Arnab Daging

Friday, 27 December 2013

Reban Arnab Komersil dari China

Malaysia dikatakan masih amat jauh ketinggalan berbanding negara penternak arnab yang lain. Bayangkan untuk mencecah pengeluaran 10 tan pun masih lagi meraba, ini kan pula untuk mengejar 600,000 tan di negara China dan 300,000 tan di Perancis. Bagaimana pula dengan negara-negara timur tengah? Selain dari network di kalangan penternak yang masih ketinggalan yang mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri, kelengkapan penternakan juga amatlah mendukacitakan.
 
Mari lihat reban dari negara China yang di eksport ke serata dunia.

REBAN UNTUK INDUK






Setiap set mempunyai 12 sel dan berharga sekitar USD100  FOB yang mempunyai segala kelengkapan dari segi makanan,  minuman dan kotak beranak.

Lawatan ke Ladang Arnab JPV Kluang Johor

Dalam Malaysia hanya ada dua tempat sahaja yang mempunyai sampel reban arnab kormesil. Satu di Kluang dan satu lagi di Sg Siput, Perak. Jadi semasa di Expo Kluang 2013, RVR berkesempatan untuk melawat sebuah ladang arnab di JPV Kluang. Di katakan teknologi reban arnab komersil ketika itu telah di bawa masuk ke Malaysia dalam sekitar tahun 1981 di tatkala Malaysia ingin menaikkan industri arnab pedaging. Pada ketika itu maklumat mengenai arnab tidaklah sehebat ketika ini di mana kurangnya netwrok di antara penternak. Jadi Ladang hanya tinggal ladang.
 
Kini selepas lebih 30 tahun, reban tersebut masih berdiri kukuh. Ini membuktikan bahan-bahan yang digunakan ketika itu amatlah berkualiti. Dari 7 unit rumah reban arnab di kluang, hanya tinggal 4 sahaja. 3 buah lagi telah di jadikan reban kambing.
 
RVR telah menyusur di internet, tiada lagi gambar-gambar reban arnab komersil di Malaysia yang didedahkan. Jadi RVR telah mengambil beberapa gambar ketika lawatan. Jom layan.
 
Papan Tanda sebelum masuk ke reban
Salah sebuah reban yang masih berdiri utuh
Permandangan dalam dari hujung ke hujung
Antara kelengkapan asas reban arnab
 
Medium reban - Steel

Pandangan Reban


Menggunakan lantai simen memerlukan penyelenggaraan yg kerap


Di sebalik keutuhan reban arnab yang berusia lebih 30 tahun ini ada satu cerita hitam yang pernah berlaku di Unit Arnab JPV Kluang ini. Boleh cari di internet.
 

Thursday, 26 December 2013

Malacca Internatial Rabbit Show 2013

Baru-baru ini berlangsung sebuah pameran arnab di melaka; Malacca International Rabbit Show (MIRS) 2013 diadakan di Tingkat 5 bangunan Bank Rakyat, Jalan Hang Tuah pada hari Sabtu 21hb Decembar. Pogram bermula dari pukul 1030pagi - 5 petang. Ia telah dihadiri oleh penggemar arnab dari seluruh negara dan di adili oleh dua orang hakim yang di datang terus dari USA dan seorang dari seberang untuk local show.
 
RVR mencuba nasib dengan menghantar seekor arnab new zealand white dalam kategori local show kerana berat yang tidak menghampiri spec 4kg bagi jantan. Ini hanyalah permulaan sebelum bergiat serius dalam ARBA program.
 
Local shoe diadili oleh hakim dari seberang

 

Wednesday, 18 December 2013

Kematian bakal induk batch kedua

Semalam berlaku lagi seekor kematian dari anak batch kedua yang lahir pada 15hb - 19hb / Ogos. Bermakna sekarang sudah berumur dalam sekitar 4 bulan. Lagi sebulan sudah boleh menjadi induk. Ikutkan dalam rekod terdekat, ini adalah kali kedua berlaku kematian dari batch yang sama. Kematian pertama dalam awal bulan ini melibatkan seekor jantan. Punca kematian tidak pasti. Mungkin disebakan cuaca yang tak menentu.
 
Kematian kedua adalah pada hari semalam 17th/Dec melibatkan seekor betina. Sehari sebelum itu telah terdapat simpton kemurungan dan cirit dalam jumlah minima. Telah di berikan ubat cirit. Semalam selepas pulang dari kerja tengok sudah x bernyawa. Dari keadaan badan yang masih lembut, anggaran kematian dalam 2-3 jam sebelum dijumpai mati pada pukul 7 malam.
 
Malam tadi juga terdapat seekor induk dari batch pertama yang masih menyusukan 7 ekor anak yang lahir pada 28hb/Nov menghadapi sindrom kemurungan. Terpaksa di asingkan dari anak yang baru berusia 20hari dan sudah disuntik vitamin B12, pagi tadi keadaan masih tidak berubah dengan makanan pallet yang x terusik. Di beri hay dan bertawakkal.
 
Jika diikutkan sejak hari Ahad sampai semalam telah berlaku 3 kematian berturut-turut. Semua melibatkan baka new zealand white. Anak yang berusia sekitar 2-3 mggu terpaksa cerai susu awal.  Ini amat memdukacitakan pihak RVR. Semangat menternak perlu dinaikkan semula agar tidak mati di tengah jalan.

