arnab aku. Tak sampai satu hari je daun pisang (berserta batang) habis di balun.


Ini hanyalah tips dari aku. Bukan aku nak dera arnab aku tapi, ini la jalan yang aku ada untuk mengelakkan arnab aku dari kebulur ketika aku meninggalkan depa 2-3 hari. Nak bagi banyak-banyak pallet dalam mangkuk, kang dorang kais. Berterabur bawah sangkar. Kebulur jugak. Dan lagi buat aku menyirap adalah. Arnab ni kalau di biarkan lapar, dia akan mengalami cirit birit. Taik akan jadik cair. So tak bagus la. Dengan cara ni, janji arnab kita akan sentiasa ada benda nak gigit.

Untuk yang berkemampuan, boleh pakai auto feeder pallet. Buat sendiri pun boleh pakai auto timer. Tapi buat yang ada reban terdedah ngan hujan macam reban aku, tima hujan haru la.. Pallet jadi bubur la gamaknya.

Selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment