Arnab Daging

Monday, 22 October 2012

Upgrade Reban Part II

Kuantiti Reban
 
Jika sebelum ini perancangan 22buah reban baru akan menggantikan reban kayu sekarang ini. Tetapi atas tekanan kewangan untuk membeli bahan mentah, jumlah reban terpaksa dikurangkan dari 22 menjadi 10sel dahulu. Oleh itu reban 6 sel terpaksa dibuang 1sel menjadikannya 5 sel dan terus dinaikkan menjadi tingkat kedua. Maka sebuah reban 2 tingkat 10 sel telah siap. Hanya menantikan bumbung dan sedikit touch up.
 
Pandangan sisi belakang dan sisi depan

Pandangan depan - 95% siap

 
Order Bumbung.
 
Atap (Zink Kilang) bersaiz panjang 32 inci telah di order, lebar standard 2.5' termasuk overlap. Jumlah yang dipesan 14 keping untuk 22sel, tapi untuk 10 sel ini hanya menggunakan 6 keping sahaja iaitu 3 keping setiap tingkat. Harga kesemua 14 keping ini adalah dalam RM100. Deposit RM60 telah di bayar dahulu, dalam 3-4 hari baru kedai akan telefon apabila barang sudah sampai.

2 comments:

  1. lau nk tempah sangkar arnab pvc ni...ada terima tempahan x?
    lau ada.boleh bg harga utk 2tingkat dan setiap tingkat ada 3 sel.total 6 sel.lengkap dgn auto saluran minuman utk ke 6 6 serta water tank :-)

    ReplyDelete
  2. lau nk tempah sangkar arnab pvc ni...ada terima tempahan x?
    lau ada.boleh bg harga utk 2tingkat dan setiap tingkat ada 3 sel.total 6 sel.lengkap dgn auto saluran minuman utk ke 6 6 serta water tank :-)

    ReplyDelete