Arnab Daging

Wednesday, 15 August 2012

Layout - 14 reban


Ini lah pelan reban aku sehingga hari ini.  Mengandungi 14 buah reban untuk induk sejumlah 19 ekor. Di tambah pula 9 ekor anak yang berusia dari 3 hari ke 2 minggu menjadikan 26 ekor. Ia di susun sebegitu rupa berdasarkan kapasiti yang dapat di tampung oleh jumlah reban dan reka letak di sekeliling nya. Reban ini terletak di bawah pokok jambu botol di sebelah kiri dan berlatarbelakangkan serumpun pokok pisang dan pokok pandan yang tumbuh merimbun di sebelah kanan. Dulu pokok jambu ni redup dan merimbun dengan daun, tapi disebabkan arnab aku selalu di serang kerengga yang datang dari pokok jambu ini, pangkalnya aku telah siram dengan minyak hitam sehingga pokok jambu ini hilang selera nak membesar seterusnya membuatkan banyak daunnya gugur. Kesemua reban ini di letakkan kawasan bertanah berjarak 1-2 kaki dari lantai reban untuk memudahkan penyerapan air kencing arnab


Di sini aku katergorikan beberapa jenis reban seperti yang aku nomborkan di bawah;

Reban no 1, 2, dan 3 - Saiz 1.5'x1.5'x2. Bingkainya diperbuat dari dari kayu. Dinding, bumbung dan lantai pula dari BRC saiz setengah inci paling halus. Sudah 2-3kali lantainya di tukar dengan BRC baru tapi masih sama juga. Hasil pemerhatian, BRC halus dapat bertahan selama setahun sahaja sebelum karat dan reput. So no 2 dan 3 telah ditukar kepada BRC setengah inci yang lebih kasar. Setakat ini tiada masalah. Disebabkan saiznya yang besar, sekarang ini aku letakkan sepasang arnab setiap sangkar.

Reban 4,5 dan 6 - Saiz 1'x1'x2. Sama seperti reban saiz 1.5'x1.5'x2, bingkainya dari kayu dan semua brc adalah dari setengah inci halus. Sudah beberapa kali lantainya ditukar dengan brc yang sama dan masih perlu ditukar lagi. Reban ini boleh dimasukkan 2 ekor arnab kampung tapi kalau arnab pedaging lebih dari 3 kg tak sesuai kerana saiznya sempit. Paling elok reban saiz ini sesuai untuk ibu-ibu arnab yang bakal dan baru melahirkan anak. So sekarang reban 4 dan 5 menempatkan ibu dan anak. Sementara reban 3 menanti saat kelahiran lagi 2 minggu.

Reban 7 - Saiz 1'x1'x1.5'. Bingkai kayu dan brc halus sama seperti di atas. Mulanya reban ini aku buat sebagai carriage untuk memudahkan aku membawa arnab aku ke sana ke mari tetapi disebabkan memerlukan reban untuk mensmpung kapasiti, sekarang aku telah menempatkan sepasang arnab muda yang baru berjinak-jinak dalam mengawan.

Reban 8 & 9 merupakan reban saiz standard (Kod 304). Struktur reban ini semuanya diperbuat dari besi dan bersalut cat tebal berwarna putih. Dinding dan bumbung berjarak dalam 1 cm dan lantainya berjalur besi dengan jarak 1/2 cm. Disebabkan lantainya yang sedemikian rupa, reban ini tak sesuai menempatkan ibu arnab yang bakal beranak atau sudah mempunyai anak kerana mudah jatuh terus ke bawah. So sekarang aku menempatkan sepasang jantan dan betina (betina baru lepas kematian anak berusia 3 hari) dan lagi satu sangkar aku menempatkan seekor jantan muda.

Reban 10 & 11 juga reban standard (kod 301). Struktur dan pembuatan sama seperti reban 304. Seekor arnab jantan muda dan seekor betina muda yang baru nak baik luka bergaduh masing-masing ditempatkan di dalam reban ini.

