Arnab Daging

Wednesday, 25 April 2012

Anak arnab mati sekor

Malam tadi aku rasa letih sangat. Aku rasa aku tido dalam pukul 10. So bila dah rasa letih, aku malas nak jenguk arnab aku kat belakang rumah. So pada malam tadi arnab aku berlapar seketika. Pagi ni dalam pukul 6:45 pagi dlm keadaan agak gelap, aku jenguk seperti biasa untuk memberikan makan. Apa yang aku lihat, suasana agak kurang menarik dengan keadaan simen dan reban basah sana sini.

Baru aku teringat semalam wife aku ada bagtahu hujan lebat melanda taman aku pada waktu petang sebelum aku tiba rumah. Dan aku pun tak tau yang ia ada effect kat belakang rumah aku. Hampir separuh kawasan belakang rumah aku basah. Dan yang tak bestnyer, aku tengok bekas kotak anak dlm sangkar yang menempatkan induk dan anak yang baru di lahirkan 3 hari lepas, terbalik secara menegak dengan keadaan bawah menghadap aku.

Bila aku pergi belek kotak tu, aku tengok anak 4 ekor semua dah takder. Terus aku geledah dan mencari sekitar reban. Perkara yang aku suspect anak-anak arnab itu akan jatuh ke longkang yang dalamnya hampir satu meter. Tapi sekejap je aku dapat jumpa anak pertama dan kedua 5 meter dari sangkar. Tempatnya di sebalik makanan yang aku tempatkan di dinding luar dapur. Pandai pulak anak ni cari tempat yang jauh dari kesejukan. Anak ke tiga aku jumpa setengah jam selepas itu. Itu pun selepas aku menyelak karung makanan. Mencari tempat panas di celah-celah guni makanan.

Anak ke-4 paling last aku jumpa 45 minit selepas anak pertama jumpa. Itu pun selepas hari mula cerah. Tapi aku jumpa dalam keadaan yang menyedihkan. Anak ke 4 sudah mati. Mati kelemasan selepas jatuh ke dalam longkang yang bergenang air hujan. Ntah aku pun tak tahu, sama ada dia jatuh sebelum hujan atau selepas hujan lebat.

Anak ke 4 yang berada di dalam longkang dan sudah tidak bernyawa

Tapi apa nak buat.. benda dah jadi. Aku tengok kotak tuh terbalik sebab mungkin ibunya terpijak tebing kotak. Atau ibunya menyelongkar bawah kotak yang menyebabkannya terbalik. Kotak tuh pun diperbuat dari plywood dan amat ringan. Kalau ringan, arnab memang suka terbalik-terbalik kan. Sebagai langkah sementara, aku masukkan mangkuk makanan yang berat ke dalam kotak anak tersebut. Kukuh sikit kotak tuh. Pas nih aku kena ikat kotak tuh jgn bagi dia bergerak. Kalau tak benda yang sama akan berulang.

Sebelum pegi keja aku suh ibu tuh masuk ke dalam kotak nyusukan anaknya. Anak arnab ni tak kisah kalau tak nyusu lebih 12 jam sebab arnab menyusukan anak dia dalam 1-2 kali sehari. Yang aku risaukan anak arnab ni akan mati sebab ia sudah berada dalam keadaan sejuk dalam tempoh masa yang lama. Harapan aku, jgn la anak ni mati. Moga dia dapat membesar dengan jayanya.

Stock sekarang dah tinggal 30ekor.

Tuesday, 24 April 2012

Jualan Arnab Ke-2

Alhamdulillah, doa dan hasrat aku untuk mengurangkan stok arnab termakbul. Pada 22/04/2012, lagi sekor anak arnab terjual. Ni pun hasil promosi aku yang tak disengajakan.

Sejak 2-3 hari ni arnab aku sering terlepas ke laman sebelah rumah aku disebabkan salah satu reban yang menanggung 8 ekor anak sudah bocor. Bocor pun akibat jaring dah berkarat dan perlu di tukar. Akibat kekangan masa, aku tutup ala kadar je dengan mangkuk makanan. Tapi tetap arnab-arnab ni dapat keluar jugak selepas dorang alihkan mangkuk tersebut. Pandai!

