Arnab Daging

Monday, 28 January 2013

Pedaging - Pengiraan Asas.

Ini adalah beberapa study dan pengalaman yang RVR selepas lebih dua tahun RVR di wujudkan.


Jumlah anak sebulan.

Dengan stok induk arnab sedia ada, RVR yakin dapat memasarkan 20 ekor sebulan. Ini kerana dengan pemantauan dan aktiviti RVR dalam 2 bulan kebelakangan ini, anak arnab berjaya dihasilkan dari 9 ekor induk sekitar 20 ekor sebulan. Dec'12 anak yang lahir dalam 20 ekor, bulan ini sahaja sudah 21ekor terhasil. Walaupun begitu terdapat kematian 4 ekor (20% Dec'12) dan seekor (4.7% Jan'13). Walaupun baka mix, ini akan menjadi pengalaman RVR untuk menternak arnab pedaging.

Dari segi pemerhatian, dengan 9 ekor induk dan kekerapan beranak dalam tempoh 70-80hari dan 5 ekor sekali beranak, RVR yakin jumlah minima 15 ekor anak dari 3 ekor induk akan beranak dalam sebulan. Bulan ini sahaja 5 induk beranak, Dec'12 pula 4 ekor! Ini baru baka mix anggora. Bagaimana jika RVR menggunakan baka pedaging atau baka tempatan yang mempunyai produktiviti yang lebih dari sekarang?


Makanan.

Pada masa sekarang, jumlah induk RVR tidak lah sebanyak mana yang ada. Dengan 4 ekor penjantan dan 9 ekor induk betina, RVR berjaya menghasil lebih 40 ekor anak dalam masa 2 bulan ini. Dari faktor permakanan, induk-induk ini hanya memerlukan 2.3kg sehari @ 180g sehari. Ini menjadikan 2.3kg x 30hari = 70kg sebulan.

Anak arnab yang berumur dari sehari hingga sebulan tidaklah memakan kuantiti palet yang begitu banyak. Mereka hanya akan mula makan palet pada umur 3 minggu. Dan betul-betul makan selepas berat mencecah lebih dari sekilo iaitu selepas umur anak dalam 6 minggu dan dipisahkan dari ibunya. Selepas berumur 6 minggu, anak akan menjalani proses penggemukkan sehingga anak ini mencecah umur 2.5 - 3 bulan untuk mendapatkan berat melebihi 1.5kg. Ini bagi anak mixed di RVR. Jika arnab pedaging, ia hanya memerlukan proses penggemukkan kurang dari 2 bulan untuk menghasilkan berat melebihi 2.5kg sebulan!

Jika dikira pusingan 20 ekor sebulan dengan umur 2 bulan penggemukkan, RVR memerlukan 40 ekor stock. Tetapi jumlah makanan yang diperlukan untuk 20ekor x 180g x 30 hari = 108kg sebulan. Ini bersamaan RM2 x 108kg = RM216 sebulan.


Jualan dan Keuntungan Kasar

Arnab Mixed.
20 ekor jualan sebulan tidaklah banyak mana. Dengan mengambil kira seekor pedaging mixed hidup yang seberat 1.5kg, ia boleh menghasilkan sebanyak 1kg daging (30% organ di buang). Jualan akan mencecah 20 ekor x RM25/kg/ekor = RM500 sebulan. Jika di ikut kepada keuntungan kasar (gross profit - GP) tidak lah banyak mana; RM500 - RM216 = RM 284 sahaja sebulan. Ini dapat di pertingkatkan dengan menternak arnab pedaging.

Arnab Pedaging.
Dengan menggunakan arnab pedaging, jangka hayat penggemukkan dipendekkan 25% dari 2 bulan kepada 1.5 bulan sahaja. Jika diikutkan pengambilan makanan yang sama seperti arnab mixed , RVR boleh menternak sebanyak 30ekor sebulan. Arnab pedaging boleh menghasilkan 2.5kg daging hidup dan 1.75kg karkas. Jika 30ekor, jumlah jualan bulanan dapat dipertingkatkan dari RM500 kepada RM1,312.50 seterusnya GP dipertingkatkan dari RM284  kepada RM880.50.

Jualan pedaging sebulan : 30ekor x 1.75kg x RM25 = RM1,312.50
Keuntungan kasar (GP) = RM 1,312.50 - RM 432 = RM 880.50

3 kali ganda @ 90ekor sebulan
Jika dipertingkat kepada 3 kali ganda dengan 90ekor sebulan, berikut adalah pengiraannya;
Jumlah pengambilan makanan = 90 ekor x 180g x 30hari = 486kg
Jumlah kos makanan = 486kg x RM2 = RM 972.00
Jumlah bulanan daging di hasilkan = 90 ekor x 1.75kg = 157.5kg
Jumlah jualan = 90 ekor x 1.75kg x RM25 = RM 3,937.50

Keuntungan kasar = RM 3,937.50 - RM 972 = RM 2,965.5

Dengan keuntungan kasar ini, RVR boleh mula menggaji seorang pekerja separuh masa untuk mengendalikan RVRII. Arnab hanya perlu jaga makan dan penyelenggaraan lain seperti najis sahaja. Ubat-ubatan dan pemantauan lain hanya perlu sekali seminggu sahaja.

Sila ikut posting seterusnya untuk pengiraan besar-besaran.

*DISCLAIMER: Posting pedaging RVR ini hanya berdasarkan 2 tahun pengalaman RVR dalam penternakan secara kecil-kecilan. RVR tidak pernah mengikuti mana-mana kursus penternakan. Ia juga berdasarkan pemahaman RVR dalam bidang pengurusan dan pengekosan yang ditimba melalui pembelajaran. Selain itu, pengalaman penternak lain juga dipinjam dengan cara tidak langsung. Walau bagaimanapun, mana-mana kekurangan atau kesalahan dari segi pemahaman RVR harap boleh ditegur melalui komen-komen. JANGAN MENGIKUT CARA RVR JIKA ANDA KURANG YAKIN. Posting ini juga sebagai pembakar semangat RVR untuk menternak dalam kuantiti yang besar-Insya Allah. Doakan kejayaan kami.

No comments:

Post a Comment