Arnab Daging

Tuesday, 29 January 2013

Pedaging - MOQ & 180ekor


Permakanan 1,000kgs

Jika 90ekor arnab pedaging berjaya diternak dalam masa sebulan, RVR akan menyasarkan pemakanan untuk 1,000kgs atau 1 metrik tan sebulan. Jumlah ini disasarkan kerana RVR ada merancang untuk mendapatkan makanan yang jauh lebih murah. Jadi jumlah pembelian yang banyak dapat merendahkan kos makanan yang dibeli dari pembekal kerana faktor jumlah minimum pesanan (Minimum Order Qty - MOQ). RVR menyasarkan pengurangan RM0.20 dari RM2/kg ke RM1.80/kg.

Jika 1 tan makanan sebulan;
Jumlah arnab pedaging = 1,000kg / 180g = 185ekor
Kos makanan 1 MT = 1,000kg x RM 1.80 = RM 1,800
Jualan = 185ekor x 1.75kg x RM 25 = RM 8,093.75

Keuntungan kasar = RM 8,093.75 - RM 1,800 = RM 6,293.75
 
 
Induk untuk 180ekor
 
RVR telah mengira berdasarkan MOQ 1,000kgs untuk 180 ekor. Jumlah ini memerlukan induk betina sebanyak 36ekor (berdasarkan 5 ekor anak seinduk) dan penjantan 8ekor (purata seekor bagi 5 betina). Induk-induk ini adalah kos sampingan yang ditanggung oleh RVR. Antaranya pemakanan dan reban yang berasingan. Kos sampingan makanan adalah seperti berikut;
 
Betina = 36 ekor x 180g x 30hari = 140kg
Jantan = 8 ekor x 90g x 30hari = 21kg
Jumlah kos sampingan = (140 + 21) x RM1.80 = RM289.80 sebulan.
 
Maka keuntungan kasar akan berbaki = RM 6,293.75 - RM 289.90 = RM 6,003.95
 
Dan yang pastinya RVR tidak akan lagi kerja makan gaji, sebaliknya perlu melakukan kerjaya ini secara tetap kerana jumlah induk yang diperlukan melebihi jumlah induk yang berada didalam tangan RVR sekarang ini. Ia memerlukan kawasan yang sesuai dan lebih besar. Ini adalah satu perancangan yang lain.
 
Post seterusnya akan membincangkan kos-kos sampingan yang lain.

*DISCLAIMER: Posting pedaging RVR ini hanya berdasarkan 2 tahun pengalaman RVR dalam penternakan secara kecil-kecilan. RVR tidak pernah mengikuti mana-mana kursus penternakan. Ia juga berdasarkan pemahaman RVR dalam bidang pengurusan dan pengekosan yang ditimba melalui pembelajaran. Selain itu, pengalaman penternak lain juga dipinjam dengan cara tidak langsung. Walau bagaimanapun, mana-mana kekurangan atau kesalahan dari segi pemahaman RVR harap boleh ditegur melalui komen-komen. JANGAN MENGIKUT CARA RVR JIKA ANDA KURANG YAKIN. Posting ini juga sebagai pembakar semangat RVR untuk menternak dalam kuantiti yang besar-Insya Allah. Doakan kejayaan kami.

No comments:

Post a Comment