Kalau dah terlepas keluar ke laman tuh, tau-tau jer lah, berlari la arnab ini ke sana ke sini. Kadang-kadang melompat kegembiraan. Sebenarnya aku pun tawakkal je la bila arnab ni terlepas. Sebab di bahagian pintu pagar ada ruang-ruang besar untuk arnab ini keluar dengan senangnya. Tapi aku tengok arnab-arnab ni ok plak. Paling jauh dia pergi pun sampai bawah kereta. Pastuh duduk diam je kat bawah tu.

Nak di ikutkan cerita, selang satu hari tu di waktu petang yang dingin, semasa aku dalam rumah memakai seluar pendek sambil menonton tv, aku terdengar suara orang bercakap-cakap di luar rumah. Jarang ada orang bercakap depan rumah aku dalam jangka masa yang panjang. So aku pun intai la dari pintu grill rumah aku. Ada 2 orang kakak dan 2-3 orang budak yang kebetulan jiran depan rumah sedang berdiri diluar pagar rumah aku dan rancak melihat dan menegur kerenah arnab-arnab di dalam kawasan laman rumah aku. Di sebabkan terlalu rancak sangat, aku pun serta merta pakai seluar dan baju untuk melayan kerenah mereka.

Sampai je kat luar aku terus tegur bagitau akak tu yang arnab aku terlepas sebab reban bocor.
Aku tengok akak ni sedang mempromote kan arnab aku ke salah sorang budak lelaki yang berumur 10tahun. Ntah budak tuh pun blur je. Mungkin dia malu-malu kot nak mintak mak dia belikan sekor arnab dari aku. Pastuh aku pun tangkap la arnab-arnab aku. Senang je tangkap sebab arnab aku jinak. Habis tangkap aku masuk ke rumah untuk makan malam pada pukul 6 petang.

Selang beberapa minit selepas suapan pertama, ada orang bagi salam. Dalam hati aku takkan ada org tabligh datang waktu-waktu petang ni? Aku g jenguk rupanya ada seorang jiran aku menanyakan jika aku berminat untuk menjual sekor arnab untuk adiknya.. budak yang tadi la tu. Dia kata dia nak carikan kawan untuk arnab dia kat rumah. Lorr.. jiran aku pun ada bela arnab gak ke?. Budak ni kata dia tak tau nak jantan ke betina sebab arnab kat rumah pun dia tak tau lagi jantina nya. Aku pun mengofferkan diri untuk periksa jantina arnab jiran aku ni.

Aku pergi ke rumah jiran, aku tengok kecik je arnab tuh. Bulu pun tak cantik, compang camping. Kurus semacam. Dalam hati aku, mesti pasal arnab ni tak happy dengan kehidupan dia. Maybe kat makanan nya kot. Aku tanya umur, jiran aku ni tak tau. Dia kata sebelum ni ada 2 ekor, sekor dah mati. Tuh yang dia nak carikan kawan. Aku pun check, arnab jiran aku ni jantan maknanya aku kena jualkan yang betina la.

So aku pun ajak mak budak, adik tu dan seorang kakak pegi melawat reban kat belakang rumah aku. Sebenarnya aku jarang terima lawatan reban dari jiran-jiran aku. Ni jiran yang kedua datang melawat. Dorang pun amatlah terkejut sebab terlalu banyak arnab yang aku ada. Mata dorang pun rambang sebab ada arnab yang cantik-cantik untuk dorang pilih. Tapi yang penting adik tu la yang kena pilih. Lepas di offer, adik tuh pilih arnab berusia 110hari, berwarna hitam, baka kacuk anggora. Aku tolak murah je RM30. Kalau ikutkan harga arnab tuh mau dalam RM50 sebab dah kira besar. Berat pun dalam 1.5kg. Jiran punya pasal aku pun let go je la.

