Arnab Daging

Friday, 14 September 2012

Serangan Kedua - 29ekor

Balik kerja aku perhati arnab semalam yang diserang kerengga telah mati. Mati alasan yang sama iaitu di serang kerengga lagi. Kesilapan datang dari aku juga. Sepatutnya semalam selepas aku menyembur racun serangga, sepatutnya pangkal pokok jambu itu di curahkan dengan minyak hitam seperti yang aku lakukan dalam kes-kes sebelum ni. Tapi semalam aku terlupa untuk lakukan benda yang selalu aku buat ni. Akibatnya padah.
 
Aku telah kehilangan induk yang paling lama aku pelihara sejak aku mula penternakan arnab. Selama hampir dua tahun peliharaan, induk ini telah 4 kali beranak dan menghasilkan anak kacukan yang cantik-cantik belaka. Dan pada masa yang sama, aku sedang menunggu kelahiran buat kali kelima. Ini beerti dia mati bersama-sama anak yang di kandungnya. Kasihan sungguh.
 
Nak marah pun tak guna kerana kejadian berulang ini pun berpunca dari kelalaian aku juga. Semalam aku dah buangkan kulit pokok jambu tersebut dengan niat untuk mematikannya. Pagi tadi aku dah lekatkan kain buruk di keliling batang yang sudah di buang kulit. Dan aku curahkan minyak hitam hampir 2 liter.
 
Aku rasa ini bukan lah jalan terakhir aku dalam menghindarkan serangan kerengga ini kerana serangan ini bukan sahaja datang dari pokok jambu tersebut, malah ia datang juga dari pagar berhampiran. Dan yang paling penting aku kena sentiasa memastikan kawasan sekeliling bersih dari sampah sarap seperti daun kering dan rumput-rampai kerana kerengga suka membuat jalan di atas benda-benda yang keras.
 
Selain itu, penyelenggaraan perlu ditingkatkan dari segi pencegahan. Dan next step aku ada plan nak ubah layout reban aku kepada yang lebih baik dan ringkas.

No comments:

Post a Comment