Arnab Daging

Thursday, 6 September 2012

Draft Design Reban

Minggu lepas masa aku setup tapak reban, aku terlupa pulak nak buat design/sketch. So pas aku buat tapak, aku termenung sendiri memikirkan macamana aku nak mula. Sampaikan bapak aku yang mundar mandir berhenti jap kat aku dan bertanya pasal benda ni. Aku kata design ada dalam kepala. Memang la dari segi saiz aku dah ada target dan ada dalam kepala, setiap unit reban mempunya saiz 1.5' x 1.5' x 2' tapi dari segi maklumat lengkap seperti bahan mentah dan langkah pembuatan, aku takde.
 
Jadi aku pun balik la ke rumah.
 
Tup-tup anak aku yang umur 2 tahun setengah kena chicken pox. So kenala aku ambil cuti 2 hari pada hari Selasa dan Rabu. Dan dalam cuti tu aku buat la sketch pertama ni yang bakal didirikan.


Sketch Reban
 
 
Sebenarnya sketch ni belum siap tapi dari segi bahan-bahan, sazi, kuantiti, detail dah ada dah kan,. Jadi kerja aku mudah la sikit lepas ni. Takde la aku duduk termenung dan membuat kerja last minit. Tunggang langgang jadinya. Nanti dah siap reban ni aku post la.


Tempat Makan

Yang ni pulak aku buat tempat makan dari bahan terbuang.



Dari gambar pun dah tau. Bahan terbuang yang utama ialah penutup tin cat spray (warna hitam), dan tin aeresol kosong yang bersaiz 600ml. Tujuan aku buat macam ni sebab nak  memudahkan pemberian makanan dari luar dan mengelakkan masa terbuang dengan bukak tutup pintu pagar. Aku ada idea untuk masa akan datang, aku akan buat timer. Insya Allah idea dah ada cuma draft kena buat. Buat masa sekarang aku dah standbykan lebih dari 20 tin aeresol yang nak di buang. Penutup spray hitam tuh aku mintak dari kilang aku.


Water Feeder.
Reban sekarang aku guna hos lutsinar saiz 10mm. Tapi sebabkan lumut membiak dalam hos, untuk reban baru aku cucukkan ajer water niple kat PVC paip. Lagipun PVC paip ni keras, jadi senang lekat kat BRC reban yang panjang. Tak lah BRC tuh bengkang bengkok.
 
 
Nipple yang dicucukkan pada pvc
 
Berdasarkan saiz nipple drinker sebanyak 6 pcs perlu di pasang siap pada PVC paip sepanjang 10 kaki. Set ini pun di pasang kat rumah je. Tak perlu ke lokasi RVR II yang terletak 20 mini perjalanan dari rumah aku. Dengan menggunakan kereta wira sedan, pvc nipple drinker tu pun tak la payah sangat untuk di bawa ke lokasi RVR II.
 
 
Tangki Air Water feeder.
Untuk water feeder, air tidak memerlukan tekanan yang tinggi bagi mengelakkan lebihan air terpancut keluar ketika arnab menggigit nipple drinker. Jadi sebuah tangki yang kecil adalah perlu untuk menyediakan takungan air yang cukup memberikan tekanan graviti ke atas air di dalam PVC water feeder. So target aku mula-mula nak pakai tangki flush toilet jenis duduk.
 
Usha kat kedai harganya dalam RM28 ringgit. Harga OK tapi bila aku tengok ada lobang bersaiz 2 inci kat bawah tangki tu yang nak di matchingkan dengan pvc saiz 1/2 inci, aku jadi buntu. So aku kensel terus nak beli tangki flush ni. Aku fikir baik aku buat sendiri dengan kos bahan yang kurang dari RM20.
 
 
Design tank yang aku pakai sekarang.
Kaedah Pasang Siap.
Disebakan lokasi RVRII sejauh 20 minit dan hanya pada hujung minggu saja dapat diluangkan masa untuk menjalankan projek ni, aku ambil kaedah pasang siapdi mana segala benda yang boleh di buat kat rumah, aku buat dulu pada hari biasa. Bila tiba pada waktu hujung minggu, semua benda yang telah di pasang siap akan di bawa ke lokasi RVII. Contoh barang yang boleh di pasang siap, dinding BRC, set nipple drinker, set bekas makanan, water tank dan sebagainya.

Lagipun masa kat lokasi aku malas di ganggu dengan pelbagai persoalan. Kau pun boleh tumpukan komitmen aku kat benda lain.

No comments:

Post a Comment