Arnab Daging

Monday, 27 August 2012

RVR II - Part I Week 34

Assalamualaikum...
 
RVR akan maju lagi selangkah dengan cadangan untuk membuka sebuah tapak baru. Untuk itu aku sudah bukak thread baru under RVR II. Aku pun memang dah lama plan untuk memajukan bidang penternakan arnab ni. Cuma aku ni sedikit slow.
 
So semasa raya aku ada bertanya bapak aku mengenai hasrat menternak arnab di kampung. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kali ini aku takkan membebankan mak bapak aku untuk projek terbaru ni. Sistem air yang auto seperti yang aku buat di rumah, pemberian makanan yang lebih efisen dan tidak membebankan masa dan tenaga telah aku fikir dan ada dalam kepala ini.
 
Semalam hari ahad, aku balik kampung berjumpa dengan bapak aku kejap. Sedang dia sibuk memberi makanan kat itik dia, bila dia nampak muka aku terus dia bertanya tentang projek yang aku suarakan tempoh hari dengan muka yang bersungguh-sungguh. Kali ni dia tidak lagi terkenang pasal perkara tahun lepas semasa dia terpaksa menjaga 6 ekor arnab aku. Dia terus mengajak aku untuk melihat tempat yang bakal dilaksanakan.
 
 
Tempat Pertama.
 
Pertama dia tunjukkan tempat di depan rumah aku. Tempat ni sekarang adalah laluan air basuhan dan ada beberapa rumpun pokok pisang yang hidup segan mati tak mahu. Dengar cerita pisang tuh kena serangan penyakit. Maka elok lah di usahakan dengan benda yang berfaedah. Tanah ni agak rendah juga kerana berada di depan cerun tanah tambak. Jika aku setuju, next step adalah aku perlu tambak tanah yang baru untuk melevelkannya dan perlu didirikan garaj sebagai bumbung. Tempat ini bagus jugak sebab selepas di tambak, aku rasa boleh menempatkan dalam 30sangkar sekali baris (10 x 3 tingkat). Tetapi disebabkan projek ni lebih kepada 50% cuba-cuba dan 50% untuk menambahkan stock sekarang, maka lebih elok la di kecilkan lagi tempat dan segala kos yang terlibat.
 
 
Tempat Kedua.
 
Maka bapak aku pun mencadangkan tempat ke dua, iaitu ternyorok di belakang rumah di sebelah tandas luar dan dekat dengan tangki air. Ini sudah bagus. Aku hanya perlu extendkan aja pvc dan kepala paip. Dan bonusnya sudah ada bumbung. Ikutkan tempat ni asalnya adalah tempat reban didik ayam/itik bapak aku. Bapak aku pun dah lama tak guna. Sebelum tu pula adalah tempat merewang orang-orang kampung semasa kenduri kendara. Tapi sekarang adik beradik aku semua dah berumah tangga. Tu yang elok projek ini di teruskan kat tempat ni. Target minimum 20 sangkar.
 
Lokasi Kedua terletak di belakang rumah bersebelahan tangki air

Yang kurang eloknya, bawahnya simen perlu di korek untuk memberikan ruang pada najis arnab. Tahu saja la pengalaman menternak arnab di atas simen. Penyelenggaraan perlu kerap berbanding reban di atas tanah terbuka. So aku dan bapak aku pun setuju dengan tempat ini. Seterusnya aku perlu mencari BRC dan kelengkapan lain untuk sangkar.
 
 
Persediaan Kelengkapan
 
Untuk reban kali ini, aku perlulah membuat jenis yang tahan lama. Jadi BRC yang tahan lama perlulah di gunakan. BRC ni aku tak tahu saiz berapa, tapi aku dah cuba dan pakai sekarang ni. Memang BRC jenis ni tahan lama lebih-lebih lagi untuk lantai yang selalu di kais dan dikencing arnab. Saiz lebar standard 3 kaki adalah perlu. Untuk dinding dan aku tak perlukan jenis mahal. Mungkin cukup la saiz BRC yang lebar atau besar sedikit. Arnab ni bukannya pijak atau kais bahagian dinding/bumbung. Nanti design aku update kat sini.
 
