Arnab Daging

Friday, 28 September 2012

Pindah 6ekor ke RVRII - 22ekor

Dalam minggu ke 39 pada hari Khamis 27hb Sept pukul 10 malam, lagi 6 ekor arnab pedaging ditambah ke RVRII. Kali ini 3 ekor anak mix pedaging + anggora, 2 ekor betina pedaging, dan seekor jantan pedaging. Ini menjadikan jumlah arnab RVRII sebanyak 11 ekor. Stock di RVR sudah berkurang menjadi 22 ekor.
 
Kehadiran 3 anak itu juga atas permintaan tuan rumah untuk menunjukkan stock anak ke pelawat yang hadir di RVRII. Ini menunjukkan perkembangan yang memberansangkan selepas seminggu stock batch pertama berada di RVRII. Ini juga bermakna di RVRII walaupun penternakan disasarkan untuk daging, permintaan ke atas anak masih ada. Nak tak nak, kena la juga ada stock anak di RVRII.

Pada malam itu juga sedikit kerja-kerja pemasangan water feeder PVC di lakukan sehingga pukul 1 pagi.

Monday, 24 September 2012

Pindah 1ekor L+A = 28ekor

Sebelum ni di RVRII update telah dinyatakan seekor anak mix loop ear + anggora dipindahkan ke RVRII. Maka ini adalah berkaitan si Mix Loop + Anggora (L+A) la yang cantik telah ditempah oleh seorang budak kampung. Ceritanya begini.
 
Anak ini adalah yang paling cantik RVR telah hasilkan. Berwarna tiga; perang, betompok hitam dan putih. Kelahirannya adalah yang kali ke 13 dalam RVR. Boleh tengok post lepas mengenai kelahirannya di sini. Pada awal usia 2 minggu kononnya akan dijual kepada jiran didepan rumah. Pada masa ni aku tak tau lah baka yang di hasilkan cantik. Lagipun pada masa tuh mana ada stock anak untuk dijual, maka aku telah tunjukkan 2 beradik ni pada jiran depan rumah. Kononnya akan di ambil pada penghujung bulan August. 
 
Tunggu punya tunggu, si LA ni telah berusia sebulan apabila masuk bulan September dan masih tidak terjual pada jiran rumah depan. Bulu dia pun dah naik cantik. Boleh tengok kat post di sini. Disebabkan tidak terjual, maka si LA terus membesar dan memberi perkembangan yang memberangsangkan dengan menunjukkan tanda-tanda loop ear (telinga jatuh) dan berbulu panjang (anggora) seperti mana baka kedua induknya.
 
Dalam usia 6 minggu, seorang budak kampung aku menanyakan jika ada baka yang cantik, maka aku telah menunjukkan video si LA pada dia. Dari harga RM30 telah di naikkan pada RM50. Pada ketika berumur 2 bulan dan seberat 1.5kg, harganya telah di naikkan kepada RM100. Maka atas permintaan bersungguh-sungguh dari budak ni, aku telah memindahkan si LA ke RVRII yang kebetulan adalah pemindahan pertama RVRII. Tapi disebabkan budak ini mengingkari permintaannya untuk membeli si LA ni, maka selepas seminggu diletakkan di RVRII, ia telah di pulangkan semula ke RVR.
 
Sekarang aku tengok si LA ni telah gebu semacam dan semakin comel. Aku rasa RM100 tuh adalah harga minimum buat masa sekarang ni. Jika tiada orang yang menginginkan si LA ni, aku akan jadikan baka induk. Buat pengetahuan si LA adalah betina. Sekor lagi adiknya berwarna putih. Nampaknya baka loop ear tidak berapa kuat membuatkan si putih mempunyai telinga sebelah jatuh sebelah tak jatuh. Manakala bulu nya masih Anggora.

RVR II - Part V Week 38 (Final)

Kerja Terakhir.
 
Lawatan kelima pada 23hb Sept seawal pukul 8 pagi kali ini adalah untuk menyiapkan kerja -kerja berkaitan bekas makanan dan penyudahan tingkat dua tempoh hari.

Menyiapkan bekas makanan dan pintu di tingkat dua.
 
Pemindahan Batch Pertama - 5 ekor.
 
Lawatan kali ini juga telah diringi dengan pemindahan seekor arnab mix loop + anggora. Kemudian di tambah pula dengan seekor jantan dan 3 ekor betina yang dipindah dari seorang rakan.

5 ekor batch pertama selepas menempuh stress perjalanan.
Yang paling gempak lagi, rakan ini juga telah memindahkan 6 sangkar ready made dan bekas-bekas makanan second hand untuk kegunaan RVRII. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau.

6 buah sangkar dan berpuluh-puluh bekas makanan terpakai
Aku ada plan untuk sangkar dan bekas makanan tambahan ini. Nantikan aja.

Dengan siapnya 12 sangkar di RVRII, akan akan cuba memenuhkannya dengan baka pedaging secepat yang mungkin. Maka aku sudahi projek RVRII Fasa I ini dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana tiada dugaan yang besar melanda ketika aku menyiapkan projek ini selama 5 minggu berturut-turut.