Reban 12, 13 & 14 merupakan reban yang paling terbaru aku buat. Sebenarnya reban ini adalah dari satu reban yang panjang. Di dalamnya aku pisahkan menjadi 3 bahagian dengan meletakkan 2 dinding brc. Reban ini di buat sebegitu rupa kerana untuk menempatkan anak-anak arnab yang berusia 1-2 bulan kelak dalam kuantiti yang banyak.

So bila lagi aku nak tambah reban? Yang pasti designnya pasti yang terbaru dan tidak sama dengan yang sekarang. Ringkas tetapi tahan lama, tahan lasak dan jimat kos merupakan sasaran untuk reban akan datang. Tunggu je la..

Tuesday, 14 August 2012

Strategi Kahwin Tak Menjadi

Ingat tak lagi aku ada buat strategi baru untuk mengahwin kan arnab dengan menyatukan si jantan dan betina dalam satu sangkar untuk jangka masa yang lama disebabkan beberapa faktor di bawah,

1. Mengurangkan masa memindahkan induk betina ke sangkar pejantan setiap kali di kahwinkan.
2. Mempunyai stock jantan muda yang banyak.
3. Memastikan bahawa induk betina sentiasa boleh di kahwinkan pada bila-bila masa tanpa jadual dan pemantauan.
4. Mengurangkan penggunaan sangkar untuk mengasingkan seekor betina dan seekor jantan pada setiap sangkar.
5. Memastikan bahawa hanya satu pejantan sahaja untuk dikahwinkan pada seekor betina.


Tetapi selepas seminggu aku pantau strategi ini, aku mengalami masalah baru. Antaranya;

1. Apabila dah lama induk betina bersama dengan jantan, si jantan sudah tidak mempunyai minat pada betina. So, didapati aktiviti mengawan kurang berlaku. Suasana hambar. Tapi apabila di masukkan betina baru, si jantan menunjukkan minat untuk mengawan betina baru.

2. Masalah paling teruk apabila induk betina yang dipindahkan dari sangkar pejantan lain ke penjantan baru akan di serang dengan ganas oleh penjantan baru. Ini disebabkan badan induk betina telah mempunyai bau pejantan asal yang kuat (semasa memikat, si jantan akan kencing ke arah betina) menyebabkan si jantan baru tak dapat menerimanya. Jadi di sini, induk betina perlulah berada dalam keadaan bersih dari bau-bauan jantan lain untuk mengelak diserang ganas oleh jantan lain semasa dikahwinkan. Dengan kata asal, eloklah betina berada bersendirian di dalam sangkar nya sendiri atau di tempatkan bersama dengan betina-betina lain yang bebas dari bau jantan.

3. Keadaan keliling sangkar akan kotor dengan air kencing jantan. Biasanya arnab jantan akan kencing ke arah betina ketika mengawan untuk menunjukkan bahawa dia berkuasa ke atas betina. So bayangkan lah kalau dah letakkan betina secara tetap dengan jantan. Agak-agak apa warna arnab betina berbulu warna putih? Jadi warna cokelat la bro.. haha.. penuh dengan air kencing pekat. Nak pegang pun kena pikir 2-3 kali. Hancing semacam.

Jadi aku pun mula mengasingkan semula mana-mana betina yang berpontensi untuk bunting. Pejantan utama pun aku biarkan semula seekor dalam satu sangkar. Sangkar pun terhad jadi hanya dapat la 2 ekor betina aku asingkan. Mana yang kurang berpontensi untuk bunting, aku biarkan aje dengan jantan muda.

Pengalaman mengajar aku. So bila tak buat benda baru manakan tau hasilnya ye tak?. So tak salah mencuba kalau benda tuh tak merbahaya.

Monday, 13 August 2012

26+(K16)(3-1) = 28 ekor

26 ekor stock terdahulu
(K16) 3 ekor dari kelahiran ibu ke empat
(K16) 1 ekor darinya mati mungkin kesejukan

Hari Jumaat petang hingga la Ahad malam aku tiada di rumah. Bermakna selama lebih dari 2 hari (atau 48jam) aku meninggalkan arnab-arnab kesayangan aku di rumah tanpa penjaga. Tup-tup, aku balik dan jenguk reban aku, kelihatan banyak bulu berada dalam sangkar yang mempunyai seekor jantan muda dan induk sebaya ibunya. Rupanya induk lama (ke empat) yang pernah beranak 5 ekor pada bulan Januari 2012, beranak buat kali kedua.