Masalah

Masalah demi masalah timbul selepas perubahan drastik yang di lakukan di RVR. Antaranya;
 
1. Kadar kematian yang tinggi di RVR. Setakat dua bulan ini 6 ekor induk NZ telah mati.
2. Kadar tumbesaran anak NZ terbantut.
 
 
Faktor Kebersihan
 
Faktor utama adalah keadaan kebersihan reban dua tingkat 10 sel 1.5 x 2 yang amat daif. Ceritanya bermula dengan perubahan reban dua tingkat 10 sel tersebut yang telah roboh disebabkan jumlah arnab pedaging yang maximum pada waktu tesebut. Buat sementara reban di tingkat kedua telah di tanggalkan dengan meninggalkan reban bawah dan diletakkan di atas kayu 2 x 3 inci. Ini mengakibatkan pertumbuhan kulat dan bakteria pada lantai kayu tersebut. Akibat tiada pemantauan dilakukan, seekor demi seekor induk bunting dan selepas kelahiran dua minggu mati akibat kelesuan dan kemurungan. Sementara hampir semua anak yang dilahirkan masih hidup.
 
Hari ini RVR akan pergi membeli PVC bersaiz kukuh untuk menukarkan lantai kayu reban tersebut. Reban masih dikekalkan kepada satu tingkat dan ketinggiannya di naikkan dari 1 kaki ke 2 kaki.
 
 
Faktor Suhu
 
Faktor kedua adalah perubahan suhu sekeliling yang telah meningkat. Keadaan ini wujud apabila sebatang pokok jambu rendang dan rimbun yang menjadi sarang kerengga selama ini telah dimatikan. Akibatnya panahan cahaya matahari secara terus telah berlaku ke atas bumbung reban yang diperbuat dari zink kilang. Secara tidak langsung telah membuatkan arnab berada dalam keadaan tertekan.
 
Hari ini RVR akan menambahkan sedikit penebat kertas dibawah bumbung zink tersebut. Harapan akan kuranglah suhu di dalam reban.
 
 
Faktor Pemakanan
 
Faktor terakhir MUNGKIN disebabkan faktor pemakanan yang telah di tukar kepada pallet FFM kambing yang berharga RM49 di Jasin. Walaupun ada pencampuran 50% dengan pallet Cargil, RVR merasakan untuk induk adalah perlu menggunakan 100% cargil untuk memantap tenaga semasa dan selepas kelahiran. Sementara untuk perkembangan anak, dengan faktor suhu, kebersihan yang dipertingkatkan, atas pengalaman rakan lain, tidak mengapa menggunakan 100% pallet FFM kambing. Tapi RVR tetap dengan pendiriannya dengan menggunakan pencampuran 50% antara FFM dan cargill.
 
Moga semangat RVR tidak mati untuk meneruskan projek pedaging pada masa akan datang. Pengalaman mendewasakan kita.

Tuesday, 17 December 2013

Induk NZW mati

Kematian demi kematian di catat di RVR. Terbaru dua ekor pedaging induk perintis New Zealand White yang berbaki 2 telah mati. Jumlah kematian yang di catat dari bulan lepas ke bulan ini telah meningkat ke 5 ekor. 3 ekor induk pedaging pada bulan November adalah dari batch pertama kelahiran iaitu anak kepada induk perintis.
 
Post mortem secara pemerhatian telah di buat. Tindakan segara tidak dapat di ambil, tetapi tindakan susulan yang paling utama adalah pengubahsuaian reban yang sedia ada. Kebanyakan induk yang mati adalah yang sedang menyusukan anak. Kronologi kematian,
 
  1. 1st batch yang beranak 4 ekor anak. Induk mati ketika anak berusia dua bulan.
  2. 1st batch yang beranak 7 ekor anak. Induk mati selepas semggu melahirkan 7 ekor anak. 7 ekor anak pula mati selang 2-3 hari selepas kelahiran.
  3. 1st batch yang beranak 4 ekor, mati pada 1hb December selepas anak di lahirkan 2 minggu. Anak semua masih hidup tetapi perkembangan terbantut.
  4. Induk perintis yang mati pada kelmarin Ahad, 15th Dec. Pada masa yang sama 2 ekor kelahiran pra-matang di catat. Kemungkinan induk mati disebabkan jangkitan dari kayu reban yang kotor. Jangkitan ini seterusnya membuatkan induk kehilangan tenaga untuk melahirkan anak.
  5. Induk perintis yang melahirkan 5 ekor anak pada 2hb Dec. Mati pada semalam Isnin 16hb Dec dengan meninggalkan 4 ekor anak. Suspek dari jangkitan kuman yang berkumpul di kayu lantai reban
Hanya seekor induk 1st batch beranak 6 sahaja yang berjaya di selamatkan hasil pemerhatian susut badan selepas di ganyang oleh 6 ekor anaknya. Ini bermakna hampir 35% kematian induk di catat di RVR. Satu kerugian yang amat besar. Pengubahsuaian reban yang lebih mesra arnab terpaksa di lakukan selepas ini.
 
Kemungkinan juga cuaca yang tak menentu dan keadaan reban yang terbuka telah menyumbang kepada kematian induk.

Iklan Arnab Pedaging NZW di Mudah.my

Daging Arnab dalam bungkusan baru. 500g @ RM18.00

Senarai harga NZW di dalam mudah.my

Friday, 13 December 2013

RingVille Farm - Sebuah Azam

Setelah lebih 3 tahun berkecimpungan dalam dunia arnab, 2014 adalah tahun yang RVR merasakan untuk pergi dengan lebih jauh; Ladang Arnab.