Wednesday, 19 September 2012

Stock Anak - 15ekor

Tak tau nak post apa untuk hari ni, so aku updatekan stock anak yang ada sekarang.
  1. K013-2 (30/07/2012) = 7.3minggu (51hari). Baka Mix loop dan Anggora. Telinga loop dan bulu Anggora so sekor dah ada orang booking RM100. Masih bersama dengan ibu tapi dah tak menyusu.
  2. K015-3 (06/08/2012) = 6.3minggu (44hari) yang sudah cerai susu. Itu hari aku kawinkan ibunya dan letak dengan sangkar jantan selama 3 hari. Aku campurkan semula, si ibu dah takmo nyusu anaknya sebaliknya digigitnya. Baka kampung yang mix anggora.
  3. K016-2 (13/08/2012) = 5.3minggu (37hari) masih lagi kuat menyusu. Ibunya pun dah tak larat nak layan. Nak suh anak cerai susu la tuh. Baka mix pedaging yang lebih besar dari K015.
  4. K018-2 (28/08/2012) = 3.2minggu (22hari) masih kuat menyusu sejak keluar dari takung didik.
  5. K019-1 (29/08/2012) = 3 minggu (21hari) combine dengan K018 sama kuat menyusu
  6. K021-1 (02/09/2012) = 17hari. Anak sekor ni di gabung ke K022. Paling besar sebab baka mix pedaging.
  7. K022-4 (03/09/2012) = 16hari. Anak kampung mix anggora. Baru 2-3 hari bukak mata. Sedang hebat menyusu.
Total = 15 ekor.

Mana yang berumur lebih sebulan tuh dah boleh jual dah. Tunggu anak baru tapi semalam aku raba perut induk-induk yang aku dah kahwinkan, sekor pun takde rasa dah bunting. Camno ni?

Tuesday, 18 September 2012

RVR II - Part IV Week 37

Untuk lawatan keempat pada minggu kali ni, perancangan untuk menyiapkan tingkat kedua telah dibuat. Ketibaan di lokasi seawal 8:15pagi dengan membawa kurang perkakasan dan set tangki yang sudah siap dibuat di rumah. Kali ni hanya menaiki motor.
 
Apa yang dirancang tidak lah selancar yang disangka kerana setakat pukul 3 petang hanya pintu dan set bekas makanan sahaja yang tidak dapat disiapkan. Selepas tuh beransur pulang kerana dah berjanji dengan isteri untuk balik ke rumah mak mertua.
 
Ikutilah sebahagian gambar yang sempat diuploadkan untuk kali ni.


Pemasangan Tangki Minuman
1. Kayu para 2"x3".
2. Tapak BRC 9'.
3. Pemasangan dinding BRC x 7.
4. Pemasangan PVC water feeder di bahagian belakang.
Pemasangan bumbung zink
Hanya pintu tingkat 2 dan bekas makanan sahaja yang belum siap
 
Untuk lawatan kelima akan datang adalah di jangkakan lawatan untuk pemasangan terakhir sebelum baka pedaging dipindah dan dimasukkan ke dalam sangkar baru ini. Insya Allah segalanya akan berjalan dengan lancar.

Friday, 14 September 2012

Perancangan RVR

Selepas serangan kerengga pada dua hari berturut-turut, aku ada memikirkan tentang perubahan layout sekarang. Antara perubahan tersebut; 
  1. Mengubah suai semua reban yang sedia ada. Design adalah seperti RVRII yang merupakan reban dua tingkat yang mengandungi 6 x 2 = 12 sell. Ini beerti water feeder adalah dari design PVC bukan seperti sekarang yang menggunakan hos lutsinar yang menggalakkan pertumbuhan lumut didalamnya.
  2. Tiada lagi sangkar yang bersaiz 1kaki lebar. Paling minimum adalah bersaiz 1.5 kaki lebar dan panjang 2 kaki kebelakang. Mengikut pemerhatian aku, arnab mempunyai stress yang tinggi bila saiz reban kecik tidak kira ketika serangan kerengga atau ketika melahirkan anak.
  3. Disebabkan design adalah jenis berulang, tiada lagi sangkar yang bersaiz tidak standard seperti yang aku ada sekarang. Segala sangkar jenis ready made akan dipertimbangkan untuk di hantar ke RVRII dan akan dipertingkatkan lebih-lebih lagi pada bahagian tapak.
  4. Lokasi akan diubah. Reban dua tingkat ini hanya berada di satu tempat untuk meminimumkan pemantauan.
  5. Tiang reban akan diperbuat dari PVC bersaiz 2 inci x 6btg. Ini untuk meminimumkan sentuhan di atas tanah seterusnya meminumkan serangan dari kerengga. Buat info, keliling rumah aku tu penuh dengan pokok mangga yang mempunyai sarang kerengga. Anytime dorang boleh buat serangan.
  6. Disebabkan reban dua tingkat ini terletak di atas tanah dan terdedah pada hujan dan panas, kanvas akan disertakan sebagai penutup di keliling reban. Sentuhan pada benda asing di bahagian luar akan dielakkan bagi mengelak serangan kerengga.
  7. Bahagian belakang reban akan di buat laluan untuk memudahkan penyelenggaraan najis kerana 12 sel pada satu tapak akan menghasilkan najis yang 2 kali ganda banyak dari biasa. Pokok pisang akan di pertimbang untuk dialihkan atau paling teruk di musnahkan. Pokok pandan akan dikurangkan.
Setakat ini lah yang ada dalam perancangan aku. Perubahan akan di mulakan selapas RVRII siap. Dan target siap sebelum hujung tahun ni. Baka yang bakal ada adalah dari PET. Insya Allah, moga Allah permudahkan urusan aku.