Keduanya aku memerlukan set nipple drinker. Aku dah mula membuat pesanan tempahan dari seorang mamat dari Kelantan. Sebelum ni aku dah order dua kali dah dari mamat ni. Kali ni aku memesan untuk kali ke tiga; 20 set yang berharga RM80. Walaupun mahal, aku rasa buat projek kecik macam aku ni dah kira memadai la. Mana tau kalau lepas ni boleh pegi beratus-ratus sangkar.  Boleh order direct dari china yang berharga RM1 satu set. Hehe. Hujung bulan ni aku akan banking duit. Insya Allah minggu depan dapat la barang yang diposlajukan ni.
 
Ketiganya, aku memerlukan mangkuk makanan jenis tanah liat yang berat. Bagi aku takde masalah sebab ada seorang kawan akan menutup reban/sangkarnya kerana berpindah. So banyak kelengkapan yang aku boleh dapat dari kawan ni. Second hand pun jadi la.

Wednesday, 22 August 2012

Re-arrange Layout

Ini aktiviti layout pagi tadi.

1. Mengemas bangkai 076 & 077 yang baru dilahirkan (K17) dari induk F010+J015 di S6 dengan menanam mereka di dalam tanah bawah pokok jambu.

2. Takung didik TD1, dikemaskan dengan membasuh nya dan dibiarkan kering.

3. Memeriksa setiap induk yang di suspect bunting. Mendapati induk baru (dara) F043 yang telah lama disatukan dengan abangnya J040 mungkin bunting. So F043 di asingkan dari S7 ke sangkar induk S6.

4. Induk F010 dari S6 pula aku sudah pindahkan ke jantan J015 di S2. Mau pulak mengawan 2-3 kali sebelum sedikit bergaduh. Di biarkan bersama sebelum aku pergi keja.

5. Sementera induk F016 yg hanya sekali kelahiran (itupun sekor je, pun mati) dari S14 di pindahkan ke jantan J040. Mau jugak mengawan 2-3 kali. Dibiarkan bersama sebelum aku pergi keja.

6. Memindahkan F049 dara yang sudah lama bersama dengan J015 di S2 ke S14. Ini untuk memberikan F049 sedikit masa berehat sebelum dikahwinkan lagi dengan J015.

Ini la aktiviti aku sementara ada waktu.

28-K17(2-2) = 28ekor

28 ekor baki terdahulu
K17 (2 ekor) dari ibu F010 yang sebelum ini sudah 2 kali melahirkan anak (K5-3 dan K9-7) .
K17 (2 ekor) mati dari 20hb-21hb/Aug.

4 hari aku tinggalkan arnab-arnab kesayanganku demi merayakan hari kemenangan Aidilfirtri, tiba rumah tiada yang lebih menyedihkan lagi selain kematian anak arnab yang baru di lahirkan. 2 ekor mati entah tak tahu bila waktu sebenarnya. Aku rasa silapnya datang dari diri aku jugak.

Silap yang paling ketara, aku meletakkan takung didik terlalu awal sehingga takung didiknya di penuhi najis induk. Walaupun aku sudah tahu tarikh si ibu melahirkan anak (kerana aku ada merekod tarikh mengawan), aku lupa untuk membersihkan takung didik tersebut sebelum aku meninggalkan si induk selama 4 hari.

Pada waktu yang sama aku melihat bangkai si anak, takung didik tersebut juga dipenuhi sedikit air yang meresap di antara carikan kertas. Entah air hujan ke (sebab cuaca hujan 1-2hari ni) atau kencing dari induk. Keadaan ini sedikit sebanyak memberikan persekitaran sejuk terhadap anak.

Sebab ketiga mungkin datang dari rekabentuk takung didik yang kurang sesuai iaitu bahagian bawahnya diperbuat dari brc. Ini juga turut menyumbangkan keadaan sejuk terhadap anak. Kalau di ikutkan, aku ada takung didik lain yang diperbuat dari kayu juga dalam saiz yang sama. Entah apa yang membuatkan aku lupa aku pun tak tau.

Sebab terakhir mungkin datang dari alas bumbung yang sedikit terselak membuatkan air hujan jatuh ke atas takung didik sekali gus membuatkan bulu-bulu si ibu basah.

2 ekor bangkai anak di samping takung didik yang kurang memuaskan


Sebagai langkah tetap untuk masa akan datang, aku kenalah memastikan bahawa arnab-arnab aku berada dalam keadaan perfect jika aku ingin meninggalkan mereka dalam jangka masa yang panjang. Lebih-lebih lagi untuk ibu bunting yang bakal melahirkan anak.