Aku pun mengiringi penghantaran arnab tuh ke rumah jiran aku yang terletak di depan rumah. Lagipun bakul yang dorang pakai buat pindah arnab tu bakul aku. Tiba kat rumah dorang aku pun cerita la serba sedikit tentang penjagaan arnab dan perihal arnab. Macam-macam la aku cerita. Dah nak maghrib baru aku balik.

Alhamdulillah, kurang lagi sekor jadi 31 ekor dan bertambah side income aku.. :)

Kelahiran ke-12 (21/04/2012-4 ekor)

Tanpa di duga dan di rancang aku telah menerima kelahiran 4 ekor anak arnab buat kali ke-12 pada 21/04/2012. Aku pelik kerana bila masa aku kahwenkan arnab sejak 28 - 31 hari lepas?

Ceritanya begini... malam lebih kurang pukul 11:30 mlm hari tersebut aku rasa malas sangat untuk mejenguk arnab aku tapi ingin sekali memeriksa bahagian belakang reban aku yang penuh dengan sisa buangan domestik. Semasa aku melangkah nak kebelakang reban, dibendul lantai aku terlihat ada 2 makhluk terkulat-kulat mencari perlindungan dari rimbunan daun yang berlonggok kat situ. Selepas aku perhatikan betul-betul, ada 2 ekor anak arnab berwarna hitam baru lahir tp dah kering dan berbulu kilat... dengan kadar segera aku terus mengangkat anak2 tersebut dan mencari bekas untuk anak arnab. Aku tergaru-garu, induk manakah antara 6 ekor yang telah beranak senyap-senyap ni?...

Aku terus periksa 6 sangkar induk. Aku perhatikan sekali imbas memang tiada sedikit pun kesan bulu-bulu yang di cabut atau berserakan dlm sangkar iaitu keadaan di mana induk sudah melahirkan anak. Cuma bila aku perhatikan betul-betul terdapat sekor lagi anak dalam salah satu sangkar induk, Aku rasa tak percaya bahawa itu adalah induk kepada anak-anak arnab yang bersepah ni kerana induk tersebut baru saja melahirkan 5 ekor anak dlm kelahiran ke11 yang lepas dan kesemuanya mati selepas 2-5 hari selepas itu. Kali ini adalah kelahiran ke12 dan aku perlu mencari kepastian.

Untuk mendapatkan kepastian bahawa induk tersebut baru beranak, aku terus periksa bulu diperut induk tersebut. Tiada kesan bulu di cabut dan muka induk tuh pun selamba mcm takde berlaku apa-apa. Kemudian aku periksa kemaluan nya. Bulu dikemaluan nya rasa keras sedikit seperti kesan kanji yang baru kering beerti kesan beranak mungkin telah berlaku sejak 6-8 jam yang lepas. Masa itu aku masih di waktu bekerja. Untuk menyakinkan, aku pegi ambil rekod dan melihat bahawa kelahiran untuk induk tersebut sebelum ni adalah 21/03/2012. Kali ini tarikhnya adalah 21/04/2012. Aku buat kira-kira, 31 hari selang masa kelahiran.. wow, tepat sekali waktu buntingnya.. Aku imbas kembali… semasa dia beranak sebelum ni dia masih bersama Jantan. Jadi aku membuat kesimpulan, pada selang masa beranak hingga aku jumpa anak-anaknya di kelahiran 11, dia sempat mengawan dengan jantan tuh. Dan hasilnya dia beranak selepas 31 hari bunting! Dasar Playboy! Hahaha.