Ada 3 ekor, tapi seekor sudah terkulai, mati di tengah-tengah sangkar. Tengok keadaan anak dua ekor yang masih hidup, bulunya sudah kering dan berkilat. So aku jangkakan sudah lebih 24jam anak ini di lahirkan. Biasanya kalau baru di lahirkan, anak akan mempunyai kulit yang kemerah-merahan tanpa sehelai bulu pun.

Disebabkan jantan muda yang begitu agresif, cepat-cepat aku alihkan anak tersebut ke sebuah takung didik dan mencari-cari sangkar lain untuk di jadikan tempat baru. Aku memilih sangkar induk pertama untuk ibu dan anak yang baru lahir ini menetap. Sementara induk pertama ni aku tukarkan tempat dengan ibu tersebut. Bermakna aku kahwinkan je dengan jantan muda tu.

Sementara anak yang mati ni aku masukkan dalam polybag, ikat elok-elok dan buang dalam tong sampah seperti aku buang tulang ikan/ayam. Ikutkan memang aku kena tanam, tapi dah telalu banyak sangat bangkai arnab yang aku tanam kat sebelah rumah aku, aku dah buat keputusan jika ada arnab yang mati, aku akan terus buang ke dalam tong sampah.

Seperti biasa, bila je ada kelahiran yang tak di duga/bersedia, aku akan memastikan yang anak arnab sihat untuk hidup. Jika dah nyawa-nyawa ikan, kita tawakkal je. Tapi kali ni aku tengok yang dua ekor ni masih kuat walaupun aku tengok macam dah tak menyusu selama 24jam. Memang pun, sebab si ibu aku tengok tak mencabut habis bulu-bulu di bawah perutnya untuk mengalakkan penyusuan si anak. Yelah, ini la masalahnya bila beranak bersepah.

Aku sebagai penjaga prihatin, kenalah mencabut bulu-bulu di perut ibu arnab itu. Bulu ibu arnab ni senang je cabut, lagi-lagi bila dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran. Aku cabut sekitar putingnya je sudah asalkan si anak dapat menghisap putingnya dengan lengkap. Kalau ada banyak bulu, si anak tak dapat nak menghisap dengan elok. Bulu-bulunya pulak aku taburkan aje dalam takung didik buat selimut untuk memanaskan anak-anaknya.

Bila dah siap aku letakkan semula si ibu dalam takung didik. Si ibu berasa sedikit takut. Dia tak menghiraukan anak-anaknya. Anak-anaknya pulak tak tau ibunya ada untuk menyusukan mereka. Hah, ini lah masalah yang biasa kita hadapi. Aku kena jadi prihatin lagi. Aku tolakkan si anak ke bawah perut ibu. Si anak tak agresif. Si ibu pulak tak berikan ruang untuk si anak duduk di bawak perutnya apatah lagi ruang untuk menyusu.

Disebabkan takde apa yang berlaku, aku terpaksa mengambil ibu arnab itu dan membalikkan si ibu dalam keadaan terlentang. Aku memicit-micit puting si ibu. Ada susu yang keluar walaupun tak banyak. Aku ambil si anak dan mensuakan mulutnya ke puting si ibu. Si anak seakan dapat membau bau susu di puting ibunya. Walaupun reaksi penyusuan tidak agresif, aku kena memulakan langkah pertama ni. Kalau tidak si anak akan mati kelaparan.

Selepas mencuba berulang kali, baru si anak dapat memahami dan mengikut gerak hati dan menyusu sepuas-puasnya. Ada 5 pasang puting dan si anak dapat menghisap semua puting-puting tersebut dan hati aku rasa lega. Harap-harap selepas ini si anak dapat berdikari. Tak payah la harapkan aku lagi ye. Perkara yang sama aku buat semasa kelahiran anak-anak Loop Ear. Lahir 5 ekor dalam keadaan tak sedia. Mati 3 ekor dan 2 ekor dalam tak bermaya. Sekarang berusia seminggu lebih, dah bukak mata. Sihat sejahtera. Alhamdulillah.