Pagi tadi juga aku ada memantau betina yang aku kahwinkan. Ada betina baru (dara) yang mungkin melahirkan anak yang pertama. Dalam carta/rekod aku mengatakan betina F043 ini bakal menjadi induk yg ke 10. Betina ini adalah dari keturunan F002 + J017 iaitu dari induk pertama dalam senarai RVR. Sementara si jantan J040 dari keturunan yang sama (adik beradik). Ini di namakan in-breading. Selalunya penternak ingin mengekalkan keaslian baka dari tercampur dengan baka lain. Aku tengok adik beradik ni pun dah baka mix. Hantam aja lah. Target aku maybe dalam 3 ekor. Due date aku tak pasti sebab sudah aku menyatukan adik beradik ini dalam tempoh masa yang agak lama.

So tunggu je la kelahiran seterusnya, K18.

4 Hari Bercuti Panjang.

Tahun ni adalah tahun kedua aku beraya sebagai seorang penternak arnab backyard. Dan tahun ni adalah kali pertama aku akan meninggalkan arnab aku tanpa jagaan dengan begitu lama dengan meletakkan sasaran 4 hari bermula dari hari Sabtu petang hingga ke Rabu pagi. Sebelum ni aku pernah tinggalkan selama 3 hari sampai ada yang cirit-birit. Kesian.

Jika pada tahun lepas sebelum ni aku beraya di kampung, aku memindahkan arnab-arnab ke kampung ibubapa aku untuk di jaga buat sementara, tapi kali ni aku lebih bersedia. Masa tu arnab tak banyak. Ada dalam 6 ekor sahaja. Memang mudah sahaja untuk memindahkan 6 ekor arnab dengan sekali hantar. Tapi tahun ni aku ada 26 ekor anak. Takkan aku nak pindahkan semua sekali ke kampung? Mahu pakai lori. Lagipun pada tahun lepas, untuk 6 ekor sahaja bapak aku dah komplen tak larat nak jaga bagi makan, apatah lagi nak jaga 26 ekor?. Mahu mengamuk orang tua aku.

So pada hari Jumaat malam yang lepas aku tinggalkan arnab aku dengan memenuhkan sangkar dengan batang-batang pokok pandan dan daunnya yang aku budget dapat bertahan selama 3 hari dan pallet dalam mangkuk untuk 1 setengah hari. Malam tu aku balik kampung makbapak aku kononnya aku dah bersedia untuk meninggalkan arnab aku dengan tempoh masa yang lama. Tapi pada keesokkannya, aku terpaksa balik sekejap sebab nak ambil mesin rumput untuk digunakan di kampung.

Bila aku tiba di rumah, aku lihat makanan yang awal di sentuh adalah pallet. Ada arnab yang dah balun habis semua pallet untuk 1 setengah hari tu. Memang pelahap betul arnab aku ni. Tak kurang jugak ada yang kais habis sampai semua pallet jatuh ke bawah. Yang menyentuh daun pandan tak luak sangat la pulak. Tak mcm tak sentuh pallet pun ada. Itu untuk induk yang takde mood nak makan la sebab dok pikir nak beranak. Bagus, itulah yang aku harapkan. Sebelum aku bertolak, mana arnab yang betul-betul sudah habiskan palet dalam mangkuk, aku topupkan untuk 1 hari makan. Yang palet habis dok kena kais, aku topupkan separuh je.

Then pagi tiba aku yang dari kampung tiba rumah selepas hampir 4 hari aku tinggalkan mereka. Alhamdulillah, semua berada dalam sihat. Tiada yang kena serang kerengga, tiada yang cirit birit, tiada sangkar yang bocor di kais dek kerana lapar, tiada yang terlepas berkeliaran. Tapi yang tak bagusnya, ada induk yang aku tunggu beranak telah pun beranak. Tapi anaknya semua mati. Nanti aku ceritakan kat next entry.

Bermakna, tips batang pandan aku kali ni berjaya la kan. Lepas ni aku dah takde masalah untuk tinggalkan arnab-arnab aku dalam masa 3-4 hari lagi.

Di kesempatan ini aku nak ucapkanlah Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Moga kehadiran hari lebaran menambahkan rezeki pada keluarga. Mohon ampun dan maaf atas segala entry yang tak berkenan di hati..



Thursday, 16 August 2012

Demand Raya - 30 ekor!

