Arnab Daging

Monday, 27 August 2012

RVR II - Part I Week 34

Assalamualaikum...
 
RVR akan maju lagi selangkah dengan cadangan untuk membuka sebuah tapak baru. Untuk itu aku sudah bukak thread baru under RVR II. Aku pun memang dah lama plan untuk memajukan bidang penternakan arnab ni. Cuma aku ni sedikit slow.
 
So semasa raya aku ada bertanya bapak aku mengenai hasrat menternak arnab di kampung. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kali ini aku takkan membebankan mak bapak aku untuk projek terbaru ni. Sistem air yang auto seperti yang aku buat di rumah, pemberian makanan yang lebih efisen dan tidak membebankan masa dan tenaga telah aku fikir dan ada dalam kepala ini.
 
Semalam hari ahad, aku balik kampung berjumpa dengan bapak aku kejap. Sedang dia sibuk memberi makanan kat itik dia, bila dia nampak muka aku terus dia bertanya tentang projek yang aku suarakan tempoh hari dengan muka yang bersungguh-sungguh. Kali ni dia tidak lagi terkenang pasal perkara tahun lepas semasa dia terpaksa menjaga 6 ekor arnab aku. Dia terus mengajak aku untuk melihat tempat yang bakal dilaksanakan.
 
 
Tempat Pertama.
 
Pertama dia tunjukkan tempat di depan rumah aku. Tempat ni sekarang adalah laluan air basuhan dan ada beberapa rumpun pokok pisang yang hidup segan mati tak mahu. Dengar cerita pisang tuh kena serangan penyakit. Maka elok lah di usahakan dengan benda yang berfaedah. Tanah ni agak rendah juga kerana berada di depan cerun tanah tambak. Jika aku setuju, next step adalah aku perlu tambak tanah yang baru untuk melevelkannya dan perlu didirikan garaj sebagai bumbung. Tempat ini bagus jugak sebab selepas di tambak, aku rasa boleh menempatkan dalam 30sangkar sekali baris (10 x 3 tingkat). Tetapi disebabkan projek ni lebih kepada 50% cuba-cuba dan 50% untuk menambahkan stock sekarang, maka lebih elok la di kecilkan lagi tempat dan segala kos yang terlibat.
 
 
Tempat Kedua.
 
Maka bapak aku pun mencadangkan tempat ke dua, iaitu ternyorok di belakang rumah di sebelah tandas luar dan dekat dengan tangki air. Ini sudah bagus. Aku hanya perlu extendkan aja pvc dan kepala paip. Dan bonusnya sudah ada bumbung. Ikutkan tempat ni asalnya adalah tempat reban didik ayam/itik bapak aku. Bapak aku pun dah lama tak guna. Sebelum tu pula adalah tempat merewang orang-orang kampung semasa kenduri kendara. Tapi sekarang adik beradik aku semua dah berumah tangga. Tu yang elok projek ini di teruskan kat tempat ni. Target minimum 20 sangkar.
 
Lokasi Kedua terletak di belakang rumah bersebelahan tangki air

Yang kurang eloknya, bawahnya simen perlu di korek untuk memberikan ruang pada najis arnab. Tahu saja la pengalaman menternak arnab di atas simen. Penyelenggaraan perlu kerap berbanding reban di atas tanah terbuka. So aku dan bapak aku pun setuju dengan tempat ini. Seterusnya aku perlu mencari BRC dan kelengkapan lain untuk sangkar.
 
 
Persediaan Kelengkapan
 
Untuk reban kali ini, aku perlulah membuat jenis yang tahan lama. Jadi BRC yang tahan lama perlulah di gunakan. BRC ni aku tak tahu saiz berapa, tapi aku dah cuba dan pakai sekarang ni. Memang BRC jenis ni tahan lama lebih-lebih lagi untuk lantai yang selalu di kais dan dikencing arnab. Saiz lebar standard 3 kaki adalah perlu. Untuk dinding dan aku tak perlukan jenis mahal. Mungkin cukup la saiz BRC yang lebar atau besar sedikit. Arnab ni bukannya pijak atau kais bahagian dinding/bumbung. Nanti design aku update kat sini.
 
Keduanya aku memerlukan set nipple drinker. Aku dah mula membuat pesanan tempahan dari seorang mamat dari Kelantan. Sebelum ni aku dah order dua kali dah dari mamat ni. Kali ni aku memesan untuk kali ke tiga; 20 set yang berharga RM80. Walaupun mahal, aku rasa buat projek kecik macam aku ni dah kira memadai la. Mana tau kalau lepas ni boleh pegi beratus-ratus sangkar.  Boleh order direct dari china yang berharga RM1 satu set. Hehe. Hujung bulan ni aku akan banking duit. Insya Allah minggu depan dapat la barang yang diposlajukan ni.
 
Ketiganya, aku memerlukan mangkuk makanan jenis tanah liat yang berat. Bagi aku takde masalah sebab ada seorang kawan akan menutup reban/sangkarnya kerana berpindah. So banyak kelengkapan yang aku boleh dapat dari kawan ni. Second hand pun jadi la.

No comments:

Post a Comment