Serangan Kedua - 29ekor

Balik kerja aku perhati arnab semalam yang diserang kerengga telah mati. Mati alasan yang sama iaitu di serang kerengga lagi. Kesilapan datang dari aku juga. Sepatutnya semalam selepas aku menyembur racun serangga, sepatutnya pangkal pokok jambu itu di curahkan dengan minyak hitam seperti yang aku lakukan dalam kes-kes sebelum ni. Tapi semalam aku terlupa untuk lakukan benda yang selalu aku buat ni. Akibatnya padah.
 
Aku telah kehilangan induk yang paling lama aku pelihara sejak aku mula penternakan arnab. Selama hampir dua tahun peliharaan, induk ini telah 4 kali beranak dan menghasilkan anak kacukan yang cantik-cantik belaka. Dan pada masa yang sama, aku sedang menunggu kelahiran buat kali kelima. Ini beerti dia mati bersama-sama anak yang di kandungnya. Kasihan sungguh.
 
Nak marah pun tak guna kerana kejadian berulang ini pun berpunca dari kelalaian aku juga. Semalam aku dah buangkan kulit pokok jambu tersebut dengan niat untuk mematikannya. Pagi tadi aku dah lekatkan kain buruk di keliling batang yang sudah di buang kulit. Dan aku curahkan minyak hitam hampir 2 liter.
 
Aku rasa ini bukan lah jalan terakhir aku dalam menghindarkan serangan kerengga ini kerana serangan ini bukan sahaja datang dari pokok jambu tersebut, malah ia datang juga dari pagar berhampiran. Dan yang paling penting aku kena sentiasa memastikan kawasan sekeliling bersih dari sampah sarap seperti daun kering dan rumput-rampai kerana kerengga suka membuat jalan di atas benda-benda yang keras.
 
Selain itu, penyelenggaraan perlu ditingkatkan dari segi pencegahan. Dan next step aku ada plan nak ubah layout reban aku kepada yang lebih baik dan ringkas.

Thursday, 13 September 2012

Serangan Kerengga - 30ekor

Aku mengalami benda yang paling benci dalam bidang penternakan arnab ni iaitu SERANGAN KERENGGA. Ikutkan dalam hampir 2 tahun aku bela arnab kat belakang rumah aku, kali ni nak dekat 10 kali reban aku di serang segerombolan kerengga. Dan ini adalah kali ke 4 arnab aku mati, yang lagi menyakitkan hati semua adalah induk.
 
Kejadian disedari pada pukul 8:30malam. Berdasarkan serangan, arnab aku ini telah di serang se awal pagi selepas waktu aku pergi kerja. Barisan reban ini mengandungi 3 pecahan. Arnab yang mati pula adalah dari belah kiri reban. Semasa mati pula ia telah beralih ke reban kedua melalui dinding BRC yang berjaya dilolos. Di dalam nya pula ada induk yang lain.
 
Induk yang seberat hampir 3kg dari baka pedaging cincila ini akhirnya tersadai jua. Walaupun induk ini agak garang ketika bunting, serangan kerengga tidak dapat menandingi keagresifannya. Selain serangan kerengga, salah satu sebab kematiannya adalah ruang reban yang kecil berbanding saiz arnab. Ia ditempatkan di dalam reban yang bersaiz 1.5'x1.5' dan ini amatlah tidak sesuai jika berlaku kejadian seperti ini.
 
Jika ruang yang lebih besar diberikan pada induk ini, mungkin peratusan untuk dia melarikan diri dan hidup agak tinggi. Dan seperkara lagi, arnab jika di serang bertalu-talu, ia akan duduk mendiamkan diri. Walaupn dia berdiam diri, dalam dirinya akan mengalami stress yang amat sangat. Seterusnya menyumbang kepada kematian yang lebih cepat.
 
Tapi alhamdulillah jugak la. Dalam barisan reban ini ada lagi 2 ekor induk yang juga diserang tetapi berjaya diselamatkan. Mata semua dah berair kena inject dengan asid kerengga. Cepat-cepat aku asingkan dari reban tersebut selain dari mengelakkan stress yang berterusan. Alhamdulillah selepas lebih 8 jam, kedua-dua arnab sudah OK.
 
Gambar mangsa kejadian nanti aku uploadkan untuk tatapan. Nak tanam bangkainya kat sebelah rumah, kena gunakan ruang yang besar so pagi2 pukul 4 aku sudah humbankan ke gaung berhampiran.
 
 
Langkah Pencegahan.
 
Setiap kejadian perlu di buat langkah pencegahan. Selepas ini pokok jambu yang diduduki oleh kerengga ini akan aku matikan. Semua sarang yang mana boleh sampai dengan galah akan aku musnahkan. Harap selepas ini aku akan kerap membuat pemantauan dari segi langkah-langkah pencegahan.
 