Lokasi yang di tinjau adalah sebuah tanah bekas kem bina semangat. Kebetulan tanah tersebut telah pun di pindahkan semula ke tuan asal, iaitu bapa RVR juga. Tanah tersebut sedikit terceruk dari pandangan mata orang,

Tapak yang bakal di namakan sebagai RingVille Farm atau Kebun Kampung Chinchin bakal menjadi sebuah kebun arnab yang mempunyai pelbagai prasarana dari segi haiwan ternakan dan kemudahan di sekelilingnya. Mempunyai keulasan 1 ekar dan 25% kawasannya adalah didalam tasik, ianya terletak berhampiran dengan Taman Tema Tebat yang sedang rancak membangun.

Permandangan di sekitar tapak cadangan

Kawasan seluas 1 ekar yang bakal di bangunkan. Kelihatan juga bangunan Dewan Besar
Permandangan Tapak dari seberang tasik

Berikut adalah gambar asal sebelum proses pengubah suaian yang besar di lakukan. Tanah asal telah di sewa untuk di jadikan Kem Bina Semangat tetapi telah di tinggalkan untuk sekian masa.

Bekas tapak perkhemahan

Tinggalan Dewan Makan

Dewan Besar

Dewan Makan dan Dewan Besar yang bakal di robohkan
 
Semua prasarana ini akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada bakal projek. Insya Allah doakan kejayaan kami.
 

Logo RingVille Rabbit

Amatlah payah untuk memikirkan lambang dan logo yang ingin direkabentuk. Walaupun terdapat beberapa post usikan di lama facebook RVR mengenai logo yang dipilih, kami memilih logo di bawah
 

 
Logo ini amat ringkas berdasarkan motif semasa iaitu arnab pedaging. Berwarnakan hitam dan putih juga supaya senang untuk para pelanggan mengenali kami. RINGVILLE dan bentuk gelung chinchin permata bermaksud "Kampung Chinchin" iaitu lokasi kebun arnab yang bakal di dirikan.

Antara persoalan yang akan wujud bila pertama kali orang akan bertanya.. Chinchin tu apa? Itu nama tempat kebun arnab kami. :)


Antara logo yang telah disingkirkan

 
 

RVR II kini

Buat pengetahuan RVR II yang bertempat di Kampung Chinchin Jasin sudah menghentikan operasi pengeluarannya buat sementara atas sebab-sebab peribadi. Walaupun begitu jumlah arnab telah dikurangkan sehingga 8 ekor sahaja. Selebihnya reban yang berjumlah 40 sel sudah dikosongkan.
 
Buat sementara, RVR beroperasi di Bemban Jasin, Melaka. Segala urusan boleh dihubungi melalui talian 017-7998004

Nantikan kewujudan RINGVILLE FARM di lokasi berdekatan.

Pameran Arnab Expo Agro Johor 2013

 
 
Untuk kali kedua RVR di jemput untuk memeriahkan ruang pameran verteriner di Expo Agro Johor 2013 peringkat negeri selama 5 hari dari 27hb Nov - 1hb Dec 2013 bertempat di Projek Pertanian Moden, Kluang. Antara aktiviti yang di adakan di booth berkonsepkan Mini Zoo hasil gabungan 5 rakan penternak yang di taja oleh JPV dan U10Agro Sdn Bhd;
 
1. Pameran pelbagai haiwan termasuk arnab hiasan, pedaging, merpati, hamster, tikus belanda, iguana, ayam api-api, dan ayam selasih
2. Taman Arnab masuk secara percuma!.
3. Sumbangan Arnab untuk soalan kuiz di Lokasi Ternakan Hidup (Live-Stock)
4. Jualan Daging Arnab
5. Promosi masakan berasaskan Daging Arnab untuk booth verteriner
6. Sesi bergambar bersama haiwan secara percuma
7. Tidur bermalam bersama haiwan kesayangan
 
 
Next target kami adalah MAHA 2014
 

Wednesday, 11 December 2013

Header Blog Update

2hb December 2013 adalah stock terakhir arnab mix di jual (Induk F061). Sekarang RVR hanya mempunyai stock pedaging dari baka New Zealand White dan Chinchilla. Jadi header blog perlu di tukar dari arnab mix ke arnab pedaging.

Header blog lama sebelum ditukar. Induk mix semua sudah diclearkan

Header terbaru menggambarkan Perkembangan Arnab Pedaging dan berat capaian umur 3 bulan.

Di header blog baru telah diletakkan no yang boleh di hubungi untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 2 December 2013

Mini Expo Agro Muar 2013 - 9&10hb Nov



RVR telah dijemput bersama-sama untuk memeriahkan booth di Mini Agro Muar 2013 pada 9hb dan 10hb Nov. Demi merialisasikan aktiviti Penternak Arnab Selatan, RVR hanya membawa 10 ekor anak New Zeland White dari dua induk yang berumur 3 bulan dan daging karkas arnab beku sebanyak 14 ketul. Peti sejuk beku telah disediakan oleh En Azman U10 Sdn Bhd.
 
Walaupun tiada sebarang kutipan jualan dari pihak RVR, penglibatan pertama pihak RVR secara langsung dalam Expo Agro amat-amatlah dinantikan. Kali ini booth yang bersaiz 20x40kaki ini adalah hasil gabungan En Azman U10, Azie Rabbitry, Mark Rabbitry, RVR dan En Noor Azmi (BP).
 