Disebabkan arnab ni beranak bersepah, aku mencari-cari sekitar kawasan dan berjumpa dengan anak yang ke 4 di bawah plastic atas timbunan tahi arnab. Cepat-cepat aku masukkan yang ke 4 ni ke dalam tong kayu bersama-sama yang lain dan si ibu. Kali ni aku beralih ke sangkar yang besar sebab sebelum ni anak-anaknya yang terakhir mati disebabkan terpijak di dalam sangkar yang kecil. So aku pun meletakkan induk tersebut kedalam tong anaknya tp ibunya tak biasa seakan-akan bingung. Aku kena tolong ibu arnab ni. So aku pun terlentang ibu ni dan mencabut bulu disekitar puting-putingnya (5 pasang puting!) supaya si anak senang menyusu nanti dan bulu-bulu yang di cabut boleh dibuat selimut untuk memanaskan anak-anaknya. Lagipun kita kena biasakan bau ibu dengan anak-anaknya. Kalau tak kang ibu nya tak bagi nyusu anaknya, mana kala anak tak kenal ibu. Boleh bawak mati woo…

Dah habis proses mencabut bulu, aku terus masukkan ibu ke dalam tong anaknya. Si ibu menolak dan menghentak kaki beerti dia tak selesa apa yang aku buat. Aku tengok hari pun dah lewat. So aku ambil keputusan membiarkan ibu nya di luar kotak dengan harapan esok takde la anak-anaknya mati. Pagi esoknya aku tengok 4 ekor anak masih hidup. Aku check perut ibunya, ada bulu basah di sekitar puting beerti proses penyusuan telah berlaku. Bulu pun makin bertambah maknanya si ibu sudah mengaku dia ada anak untuk di jaga. Tadi aku tengok dia pun dah masuk ke dalam kotak menyusukan anaknya dengan selesa.

Alhamdulillah, harapan aku 4 ekor anak ni akan hidup membesar seperti yang di harapkan. 1 bulan dah boleh jual. Takpun 3 bulan dah boleh semelih. So sekarang stok arnab aku bertambah semula menjadi 32 ekor. Walaupun sebelum ni aku target nak kurang kan stok to Allah dah bagi rezeki kita terimalah dengan hati terbuka.

4 ekor anak kelahiran je 12 yang sedang bergolek.
Baka ni kalu jaga elok 3 bulan dah 1.7kg
Spesifikasi Arnab Kelahiran ke 12;
Induk : Chinchila Kelabu
Penjantan : Anggora Kelabu I
Kelahiran sebelum : 21/03/2012 - 5 ekor tp semua mati selepas hari pertama hingga hari ke 5
Tarikh mengawan : 21/03/2012 (tak sengaja)
Tarikh Kelahiran : 21/04/2012 - 4 ekor bersepah.
Jumlah kelahiran : Kali ke 3
Jumlah anak : 8 + 5 + 4 = 17 ekor (tempoh 3 bulan 5/1/2012 - 21/04/2012)

Sunday, 22 April 2012

Jualan Anak Arnab Pertama

Dalam entry arnab sebelum ni aku ada menyebut stok anak arnab aku ada 11 ekor kan.. So ini la kesinambungan cerita stok anak arnab ni.

Tempoh hari masa aku cuti exam, aku ada balik kampung jap dengan membawa 8 ekor anak arnab selepas aku dapat tahu dari mak aku ada org nak 2 pasang arnab berumur lebih kurang sebulan. Aku bawakkan jugak lagi 2 ekor yang berumur lebih 2 bulan. Stok yang aku bawak adalah 6/7 ekor anak umur 50hari dan 2/4 ekor anak umur 78hari.

Jadi, pada hari Jumaat 20hb April 2012 merupakan tarikh keramat bagi aku selepas 2 tahun bergelar penternak arnab belakang rumah (back yard) kerana aku telah berjaya menjual 4 ekor (2 pasang arnab) baka mix anggora. Dengan harga timbang/borong setengah kilo RM15 seekor, 4 dari 7 ekor adik beradik yang berusia 50hari (kelahiran 9 - 1/3/2012) telah dijual kepada seorang rakan kampung mak aku. Aku personally handover pada brader tuh. Dia kata ada budak-budak kilang order.

Aku pun ader terpikir-pikir dari mana la brader ni dapat cerita yang aku ada bela dan nak jual anak arnab. Rupa-rupanya selepas 4-6 jam aku duduk kat kedai mak aku baru tahu rupanya mak aku yang pukul canang pada setiap orang kampung yang singgah ke warung mak aku. Patutlah...