So sekarang sudah ada 28 ekor. Bila la yang nak beranak? Tunggu je lah. Memang kali ni semua kelahiran tak dapat duga.

Makanan Arnab Tanpa Jagaan

Nak tinggalkan arnab untuk bercuti panjang? Nak balik kampung? Aku ada tips yang menjimatkan. Boleh tahan sampai 3 hari tanpa topup makanan.

Mungkin untuk orang yang berkemampuan dorang boleh pakai auto feeder. Tapi aku ni penternak kecik je. So aku ada cara aku tersendiri. Disebabkan 2-3hari makanan kebiasaan (palleta) tiada, arnab akan berasa lapar dan ingin menggigit sesuatu. Kebiasaannya arnab suka menggigit barang-barang yang lembut. Jika dia tak menjumpai sesuatu barang untuk digigit, dia akan mengais-ngais sesuatu dengan berkali-kali sebagai contoh, sudut sangkar atau mangkuk makanan. Untuk mengelak benda ni aku akan meletakkan sesuatu benda untuk arnab ni mengigit dan akan mengurangkan rasa lapar. Antaranya batang pokok pandan, batang pokok ubi kayu dan daun pisang.


Batang Pokok Pandan.

Sebelum aku meninggalkan rumah untuk bercuti panjang, aku akan memotong pokok pandan beserta batangnya sekali kira-kira semeter panjang. Batang pandan ni aku kerat-kerat sepanjang sekaki untuk di letakkan ke dalam setiap sangkar arnab. Batang pandan ni adalah sebagai bahan untuk arnab menggigit ketika lapar. Sebenarnya aktiviti menggigit ni bergantung juga kepada sesekor arnab. Ada arnab tak suka mengigit bila aku letakkan batang pokok pandan. Ada yang dalam masa satu malam je sudah dapat habis satu kaki batang pandan walaupun aku sudah memberikan pallet pada masa yang sama. Antara kelebihan batang pandan ni, ia nya lembut dan sama khasiatnya dengan daun pandan.


Batang Ubi Kayu

Orang kata batang ubi kayu tak berapa bagus untuk arnab kerana mengandungi getah. Boleh menyebabkan diet arnab terganggu. Setakat ni, dah berbatang-batang aku bagi arnab aku tak da pulak masalah. Ya lah, daripada aku buang begitu sahaja abtang ubi kayu, aku letakkan dalam sangkar arnab. Macam jugak batang pandan, bergantung pada arnab. Ada yang suka menggigit kulitnya saja, dan batang ditinggalkan, ada yang hebat dikunyahnya semua batang ubi kayu tersebut sehingga habis. So pada pandangan aku, batang ubi kayu pun boleh juga di beri sebagai bahan sampingan untuk dorang mengigit dan makan ketika lapar.


Daun Pisang.

Masa kat kampung aku ada diberitahu oleh seorang pakcik yang pernah membela arnab. Daun pisang pun arnab boleh makan. Aku pun tak caya, tapi bila aku letakkan daun pisang kat arnab aku, punya la suka dorang makan. Suka sedap atau suka lapar tak tau la pulak aku. Tapi bila aku letakkan daun pisang, dorang akan makan dengan lahap. Dan sumber nya pun ada kat sebelah rumah aku. So daripada aku buang biarkan kering seterusnya di bakar, baik aku terus bagi kat arnab aku. Tak sampai satu hari je daun pisang (berserta batang) habis di balun.


Ini hanyalah tips dari aku. Bukan aku nak dera arnab aku tapi, ini la jalan yang aku ada untuk mengelakkan arnab aku dari kebulur ketika aku meninggalkan depa 2-3 hari. Nak bagi banyak-banyak pallet dalam mangkuk, kang dorang kais. Berterabur bawah sangkar. Kebulur jugak. Dan lagi buat aku menyirap adalah. Arnab ni kalau di biarkan lapar, dia akan mengalami cirit birit. Taik akan jadik cair. So tak bagus la. Dengan cara ni, janji arnab kita akan sentiasa ada benda nak gigit.

