Arnab Daging

Wednesday, 13 February 2013

Update RVR

Assalamualaikum...
 
Apa yang nak di updatekan minggu ni?
 
 
Reban Fasa III
 
Tingkat 2 tak naik-naik lagi walaupun dah selepas 10 hari sejak 2hb tempoh hari. Tak tau entah mana silapnya, mungkin banyak berfikir tentang design yang rasanya macam tak kena. Ikutkan design reban serba ringkas yang membolehkan tingkat pertama terus naik dalam masa 1 hari, tetapi banyak pulak songehnya bila nak naik tingkat yang kedua apatah lagi tingkat ketiga.
 
Mungkin silap menggunakan kaki tapak lama yang ada kayu sebagai tapak. Mengikut reban Fasa I, hampir 100% bingkai menggunakan PVC yang memudahkan kerja-kerja reban 2 tingkat. Tapi kali ni lain. Pulak kena dengan BRC G18 yang tak rupa G18. Mungkin G18.5 kerana BRC yang di tingkat 1 melendut sedikit berbanding Reban Fasa I yang betul-betul kukuh tanpa tulang di bahagian tengah. Ini membuatkan RVR sedikit buntu. Yang merisaukan, adakah daya tahan karat Fasa III ini sama dengan Fasa I? Adakah tingkat 2 bertahan dengan BRC yang digunakan sekarang?
 
Stock arnab dah makin bertambah sejak permindahan sebahagian induk dari RVRII, jadi ruang dah menjadi terhad. Maka tingkat 2 perlu di naikkan segera sebelum penerimaan baka pedaging yang baru. Mungkin RVR perlu back to basic dengan menggunakan PVC sebagai bingkai asas. Dan jika ini berlaku design perlu dikaji dan diubah semula.
 
 
Baka Pedaging Baru
 
Insya Allah hujung bulan ini RVR akan menerima baka pedaging yang baru. Nama pun baka pedaging, maka jika menjadi induk, berat maksima 4.5kg dan jika anak yang diternak menjadi, dalam masa 2 bulan sahaja ia boleh mencecah 2.5kg. Ini kata orang la. Tapi kita tengok la nanti, moga apa yang dicita tercapai.
 
 
Iklan di Mudah
 
Ini kali kedua RVR masuk iklan di mudah. Tahun lepas pernah iklankan daging arnab. Sambutan menggalakkan. Bila daging dah short supply, dah slow balik. Iklan sekarang pula untuk anak-anak mix yang berharga minima RM25 seekor. Jika ambil lebih dari 5 ekor, RVR bagi harga borong. Ambil 10 ekor lagi murah. Ni la iklan yang baru je keluar hari ni di mudah.
 

Stock RVR

Minggu lepas RVR ada buat perubahan stock dengan menambah dan memindahkan dari dan ke RVR tetapi tidak mengemaskininya. Alamak, nanti jadi hal la pulak. Ok, kejap lagi RVR akan mengemaskini stock nya.


Tak tau nak cerita apa, banyak pulak cerita yang dikeluarkan. Oklah kita sambung kemudian.

Thursday, 7 February 2013

Reban Fasa III - Part II

Mari kita mulakan dengan Draft design dan langkah-langkah selanjutnya...

Ini sketch yang dibuat.. Siap ada kira sudut kecondongan untuk taik arnab gelongsor. Kehx3
Gambar berikut adalah tingkat pertama reban yang telah siap dibina dan penuh diisi dengan induk pada 2hb February. Tempoh pembuatan tidak sampai setengah hari. Jumlah unit adalah sebanyak 8. Tingkat kedua akan ditambah tidak lama lagi.

Pandangan sisi depan
Pandangan sisi belakang
Pandangan sisi atas
Pandangan ke unit reban yang cukup muat untuk seekor

Tuesday, 5 February 2013

Jualan seekor = 45 ekor

Seekor anak mix loop telah dijual dengan harga RM50. Anak betina ini berusia 39hari (sebulan 1 minggu) adalah bernombor #133 dari kelahiran K032 yang berindukan lop ear. Bersama-sama juga dijual adalah seekor anak jantan dari K027 berusia 93hari (3 bulan) yang telah ditransfer ke RVRII.
 
Setakat 5hb Feb 2013: 23 reban, 45 ekor (5 jantan, 14 betina, 26 anak)

Monday, 4 February 2013

Reban Fasa III - Part I

Dalam bulan ni RVR ada merancang untuk menambah baik (upgrade) dan menambah reban baru. Jadi elok lah projek ini dinamakan "Reban Fasa III" kesinambungan untuk ugrade reban Fasa II yang tak jadi dulu.

Ukuran
Berdasarkan pemerhatian ke atas reban lama, RVR boleh mengupgrade design bertingkat yang sedia ada kepada yang lebih compact dan mudah. Berikut adalah ukuran baru untuk seunit reban yang bakal di buat.
 

Lebar
Panjang
Tinggi 1
Tinggi 2
Sebelum
24
18
19
10
Selepas
22
14
15
8
% kurang
8.3%
22.2%
21.1%
20.0%
 
Dari segi keluasan RVR telah dapat mengurangkan sehingga 43.5%. Ini bermakna jika sebelum ini RVR membuat 5 reban sebaris yang lebar 18 inci, dengan lebar baru 14 inci RVR boleh menambah kepada 6.5 buah reban. Jika RVR membuat 8 unit reban sebaris, ia memerlukan 112 inci iaitu lebih dari 9 kaki.

Dan dari ketinggian yang telah dikurangkan dalam 20%, RVR boleh menaikkan reban yang mempunyai 3 tingkat berbanding 2 tingkat sekarang ini. Jumlah ketinggian sekarang adalah 51.5 inci. Ketinggan 3 tingkat yang baru adalah 67inci. Ia boleh dikurangkan lagi dengan merendahkan kaki reban dari 16 inci ke 12 inci.
 