Semenjak penjualan anak arnab yang terakhir pada bulan 6, dan kelahiran terakhir pada pertengahan bulan April, pengeluaran stock dari RVR tidak lah memberangsangkan. Di tambah pula perancangan untuk menambahkan stock pada bulan July terbantut kerana tidak mengikut seperti di rancang, membuatkan semangat aku luntur. Kita hanya merancang.

Tapi berkat doa, usaha dan idea yang mencurah-curah. Awal bulan August baru la sedikit demi sedikit stock aku bertambah walaupun tak segah awal tahun tempoh hari (30 ekor sekali turun!). Aku bersabar. Setakat bulan ni aku menerima 14 ekor anak (5+1+5+3) dari 4 ibu tapi hanya bertahan 9 ekor sahaja. Takpela, mungkin kali ni musim pertambahan anak dalam tempo yang perlahan. Aku kena terima. Sekarang aku sedang menunggu lagi seekor ibu untuk melahirkan anak buat kali ke 3 sementara induk yang lain sibuk dalam proses mengawan. Harap tiada masalah. Semua stock ini adalah untuk stock cuti sekolah nanti.

Tiba-tiba semalam aku dikejutkan dengan permintaan seorang kawan yang memerlukan stock daging lebih kurang 30 ekor untuk hari raya ini. 10ekor sebelum raya dan 20 ekor selepas raya. Bayangkan pesanan 30 ekor untuk penternak kecil-kecilan seperti aku ni. Mana aku nak cekaw? Belek-belek stock sekarang, aku confirmed hanya ada dalam 5 ekor je dari 19 ekor stock dewasa termasuk induk. Tekan gila-gila pun aku boleh pergi 9 ekor je. Memang aku terkedu kena permintaan macam ni. Nak taknak aku ngn kawan ni terpaksa ikhtiar jalan lain.

Alhamdulillah, setakat ni si kawan berjaya mendapatkan 10 ekor dari pihak dia. Sementara stock aku hanya selepas raya baru di korbankan. Baru je aku berkira-kira nak letgo 4 ekor kat mak aku buat rendang raya. Dah jadi macam ni, kena akur la. Lagipun buat pusing modal beli pallet arnab yang RM100 sebulan tu cukup la.

Begini la trend penternak kecil-kecilan macam kitorang ni. Nak berniaga tapi stock terhad. Nak bukak saiz ladang tak berani lagi. Apapun doa kan kami dapat yang terbaik. Semoga Allah memperkenankan doa kita. Amin.

Salasilah RVR v1

Semalam memamng aku ada banyak masa tapi last minit aku ada keja pulak untuk di siapkan. So tergendala la proses memindahkan posting dari blog lama. OK tak pe la. Kita tangguhkan dulu kerja semalam. Hari ni aku nak buat sesuatu untuk penambahbaikkan dari segi data control.

Disebabkan hampir 2 tahun aku menternak, dan pusingan generasi arnab yang begitu laju, diam tak diam aku telah ada anak arnab dari generasi yang ke 3. So untuk mengelakkan kecelaruan, aku kenalah buat salasilah keluarga atau orang putih kata family tree. Hehe..




Hasilnya seperti di atas. Lama jugak aku ambil masa nak update Family Tree ni. Diam tak diam dah 75 ekor arnab lalu atas tangan aku. 17 kelahiran dah berlaku. Tapi yang tinggal hanya 26 ekor je la sekarang ni.

Agak bercelaru kan. Nanti aku touch-up lagi la.

Wednesday, 15 August 2012

Pemindahan Posting

Hari ni aku ada masa nak berblog. Jadi aku ada masa untuk buat houskeeping kat blog-blog yang aku rasakan macam dah tak keruan. Antaranya aku nak pindahkan semua posting arnab aku dari blog http://budakchinchin.blogspot.com/ ke blog ni. Nampak sikit turutannya. Maybe gambar album dari facebook pun akan aku upload dan backdatedkan posting di dalam blog ni.

Aku buat blog ni bertarikh 13th June 2012, makanya jika jumpa tarikh sebelum dari tarikh ni, ia adalah posting dari blog http://budakchinchin.blogspot.com/.

Sehingga ke hari ini, inilah front page blog RingVille Rabbitary. Tak tau pulak aku design akan datang rupanya macamana. Rasa macam nak tukar header baru je.