Antara aktiviti yang di jayakan di booth kami adalah promosi daging arnab bakar black pepper yang mendapat sambutan di luar jangkaan (barang free mmg laju). Walaupun hanya selama satu hari dua malam, pengalaman terlibat secara langsung dalam booth expo amatlah berharga. Seterusnya kami akan bergerak setapak demi setapak untuk menempuh jalan yang masih jauh di hadapan.

Promosi daging arnab bakar secara percuma

Mentor kami En Azman di depan booth Muar

Anak Arnab Pedaging New Zealand White 

Antara pengunjung yang datang pada malam minggu

Induk Pedaging juga dipamerkan untuk jualan

 
Next : Agro Johor 2013 peringkat negeri Johor di Kluang.

Penternak Arnab Selatan

Alhamdulillah, network yang telah dijalinkan sejak February 2013 amatlah bermakna bagi kami. En Azman dari U10 Sdn Bhd telah menjadi mentor kami. Dan dari beliau, maka wujudlah Penternak Arnab Selatan di mana kami akan bergerak bersama-sama untuk menguatkan lagi industri arnab.
 
Mempunyai mentor seperti beliau adalahlah suatu bonus bagi kami. Beliau yang tidak kedekut ilmu malah wang ringgit dan keringat, telah membuka minda dan mata kami untuk pergi dengan lebih jauh. Malah Visi dan Misi beliau terlalu jauh untuk di duga.
 
Harapan kami dengan wujudnya Penternak Arnab Selatan, akan bertambah lah ahli kami. Buat masa sekarang hanya Azie Rabbitry (JB), Mark Rabbitry (JB) yang mempunyai nama dalam persada netwrok arnab. Antara lain En Nor Azmi (Bt Pahat) dan RVR sendiri. Setakat ini kami telah bergerak bersama menjayakan Expo Agro Johor di dua tempat iaitu di Muar (peringkat daerah) dan di Kluang (Peringkat Negeri). Kedua-dua booth adalah tajaan jabatan kerajaan yang dikelolakan oleh En Azman.

4 orang rakan penternak arnab selatan semasa Expo Mini Agro Muar 2013
Dari kiri: Nasir RVR, En Azman U10, Azie Rabbitry dan Mark Rabbitry
 
Blog beliau boleh dilawati di www.u10agro.com yang beralamat di Kundang Hulu daerah Ledang.
 
Misi kami yang terbesar adalah MAHA 2014.

Anak-anak Pedaging New Zealand White

[SUNGGUH LAMA TAK UPDATE BLOG ARNAB!]
 
Hanya bermula dengan 4 ekor pedaging pada bulan February 2013, sekarang sudah lebih 8 bulan ia sudah beranak pinak. Dari 3 induk betina, mati seekor semasa kelahiran ke dua di hari raya ketiga (beranak 9 ekor, yang last tak lepas), sekarang tinggal dua ekor induk betina.
 
Terbaru batch ke tiga anak dari induk ini telah di lahirkan. Amat meriah - 7 ekor. Sekarang Induk pedading NZ di RVR telah bertambah hasil dari dari induk perintis. Kelahiran demi kelahiran dari anak batch pertama yg telah menjadi induk. Maknanya sudah ada cucu!
 
Tetapi, terbaru sudah ada 3 ekor kematian dari anak batch pertama yang telah menjadi induk. Entah mana silapnya mungkin kerana jenama makanan yang telah di tukar dari pallet Cargil 8012 ke pallet FFM kambing walaupun hanya di tambah 50% kandungan. Tapi Insya Allah ini akan dapat di atasi dengan kehadiran ubat Vitamin B12 dan Ubat Cirit birit yg bernilai hampir RM100.
 
Pejantan masih dikekalkan dengan seekor yang ada. Tiada pasukan pelapis yang ada kerana perancangan untuk mengambil penjantan yang lain untuk di kahwinkan dengan anak2 NZ yg telah dijadikan induk masih tertangguh. Ini amatlah penting untuk menguatkan baka dari line yang lain (cross). Tapi dengan penjantan yang ada dan pertambahan induk pedaging, si jantan yang seekor sudah bernisbahkan 15 induk betina! Amat hebat.
 
Dengan anak-anak yang berkembang biak dari induk yang pertama, RVR percaya kami boleh pegi lebih jauh!

Friday, 29 March 2013

March Update

Dah lama tak post pasal RVR... seolah-olah mengimbangi posting yang banyak di buat pada bulan February. Terlalu banyak aktiviti RVR.. antaranya..


1. Iklan jualan di Mudah.

Membuatkan tak cukup tangan dibuatnya.. lebih 10 ekor berjaya dijual dalam bulan Mac bermula pelanggan di Kuala Sg Baru, Sg Udang, Bangi (Bdr Tasik Utama), Taman Merdeka dan IKIA Batu Berendam. Kebanyakan stock adalah kelahiran bulan January tahun ini. Ini tidak termasuk panggilan dari luar melaka yang meminta supaya dibekalkan ke kedai pets dalam kuantiti yang banyak.


2. Permintaan Cuti Sekolah bulan Mac

Kekangan dari segi masa untuk jualan walaupun rakan RVR mengatakan supaya hantar sahaja stok di satu kawasan jualan. Jual borong pada peniaga yang akan menjualkannya bagi pihak RVR. Pun tak jalan. Jika datang dan ambil sendiri di RVR memang di galakkan.. alih-alih senyap saja.


