Arnab Daging

Thursday, 13 September 2012

Serangan Kerengga - 30ekor

Aku mengalami benda yang paling benci dalam bidang penternakan arnab ni iaitu SERANGAN KERENGGA. Ikutkan dalam hampir 2 tahun aku bela arnab kat belakang rumah aku, kali ni nak dekat 10 kali reban aku di serang segerombolan kerengga. Dan ini adalah kali ke 4 arnab aku mati, yang lagi menyakitkan hati semua adalah induk.
 
Kejadian disedari pada pukul 8:30malam. Berdasarkan serangan, arnab aku ini telah di serang se awal pagi selepas waktu aku pergi kerja. Barisan reban ini mengandungi 3 pecahan. Arnab yang mati pula adalah dari belah kiri reban. Semasa mati pula ia telah beralih ke reban kedua melalui dinding BRC yang berjaya dilolos. Di dalam nya pula ada induk yang lain.
 
Induk yang seberat hampir 3kg dari baka pedaging cincila ini akhirnya tersadai jua. Walaupun induk ini agak garang ketika bunting, serangan kerengga tidak dapat menandingi keagresifannya. Selain serangan kerengga, salah satu sebab kematiannya adalah ruang reban yang kecil berbanding saiz arnab. Ia ditempatkan di dalam reban yang bersaiz 1.5'x1.5' dan ini amatlah tidak sesuai jika berlaku kejadian seperti ini.
 
Jika ruang yang lebih besar diberikan pada induk ini, mungkin peratusan untuk dia melarikan diri dan hidup agak tinggi. Dan seperkara lagi, arnab jika di serang bertalu-talu, ia akan duduk mendiamkan diri. Walaupn dia berdiam diri, dalam dirinya akan mengalami stress yang amat sangat. Seterusnya menyumbang kepada kematian yang lebih cepat.
 
Tapi alhamdulillah jugak la. Dalam barisan reban ini ada lagi 2 ekor induk yang juga diserang tetapi berjaya diselamatkan. Mata semua dah berair kena inject dengan asid kerengga. Cepat-cepat aku asingkan dari reban tersebut selain dari mengelakkan stress yang berterusan. Alhamdulillah selepas lebih 8 jam, kedua-dua arnab sudah OK.
 
Gambar mangsa kejadian nanti aku uploadkan untuk tatapan. Nak tanam bangkainya kat sebelah rumah, kena gunakan ruang yang besar so pagi2 pukul 4 aku sudah humbankan ke gaung berhampiran.
 
 
Langkah Pencegahan.
 
Setiap kejadian perlu di buat langkah pencegahan. Selepas ini pokok jambu yang diduduki oleh kerengga ini akan aku matikan. Semua sarang yang mana boleh sampai dengan galah akan aku musnahkan. Harap selepas ini aku akan kerap membuat pemantauan dari segi langkah-langkah pencegahan.
 
Dan pagar yang jiran aku lubangkan tu pun aku akan tutup untuk mengelakkan anjing belaan nya terlepas lagi ke reban aku. 
 
Sekarang stock tinggal 30ekor je la.
 
 

No comments:

Post a Comment