Arnab Daging

Tuesday, 14 August 2012

Strategi Kahwin Tak Menjadi

Ingat tak lagi aku ada buat strategi baru untuk mengahwin kan arnab dengan menyatukan si jantan dan betina dalam satu sangkar untuk jangka masa yang lama disebabkan beberapa faktor di bawah,

1. Mengurangkan masa memindahkan induk betina ke sangkar pejantan setiap kali di kahwinkan.
2. Mempunyai stock jantan muda yang banyak.
3. Memastikan bahawa induk betina sentiasa boleh di kahwinkan pada bila-bila masa tanpa jadual dan pemantauan.
4. Mengurangkan penggunaan sangkar untuk mengasingkan seekor betina dan seekor jantan pada setiap sangkar.
5. Memastikan bahawa hanya satu pejantan sahaja untuk dikahwinkan pada seekor betina.


Tetapi selepas seminggu aku pantau strategi ini, aku mengalami masalah baru. Antaranya;

1. Apabila dah lama induk betina bersama dengan jantan, si jantan sudah tidak mempunyai minat pada betina. So, didapati aktiviti mengawan kurang berlaku. Suasana hambar. Tapi apabila di masukkan betina baru, si jantan menunjukkan minat untuk mengawan betina baru.

2. Masalah paling teruk apabila induk betina yang dipindahkan dari sangkar pejantan lain ke penjantan baru akan di serang dengan ganas oleh penjantan baru. Ini disebabkan badan induk betina telah mempunyai bau pejantan asal yang kuat (semasa memikat, si jantan akan kencing ke arah betina) menyebabkan si jantan baru tak dapat menerimanya. Jadi di sini, induk betina perlulah berada dalam keadaan bersih dari bau-bauan jantan lain untuk mengelak diserang ganas oleh jantan lain semasa dikahwinkan. Dengan kata asal, eloklah betina berada bersendirian di dalam sangkar nya sendiri atau di tempatkan bersama dengan betina-betina lain yang bebas dari bau jantan.

3. Keadaan keliling sangkar akan kotor dengan air kencing jantan. Biasanya arnab jantan akan kencing ke arah betina ketika mengawan untuk menunjukkan bahawa dia berkuasa ke atas betina. So bayangkan lah kalau dah letakkan betina secara tetap dengan jantan. Agak-agak apa warna arnab betina berbulu warna putih? Jadi warna cokelat la bro.. haha.. penuh dengan air kencing pekat. Nak pegang pun kena pikir 2-3 kali. Hancing semacam.

Jadi aku pun mula mengasingkan semula mana-mana betina yang berpontensi untuk bunting. Pejantan utama pun aku biarkan semula seekor dalam satu sangkar. Sangkar pun terhad jadi hanya dapat la 2 ekor betina aku asingkan. Mana yang kurang berpontensi untuk bunting, aku biarkan aje dengan jantan muda.

Pengalaman mengajar aku. So bila tak buat benda baru manakan tau hasilnya ye tak?. So tak salah mencuba kalau benda tuh tak merbahaya.

No comments:

Post a Comment