Ikutkan jiran ni dah lama bagitau aku nak 2 ekor anak untuk dihadiahkan pada seorang kawan. Tapi ntah macam mana selepas 2 bulan dia masih tak jugak ambil. Disebabkan tempoh masa yang lama juga, anak arnab yang ditempah telah membesar dengan cantik dan harga pun telah di naikkan kepada RM100.
Tapi nasib baik la aku ada stock anak yang sentiasa ada pada tiap-tiap bulan. Jadi semasa dia datang ke rumah dia ada bawak sekali rakan yang dia nak hadiahkan. Dia suruh rakannya sendiri pilih. Sebelum dia datang aku dah sediakan 8 ekor stock anak yang berusia 4 minggu (5 ekor) dan 6 minggu (3 ekor). Dalam 8 ekor ni ada 3 ekor jantan dan 5 ekor betina. Nampaknya aku pun dah pandai tengok jantina anak.
Walaupun mix semuanya berbulu anggora membuatkan rakannya tak tau memilih yang mana satu berkenan di hati. Akhirnya dipilihnya jantan warna broken kelabu dan betina warna broken jingga yang keduanya berusia 4 minggu. Aku bekalkan juga sekilo makanan untuk tempoh semiggu. Selesai urusan, ada jugak aku bekalkan jiran dngan setong tahi arnab untuik dibuat baja kontan.
Terjualnya anak stock berbaki 23 ekor
Terjualnya anak stock berbaki 23 ekor
No comments:
Post a Comment