Untuk yang berkemampuan, boleh pakai auto feeder pallet. Buat sendiri pun boleh pakai auto timer. Tapi buat yang ada reban terdedah ngan hujan macam reban aku, tima hujan haru la.. Pallet jadi bubur la gamaknya.

Selamat berjaya.

Tuesday, 7 August 2012

Cargil Naik 5.7%

Hari Sabtu yang lepas semasa aku dan keluarga pergi berbuka puasa dengan offismate di Pantai Puteri, aku singgah kejap untuk membeli makanan (dedak) arnab. Seperti biasa aku akan membeli 2 kampit pallet jenama Cargill yang bertanya 25kg setiap beg. 50kgs ini adalah cukup untuk menampung 20 ekor arnab dewasa untuk jangka masa sebulan. Bila aku sampai, tauke tu macam dah kenal muka aku walaupun sebulan sekali aku berurusan dengan dia.

Yang tak bestnya semasa aku hulur duit untuk 2bag, dia kata harga pallet sudah naik. Kalau dulu RMYY.YY sekarang sudah jadi RMZZ.ZZ. Sudah 5.7% naik. Wow.. seingat aku baru je bulan July lepas naik dari RMXX.XX ke RMYY.YY. Sekarang naik lagi. Terus aku bagitau tauke tu lepas ni aku kena cari pallet yang murah macam jenama "bengy". Dia kata semua makanan ternakan naik.

Aku pun berkira-kira, jika Bengy berharga RMVV.VV berbanding Cargill yang RMZZ.ZZ, aku sudah menjimatkan 30.3%. Bermakna, dengan harga 2 bag cargil aku boleh mendapat lebih dari 3 beg bengy seberat 75kg. So tepuk dada tanya lah selera.

Tapi aku ni pulak jenis berkira-kira dalam menukar kesetiaan aku ke atas sesuatu barang. So susah jugak la kalau aku ni dah setia kat satu barang walaupun harganya agak tinggi dengan jenama lain. Ah, pelan-pelan la nanti aku tukar.


Takung Didik

Kali ni aku nak cerita pasal bekas arnab beranak atau lebih dikenali sebagai Takung Didik.

Malam tadi aku meluangkan masa untuk menambahkan takung didik lagi 2 bijik. Kali ni aku buat untuk sangkar yang bersaiz 1' x 1' x 2' bermakna memang takung didik ni kecik. Cukup-cukup untuk induk ni beranak. Tak boleh baring-baring dalam takung didik ni.

Seperti biasa bahan-bahan yang aku perlukan ialah, plywood, stapler-gun, dan kayu kecik selain gergaji untuk potong kayu dan plywood tu. Senang je buat benda ni, cuma kita perlu kreatif sikit. Kayu dan plywood tuh pun aku dapat dari kawasan perindustrian bukit rambai yang memang terkenal dengan industri pembuatan produk kayu kayan.

Sebelum ni aku ada 5 induk bermakna aku ada 5 takung didik; 1 saiz besar, 3 saiz sederhana dan 1 saiz kecil yang menjadi contoh untuk aku buat 2 yang baru. Aku tambah lagi 2 sebab induk aku dah bertambah lagi 1 dan 1 lagi sebagai backup sebab ada takung didik lama yang tak elok untuk digunakan lagi.
Bawah ni aku tunjukkan cara-cara aku yang kreatif dalam menghasilkan takung didik buatan sendiri.

