Arnab Daging

Wednesday, 26 February 2014

Header Blog Update

Dari Bemban ke Ledang.. inilah hasilnya.. RVR terus bergerak ke depan...




Header blog lama

Reban Terbaru

Hasil usaha dengan rakan penternak, RVR telah di lantik sebagai pengurus baru di sebuah ladang arnab di negeri Johor. Berkapasitikan 3,000-3,500 ekor jumlah sangkar, di jangkakan ladang arnab ini akan menjadi sebuah sumber stok daging arnab yang akan dipasarkan di sekitar Melaka selain di Johor.
 
Walaupun induk yang tinggal kurang dari 500ekor, sejumlah 200ekor induk betina telah dikahwinkan pada penghujung bulan Januari. Dengan purata 5 ekor anak pada setiap kelahiran, di jangkakan lebih 1,000ekor bakal dilahirkan pada awal bulan depan.
 
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah dengan nikmah dan hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Moga aktiviti ini akan terus berkembang untuk kebaikan bersama.
 
Permandangan di tengah-tengah ladang arnab yang diuruskan oleh RVR
 

Tuesday, 25 February 2014

1st Anak ND - 20hari

Jika diikutkan dendam, memang akan ku cari anjing-anjing tersebut. Sudah dua malam berturut anjing-anjing ini datang semula menyalak pada baki arnab yang tinggal. Celaka sungguh anhing-anjing ini. Seekor bewarna perang terang dan seekor lagi bewarna hitam. Tapi pada malam ketiga, tidak pula anjing-anjing ini datang menyalak.
 


 

Hasil serangan anjing tempoh hari, anak-anak ND ini kehilangan ibu tersayang pada usia 20hari.
 
Buat sementara waktu anak ND ini di beri susu, alfafa, oat dan barley. Alhamdulillah bermula hari ke 22, semua makanan telah dihabiskan. Bermakna peluang untuk anak ND ini hidup membesar adalah cerah. Mudah-mudahan

Monday, 24 February 2014

Serangan Anjing!!!

Ahad, 23hb February bermulanya catatan terburuk dalam rekod penternakan RVR. Buat pertama kalinya reban RVR telah diserang Anjing! Dari 45 ekor stok yang ditinggalkan pada malam hari Jumaat, kembalinya dari kampung, pada Ahad petang telah tinggal hanya 14 ekor sahaja! Hampir 70% stok arnab berjumlah 31 ekor telah mati. 19 ekor bangkai arnab ditemui, 5 ekor bangkai yang bercerai-berai, selebihnya 7 ekor tak tau entah ke mana hilangnya. Hampir juga 75% reban dalam keadaan yang menyedihkan.
 
Allah telah menunjukkan hidayah dan pedoman pada RVR. Seakan suatu anjakan paradigma telah masuk dalam diri RVR untuk terus pandang ke hadapan. Moga segala yang berlaku ada hikmahnya di kemudian hari. Jika difikirkan lama-lama memang menyedihkan.
 
Arnab yang terbunuh (31 ekor);
Baka pedaging;
   Jantan NZ - 1 ekor
   Induk NZ - 2 ekor
   Anak NZ - 12 ekor
   Induk Chinchilla - 4 ekor
   Anak cross Chinchilla x NZ - 8 ekor
Baka Hiasan;
   HL jantan - 1 ekor
   HL betina - 1 ekor
   ND betina - 2 ekor
 
Arnab yang tinggal - 14 ekor;
  Minirex - 1 Jantan, 1 betina
  ND jantan - 1 ekor
  ND anak - 4 ekor baru berumur 20hari
  Pedaging - cross NZ (3), Induk (1), anak (3)
 



Keadaan reban yang runtuh. Di sebelah belakang ada yang masih hidup kerana reban kukuh
 
Sejumlah 19 ekor bangkai yang ditemui lengkap
 

Monday, 17 February 2014

RVF : Progress 15hb Feb

Pondok baru yang telah didirikan di tengah kawasan tanah telah menambahkan beberapa kos antara lainnya adalah pendawaian elektrik yang memerlukan meter baru di pasang dengan pertambahan tiang. Jumlah yang terpaksa di bayar dalam lingkungan RM1,000 ke RM1,300. Elektrik adalah penting untuk memastikan segala peralatan elektrik berjalan secara auto apabila sudah disetkan.

