Arnab Daging

Friday, 25 January 2013

Pedaging - Mukadimah

RVR melihat sektor penternakan arnab pedaging boleh pergi lebih jauh jika serius dalam menceburkan diri dalam bidang ini. Apa yang RVR lihat semasa Rakan Arnab Vol I, kehadiran dan infomasi dari penternak daging arnab amat-amatlah kurang. Jika ada pun, luar dari melaka

Sejak RVR menyertai Rakan Arnab Vol I tempoh hari, bertambah-tambah pertanyaan yang menginginkan stock daging arnab. Antara permintaan tersebut 20 ekor seminggu untuk sate, 20 ekor sebulan untuk restoran dan lain-lainnya. Andai kata RVR menerima pesanan tersebut, RVR perlu serius dalam menternak arnab pedaging.
 
Apabila menerima sesuatu permintaan yang berterusan dan ingin menjaga nama dalam bidang yang diceburi, bekalan ini tidaklah boleh mengalami shortage atau erti kata lain short supply. Berdasarkan konsep Mass Production, tiada masa untuk mengalami short supply atau putus bekalan kepada pelanggan. Jadi berapa ekor kah RVR perlu ternak untuk tidak mengalami putus bekalan dan berapakah inventory yang diperlukan, dan kekerapan kelahiran anak yang baru. Faktor-faktor ini adalah keutamaan dalam menjaga hati pelanggan.

Dalam konsep Mass Production (MP) iaitu konsep pengeluaran besar-besaran yang berterusan, banyak faktor yang perlu di ambil kira. Antara lainnya kos bahan mentah (raw material cost), jualan bulanan (monthly sales atau revenue), kos pengeluaran (overhead cost), gaji pekerja dan lain-lain. Dengan harga sekilo karkas (daging arnab selepas siap di proses) hanya dalah RM25-30, konsep MP amatlah kritikal di mana semua kos perlu diambil kira dengan lengkap.

Ini belum lagi kita lihat pada modal permulaan yang akan digunakan untuk kos setup reban. Berapa agaknya untuk permulaan? Berapa ekor perlu diternak untuk supply 20 ekor sebulan? Bagaimana pula 1,000ekor?

Semua ini penting dan RVR dalam mengorak langkah untuk menjadikan angan-angan ini satu kenyataan. Jadi bermula pada hari ini, RVR merancang untuk menternak dan memasarkan arnab pedaging dalam sekitar 20 ekor sebulan.


*DISCLAIMER: Posting pedaging RVR ini hanya berdasarkan 2 tahun pengalaman RVR dalam penternakan secara kecil-kecilan. RVR tidak pernah mengikuti mana-mana kursus penternakan. Ia juga berdasarkan pemahaman RVR dalam bidang pengurusan dan pengekosan yang ditimba melalui pembelajaran. Selain itu, pengalaman pernternak lain juga dipinjam dengan cara tidak langsung. Walau bagaimanapun, mana-mana kekurangan atau kesalahan dari segi pemahaman RVR harap boleh ditegur melalui komen-komen. JANGAN MENGIKUT CARA RVR JIKA ANDA KURANG YAKIN. Posting ini juga sebagai pembakar semangat RVR untuk menternak dalam kuantiti yang besar-Insya Allah. Doakan kejayaan kami.

No comments:

Post a Comment