3. Kehadiran HL show quality

Sepasang HL dark tort telah di bawa ke RVR atas permintaan terhadap anak HL yang begitu tinggi di RVR. Ikutkan RVR hanya  mempunyai HL betina sahaja yang telah 4 kali beranak hasil kacukan dengan Anggora. Itu pun tak banyak mana anak yang keluar, jualannya pula amatla laju. Maka HL perlu di biakkan di RVR.


4. Stock daging Mac.

10 ekor arnab mix telah diambil dari seorang rakan kerana rakan tersebut menghadapi lambakan anak di reban beliau. Ambil pun dalam 10 ekor yang 8 darinya berumur 4 bulan tetapi berat dalam sekitar 1.2kg ke 1.5kg. Cadang untuk sembelih terbantut, terpaksa hantar ke RVRII untuk digemukkan hingga melebihi 1.7kg. 2 ekor dari 10 ini adalah senior buck yang mempunyai berat 2.2kg. Sementara karkas bulan February masih berbaki 5.


5. Kelahiran dan Stock tidak update

Kali ini adalah masa yang paling lama RVR tidak mengemaskini data. Ntah berapa yang tinggal, baka mana yang beranak dan lain-lainnya semua menjadi kelam kabut. Sejak kelahiran ke 42 pada 28hb February, bulan ini sahaja terdapat 2 kelahiran dari baka chinchilla yang juga mix breed.


6. Mating

Untuk mating pula, dalam 10 ekor sedang menunggu bunting pasti dan tak pasti. Yang pastinya baka NZ ada 2 ekor bunting. Yang pertama di jangkakan lahir dalam masa 2-3 hari ini pada 30 atau 31 hb. Yang kedua pada minggu depan. Alhamdulillah. Yang lain adalah breed mix yang tertera seperti di header blog ini.


7. Reban

Reban masih tidak tertambah tetapi reban rakan masih dalam pembikinan. Rakan pun selalu tangguh je untuk mengambil reban tersebut. maka RVR pun buat sambil lewa.. Insya Allah dua minggu lagi reban itu akan berpindah ke tempat beliau kerana kebetulan rumah beliau dalam penambahan.

Sekian sahaja. Terima kasih

Tuesday, 26 March 2013

Holland Lop in The House

Pada 26hb March terbukak la hati RVR untuk mengambil baka HL dati seorang rakan penternak yang juga berada di Jasin

Maka terbeli la sepasang HL warna dark tort. Harga betul-betul RM1,200 sepasang sampai terkedu RVR mendengarnya then nego dapat la kurang. Tu pun tanpa pedegree.


Butir-butirnya,

Buck DOB : 29th Nov 2012
Doe DOB : 5th Jan 2013 (Out of CC Obidiah x CC Ghunter X Patty)

Ikut info, buck makan pallet Hagen dan doe pula showmaster. Sampai kat tangan RVR, dua-dua di beri hagen. Boleh tahan la makannya, sekilo hampir RM10. sebulan hampir RM50.. mana tak nya harga pergi lebih setengah ribu sekor.

Harap mereka dapat melahirkan banyak anak-anak yang comel dan berkualiti.

Thursday, 28 February 2013

K042(9-3)+59 = 65ekor

No. Batch Kelahiran : K042
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F046, Jantan : M0XX
Hari dan Tarikh Kelahiran : Khamis, 28hb February 2013
Masa Kelahiran : 3:00ptg - 7:00mlm. (time kerja)
Jumlah Anak : 9 ekor (#186-#194) tapi mati 3 ekor
Jumlah Keseluruhan Anak : 21 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 3 kali
Kelahiran Terakhir : K029 - 8hb December 2012, 7 ekor
Jarak Kelahiran Terakhir : 82hari
Situasi Kelahiran : Perfect

Stock sebelum kelahiran: 59 ekor
Stock terkini: 65 ekor (5 jantan, 12 betina, 48 anak)

9 ekor, kiri 6 ekor hidup, kanan 3 ekor mati
mungkin kerana sesak nafas atau tak cukup bulan

Reban Fasa III - Final Part IV

Akhirnya siap Reban Fasa III yang menjadikan jumlah reban RVR 30 sel... Terbaru adalah penambahan reban 2 tingkat baru berjumlah 16 sel. Walaupun kekurangan 2 keping bumbung yang tak dapat menutup lagi 4 sel, RVR anggap ini hanya minor sahaja. So, layan...



Insya Allah, selepas ni buat penambahan sel di RVRII untuk pedaging.

Monday, 25 February 2013

Pedaging Lagi = 4ekor@10kg

Isnin malam sekitar pukul 8:30 malam, sampai lagi 4 ekor stock New Zealand White yang bakal dijadikan induk pedaging. Seekor Jantan dan 3 ekor betina. Berumur sekitar 4 bulan dan mempunyai jumlah berat lebih dari 10kg. Stock ini di ambil dari selatan tanah air.
 
Batch kedua yang bakal menjadi induk pedaging di RVR.
 
Jumlah pedaging baru yang ada di RVR adalah 7 ekor. Stock ini akan di asingkan dari Inventory yang sedia ada dan dimasukkan dalam buku baru.

Sunday, 24 February 2013

Pedaging 3 ekor @ 7.5kg

Ahad petang stock Chinchilla sampai. Seekor Jantan dan dua betina yang berusia sekitar 3 bulan. Jumlah berat 7,584kg.


Ia bakal menjadi batch induk pertama untuk stock pedaging tulen. Insya Allah!