1. Bahan-bahannya plywood lebar 5", kayu kecik lebar 1" dan gun stapler
2. Keratkan plywood sepanjang 11" x 3pcs, 8" x 2pcs dan kayu kecik panjang 2" x 4pcs
3. Staplerkan kayu kecik di hujung plywood x 4 penjuru
4. Staplerkan kayu kecik di plywood lagi satu untuk membentuk sudut
5. Teruskan stapler keempat penjuru hingga mewujudkan sebuah segi empat tepat
6. Terbalikkan dan tutup bawah dengan plywood @ kayu

7. Dah siap sebuah takung didik yang besaiz 11"x 8"x 5"
Aku dah siapkan 3 bijik. Semua dah dimasukkan kedalam sangkar. Nampaknya induk pun selesa duduk dalam takung ni.

3 takung didik baru yang dimasukkan kedalam reban masing-masing.
Terus induk-induk ni duduk dalam konon nak amik feeling nak beranak.
Takung didik ni elok di letakkan minggu ke 3 atau seminggu sebelum dia beranak untuk dia membiasakan lepak dalam takung ni. Lagi satu nak mengelakkan takung didik jahanam sebelum tiba masanya. Maklumla, induk bunting nak beranak memang kuat mengais dan menggigit. Tiap-tiap malam ada je bunyi dorang bertukang.

22-(K14)1+(K15)5 = 26 ekor

22ekor stock terdahulu
1 (K14) ekor anak tunggal mati kesejukan
5 (K15) ekor kelahiran dari generasi ketiga

Buat pengetahuan, anak tunggal dari induk dara ke 2, telah pun mati selepas 3 hari bertahan. Dari pemerhatian aku, disebabkab kelahiran tempoh hari yang tidak begitu bersedia menyebabkan si anak tidak kenal bau ibunya dan tidak agresif untuk menyusu ketika ibunya berada di dalam takung didik. Di tambah pula dengan cuaca hujan. Walaupun si ibu mencabut bulu badan nya dan dipindahkan ke dalam takung didik untuk menambahkan kepanasan, anaknya masih tidak pandai membawa diri. Ini menyebabkan si anak mati dalam kesejukan terlampau (bila aku pegang sudah nyawa-nyawa ikan) dan kelaparan.

So apabila si anak mati, aku dengan pantas tak menunggu si ibu berpantang. Aku terus mengalihkan takung didik dan bangkai anaknya. Seterusnya aku memasukkan si jantan muda (adik beradik dia jugak) untuk di kahwinkan. Harapan aku dalam masa sebulan induk dara ini akan beranak semula.

Tapi berita kematian ini telah digantikan dengan berita kelahiran terbaru. Seperti yang di jangka semalam aku mendapat anak arnab lagi 5 ekor. Seperti mengikut rentak kata aku tempoh hari, kelahiran kali ke 3 ini dari arnab dara jugak! Baru berusia 7 bulan. Beranak pada waktu malam dengan penuh bersedia dan cukup peralatan. So jumlah sekarang menjadi 26 ekor.

Selepas berumur 8 jam.

Setakat 8 jam selepas kelahiran, sebelum aku pergi keja, aku jenguk semua 5 ekor anak ini masih bergerak bermakna setakat ini semuanya OK. Buat pengetahuan, 7 hari pertama kelahiran adalah waktu yang paling kriktikal untuk anak-anak arnab yang kecil ini. Salah satu kematian yang paling digeruni ialah si anak mati kelaparan sebab tak menyusu atau si ibu tak bagi nyusu.

Itu sebab ketika kelahiran, kita sebagai tuan kepada arnab ini perlu menyediakan peralatan atau kelegkapan yang secukupnya kepada induk. Tak cukup dengan itu, kita bagi sokongan moral. Masa dia sibuk mengemas membuat sarang, mencabut bulu di perut, kita pun boleh tolong dia dengan memotong kertas surat khabar. Kompem si ibu mengambil kertas tu jadikan alas untuk bakal anak yang di lahirkan.

Kalau masa dia beranak dia tak sempat nak cabut bulu diperutnya, kita sendiri yang kena cabutkan bulu-bulu tersebut.

So aku nak balik rumah, nak tengok 5 ekor anak ni masih ok ke tak. Dah lebih setengah tahun aku tak menimang anak buat ni. Alahmdulillah, hopefully terus menjadi-jadi anak arnab ni. Boleh tambah side income masa musim cuti sekolah nanti.