Arnab Daging

Monday, 13 August 2012

26+(K16)(3-1) = 28 ekor

26 ekor stock terdahulu
(K16) 3 ekor dari kelahiran ibu ke empat
(K16) 1 ekor darinya mati mungkin kesejukan

Hari Jumaat petang hingga la Ahad malam aku tiada di rumah. Bermakna selama lebih dari 2 hari (atau 48jam) aku meninggalkan arnab-arnab kesayangan aku di rumah tanpa penjaga. Tup-tup, aku balik dan jenguk reban aku, kelihatan banyak bulu berada dalam sangkar yang mempunyai seekor jantan muda dan induk sebaya ibunya. Rupanya induk lama (ke empat) yang pernah beranak 5 ekor pada bulan Januari 2012, beranak buat kali kedua.

Ada 3 ekor, tapi seekor sudah terkulai, mati di tengah-tengah sangkar. Tengok keadaan anak dua ekor yang masih hidup, bulunya sudah kering dan berkilat. So aku jangkakan sudah lebih 24jam anak ini di lahirkan. Biasanya kalau baru di lahirkan, anak akan mempunyai kulit yang kemerah-merahan tanpa sehelai bulu pun.

Disebabkan jantan muda yang begitu agresif, cepat-cepat aku alihkan anak tersebut ke sebuah takung didik dan mencari-cari sangkar lain untuk di jadikan tempat baru. Aku memilih sangkar induk pertama untuk ibu dan anak yang baru lahir ini menetap. Sementara induk pertama ni aku tukarkan tempat dengan ibu tersebut. Bermakna aku kahwinkan je dengan jantan muda tu.

Sementara anak yang mati ni aku masukkan dalam polybag, ikat elok-elok dan buang dalam tong sampah seperti aku buang tulang ikan/ayam. Ikutkan memang aku kena tanam, tapi dah telalu banyak sangat bangkai arnab yang aku tanam kat sebelah rumah aku, aku dah buat keputusan jika ada arnab yang mati, aku akan terus buang ke dalam tong sampah.

Seperti biasa, bila je ada kelahiran yang tak di duga/bersedia, aku akan memastikan yang anak arnab sihat untuk hidup. Jika dah nyawa-nyawa ikan, kita tawakkal je. Tapi kali ni aku tengok yang dua ekor ni masih kuat walaupun aku tengok macam dah tak menyusu selama 24jam. Memang pun, sebab si ibu aku tengok tak mencabut habis bulu-bulu di bawah perutnya untuk mengalakkan penyusuan si anak. Yelah, ini la masalahnya bila beranak bersepah.

Aku sebagai penjaga prihatin, kenalah mencabut bulu-bulu di perut ibu arnab itu. Bulu ibu arnab ni senang je cabut, lagi-lagi bila dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran. Aku cabut sekitar putingnya je sudah asalkan si anak dapat menghisap putingnya dengan lengkap. Kalau ada banyak bulu, si anak tak dapat nak menghisap dengan elok. Bulu-bulunya pulak aku taburkan aje dalam takung didik buat selimut untuk memanaskan anak-anaknya.

Bila dah siap aku letakkan semula si ibu dalam takung didik. Si ibu berasa sedikit takut. Dia tak menghiraukan anak-anaknya. Anak-anaknya pulak tak tau ibunya ada untuk menyusukan mereka. Hah, ini lah masalah yang biasa kita hadapi. Aku kena jadi prihatin lagi. Aku tolakkan si anak ke bawah perut ibu. Si anak tak agresif. Si ibu pulak tak berikan ruang untuk si anak duduk di bawak perutnya apatah lagi ruang untuk menyusu.

Disebabkan takde apa yang berlaku, aku terpaksa mengambil ibu arnab itu dan membalikkan si ibu dalam keadaan terlentang. Aku memicit-micit puting si ibu. Ada susu yang keluar walaupun tak banyak. Aku ambil si anak dan mensuakan mulutnya ke puting si ibu. Si anak seakan dapat membau bau susu di puting ibunya. Walaupun reaksi penyusuan tidak agresif, aku kena memulakan langkah pertama ni. Kalau tidak si anak akan mati kelaparan.

Selepas mencuba berulang kali, baru si anak dapat memahami dan mengikut gerak hati dan menyusu sepuas-puasnya. Ada 5 pasang puting dan si anak dapat menghisap semua puting-puting tersebut dan hati aku rasa lega. Harap-harap selepas ini si anak dapat berdikari. Tak payah la harapkan aku lagi ye. Perkara yang sama aku buat semasa kelahiran anak-anak Loop Ear. Lahir 5 ekor dalam keadaan tak sedia. Mati 3 ekor dan 2 ekor dalam tak bermaya. Sekarang berusia seminggu lebih, dah bukak mata. Sihat sejahtera. Alhamdulillah.

So sekarang sudah ada 28 ekor. Bila la yang nak beranak? Tunggu je lah. Memang kali ni semua kelahiran tak dapat duga.

No comments:

Post a Comment