Sembelih 10 ekor

Alhamdulillah, 10 ekor arnab sudah disembelih, 6 dari RVRII dan 4 ekor di RVR. Antara sebab RVR sembelih 10 ekor arnab kerana ingin memberi laluan reban kosong kepada arnab pedaging yang bakal masuk pada petang ni.
 
10 ekor yang sudah siap disembelih

Karkas dibungkus 2ekor per bag sebelum disimpan
dalam freezer, total 10.945kg
Ikutkan 10 ekor ni ada orang tempah tapi terpaksa batal pada saat-saat akhir. Disebabkan perancangan tambahan pedaging sudah ada, sembelihan perlu diteruskan dan karkas yang sudah siap dibungkus 2 ekor dalam satu beg plastik di simpan ke dalam peti sejuk beku. Kalau ada orang mintak baru di jual.
 
Antara stock induk RVR yang menjadi karkas adalah F065, F156, M042 dan M083.

Stock berbaki : 59 ekor (5 jantan, 12 betina, 42 anak)

K041(5)+58 = 63ekor

No. Batch Kelahiran : K041
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F010, Jantan : M0XX
Hari dan Tarikh Kelahiran : Ahad, 24hb February 2013
Masa Kelahiran : 9:00pg - 11:00mlm.
Jumlah Anak : 5 ekor (#176-#180)
Jumlah Keseluruhan Anak : 25 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 6 kali
Kelahiran Terakhir : K031 - 13hb December 2012, 5 ekor
Jarak Kelahiran Terakhir : 73hari
Situasi Kelahiran : Perfect

Stock sebelum kelahiran: 58 ekor
Stock terkini: 63 ekor (6 jantan, 15 betina, 42 anak)

Transfer 5 ekor = 58ekor

Pagi-pagi hujung minggu, lagi 11 ekor di pindahkan dari RVRII. Antaranya ialah Rex yang seberat 2.8kg berwarna jingga (oren), dan ibu chinchilla yang masih mempunyai 3 ekor anak yang berusia dalam sebulan. Lagi 6 ekor adalah untuk stock yang bakal disembelih pada belah tengahari. 6 ekor ini terdiri daripada anak yang berumur sekitar 4-5 bulan. Boleh lihat pada posting sebelum ni.
 
Induk yang masih tinggal di RVRII adalah Jantan Anggora dan seekor Jantan mix anggora yang bantut tumbesarannya. Lain-lain adalah anak mix anggora dan mix chinchilla yang sedang membesar berjumlah 27ekor.
 
Pedaging yang 6 tidak dimasukkan dlm stock RVR kerana bersifat sementara. Jadi stock RVR sekarang adalah 58 ekor (6 jantan, 15 betina, 37 anak).

Saturday, 23 February 2013

Jual 4 ekor anak; 53ekor

Alhamdulillah... Semalam dan hari ni sudah terjual 4 ekor, masing-masing sepasang.

Jumaat, 22hb February 2013 - 2 ekor anak (sepasang) dari K034 yg berumur 45hari telah dijual pada pelanggan yang berada di Kuala Sungai Baru. Perjalanan mengambil masa 1 jam terpaksa ditambah kos penghantaran RM30. Tiba di rumah si tuan baru sekitar 11:15 malam. Beliau mendapat tahu dari Mudah.my

Sabtu, 23hb February 2013 - 2 ekor anak (sepasang) masing2 dari K034 dan K032 (jantan yang terakhir dari 2 beradik) telah di jemput oleh tuan baru yang tinggal di Sungai Udang. Beliau adalah rakan kerja RVR. Pasanga anak telah di ambil pada pukul 5 petang.


Iklan di Mudah.my telah mendatangkan hasil. Lagi sepasang telah di tempah, tuan barunya akan mengambil pada bulan depan.

Stock sekarang tinggal 53 ekor (5 jantan, 14 betina, 34 anak)

Wednesday, 20 February 2013

K040(5)+53-1 = 57ekor

No. Batch Kelahiran : K040
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F114, Jantan : M097
Hari dan Tarikh Kelahiran : Selasa, 20hb February 2013
Masa Kelahiran : 8:00mlm - 9:30mlm.
Jumlah Anak : 5 ekor (#171-#175)
Jumlah Keseluruhan Anak : 9 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 2 kali
Kelahiran Terakhir : K030 - 9hb December 2012, 4ekor
Jarak Kelahiran Terakhir : 73hari
Situasi Kelahiran : Perfect

Stock sebelum kelahiran: 53 ekor
Sekor anak mati dari K039.

Stock terkini: 57 ekor (5 jantan, 14 betina, 38 anak)

Reban 2 sel 2 tingkat

Ini pula rekabentuk reban 2 sel 2 tingkat yang telah ditempah oleh seorang rakan penternak arnab. Beliau mahukan 2 unit. Harga dalam RM300 seunit. Ia adalah reban yang dipertingkat dari rekabentuk 2 sel setingkat.
 
Atas permintaan rakan tersebut, reban ini akan dibuat secara mudah bawa iaitu mudah dipasang dan ditanggalkan pada bila-bila masa untuk ke mana sahaja.


Demand! Oh demand!

Permintaaan yang datang mencurah-curah. Dengan kapasiti yang ada, RVR tidak mampu untuk membekalkan permintaan tersebut. Tetapi kami akan usahakan yang terbaik.