Dan pagar yang jiran aku lubangkan tu pun aku akan tutup untuk mengelakkan anjing belaan nya terlepas lagi ke reban aku. 
 
Sekarang stock tinggal 30ekor je la.
 
 

Wednesday, 12 September 2012

Design Tingkat 2

Dalam menuju ke part tingkat 2, aku membuat sedikit study tentang design yang aku buat. Aku mengalami sedikit masalah untuk design pada tingkat 2 dari segi mengurangkan pembaziran BRC. Jika jenis orang yang tak kisah tentang bahan buangan ketika membuat sesuatu kerja, ini tidak menjadi masalah besar. Tapi tidak bagi aku yang agak "kedekut" dari segala hal.
 
 
Ukuran Tingkat 1
 
Jika ditingkat pertama aku tak mengalami masalah kerana aku berjaya memaksimakan pengunnaan BRC sehingga tiada sedikit pun lebihan dari potong atau lipatan. Ini kerana di tingkat 1 aku mempunyai jumlah yang "ngam".
 
Panjang tapak = 24"
Lipatan dinding belakang = 4"
Lipatan dinding depan = 8"
Jumlah = 36" iaitu 3' ngam
Tinggi dinding belakang = 10". 6" dicover oleh BRC terpakai. Bumbung pula menggunakan zink terpakai Pintu depan pula sebanyak 10" menggunakan lebihan dari potongan dinding tingkat 1 yang ngam-ngam. Tiada lebihan.
 
 
Ukuran tingkat 2
 
Ikutkan design, lebar tapak sekitar 24" (2 kaki) dan mempunyai tinggi 14" untuk depan dan belakang.
 
Tapak = 24"
Dinding belakang = 14"
Dinding depan = 14"
Bumbung = 24"
Jumlah = 76"
 
Bermakna jumlah ukur keliling adalah 24" x 2 (tapak dan bumbung) + 14" x 2 (depan dan belakang) = 76" iaitu 72' 4" terlebih 4" dari lebar BRC yang di gunakan. Jadi aku terpaksa menyusun semula semua pengiraan dan terpaksa material lain untuk lebihan 4" ini.
 
Jadi aku bercadang untuk membuat seperti ini, Segmen pertama untuk tapak di buat seperti ini. Tapak 24", lipatan depan 4" sementara pintu 10" sama seperti tingkat 1. Sementara lipatan belakang mempunyai 8". Ngam 36". Sementara segmen kedua iaitu untuk bumbung akan ada seperti ini, bumbung 24", lipatan belakang akan menjulur 2" sahaja. Jadi lebihan segmen pertama 36" - 24" - 2"  = 10" ini akan di potong menjadi pintu atas.


Penyusunan BRC tingkat 2.

Sekarang aku mempunyai ruang 4" pada dinding belakang tingkat 2. Aku cadangkan untuk di isi dengan kayu 1" x 2". Selesai 2" sementara lagi 2" akan di isi dengan PVC water feeder. Ikut plan macam OK. Tapi aku merasakan untuk jangka masa panjang aku akan mengalami masalah iaitu mungkin PVC aku akan bocor digigit arnab. Atau kayu 1"x2" itu habis di hakis oleh gigitan arnab.

Tapi takpe la. Kita buat aje lah.. kita tengok berapa lama boleh bertahan.
 
 
 

Tuesday, 11 September 2012

Cargil Naik Lagi RM1.50

Aduh! Aduh!.. Cargil naik lagi RM1.50 pada awal bulan ni. Terkedu lagi. Perancangan untuk membeli 2 beg @ 50kg terbantut seterusnya aku membuat percaturan untuk membeli 1 beg sahaja. Jika bulan lepas harganya RM50.25 sebag kali ni dia sudah mencecah RM51.75. Kali ni aku beritahu jugak harga yang aku beli sebab aku nak berkongsi masalah betapa kadang-kadang menjadi penternak kecil ini adalah satu masalah jika satu-satunya harga kos utama asyik naik je.

Itu hari masa aku melawat ke reban kawan yang dah tahap otai, dia ada mengatakan Cargil boleh dapat sebeg RM47 dengan syarat 10 beg (250kgs) sekali beli. Boleh jugak guna cadangan dia ni. Tapi tunggu aku bela dalam 100ekor dulu la. Hehe..

Tanya pulak pasal kilang Cargil di ayerkeroh, tapi kilang ini hanya melayan kampeni yang order dalam pukal (kuantiti banyak). Agak-agak kuantiti banyak tuh mungkin dalam 1 metrik tan (MT) sebulan kot. Kalau 1MT beerti aku perlu membela dalam 400ekor dulu. Banyak gila.. Huhu
 

Demand Anak Arnab!

Aku terima sebuah panggilan dari seorang rakan penternak yang tak dapat aku tunaikan. Beliau meminta untuk membekalkan anak yang berusia 7 minggu ke atas dalam sekitar 20 - 30 ekor. Dengarnya untuk membuat stock pada expo yang bakal diadakan. Check punya check, stock aku yang ada hanya la berusia sebulan. Itu pun dua ekor.
 