Pastuh aku pun ada terpikir-pikir, kalau network dan promosi brader ni kat budak-budak kilang ni bagus, market aku boleh pegi jauh ni. Buat pengetahuan brader ni adalah seorang pemandu bas kilang yang ulang alik mengangkut orang kampung aku ke sebuah kilang terkemuka di Batu Berendam.

Dugaan aku memang betul. Satu hari lepas tuh mak aku call brader tuh nak lagi sepasang. Tadi aku balik kampung jap, brader tuh takde. So takde la jualan pada hari ini.

Pada hari yang sama juga selepas selesai urusan dengan brader tuh aku gi ke tempat belajar aku untuk ambil exam terakhir tuk semester ni. Aku ada tinggalkan lagi 4 ekor kat kedai mak aku supaya tengok-tengokkan. Mana la tau ada orang berkenan. Selesai exam mak aku telefon ada orang kat warung nak sepasang dan bertanyakan harga. Aku bagitau mak aku tolak je sepasang RM30. Kalau yang besar tuh sepasang RM60. Baka mix anggora beb.. Bulu panjang takkan nak tolak murah. Disebabkan mak aku pun tak tau sangat mcm mana nak pilih jantan betina, aku pun suh tunggu aku balik ke kampung selepas exam.

Petang tuh aku tiba kampung dengan membawa pertambahan 3 ekor anak dari adik beradik yang sama. Tapi aku hampa sebab org yang bertanyakan harga tuh telah ditawarkan RM40 oleh mak aku dan harga tetap itu tak diterima oleh bakal pembeli. Nak tak nak aku balik ke rumah dengan membawa semula baki 7 ekor. So pada hari tersebut aku mempunyai baki 32-4 = 28 ekor.

Malam ni, Insya Allah aku nak g semelih 4 ekor stock pedaging. 1 mak aku order, 1 abang aku nak test power buat goreng saja dan lagi 2 aku nak makan sendiri. So selepas ini stok daging hidup tinggal 9ekor saja.

Thursday, 19 April 2012

Update Arnab 19/04/2012 -32 ekor

Stok sekarang: 8 induk + 24 ekor anak = 32 ekor

Semalam aku buat inventory untuk stok daging hidup. Sekarang ada 13 ekor yang berumur 90-109 hari.

1.50kg - 1.56kg = 3 ekor
1.40kg - 1.49kg = 3 ekor
1.30kg - 1.39kg = 4 ekor
1.20kg - 1.29kg = 3 ekor

Ada 11 ekor lagi anak dari dua induk berasingan yg masing-masing 4 ekor berusia dua bulan lebih (berat 0.8kg - 1.12kg) dan 7 ekor berusia sebulan lebih (400-550gram). Semalam aku dapat panggilan dari kpg mengatakan ada org tgh carik 2 pasang anak untuk dibela. So 4 dari 7 ekor anak ini akan diletgo. Mula-mula aku nak letak RM20 seekor tp aku rasa mahal sangat untuk penternak yang baru mula mcm aku ni. So aku letak harga RM15 seekor dengan harapan selepas ini ada la pertambahan order. Buat pengetahuan, kalau jadi jual yang ni akan menjadi 1st jualan under katergori anak.


4 beradik bertarikh 31/Mac 2012 - 56hari
Hari ini sudah berumur 75 hari.

7 dwarf masa umur 30hari (30/3/2012). Comel kan
Dua gambar di atas dari bapak yang sama tp dua induk yang berpangkat ibu-anak.