Daging

Masih lagi terkial-kial untuk menyediakaan permintaan 10kg daging tanpa tulang (boneless). Walaupun menghampiri kuantiti yang diminta, setakat ini hanya 6 ekor stock dari RVRII sudah ditimbang dan akan di sembelih. Dapat jumlah berat hidup 9.5kg

6 ekor (9.5kg) bakal dijadikan boneless
Selepas ini stock dari seorang rakan akan diambil (2 ekor) dan lagi 4-5 ekor dari RVR sendiri. Insya Allah kami akan cuba mendapatkan boneless dalam 10kg.


Anak Mixed

Terbaru kami mendapat pertanyaan untuk supply 50ekor anak mix ke Kota Bahru, Kelantan dan kami terpaksa menolaknya dengan rasa berat hati kerana kurang berpengalaman dalam menyediakan penghantaran menggunakan bas lebih-lebih lagi melibatkan perjalanan yang jauh dan kuantiti yang banyak.
Dan alhamdulillah, seorang rakan kerja telah menempah 2 ekor anak mix yang akan dihantar pada hujung minggu ini.
Moga rezeki kami bertambah selepas ini. Insya Allah.

Saturday, 16 February 2013

Reban 2 sel 1 tingkat

Ada pelanggan yang beli 2 ekor anak minggu lepas telah memesan reban secara ringkas yang boleh menempatkan arnabnya. Perah punya perah, maka terhasillah rekabentuk di bawah.


2 sel 1 tingkat

Secara asasnya rekabentuk reban ini adalah dari reban yang pernah dihasilkan.

10 sel 2 tingkat


Selepas ini pengiraan kos dan harga jualan akan dibuat.

Pesanan Daging 10kg

Tiba lagi pertanyaan tentang 10kg daging arnab tak bertulang. Pertanyaan yang serius membuat hati tercabar. Maka bermula la perancangan untuk menyediakan stock daging tanpa tulang. Ini lah rancangannya,
 
16hb/Feb - Terima panggilan 10kg daging tanpa tulang. Membuat perancangan mengejut iaitu mencari stok tambahn, bekas simpanan beku (freezer), pembungkusan dan tempat penyimpanan.
 
18hb/Feb - Pemindahan freezer 2nd hand yang bercapacity 200liter untuk stok simpanan daging yang telah disembelih.
 
19hb/Feb - Pengumpulan arnab untuk disembelih (sasaran 15 ekor).
 
20hb/Feb - Arnab disembelih dan disimpan ke dalam peti beku. Bersedia pada bila-bila masa untuk di hantar.
 
Moga Allah permudahkan urusan kami.

Monitor K039: Day1 - 3

Ini adalah kali pertama pemantauan di buat ke atas kelahiran K039 yang mempunyai 7 ekor anak dari baka kacukan di antara chinchilla betina dan anggora jantan.

Pemantauan untuk K039; 3 hari berturut-turut sebelum 
ibu menyusu pada pukul 12:00tgh mlm

Hari 1 = 281gram
Hari 2 = 294gram (+13gram @ 4.63%)
Hari 3 = 331gram (+37gram @ 12.59%)

Selepas diberi susu, beratnya bertambah lagi 60g menjadi 391gram iaitu pertambahan sebanyak 18.13%. Penyusutan berat pada hari keempat esok akan dibandingkan dengan data selepas penyusuan ini dengan menganggap ibu menyusu sekali sehari.

Thursday, 14 February 2013

Reban Fasa III - Part III

Guna Semula Unit Reban Lama

Berdasarkan pengiraan dan pengalaman, reban baru fasa III yang mempunyai keluasan lebih kecil dari reban biasa tidak dapat menampung berat dan saiz induk pedaging yang bakal tiba. Maka 3 biji reban individu lama yang bersaiz 1.5' x 1.5' x 2' terpaksa diguna pakai semula. Ini juga kerana keadaan lantainya yang menggunakan BRC G18 masih berkeadaan elok dan kukuh. Reban ini juga terpaksa digunakan semula sebagai sangkar kelamin di mana akan menjadi perumah untuk penjantan seterusnya akan menempatkan induk betina bersama penjantan ketika dikahwinkan.
 
 
Design Baru Reban Fasa III

Untuk reban design baru, walaupun 8 unit setingkat telah diguna pakai, RVR masih lagi dalam proses penambahbaikkan dari segi rekabentuk dan bahan. Beberapa alternatif telah dipilih, antaranya menggunakan bingkai PVC yang lebih besar dan tebal. Metal Joint PVC juga akan diguna untuk mendapatkan rekabentuk yang lebih efisen seterusnya menggabungkan rekabentuk yang lebih kukuh.

Induk Pedaging 3 ekor

Pada mulanya sebelum mix anggora wujud di RVR, kami mempunyai beberapa ekor induk betina yang dikatakan dari baka Chinchilla tetapi mempunyai berat dalam sekitar 2.5 sehingga ke 3 kg lebih. Kemudian, penstrukturan semula telah dibuat selepas wujudnya RVRII. Semua baka Chinchilla telah dipindahkan ke RVRII. Kemudian lagi sekali rombakan telah dibuat dengan menyasarkan pembiakan anak Chinchilla di RVR.
 
