Alhamdulillah, doa dan hasrat aku untuk mengurangkan stok arnab termakbul. Pada 22/04/2012, lagi sekor anak arnab terjual. Ni pun hasil promosi aku yang tak disengajakan.
Sejak 2-3 hari ni arnab aku sering terlepas ke laman sebelah rumah aku disebabkan salah satu reban yang menanggung 8 ekor anak sudah bocor. Bocor pun akibat jaring dah berkarat dan perlu di tukar. Akibat kekangan masa, aku tutup ala kadar je dengan mangkuk makanan. Tapi tetap arnab-arnab ni dapat keluar jugak selepas dorang alihkan mangkuk tersebut. Pandai!
Kalau dah terlepas keluar ke laman tuh, tau-tau jer lah, berlari la arnab ini ke sana ke sini. Kadang-kadang melompat kegembiraan. Sebenarnya aku pun tawakkal je la bila arnab ni terlepas. Sebab di bahagian pintu pagar ada ruang-ruang besar untuk arnab ini keluar dengan senangnya. Tapi aku tengok arnab-arnab ni ok plak. Paling jauh dia pergi pun sampai bawah kereta. Pastuh duduk diam je kat bawah tu.
Nak di ikutkan cerita, selang satu hari tu di waktu petang yang dingin, semasa aku dalam rumah memakai seluar pendek sambil menonton tv, aku terdengar suara orang bercakap-cakap di luar rumah. Jarang ada orang bercakap depan rumah aku dalam jangka masa yang panjang. So aku pun intai la dari pintu grill rumah aku. Ada 2 orang kakak dan 2-3 orang budak yang kebetulan jiran depan rumah sedang berdiri diluar pagar rumah aku dan rancak melihat dan menegur kerenah arnab-arnab di dalam kawasan laman rumah aku. Di sebabkan terlalu rancak sangat, aku pun serta merta pakai seluar dan baju untuk melayan kerenah mereka.
Sampai je kat luar aku terus tegur bagitau akak tu yang arnab aku terlepas sebab reban bocor.
Aku tengok akak ni sedang mempromote kan arnab aku ke salah sorang budak lelaki yang berumur 10tahun. Ntah budak tuh pun blur je. Mungkin dia malu-malu kot nak mintak mak dia belikan sekor arnab dari aku. Pastuh aku pun tangkap la arnab-arnab aku. Senang je tangkap sebab arnab aku jinak. Habis tangkap aku masuk ke rumah untuk makan malam pada pukul 6 petang.
Selang beberapa minit selepas suapan pertama, ada orang bagi salam. Dalam hati aku takkan ada org tabligh datang waktu-waktu petang ni? Aku g jenguk rupanya ada seorang jiran aku menanyakan jika aku berminat untuk menjual sekor arnab untuk adiknya.. budak yang tadi la tu. Dia kata dia nak carikan kawan untuk arnab dia kat rumah. Lorr.. jiran aku pun ada bela arnab gak ke?. Budak ni kata dia tak tau nak jantan ke betina sebab arnab kat rumah pun dia tak tau lagi jantina nya. Aku pun mengofferkan diri untuk periksa jantina arnab jiran aku ni.
Aku pergi ke rumah jiran, aku tengok kecik je arnab tuh. Bulu pun tak cantik, compang camping. Kurus semacam. Dalam hati aku, mesti pasal arnab ni tak happy dengan kehidupan dia. Maybe kat makanan nya kot. Aku tanya umur, jiran aku ni tak tau. Dia kata sebelum ni ada 2 ekor, sekor dah mati. Tuh yang dia nak carikan kawan. Aku pun check, arnab jiran aku ni jantan maknanya aku kena jualkan yang betina la.
So aku pun ajak mak budak, adik tu dan seorang kakak pegi melawat reban kat belakang rumah aku. Sebenarnya aku jarang terima lawatan reban dari jiran-jiran aku. Ni jiran yang kedua datang melawat. Dorang pun amatlah terkejut sebab terlalu banyak arnab yang aku ada. Mata dorang pun rambang sebab ada arnab yang cantik-cantik untuk dorang pilih. Tapi yang penting adik tu la yang kena pilih. Lepas di offer, adik tuh pilih arnab berusia 110hari, berwarna hitam, baka kacuk anggora. Aku tolak murah je RM30. Kalau ikutkan harga arnab tuh mau dalam RM50 sebab dah kira besar. Berat pun dalam 1.5kg. Jiran punya pasal aku pun let go je la.
Aku pun mengiringi penghantaran arnab tuh ke rumah jiran aku yang terletak di depan rumah. Lagipun bakul yang dorang pakai buat pindah arnab tu bakul aku. Tiba kat rumah dorang aku pun cerita la serba sedikit tentang penjagaan arnab dan perihal arnab. Macam-macam la aku cerita. Dah nak maghrib baru aku balik.
Alhamdulillah, kurang lagi sekor jadi 31 ekor dan bertambah side income aku.. :)
No comments:
Post a Comment