Macam mana? Terkedu bukan? Telan air liur je la...
 
Musim cuti sekolah pula bakal tiba tidak lama lagi. Permintaan arnab juga akan naik mendadak. Sedih, sedih.

Aku termenung jauh pada RVR II yang bakal di lancarkan. Itupun untuk projek pedaging. Adakah RVRII Fasa II bakal terlaksana pula?

Aku kena mulakan langkah pertama untuk fasa baru ni.

Aug'12 Closing Stock Report

Dah lama nak buat report ni tapi sibuk sangat dengan hal lain. So hari ini aku berpeluang mengupdate stock dan report untuk bulan August.


JULY CLOSING : 22 ekor

Pertambahan stock
Jumlah : 19 ekor anak dari 6 kelahiran (K15-5, K16-3, K17-2, K18-2, K19-4 dan K20-3)
Pemindahan: 4 ekor
Jumlah pertambahan : 23 ekor

Pengurangan stock
Kematian: 12 ekor anak (K14-1, K15-2, K16-1, K17-2, K19-3 dan K20-3)
Penjualan daging: 7 ekor
Jumlah 17 ekor

AUGUST CLOSING = 22+23-17 = 26 ekor


Anak bersama ibu;
K013-2 (30/07/2012) = 33hari
K015-3 (06/08/2012) = 26hari
K016-2 (13/08/2012) = 19hari
K018-2 (28/08/2012) = 4hari
K019-1 (29/08/2012) = 3hari (combine dengan K018)
Total = 10 ekor


Kelahiran induk
1. K015 - F050 - 1 kali (dara)
2. K016 - F014 - 2 kali
3. K017 - F010 - 2 kali
4. K018 - F041 - 1 kali (dara)
5. K019 - F033 - 2 kali selang 30 hari
6. K020 - F013 - 4 kali

Anak K13 Part II - 6 minggu


Induk Jantan : Anggora
Induk Betina : Lop Ear
DOB : 30/07/2012 (Sekarang 6 minggu 1 hari)
K13: Hidup 2 dari 5 ekor

Layan..

Monday, 10 September 2012

Anak Angkat?

Disebabkan kelahiran K21(1ekor) dan K22(4ekor) yang berselang 1 hari pada minggu lepas, aku bercadang untuk menggabungkan kedua-dua kelahiran pada satu ibu kerana jumlah anak yang terlalu sedikit; 5 ekor sahaja. Di sini aku ada membuat beberapa pemerhatian.
 
Ibu K21 adalah baka pedaging yang mempunyai berat hampir 3 kg. Ini adalah kelahiran kali kedua yang hanya beranak seekor. Jika di lihat dari segi produktiviti, ini tidak bagus. Sementara Ibu K22 adalah dara mix anggora yang mempunyai berat badan separuh dari ibu K21. Dari pemerhatian pertama, Ibu K22 mengalami geli-geli apabila si anak menyusu dan sering melarikan diri dari bekas anak. Jadi aku membuat kesimpulan 4 ekor anak K22 elok di pindah dan di satukan dengan K21 kerana ibu K21 mempunyai saiz badan yang besar dan pernah menyusukan 5 ekor anak pertama sehingga cerai susu. Aku mengambil sedikit minyak hitam untuk disapukan ke atas setiap anak bagi mengelakkan ibu K21 menolak anak2 tersebut dan paling teruk membunuh terus. Penerimaan ibu K21 amat baik. Tiada penolakan. Tapi aku kena membuat pemerhatian lanjut.
 
Ku sangkakan penerimaan anak-anak baru terus berpanjangan tetapi selepas sehari 4 ekor anak K22 termasuk seekor K21, ia tidak menunjukkan ciri-ciri cukup menyusu. Biasanya anak yang sentiasa kenyang berada dapat keadaan perut yang bulat berwarna putih menunjukkan ada susu di dalam perut setiap anak. Tetapi sekarang semua perut termasuk anak K21 berada dalam keaadan kempis sampai nampak tulang rusuk. Apabila aku periksa puting di perut ibu K21, tiada kesan susuan. Malah tiada kesan cabut bulu. Bila aku angkat ibu K21 dan letakkan ke atas bekas anak, si ibu mereject dan menunjukkan seperti ia tidak pernah ada anak dan tak mahu menyusukan anaknya. Apabila aku picit puting ibu K21, sedikit sahaja susu yang keluar. Aku menyusukan pula salah sekor anak secara paksa dengan mensuakan mulut anak ke puting ibu K21. Si anak menyusu tapi tak lama sebab memang susunya kurang.
 
Aku periksa pula ibu K22, putingnya menunjukkan jumlah susu yang banyak. Akhirnya aku pindahkan semula semua anak K22 termasuk sekor anak K21 ke ibu K22. Ibu K22 pada mulanya masih geli, tapi akhirnya ia menerima juga semua anak yang berjumlah 5 ekor itu. Ia menyusukan semua anak sehingga kenyang, sehinggakan perut mereka bulat penuh dengan susu. Dah kenyang baru anak-anak ni duduk diam.
 
