Arnab Daging

Monday, 10 September 2012

Anak Angkat?

Disebabkan kelahiran K21(1ekor) dan K22(4ekor) yang berselang 1 hari pada minggu lepas, aku bercadang untuk menggabungkan kedua-dua kelahiran pada satu ibu kerana jumlah anak yang terlalu sedikit; 5 ekor sahaja. Di sini aku ada membuat beberapa pemerhatian.
 
Ibu K21 adalah baka pedaging yang mempunyai berat hampir 3 kg. Ini adalah kelahiran kali kedua yang hanya beranak seekor. Jika di lihat dari segi produktiviti, ini tidak bagus. Sementara Ibu K22 adalah dara mix anggora yang mempunyai berat badan separuh dari ibu K21. Dari pemerhatian pertama, Ibu K22 mengalami geli-geli apabila si anak menyusu dan sering melarikan diri dari bekas anak. Jadi aku membuat kesimpulan 4 ekor anak K22 elok di pindah dan di satukan dengan K21 kerana ibu K21 mempunyai saiz badan yang besar dan pernah menyusukan 5 ekor anak pertama sehingga cerai susu. Aku mengambil sedikit minyak hitam untuk disapukan ke atas setiap anak bagi mengelakkan ibu K21 menolak anak2 tersebut dan paling teruk membunuh terus. Penerimaan ibu K21 amat baik. Tiada penolakan. Tapi aku kena membuat pemerhatian lanjut.
 
Ku sangkakan penerimaan anak-anak baru terus berpanjangan tetapi selepas sehari 4 ekor anak K22 termasuk seekor K21, ia tidak menunjukkan ciri-ciri cukup menyusu. Biasanya anak yang sentiasa kenyang berada dapat keadaan perut yang bulat berwarna putih menunjukkan ada susu di dalam perut setiap anak. Tetapi sekarang semua perut termasuk anak K21 berada dalam keaadan kempis sampai nampak tulang rusuk. Apabila aku periksa puting di perut ibu K21, tiada kesan susuan. Malah tiada kesan cabut bulu. Bila aku angkat ibu K21 dan letakkan ke atas bekas anak, si ibu mereject dan menunjukkan seperti ia tidak pernah ada anak dan tak mahu menyusukan anaknya. Apabila aku picit puting ibu K21, sedikit sahaja susu yang keluar. Aku menyusukan pula salah sekor anak secara paksa dengan mensuakan mulut anak ke puting ibu K21. Si anak menyusu tapi tak lama sebab memang susunya kurang.
 
Aku periksa pula ibu K22, putingnya menunjukkan jumlah susu yang banyak. Akhirnya aku pindahkan semula semua anak K22 termasuk sekor anak K21 ke ibu K22. Ibu K22 pada mulanya masih geli, tapi akhirnya ia menerima juga semua anak yang berjumlah 5 ekor itu. Ia menyusukan semua anak sehingga kenyang, sehinggakan perut mereka bulat penuh dengan susu. Dah kenyang baru anak-anak ni duduk diam.
 
Selepas 2-3 hari aku perhatikan, si ibu K22 memang prihatin. Anak semua sentiasa kenyang. Harapan aku semua anak itu akan hidup membesar.

No comments:

Post a Comment