Meter lama terpaksa di tanggalkan untuk memberi laluan kepada meter baru
Beberapa gambar pendawaian di ambil

Lawatan Geng SSJ

Jutaan terima kasih atas lawatan geng SSJ ke tempat projek yang belum siap, Tuan Azman, Tuan Basri (Empire K-Livestok) dan Tuan Nazamuddin pada Sabtu 15hb Februari. Semuanya dari Johor dan mempunyai pengalaman membela kambing. Mereka datang kerana ingin merebut peluang (jika ada).
 
Selepas berbincang serba sedikit, kami menyambung idea di Warung Mak Kiah, Kampung Chinchin Jasin.
 
 

Thursday, 13 February 2014

RVF Fasa 1 : 3D Cage

Idea dan konsep
 
Pandangan 3D seperti di JPV Kluang - 1 buck : 10 doe


3D Cages

Wednesday, 12 February 2014

Tuesday, 11 February 2014

RVF Fasa I: Plan Layout

Dok jenuh pikir-pikir apa jenis reban aku nak buat. Ini semua angkara pokok teduhan telah habis ditolak semasa meratakan tanah itu hari. Sekarang pulak musim panas. Pergi ke lokasi projek pukul 5 petang rasa macam tengahari terik. Bayangkan pokok buah-buahan seperti rambutan dan durian yang telah di tanam boleh mati kerana cuaca panas sekarang ni.
 
So nak tak nak, rancangan harus diteruskan. Kalu dok tunggu-tunggu sampai bila nak jadik kenyataan ye tak?
 
So tarraaaaa....


Ukuran pelan untuk 80induk betina di atas tapak bangunan seluas 20 kaki x 40 kaki.

Di jangkakan 88 ekor induk di mana nisbah 8 jantan : 80 betina @ 1 jantan : 10 betina akan muat untuk saiz tapak 20 x 40kaki ini. Pelan dongakan yang lain telah ada. Selepas ini akan mula carik barang-barang seperti besi dan zink kilang masing-masing untuk tiang dan bumbung.

Untuk sangkar pula, kajian spesifikasi dawai sedang di jalankan. Akan dibuat berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan rakan penternak.

Untuk projek ini 88sel ini, aku menamakan dia RVF Fasa I.

Monday, 10 February 2014

Minuman Auto Arnab (Rabbit Nipple Drinker)




Lagi mudah berbanding rekabentuk lama.

Gambar pertama
1 set - Nipple + Spring + T Joint

Gambar kedua
Diperbuat dari plastik PS putih, tembaga, stainless steel dan getah yang tahan air berklorin. Tidak menggunakan spring dalaman. Penyelenggaraan amat mudah dengan hujung nipple boleh ditanggalkan dengan menggunakan jari sahaja.
 
1 set RM5
jika ambil lebih dari 10sets akan diberi harga yang menarik.

Penghantaran PosLaju ke seluruh Malaysia

Boleh Call atau SMS 017-7998004 untuk info dan urusan lanjut.

Thursday, 6 February 2014

Harga Arnab Pedaging New Zealand White Hidup

Berikut disenaraikan harga Pedaging New Zealand White di RVR yang dijual hidup bagi tahun 2014.
 
Senarai Harga Arnab Pedaging Hidup New Zealand White 2014
Seelok-eloknya datangla reban untuk lihat sendiri dan tawar menawar amatlah digalakkan.
Jika tidak, boleh call atau SMS di talian 017-7998004.

Monday, 3 February 2014

ND Pertama dalam RVR!

Cubaan membawa ND ke dalam rabbitry sejak bulan 11 tahun lepas telah mendatangkan hasil selepas 4 bulan. Cabaran pertama mematingkan doe dara ND yg kali kedua. Doe ND pertama (Broken Blue) mati selepas beberapa minggu dalam tangan.

My first Baby ND

Out of JJ's Titan Broken Chesnut x JJ's Venus Black Otter

Date : Monday, 3rd Feb 2014
Time : 6 - 8am
Qty : 5 kits

Out of JJ's Titan Broken Chesnut x JJ's Venus Black Otter