Selepas 2-3 hari aku perhatikan, si ibu K22 memang prihatin. Anak semua sentiasa kenyang. Harapan aku semua anak itu akan hidup membesar.

RVR II - Part III Week 36


Minggu 36 adalah minggu ketiga projek RVRII digerakkan. Berdasarkan plan reban yang telah di buat, minggu ini tingkat bawah boleh disiapkan dalam tempoh satu hari bekerja. Jadi aku pun menggerakkan apa yang di rancang. Dah ada pelan kat tangan ni senang la keja aku. Tapi apa yang aku rancang tak selancar yang di sangka.
 
Kehadiran aku di tapak lokasi seawal 8:30pagi tetapi kerja aku banyak tertangguh dengan kehadiran 3 orang budak kampung dalam lingkungan umur 12-14 tahun. Sekali sekala fikiran aku terganggu dengan perangai budak 3 orang ni. Jadi kerja aku jadi perlahan. Perancangan awal aku untuk balik makan tengahari terpaksa di batalkan.
 
Dengan tiba-tiba keseronokan membuat reban tiba pada pukul 3 petang. Dan aku nekad untuk menyiapkan tingkat bawah jadi aku bertungkus lumus menyiapkannya sebelum hari lewat petang. Akhirnya dalam pukul 5 petang aku dapat menyiapkan reban tingkat bawah yang berjumlah 6 sell cuma water tank saja yang belum dapat disediakan kerana kekurangan bahan mentah. Seperti biasa bila benda yang aku buat dah siap, aku akan layan mata jap dalam setengah jam sebelum aku beransur pulang.

Ini sebahagian gambar yang aku ambil pada hari semalam sempena lawatan ketiga di RVRII.

Pandangan kanan

Pandangan kiri: Dah standby 2 set bekas makanan semi auto
 
Pandangan Hadapan : 6 sel tingkat bawah

Luka-luka dari kerja-kerja BRC saiz 18

Perancangan RVRII
Perancangan hujung minggu ni
1. Menyiapkan tingkat dua yang juga berjumlah 6 sell
2. Setup water tank untuk pvc water feeder.
3. Menyiapkan bekas beranak
4. Membuat kemasan di pintu reban.

Sementara pada hari biasa,
1. Membeli bahan mentah untuk menyiapkan water tank
2. Menyiapkan 9 kaki pvc nipple drinker untuk tingkat 2
3. Menyediakan 10 tin aeresol untuk set bekas makanan semi auto.
4. Membeli kayu kecil untuk menguatkan bahagian pintu.

Pada minggu depan (minggu 39) aku akan memindahkan semua baka pedaging ke RVRII.

Perancangan pada minggu akan datang pula, memindahkan reban arnab dari seorang rakan ke RVRII yang berjumlah 6 sangkar. Sangkar ni jenis individual yang sudah ready made.

Thursday, 6 September 2012

Draft Design Reban

Minggu lepas masa aku setup tapak reban, aku terlupa pulak nak buat design/sketch. So pas aku buat tapak, aku termenung sendiri memikirkan macamana aku nak mula. Sampaikan bapak aku yang mundar mandir berhenti jap kat aku dan bertanya pasal benda ni. Aku kata design ada dalam kepala. Memang la dari segi saiz aku dah ada target dan ada dalam kepala, setiap unit reban mempunya saiz 1.5' x 1.5' x 2' tapi dari segi maklumat lengkap seperti bahan mentah dan langkah pembuatan, aku takde.
 
Jadi aku pun balik la ke rumah.
 
Tup-tup anak aku yang umur 2 tahun setengah kena chicken pox. So kenala aku ambil cuti 2 hari pada hari Selasa dan Rabu. Dan dalam cuti tu aku buat la sketch pertama ni yang bakal didirikan.


Sketch Reban
 
 
Sebenarnya sketch ni belum siap tapi dari segi bahan-bahan, sazi, kuantiti, detail dah ada dah kan,. Jadi kerja aku mudah la sikit lepas ni. Takde la aku duduk termenung dan membuat kerja last minit. Tunggang langgang jadinya. Nanti dah siap reban ni aku post la.


Tempat Makan

Yang ni pulak aku buat tempat makan dari bahan terbuang.



Dari gambar pun dah tau. Bahan terbuang yang utama ialah penutup tin cat spray (warna hitam), dan tin aeresol kosong yang bersaiz 600ml. Tujuan aku buat macam ni sebab nak  memudahkan pemberian makanan dari luar dan mengelakkan masa terbuang dengan bukak tutup pintu pagar. Aku ada idea untuk masa akan datang, aku akan buat timer. Insya Allah idea dah ada cuma draft kena buat. Buat masa sekarang aku dah standbykan lebih dari 20 tin aeresol yang nak di buang. Penutup spray hitam tuh aku mintak dari kilang aku.


Water Feeder.
Reban sekarang aku guna hos lutsinar saiz 10mm. Tapi sebabkan lumut membiak dalam hos, untuk reban baru aku cucukkan ajer water niple kat PVC paip. Lagipun PVC paip ni keras, jadi senang lekat kat BRC reban yang panjang. Tak lah BRC tuh bengkang bengkok.
 
