Arnab Daging

Tuesday, 24 April 2012

Kelahiran ke-12 (21/04/2012-4 ekor)

Tanpa di duga dan di rancang aku telah menerima kelahiran 4 ekor anak arnab buat kali ke-12 pada 21/04/2012. Aku pelik kerana bila masa aku kahwenkan arnab sejak 28 - 31 hari lepas?

Ceritanya begini... malam lebih kurang pukul 11:30 mlm hari tersebut aku rasa malas sangat untuk mejenguk arnab aku tapi ingin sekali memeriksa bahagian belakang reban aku yang penuh dengan sisa buangan domestik. Semasa aku melangkah nak kebelakang reban, dibendul lantai aku terlihat ada 2 makhluk terkulat-kulat mencari perlindungan dari rimbunan daun yang berlonggok kat situ. Selepas aku perhatikan betul-betul, ada 2 ekor anak arnab berwarna hitam baru lahir tp dah kering dan berbulu kilat... dengan kadar segera aku terus mengangkat anak2 tersebut dan mencari bekas untuk anak arnab. Aku tergaru-garu, induk manakah antara 6 ekor yang telah beranak senyap-senyap ni?...

Aku terus periksa 6 sangkar induk. Aku perhatikan sekali imbas memang tiada sedikit pun kesan bulu-bulu yang di cabut atau berserakan dlm sangkar iaitu keadaan di mana induk sudah melahirkan anak. Cuma bila aku perhatikan betul-betul terdapat sekor lagi anak dalam salah satu sangkar induk, Aku rasa tak percaya bahawa itu adalah induk kepada anak-anak arnab yang bersepah ni kerana induk tersebut baru saja melahirkan 5 ekor anak dlm kelahiran ke11 yang lepas dan kesemuanya mati selepas 2-5 hari selepas itu. Kali ini adalah kelahiran ke12 dan aku perlu mencari kepastian.

Untuk mendapatkan kepastian bahawa induk tersebut baru beranak, aku terus periksa bulu diperut induk tersebut. Tiada kesan bulu di cabut dan muka induk tuh pun selamba mcm takde berlaku apa-apa. Kemudian aku periksa kemaluan nya. Bulu dikemaluan nya rasa keras sedikit seperti kesan kanji yang baru kering beerti kesan beranak mungkin telah berlaku sejak 6-8 jam yang lepas. Masa itu aku masih di waktu bekerja. Untuk menyakinkan, aku pegi ambil rekod dan melihat bahawa kelahiran untuk induk tersebut sebelum ni adalah 21/03/2012. Kali ini tarikhnya adalah 21/04/2012. Aku buat kira-kira, 31 hari selang masa kelahiran.. wow, tepat sekali waktu buntingnya.. Aku imbas kembali… semasa dia beranak sebelum ni dia masih bersama Jantan. Jadi aku membuat kesimpulan, pada selang masa beranak hingga aku jumpa anak-anaknya di kelahiran 11, dia sempat mengawan dengan jantan tuh. Dan hasilnya dia beranak selepas 31 hari bunting! Dasar Playboy! Hahaha.

Disebabkan arnab ni beranak bersepah, aku mencari-cari sekitar kawasan dan berjumpa dengan anak yang ke 4 di bawah plastic atas timbunan tahi arnab. Cepat-cepat aku masukkan yang ke 4 ni ke dalam tong kayu bersama-sama yang lain dan si ibu. Kali ni aku beralih ke sangkar yang besar sebab sebelum ni anak-anaknya yang terakhir mati disebabkan terpijak di dalam sangkar yang kecil. So aku pun meletakkan induk tersebut kedalam tong anaknya tp ibunya tak biasa seakan-akan bingung. Aku kena tolong ibu arnab ni. So aku pun terlentang ibu ni dan mencabut bulu disekitar puting-putingnya (5 pasang puting!) supaya si anak senang menyusu nanti dan bulu-bulu yang di cabut boleh dibuat selimut untuk memanaskan anak-anaknya. Lagipun kita kena biasakan bau ibu dengan anak-anaknya. Kalau tak kang ibu nya tak bagi nyusu anaknya, mana kala anak tak kenal ibu. Boleh bawak mati woo…

Dah habis proses mencabut bulu, aku terus masukkan ibu ke dalam tong anaknya. Si ibu menolak dan menghentak kaki beerti dia tak selesa apa yang aku buat. Aku tengok hari pun dah lewat. So aku ambil keputusan membiarkan ibu nya di luar kotak dengan harapan esok takde la anak-anaknya mati. Pagi esoknya aku tengok 4 ekor anak masih hidup. Aku check perut ibunya, ada bulu basah di sekitar puting beerti proses penyusuan telah berlaku. Bulu pun makin bertambah maknanya si ibu sudah mengaku dia ada anak untuk di jaga. Tadi aku tengok dia pun dah masuk ke dalam kotak menyusukan anaknya dengan selesa.

Alhamdulillah, harapan aku 4 ekor anak ni akan hidup membesar seperti yang di harapkan. 1 bulan dah boleh jual. Takpun 3 bulan dah boleh semelih. So sekarang stok arnab aku bertambah semula menjadi 32 ekor. Walaupun sebelum ni aku target nak kurang kan stok to Allah dah bagi rezeki kita terimalah dengan hati terbuka.

4 ekor anak kelahiran je 12 yang sedang bergolek.
Baka ni kalu jaga elok 3 bulan dah 1.7kg
Spesifikasi Arnab Kelahiran ke 12;
Induk : Chinchila Kelabu
Penjantan : Anggora Kelabu I
Kelahiran sebelum : 21/03/2012 - 5 ekor tp semua mati selepas hari pertama hingga hari ke 5
Tarikh mengawan : 21/03/2012 (tak sengaja)
Tarikh Kelahiran : 21/04/2012 - 4 ekor bersepah.
Jumlah kelahiran : Kali ke 3
Jumlah anak : 8 + 5 + 4 = 17 ekor (tempoh 3 bulan 5/1/2012 - 21/04/2012)

No comments:

Post a Comment