Arnab Daging

Wednesday, 15 August 2012

Layout - 14 reban


Ini lah pelan reban aku sehingga hari ini.  Mengandungi 14 buah reban untuk induk sejumlah 19 ekor. Di tambah pula 9 ekor anak yang berusia dari 3 hari ke 2 minggu menjadikan 26 ekor. Ia di susun sebegitu rupa berdasarkan kapasiti yang dapat di tampung oleh jumlah reban dan reka letak di sekeliling nya. Reban ini terletak di bawah pokok jambu botol di sebelah kiri dan berlatarbelakangkan serumpun pokok pisang dan pokok pandan yang tumbuh merimbun di sebelah kanan. Dulu pokok jambu ni redup dan merimbun dengan daun, tapi disebabkan arnab aku selalu di serang kerengga yang datang dari pokok jambu ini, pangkalnya aku telah siram dengan minyak hitam sehingga pokok jambu ini hilang selera nak membesar seterusnya membuatkan banyak daunnya gugur. Kesemua reban ini di letakkan kawasan bertanah berjarak 1-2 kaki dari lantai reban untuk memudahkan penyerapan air kencing arnab


Di sini aku katergorikan beberapa jenis reban seperti yang aku nomborkan di bawah;

Reban no 1, 2, dan 3 - Saiz 1.5'x1.5'x2. Bingkainya diperbuat dari dari kayu. Dinding, bumbung dan lantai pula dari BRC saiz setengah inci paling halus. Sudah 2-3kali lantainya di tukar dengan BRC baru tapi masih sama juga. Hasil pemerhatian, BRC halus dapat bertahan selama setahun sahaja sebelum karat dan reput. So no 2 dan 3 telah ditukar kepada BRC setengah inci yang lebih kasar. Setakat ini tiada masalah. Disebabkan saiznya yang besar, sekarang ini aku letakkan sepasang arnab setiap sangkar.

Reban 4,5 dan 6 - Saiz 1'x1'x2. Sama seperti reban saiz 1.5'x1.5'x2, bingkainya dari kayu dan semua brc adalah dari setengah inci halus. Sudah beberapa kali lantainya ditukar dengan brc yang sama dan masih perlu ditukar lagi. Reban ini boleh dimasukkan 2 ekor arnab kampung tapi kalau arnab pedaging lebih dari 3 kg tak sesuai kerana saiznya sempit. Paling elok reban saiz ini sesuai untuk ibu-ibu arnab yang bakal dan baru melahirkan anak. So sekarang reban 4 dan 5 menempatkan ibu dan anak. Sementara reban 3 menanti saat kelahiran lagi 2 minggu.

Reban 7 - Saiz 1'x1'x1.5'. Bingkai kayu dan brc halus sama seperti di atas. Mulanya reban ini aku buat sebagai carriage untuk memudahkan aku membawa arnab aku ke sana ke mari tetapi disebabkan memerlukan reban untuk mensmpung kapasiti, sekarang aku telah menempatkan sepasang arnab muda yang baru berjinak-jinak dalam mengawan.

Reban 8 & 9 merupakan reban saiz standard (Kod 304). Struktur reban ini semuanya diperbuat dari besi dan bersalut cat tebal berwarna putih. Dinding dan bumbung berjarak dalam 1 cm dan lantainya berjalur besi dengan jarak 1/2 cm. Disebabkan lantainya yang sedemikian rupa, reban ini tak sesuai menempatkan ibu arnab yang bakal beranak atau sudah mempunyai anak kerana mudah jatuh terus ke bawah. So sekarang aku menempatkan sepasang jantan dan betina (betina baru lepas kematian anak berusia 3 hari) dan lagi satu sangkar aku menempatkan seekor jantan muda.

Reban 10 & 11 juga reban standard (kod 301). Struktur dan pembuatan sama seperti reban 304. Seekor arnab jantan muda dan seekor betina muda yang baru nak baik luka bergaduh masing-masing ditempatkan di dalam reban ini.

Reban 12, 13 & 14 merupakan reban yang paling terbaru aku buat. Sebenarnya reban ini adalah dari satu reban yang panjang. Di dalamnya aku pisahkan menjadi 3 bahagian dengan meletakkan 2 dinding brc. Reban ini di buat sebegitu rupa kerana untuk menempatkan anak-anak arnab yang berusia 1-2 bulan kelak dalam kuantiti yang banyak.

So bila lagi aku nak tambah reban? Yang pasti designnya pasti yang terbaru dan tidak sama dengan yang sekarang. Ringkas tetapi tahan lama, tahan lasak dan jimat kos merupakan sasaran untuk reban akan datang. Tunggu je la..

No comments:

Post a Comment