Sekarang RVR telah mempunyai 4 ekor baka Chincilla sebagai permulaan, 3 ekor betina dan seekor jantan yang mix anggora tetapi dominon Chinchilla. Berat induk yang ada adalah seperti berikut selepas diberi code baru,
 
1. Code Name CB001 - Chinchilla Betina Perang; berat 2.4kg
2. Code Name CB002 - Chinchilla Betina  Kelabu; berat 2.6kg
3. Code Name CB003 - Chinchilla Betina  Perang Asap; berat 2.6kg
4. Code Name CJ004 - Chinchilla  Betina Kelabu; berat 2.0kg
 
Baka induk di atas telah beberapa kali beranak di RVRII tanpa pamantauan yang teliti. Di RVRII telah pun mempunyai beberapa ekor anak dari ketiga-tiga induk ini yang sedang membesar. Semalam CB003 telah beranak 7 ekor buat kali ketiga dalam sejarahnya di RVR. 2 kali di RVRII. Induk Chinchilla di katakan bagus dalam kuantiti anak yang dikeluarkan iaitu dari 5 ke 10 ekor.
 
Hujung minggu ini, RVR bakal menerima 3 ekor baka tulen Chinchilla yang telah dibiakkan di Malaysia. Anggaran berat induk dewasa adalah dalam 4.5kg. Semoga dengan kehadiran baka baru ini akan memeriahkan stock induk pedaging di RVR.

Wednesday, 13 February 2013

K039(7)+46 = 53ekor

No. Batch Kelahiran : K039
Tempat Kelahiran : RVR (transfer dari RVRII pada 27hb Januari 2013)
Kod Induk; Betina : , Jantan : M032
Hari dan Tarikh Kelahiran : Selasa, 29hb January 2013
Masa Kelahiran : 8:00pg - 7mlm; office hour
Jumlah Anak : 7 ekor (#164-#170)
Jumlah Keseluruhan Anak : 7 ekor (reset selepas pindah ke RVR)
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 1 kali (reset selepas pindah ke RVR)
Kelahiran Terakhir : 2 kali di RVRII, tiada rekod terperinci.
Jarak Kelahiran Terakhir : tiada rekod terperinci.
Situasi Kelahiran : Perfect

Stock sebelum kelahiran: *46 ekor
Stock selepas kelahiran : 53 ekor (5 jantan, 14 betina, 34 anak)

*Stock ada sedikit bercelaru kerana 2 minggu tidak update bila ada perubahan stock

Kelahiran kali ini adalah dari induk yang paling berat dalam stock RVR. Induk ini mempunyai berat 2.6kg selepas sahaja beranak. Tetapi anak yang dikeluarkan ada sedikit baka mix yang tidak pasti dari penjantan yang mana satu kerana induk ini dikahwinkan di RVRII.

7 ekor anak pada hari pertama kelahiran 281gram

Update RVR

Assalamualaikum...
 
Apa yang nak di updatekan minggu ni?
 
 
Reban Fasa III
 
Tingkat 2 tak naik-naik lagi walaupun dah selepas 10 hari sejak 2hb tempoh hari. Tak tau entah mana silapnya, mungkin banyak berfikir tentang design yang rasanya macam tak kena. Ikutkan design reban serba ringkas yang membolehkan tingkat pertama terus naik dalam masa 1 hari, tetapi banyak pulak songehnya bila nak naik tingkat yang kedua apatah lagi tingkat ketiga.
 
Mungkin silap menggunakan kaki tapak lama yang ada kayu sebagai tapak. Mengikut reban Fasa I, hampir 100% bingkai menggunakan PVC yang memudahkan kerja-kerja reban 2 tingkat. Tapi kali ni lain. Pulak kena dengan BRC G18 yang tak rupa G18. Mungkin G18.5 kerana BRC yang di tingkat 1 melendut sedikit berbanding Reban Fasa I yang betul-betul kukuh tanpa tulang di bahagian tengah. Ini membuatkan RVR sedikit buntu. Yang merisaukan, adakah daya tahan karat Fasa III ini sama dengan Fasa I? Adakah tingkat 2 bertahan dengan BRC yang digunakan sekarang?
 
Stock arnab dah makin bertambah sejak permindahan sebahagian induk dari RVRII, jadi ruang dah menjadi terhad. Maka tingkat 2 perlu di naikkan segera sebelum penerimaan baka pedaging yang baru. Mungkin RVR perlu back to basic dengan menggunakan PVC sebagai bingkai asas. Dan jika ini berlaku design perlu dikaji dan diubah semula.
 
 
Baka Pedaging Baru
 
Insya Allah hujung bulan ini RVR akan menerima baka pedaging yang baru. Nama pun baka pedaging, maka jika menjadi induk, berat maksima 4.5kg dan jika anak yang diternak menjadi, dalam masa 2 bulan sahaja ia boleh mencecah 2.5kg. Ini kata orang la. Tapi kita tengok la nanti, moga apa yang dicita tercapai.
 
 
Iklan di Mudah
 
Ini kali kedua RVR masuk iklan di mudah. Tahun lepas pernah iklankan daging arnab. Sambutan menggalakkan. Bila daging dah short supply, dah slow balik. Iklan sekarang pula untuk anak-anak mix yang berharga minima RM25 seekor. Jika ambil lebih dari 5 ekor, RVR bagi harga borong. Ambil 10 ekor lagi murah. Ni la iklan yang baru je keluar hari ni di mudah.
 

Stock RVR

Minggu lepas RVR ada buat perubahan stock dengan menambah dan memindahkan dari dan ke RVR tetapi tidak mengemaskininya. Alamak, nanti jadi hal la pulak. Ok, kejap lagi RVR akan mengemaskini stock nya.


Tak tau nak cerita apa, banyak pulak cerita yang dikeluarkan. Oklah kita sambung kemudian.