 
Nipple yang dicucukkan pada pvc
 
Berdasarkan saiz nipple drinker sebanyak 6 pcs perlu di pasang siap pada PVC paip sepanjang 10 kaki. Set ini pun di pasang kat rumah je. Tak perlu ke lokasi RVR II yang terletak 20 mini perjalanan dari rumah aku. Dengan menggunakan kereta wira sedan, pvc nipple drinker tu pun tak la payah sangat untuk di bawa ke lokasi RVR II.
 
 
Tangki Air Water feeder.
Untuk water feeder, air tidak memerlukan tekanan yang tinggi bagi mengelakkan lebihan air terpancut keluar ketika arnab menggigit nipple drinker. Jadi sebuah tangki yang kecil adalah perlu untuk menyediakan takungan air yang cukup memberikan tekanan graviti ke atas air di dalam PVC water feeder. So target aku mula-mula nak pakai tangki flush toilet jenis duduk.
 
Usha kat kedai harganya dalam RM28 ringgit. Harga OK tapi bila aku tengok ada lobang bersaiz 2 inci kat bawah tangki tu yang nak di matchingkan dengan pvc saiz 1/2 inci, aku jadi buntu. So aku kensel terus nak beli tangki flush ni. Aku fikir baik aku buat sendiri dengan kos bahan yang kurang dari RM20.
 
 
Design tank yang aku pakai sekarang.
Kaedah Pasang Siap.
Disebakan lokasi RVRII sejauh 20 minit dan hanya pada hujung minggu saja dapat diluangkan masa untuk menjalankan projek ni, aku ambil kaedah pasang siapdi mana segala benda yang boleh di buat kat rumah, aku buat dulu pada hari biasa. Bila tiba pada waktu hujung minggu, semua benda yang telah di pasang siap akan di bawa ke lokasi RVII. Contoh barang yang boleh di pasang siap, dinding BRC, set nipple drinker, set bekas makanan, water tank dan sebagainya.

Lagipun masa kat lokasi aku malas di ganggu dengan pelbagai persoalan. Kau pun boleh tumpukan komitmen aku kat benda lain.

Monday, 3 September 2012

27+K22(5-1) = 31ekor

27 ekor baki terdahulu
5 ekor (K22) lahir dari seekor dara yang baru.
1 ekor mati on the spot mungkin kerana tak cukup bulan.

5 ekor lahir. Kelihatan seekor dah mati. Tak cukup bulan tuh.

Usia sekitar 2 jam ketika gambar ni di ambil pada waktu 6:30pagi

Ibu dara yang melahirkan anak buat kali pertama.
Baka mixed Anggora

Sunday, 2 September 2012

26+K21(1) = 27 ekor

26 baki terdahulu
K21 menambahkan stock seekor.
 
Ibu dari baka pedaging chincila yang seberat hampir 3kg telah melahirkan anak buat kali kedua. Rekod aku adalah F012. Jika sebelum ini pada 8bulan yang lepas ia melahirkan anak buat kali pertama di K4, tapi kali ini hanya seekor sahaja walaupun aku target dalam 3 ekor. Sedih betul. Masa dia bunting aku meraba perut dia pun tak lah sebesar sangat.  Nampaknya si pejantan utama tidak begitu subur ketika proses mengawan.
 
Antara kelebihan melahirkan anak kurang dari 3 ekor, si anak akan mendapat khasiat makanan dari susu ibunya dengan semaksimum dan tumbesarannya akan naik mendadak berbanding anak yang turun dalam 5 ekor ke atas. Disebabkan ibunya adalah baka pedaging, yang anak sekor ni aku tengok mempunyai saiz yang lebih besar berbanding kelahiran bulan August lepas. Hampir sebesar anak yang berusia 4-5hari.
 
Berdasarkan pemerhatian aku, pada hari beranak si ibu mempunyai tahap miang yang tinggi. So aku terus je kahwinkan ibunya. Memang betul. Mau saja si ibu mengawan. Nak dikatakan aku zalim pun ya. Hehe.
 
Next aku tengah tunggu lagi sekor dara beranak. Target K22 = 5 ekor minimum.

RVR II - Part II Week 35

Pemilihan BRC
 
Untuk projek RVRII, aku telah memilih BRC bersaiz 1/2" x 1/2" G20 sebagai lantai. Aku telah membuat keputusan dan meletakkan budget untuk membeli segulung yang berharga sekitar RM300. Berdasarkan survey dari kedai ke kedai, spec BRC ini amatlah susah untuk didapati kerana kedai tidak menyimpannya sebagai stok atas sebab kekurangan permintaan. Ada juga kedai besar (pembinaan) yang langsung tak pernah menjual spec BRC ini. Ada yang hanya menjual segulung dan tidak menjual ikut panjang potongan.
 
Kedai pertama aku dapat survey RM300 untuk 80kaki. Kedai kedua pula merupakan pembekal barang keluli pada harga borong untuk sekitar Melaka dan aku terus membelinya pada harga sekitar RM285.  Tapi yang aku tak puas hati pada keesokan harinya aku tersurvey dari kedai yang menawarkan harga RM150 untuk 50kaki buatan China. Ikutkan aku boleh rugi RM40 berbanding kedai kedua. Tapi apa nak buat. Dah nasib macam tuh.