 
Water feeder

Jika water feeder lama mengunakan nipple yang direct dicucukkan ke atas PVC, kali ini RVR akan mengubah nipple menggunakan hos yang disambung pada nut di PVC. Ini berdasarkan pemerhatian nipple direct agak leceh jika berlaku kebocoran di bahagian yang dicucuk. Kerja-kerja pembaikian tidaklah semudah yang disangka kerana PVC dan nipple telah diikat rapat pada bahagian BRC. Jika ingin membaikinya, separuh daripada PVC perlu di cabut.

Jika menggunakan hos, kerja-kerja pembaikian dapat dipercepatkan.
 

Jumlah reban

Dari design baru dan keluasan tapak lama yang bakal ditukar, RVR dijangkakan dapat menambah reban baru sebanyak 24 unit. Tetapi reban lama yang berjumlah 9 unit terpaksa dinyahguna buat sementara waktu. Selepas ini RVR dijangka mempunyai  34buah reban. Satu jumlah yang banyak dalam sejarah penubuhan RVR!
 
9 unit reban lama yang bakal diubah.
Belah kanan tuh reban 2 tingkat
 

Harapan RVR akan lebih succes dalam meningkat taraf reban yang sedia ada.

Update stock = 46 ekor

Stock permulaan = 55 ekor

-10 ekor anak telah ditransfer ke RVRII
+2 ekor induk di ambil semula
-1 ekor kematian di K038

Setakat 4hb Feb 2013: 23 reban, 46 ekor (5 jantan, 14 betina, 27 anak)

Lawatan RVRII week6

Lawatan kali ni pada hari Ahad 3hb/Feb. Lawatan yang mengambil masa 2 jam sahaja dari pukul 6 petang ke 8 malam. Walaupun singkat, banyak juga aktiviti yang dilakukan. Antaranya;
  1. Memindahkan 2 ekor anak dari K023 & K024 yang berusia 4.2 bulan. Berat sudah lebih 1.5 kg.
  2. Memindahkan 8 ekor anak dari K027 dan K028 masing-masing 3 ekor berumur 3.1 dan 5 ekor 3 bulan yang selepas dikuarantinkan akibat kurap. Berat dalam sekilo lebih.
  3. Memindahkan semula 2 ekor induk pedaging untuk dibiakkan di RVR. Induk ini mempunyai berat dalam sekitar 2.5 ke 3.0 kg.
  4. Menyusun semula stock arnab di RVRII.
Sekarang RVRII mempunyai 2 ekor induk sahaja. Ianya masih berbaki disebabkan kekurangan sangkar di RVR. Manakala penjantan masih berbaki 2 ekor iaitu Rex dan Anggora mix hitam.
 
Dari pemerhatian, sebelum 17hb Feb ini iaitu event Rakan Arnab Vol II, RVR dengan yakin boleh menampung permintaan 10 ekor pedaging.

Sebahagian gambar di RVR..
 
2 ekor K027 yang berumur 3.1 bulan. Dua-dua betina

Sangkar belah kiri sekali K027, 3 buah sangkar di kanan adalah K027 (sekor) dan K028 (5ekor)

K031 yang tinggal 4 ekor. Sekor dah jual

K029 & K030 yang tinggal 4 ekor. Sekor dah jual jugak

Friday, 1 February 2013

Welcome February 2013

Selamat menyambut bulan February, bulan kedua dalam tahun ni. Dah lama RVR tak buat report bulanan. Oklah, kita cungkil apa yang ada.

Kelahiran.

Buat pertama kalinya dalam bulan January, RVR menerima kelahiran yang paling tinggi, iaitu 6 kelahiran yang melibatkan 27ekor anak mixed! Bermula pada pukul 12:30tghmalam tahun baru untuk K033 sehingga la yang terakhir pada 3 hari lepas, 29hb January untuk K038, RVR merasakan semangat untuk memulakan penternakan yang lebih besar. Berikut adalah kelahiran yang berlaku dalam bulan January

K033 - 01/01/2013 - 4 ekor
K034 - 08/01/2013 - 6 ekor
K035 - 18/01/2013 - 4 ekor
K036 - 20/01/2013 - 6 ekor
K037 - 21/01/2013 - 1 ekor
K038 - 29/01/2013 - 6 ekor

Alhamdulillah, sehingga kini hanya seekor anak dari K036 sahaja yang mati.


Stock.

Bermula dari 40ekor (4 jantan, 8 betina, 1 dara, 31 anak), kini ada 55 ekor (5 jantan, 12 betina, 38 anak). Berikut adalah aliran stock pada bulan January.

Stock Pembukaan = 40 ekor
Kelahiran anak = +27 ekor
Kematian anak = -2 ekor
Permindahan induk dari RVRII = +4 ekor
Jualan anak di RA1 = -4 ekor
Pemindahan anak ke RVRII = -10 ekor
Stock Penutup = 55 ekor


Perancangan February.

Untuk bulan ini, RVR ada merancang perkara seperti berikut;
1. Menambah stock induk dari baka pedaging.
2. Mengurangkan stock dengan menjual anak/pedaging sebanyak 20 ekor.
3. Menambah anak dalam 10 ekor dari 3 ekor induk (kerana bulan ni 28 hari je)
4. Memperbaiki reban yang sedia ada. Mungkin menambah.
5. Menambah kenalan dari penternak pedaging.
6. Menyertai Rakan Arnab Vol 2 pada Ahad 17hb/Feb.
7. Memantau stock arnab di RVRII

Sekian sahaja untuk kali ini.