Mggu lepas hari Ahad ada jugak org dari kpg bgtau nak arnab dewasa sepasang nak buat makan. Tp dia nak bela dulu. Kira dia nak beli arnab hidup la. Berdasarkan market, harga arnab hidup adalah RM35 sekilo. Disebabkan berat arnab aku bermur 3 bulan dalam lingkungan 1.5kg maka harga yang sepatutnya dijual dalam RM 52.50. Terperanjat gak aku tgk harga untuk sekor ni. Takkan aku nak jual lebih RM100 tuk dua ekor pulak kan? Sbb org yg nak beli ni adalah org kpg yg rapat ngan aku. Maka aku pun bgtau la tgk arnab dulu kalau setuju ngn harga yang aku tawarkan. Kalau nak murah tak de masalah. Boleh bawak berbincang.

Buat masa sekarang atas sebab-sebab tertentu aku sedang mengurangkan stok aku bawah 20 ekor. Dan jika permintaan sentiasa ada, aku akan mengurangkan lagi stok hingga tinggal induk 8 ekor sahaja. Aku bela arnab ni pun kerana nak timba pengalaman dalam bidang penternakan. So selama setahun setengah aku bela, sikit sebanyak aku dah paham selok belok dan kerenah makhluk yg senyap ni. Harapan aku, pernternakan aku ni boleh berkembang ke arah yang lebih baik. Bukan sahaja kat arnab, mana tau suatu hari nanti ke ayam ke, lembu ke, ikan ke. Aku tengok yang penting haiwan penternakan kita tuh happy, dah kira OK. Selain tuh, mintalah doa dari Allah supaya dijauhkan segala kesulitan.

Moga kita mendapat yang TERBAIK dari Allah swt.

Monday, 16 April 2012

10 Sebab Kenapa Anda Patut Makan Daging Arnab

1. Ia adalah salah satu daripada daging putih terbaik yang terdapat di pasaran hari ini.
2. Daging arnab mempunyai peratusan protein yang tinggi dan mudah dihadam.
3. Ia mengandungi paling kurang jumlah lemak di kalangan daging lain.
4. Daging arnab mengandungi kalori nilai yang kurang daripada daging lain.
5. Daging arnab adalah bebas kolesterol dan oleh itu ia "mesra" dengan pesakit jantung.
6. Kandungan garam dalam daging arnab adalah paling kurang berbanding daging lain.
7. Kalsium dan fosforus kandungan daging ini adalah lebih daripada mana-mana daging lain.
8. Nisbah daging kepada tulang yang tertinggi bermaksud ia mempunyai daging yang lebih untuk dimakan berbanding daging ayam.
9. Daging arnab ada banyak faedah kesihatan, ia tidak mempunyai rasa yang kuat dan setanding dengan ayam tetapi tidak serupa.
10. Arnab adalah salah satu daripada haiwan ternakan domestik yang paling produktif. Arnab boleh menghasilkan 6 paun daging pada makanan dan air yang sama seperti lembu ambil tetapi lembu hanya akan menghasilkan 1 paun daging.

Jadi anda boleh melihat terdapat banyak faedah kesihatan untuk memakan daging arnab.
Ia adalah sihat untuk anda dan murah untuk dihasilkan. Mengapa tidak mencuba untuk menggabungkan beberapa daging arnab ke dalam diet anda hari ini.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Monday, 9 April 2012

Iklan di Mudah: Daging Rabbit Arnab Segar RM38/kg

Assalamua'laikum & Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah lama KAMI berbincang untuk menceburkan diri dalam penjualan daging arnab secara kecil-kecilan. Disebabkan stock daging yg kejap ada kejap takde, maka kami pendamkan dulu hasrat ni. Sekarang, sesudah wujudnya sebuah cawangan backyard arnab di jasin atas nama fagrorabitray, stock kami dikatakan cukup untuk menampung permintaan dari orang perseorangan dan keluarga, maka buat kali pertama kami mengeluarkan iklan di mudah.my berjenamakan Fagrorabitary.


Iklannya serba ringkas atas permintaan tuan punya jenama. Dan selama seminggu ni juga la sudah 5 ekor arnab aku di sembelih, 3 di jual, 2 aku simpan buat kegunaan keluarga. Sapa nak boleh order kat no seperti yg tertera kat alamat mudah.my kat atas. Daging arnab yang kami jual adalah baka kampung tempatan mixed. Usia dalam 3 bulan. Dan berat seekor dlm 1kg (selepas di bersihkan).

