Arnab Daging

Wednesday, 22 August 2012

4 Hari Bercuti Panjang.

Tahun ni adalah tahun kedua aku beraya sebagai seorang penternak arnab backyard. Dan tahun ni adalah kali pertama aku akan meninggalkan arnab aku tanpa jagaan dengan begitu lama dengan meletakkan sasaran 4 hari bermula dari hari Sabtu petang hingga ke Rabu pagi. Sebelum ni aku pernah tinggalkan selama 3 hari sampai ada yang cirit-birit. Kesian.

Jika pada tahun lepas sebelum ni aku beraya di kampung, aku memindahkan arnab-arnab ke kampung ibubapa aku untuk di jaga buat sementara, tapi kali ni aku lebih bersedia. Masa tu arnab tak banyak. Ada dalam 6 ekor sahaja. Memang mudah sahaja untuk memindahkan 6 ekor arnab dengan sekali hantar. Tapi tahun ni aku ada 26 ekor anak. Takkan aku nak pindahkan semua sekali ke kampung? Mahu pakai lori. Lagipun pada tahun lepas, untuk 6 ekor sahaja bapak aku dah komplen tak larat nak jaga bagi makan, apatah lagi nak jaga 26 ekor?. Mahu mengamuk orang tua aku.

So pada hari Jumaat malam yang lepas aku tinggalkan arnab aku dengan memenuhkan sangkar dengan batang-batang pokok pandan dan daunnya yang aku budget dapat bertahan selama 3 hari dan pallet dalam mangkuk untuk 1 setengah hari. Malam tu aku balik kampung makbapak aku kononnya aku dah bersedia untuk meninggalkan arnab aku dengan tempoh masa yang lama. Tapi pada keesokkannya, aku terpaksa balik sekejap sebab nak ambil mesin rumput untuk digunakan di kampung.

Bila aku tiba di rumah, aku lihat makanan yang awal di sentuh adalah pallet. Ada arnab yang dah balun habis semua pallet untuk 1 setengah hari tu. Memang pelahap betul arnab aku ni. Tak kurang jugak ada yang kais habis sampai semua pallet jatuh ke bawah. Yang menyentuh daun pandan tak luak sangat la pulak. Tak mcm tak sentuh pallet pun ada. Itu untuk induk yang takde mood nak makan la sebab dok pikir nak beranak. Bagus, itulah yang aku harapkan. Sebelum aku bertolak, mana arnab yang betul-betul sudah habiskan palet dalam mangkuk, aku topupkan untuk 1 hari makan. Yang palet habis dok kena kais, aku topupkan separuh je.

Then pagi tiba aku yang dari kampung tiba rumah selepas hampir 4 hari aku tinggalkan mereka. Alhamdulillah, semua berada dalam sihat. Tiada yang kena serang kerengga, tiada yang cirit birit, tiada sangkar yang bocor di kais dek kerana lapar, tiada yang terlepas berkeliaran. Tapi yang tak bagusnya, ada induk yang aku tunggu beranak telah pun beranak. Tapi anaknya semua mati. Nanti aku ceritakan kat next entry.

Bermakna, tips batang pandan aku kali ni berjaya la kan. Lepas ni aku dah takde masalah untuk tinggalkan arnab-arnab aku dalam masa 3-4 hari lagi.

Di kesempatan ini aku nak ucapkanlah Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Moga kehadiran hari lebaran menambahkan rezeki pada keluarga. Mohon ampun dan maaf atas segala entry yang tak berkenan di hati..



No comments:

Post a Comment