Assalamualaikum...
Apa yang nak di updatekan minggu ni?
Reban Fasa III
Tingkat 2 tak naik-naik lagi walaupun dah selepas 10 hari sejak 2hb tempoh hari. Tak tau entah mana silapnya, mungkin banyak berfikir tentang design yang rasanya macam tak kena. Ikutkan design reban serba ringkas yang membolehkan tingkat pertama terus naik dalam masa 1 hari, tetapi banyak pulak songehnya bila nak naik tingkat yang kedua apatah lagi tingkat ketiga.
Mungkin silap menggunakan kaki tapak lama yang ada kayu sebagai tapak. Mengikut reban Fasa I, hampir 100% bingkai menggunakan PVC yang memudahkan kerja-kerja reban 2 tingkat. Tapi kali ni lain. Pulak kena dengan BRC G18 yang tak rupa G18. Mungkin G18.5 kerana BRC yang di tingkat 1 melendut sedikit berbanding Reban Fasa I yang betul-betul kukuh tanpa tulang di bahagian tengah. Ini membuatkan RVR sedikit buntu. Yang merisaukan, adakah daya tahan karat Fasa III ini sama dengan Fasa I? Adakah tingkat 2 bertahan dengan BRC yang digunakan sekarang?
Stock arnab dah makin bertambah sejak permindahan sebahagian induk dari RVRII, jadi ruang dah menjadi terhad. Maka tingkat 2 perlu di naikkan segera sebelum penerimaan baka pedaging yang baru. Mungkin RVR perlu back to basic dengan menggunakan PVC sebagai bingkai asas. Dan jika ini berlaku design perlu dikaji dan diubah semula.
Baka Pedaging Baru
Insya Allah hujung bulan ini RVR akan menerima baka pedaging yang baru. Nama pun baka pedaging, maka jika menjadi induk, berat maksima 4.5kg dan jika anak yang diternak menjadi, dalam masa 2 bulan sahaja ia boleh mencecah 2.5kg. Ini kata orang la. Tapi kita tengok la nanti, moga apa yang dicita tercapai.
Iklan di Mudah
Ini kali kedua RVR masuk iklan di mudah. Tahun lepas pernah iklankan daging arnab. Sambutan menggalakkan. Bila daging dah short supply, dah slow balik. Iklan sekarang pula untuk anak-anak mix yang berharga minima RM25 seekor. Jika ambil lebih dari 5 ekor, RVR bagi harga borong. Ambil 10 ekor lagi murah. Ni la iklan yang baru je keluar hari ni di mudah.
Stock RVR
Minggu lepas RVR ada buat perubahan stock dengan menambah dan memindahkan dari dan ke RVR tetapi tidak mengemaskininya. Alamak, nanti jadi hal la pulak. Ok, kejap lagi RVR akan mengemaskini stock nya.
Tak tau nak cerita apa, banyak pulak cerita yang dikeluarkan. Oklah kita sambung kemudian.
No comments:
Post a Comment