Doa kan la kami supaya terus berkekalan dalam perniagaan daging arnab ini. Mana la tau berkat doa kalian akan wujud plak ladang Fagrorabitary. Sapa tau kan. Insya Allah, hasil usaha doa dan tawakkal kita akan dapat yang terbaik dari Allah swt.

Wasslam.

Sunday, 8 April 2012

Stock daging arnab pada 16hb April 2012

Assalamualaikum,

Secara kasarnya, stock daging arnab hidup (usia dari 60hari ke 100hari) pada hari ini 16hb April 2012;
1. 1.5kg = 2ekor,
2. 1.4kg = 4ekor,
3. 1.3kg = 4ekor,
4. 1.2kg = 3ekor,
5. 1.0kg = 4ekor..
6. lain2 ada 7 ekor yg berusia sebulan lebih menanti besar untuk di jadikan stok daging.

Jika jadikan stok daging, berat daging adalah 2/3 dari berat hidup.

RM38/kg untuk daging segar, dan RM35/kg untuk sejuk beku.

Hubungi kami dengan segera sementara stock masih ada.

Friday, 6 April 2012

Daging arnab hasil titik peluh sendiri.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Hari ni 2 ekor lagi arnab aku di sembelih untuk stok daging. Tp buat kali ke 5 ni aku jadikan makanan untuk family aku sendiri.. yelah takkan 4 ekor sebelum ni sembelih asyik jual kat org lain jer... bila nak merasa air tangan sendiri ye tak? Yg tukang sembelihnya tak lain tak bukan abang aku sendiri yg tempatnya berada lebih kurang 20minit perjalanan. Nak harapkan aku ni, belum lagi pandai nak mencuba.. nanti ada masa aku belajar la sendiri... dah yakin aku sembelih kat rumah aku je..

Ini lah gambar2 berat arnab kampung yg telah disembelih dan siap di siang (lapah).

Dua gambar pertama aku punya,
yg belah kanan tuh abg akunya bahagian..

Nak tunjuk gambar yg lain ada org tak sampai hati plak nak tengok sbb jenis org yg mcm ni, bila suruh komen je pasal apa tak sampai hati, dorg selalu kata MCM KUCING.. Yang pastinya binatang ni halal di makan. So pada aku takde bantahan di situ.

Bab permantauan size, berat arnab.. abang aku lagi tahu la sebab dia ternak arnab lagi dulu dari aku.. baka2 (arnab kampung) yg aku dapat pun dari dia.. Abang aku kata selama 90hari aku ternak arnab sudah mencapai berat 1.5kg adalah sesuatu yg boleh dibangga kan.. ternyata 4 ekor arnab yg aku bagi dia sembelih, semuanya berusia 90-95hari adalah dalam lingkungan berat tersebut. Bila dah siap dilapah, berat karkas yg tinggal dlm 950gram ke 1.05kg. Dan buat pengetahun harga daging segar adalah dlm RM38/kg.


Ikutkan dah setahun lebih aku menternak arnab, ini la kali pertama aku merasa sendiri hasil ternakan aku.. dan daging arnab ni aku suruh wife aku masak ringkas je - digoreng. Adalah dalam 3 ketul size standard ayam kerat 8. Bila digoreng, bau nya saja dah buat aku terangkat... belom lagi tang makan.. pergh.. mmg superb.. first rasa, aku kata mcm ayam kampung sebab ada liat-liat ayam kampung. Wife aku plak ckp rasa burung. Mmg betul pun.. dan 3 ketul tuh aku rasa tak cukup. Tp aku suh dia simpan untuk hari lain.. buat masa skrg target buat goreng jer...

mcm ayam goreng jer..
anak aku paling suka makan tang peha.. yum yum

Nanti aku cerita mcm mana aku leh terlibat ngan penternakan arnab secara back yard ni gara-gara idea yg dicetuskan oleh abang aku.