Petang tuh terus aku hantar BRC beserta bahan yang lain ke lokasi RVR.

Penyediaan Tapak

Cuti 3 hari tapi hari Ahad baru aku ada masa untuk ke lokai RVR II. Tiba pun dalam pukul 11:00pagi walaupun aku janji kat bapak aku nak terpacak pukul 8 pagi. So aku pun mulakanlah langkah penyediaan tapak reban. Aku mengukur panjang reban 9 kaki. Jika setiap reban 1.5 kaki bermakna aku boleh menempatkan 6 reban.

Langkah pertama penyediaan tapak reban. Menggunakan kaedah letak di atas kayu.

Payah jugak buat reban di tempat baru ni. Lagi-lagi design pun baru. So aku pun tersangkut di bab rekabentuk. Dalam pukul 2 petang aku dapat berita dari mak aku yang Mak Long aku kat kat segamat meninggal dunia. So untuk lawatan pertama, sampai potongan 9 kaki je aku dapat buat sebab aku terpaksa bergegas ke Segamat pula. Rekabentuk dan proses melipat BRC aku terpaksa tanggungkan pada lawatan seterusnya.

Saturday, 1 September 2012

BRC Reban Arnab

Selalu sangat orang menggunakan istilah BRC untuk mencari jaring besi di kedai-kedai hardware tetapi tahukah anda BRC tuh singkatannya datang dari mana? Sebenarnya BRC adalah singkatan nama syarikat yang mengeluarkan jaringan keluli iaitu BRITISH REINFORCED CONCRETE. Syarikat ini telah lama mengeluarkan campuran keluli yang diperkuatkan (reinforced concrete) yang pada mulanya untuk keggunaan landasan keretapi. Disebabkan perkembangan teknologi dan perniagaan, BRC telah berkembang pesat dan membangun selama hampir 100 tahun.
 
Kat sini kita tak mau cerita pasal kampeni BRC tapi kita nak cerita pasal BRC wayar untuk reban arnab. Sebenarnya BRC yang kita cari-cari dan maksudkan eloklah di panggil sebagai Wire Mesh (Jaring Wayar). Tapi kelakar la pulak maksudnya kalau kita pakai bahasa baku ni kat kedai hardware, tentu tokey kedai akan tercengang-tercengang. Tapi takpe la, istilah BRC pun dah diterima pakai oleh semua orang, jadi kita pakai je lah.
 
BRC ada pelbagai jenis dan spesifikasi bergantung pada kehendak dan keperluan. Ada jenis keluli tahan karat (stainless steel) yang berharga amatlah mahal. Ada jenis plastik. Ada yang nak murah tapi tak tahan lama. Ada yang made in china dan berbaloi jugak bila diguna.

Untuk BRC reban arnab, spesifikasi yang selalu digunakan adalah jaringan keluli berjarak 1/2" x 1/2". Sementera tebal wayar yang digunakan di ukur dalam unit G (Gauge). Untuk saiz 1/2", setakat ini aku jumpa dari setebal G18 hingga senipis G20. Seterusnya ia mempunyai 2 jenis kategori iaitu bersalut dan tidak bersalut. Selalunya tidak bersalut adalah yang paling murah kerana ia tidak tahan karat. Kategori bersalut pula ada beberapa jenis, bersalut galvani dan bersalut plastik (pelbagai warna).
 
Gauge chart

Dibawah ni aku tunjuk ringkasannya dari keluarga 1/2"x1/2".
 
 
 
Antara kelebihan BRC untuk reban arnab adalah, 
  1. Murah : Buat masa sekarang 1 meter x 3 kaki lebar untuk G20 = RM 3. Segulung 80kaki hanya RM50-60.
  2. Mudah dibentuk : Yang saiz G20 memamg senang la di bengkok - bengkok. G18 payah sikit tapi ok la jugak. Dah saiz tebal.
  3. Ketahanan : Kalau nak murah amik G20. Kalau nak mahal dan tahan lama amik G18
  4. Proses Pembuatan : BRC senang di stapler pada kayu. Atau semata-mata BRC untuk reban, ia boleh dicantum dan diikat dengan wayar atau kabel tie.
Berdasarkan pengalaman sendiri selama 2 tahun dan pendapat bersama seorang rakan, kebanyakan pertenak kecil menggunakan BRC yang paling murah iaitu setebal G20 sebagai permulaan. Pemilihan ini adalah tepat tetapi hanya untuk jangka masa pendek yang dapat bertahan sekitar 6-10bulan sahaja. Disebabkan sifat arnab yang jenis mengais dan kencing di satu sudut bahagian sahaja, BRC ini mudah berkarat dan cepat reput. Ini menyebabkan kos berlipat kali ganda perlu di habiskan untuk penyelenggaraan, masa dan bahan mentah semasa menggantikan BRC yang baru. Sementara BRC G18 berdasarkan pemerhatian, ia masih kelihatan baru walaupun sudah setahun pakai. Kedai pun kata paling minimum ia bertahan selama 3 tahun. Jika kena penggunaannya ia boleh mencecah ketahanan selama 6 tahun!

So, apa pilihan anda?