No. Batch Kelahiran : K038
Tempat Kelahiran : RVR (transfer dari RVRII pada 27hb Januari 2013)
Kod Induk; Betina : F156, Jantan : M032
Hari dan Tarikh Kelahiran : Selasa, 29hb January 2013
Masa Kelahiran : 12:30tgh malam - 7:00pg (membuta la)
Jumlah Anak : 6 ekor (#156-#161)
Jumlah Keseluruhan Anak : 6 ekor (reset selepas pindah ke RVR)
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 1 kali (reset selepas pindah ke RVR)
Kelahiran Terakhir : 2 kali di RVRII, tiada rekod terperinci.
Jarak Kelahiran Terakhir : tiada rekod terperinci.
Situasi Kelahiran : Perfect
Stock sebelum kelahiran: 49 ekor
Stock selepas kelahiran : 55 ekor (5 jantan, 12 betina, 38 anak)
Menternak dan Menjual Arnab Pedaging dari umur 6 minggu (RM50) sehingga 8 bulan (RM350) dan juga Daging Arnab Beku RM35/kg. Huhubungi kami di talian 017-7998004 untuk urusan tempahan dan penghantaran.
Tuesday, 29 January 2013
Artikel - Plan Penternakan Arnab Pedaging
Artikel ini dipetik dari http://arnabawieto.blogspot.com/ yang dipost pada 29 september 2011
Setelah meninjau berpuluh-puluh projek ternakan arnab yang dijalankan oleh rakan-rakan dan kenalan, saya dapati kegiatan ternakan arnab pedaging kebayakannya mengalami lambakan arnab kacukan pelbagai jenis dan jarak usia yang berbeza. Kandang ternakan bertambah sesak apabila perternak arnab juga tidak mahu ketinggalan mengusahakan ternakan arnab cantik (pet). Fenomena ini mengakibatkan pengurusan komersil yang celaru dan tidak terurus. Kesan mutakhir dari fenomena ini adalah pengeluaran arnab yang tidak selari dengan kehendak pasaran. Permintaan terhadap baka tulen gagal dipenuhi sebaliknya baka kacukan yang celaru memenuhi kandang dan sukar mendapat pasaran.
Ramai penternak arnab mengeluh dan meminta pandangan. Saya telah meninjau dan meneliti masalah ini dan saya berpendapat bahawa masalah ini berpunca dari perusahaan yang tidak terancang sedari awal. Sedari awal lagi penternak arnab tidak menentukan arah tuju perusahaannya dan tidak merancang dengan betul. Sebelum menghasilkan sesuatu produk, sepatutnya pengusaha mengkaji terlebih dahulu kehendak pasaran dan kaedah pemasaran yang berkesan. Dari sudut penternakan arnab pedaging secara komersil, kita hendaklah menghasilkan arnab pedaging sebagaimana kehendak dan permintaan pasaran supaya hasil usaha kita tidak terkandas di pertengahan jalan. Oleh itu pemilihan baka atau jenis arnab pedaging yang betul memainkan peranan penting supaya produk yang dihasilkan sesuai dan selari dengan kehendak pasaran. Ini bererti baka pedaging yang besar dan produktif tidak semestinya menguntungkan.
Flemish Giant yang besar dan mampu mencapai berat sehingga 8 kg memang agak menarik untuk pengeluaran daging arnab tetapi berdasarkan kajian, penelitian dan permintaan atau pesanan yang diterima pada masa ini, kehendak pasaran menjurus kepada arnab yang mempunyai berat di bawah 2 kg seekor. Arnab tempatan yang beratnya sekitar 1.5 - 2.3 kg yang dianggap tidak komersil sebagai arnab pedaging kini lebih diminati dan mendapat lebih permintaan. Bagi kaum Cina yang lebih dahulu meminati daging arnab pula berkehendakkan arnab tempatan yang makan kangkung dan tidak berminat pada arnab yang diternak dengan diberi makan pelet atau dedak. Fenomena ini tidak sepatutnya terlepas pandang dalam merancang penternakan arnab pedaging secara komersil.
Pada pandangan saya, arnab jenis Chincilla yang yang beratnya 2 - 3 kg pada usia 2 - 3 bulan dengan daging yang lebih padat adalah lebih sesuai dan selari dengan kehendak pasaran. Pada usia 6 -7 minggu, arnab Chincilla mencapai berat sekitar 1.5 - 2 kg. Ini lebih menepati permintaan pasaran dan tempoh tuai yang lebih pendek tentunya menjimatkan kos pengeluaran.
Pemilihan Baka dan Penghasilan Induk Tuai
Pemilihan atau penentuan jenis baka untuk memulakan projek ternakan arnab pedaging adalah amat penting dan memakan kos yang agak tinggi. Walau bagaimanapun, kaedah memulakan projek dengan induk matang walaupun memerlukan kos permulaan yang tinggi, adalah lebih menguntungkan dari aspek penjimatan masa berbanding memulakan projek dengan baka yang berumur 1 atau dua bulan meskipun baka dalam usia begini lebih mudah diperolehi dan lebih murah.
Dengan permulaan 1 set 3 ekor baka matang (1 penjantan dan 2 betina), kita dapat menghasilkan sehingga 12 ekor anak baka tulen dalam tempoh sekitar 2 bulan. Anak baka tulen ini pula akan mencapai tempoh matang selepas 5 - 6 bulan. Dalam tempoh sekitar setiap 2 bulan set 2 ekor induk asal akan menghasilkan sekitar 12 ekor anak lagi. Selepas 8 bulan anda mempunyai 15 ekor baka tulen matang, 12 ekor baka tulen 4 bulan, 12 ekor baka tulen 2 bulan dan 12 ekor baka tulen 1 minggu. Pada bulan ke-9 projek anda, jika separuh dari 15 ekor baka matang anda adalah betina maka sekitar 40 ekor anak akan dapat dihasilkan dalam satu pusingan. Pada masa yang sama anda mempunyai 8 ekor penjantan matang, 12 ekor baka tulen 5 bulan, 12 ekor baka tulen 3 bulan dan 12 ekor baka tulen 1 bulan yang boleh di jual sebagai baka tulen kepada penternak lain memerlukan baka tulen untuk memulakan projek. Ketika ini anda mempunyai 15 ekor arnab baka tulen matang + 12 ekor baka tulen 5 bulan + 12 ekor baka tulen 3 bulan + 12 ekor baka tulen 1 bulan + 40 ekor anak arnab baka tulen baru lahir. Maka anda perlu memilih sejumlah induk matang betina sebagai induk tuai dengan beberapa ekor penjantan sahaja untuk menghasilkan jumlah anak tuai (untuk menghasilkan daging) yang diperlukan. Lebihan baka bolehlah dijual sebagai baka atau dijual dagingnya supaya tidak berlaku lambakan stok yang memerlukan kos (pelet /makanan) dan ruang yang berlebihan.

Contoh Perangkaan Pengeluaran Arnab Pedaging
Anggaran Penghasilan Baka untuk 1 Tahun dengan set 3 (1 Penjantan : 2 Betina)
Bulan
|
Jumlah Baka
|
Bilangan Baka Matang
|
Lebihan Penjantan
( penyisihan )
|
0 Bulan
| 3 | 3 (1J : 2B) | |
1 1/2 Bulan
| 13 | 3 (1J : 2B) |
( 4 )
|
3 Bulan
| 23 | 3 (1J : 2B) |
( 9 )
|
4 1/2 Bulan
| 33 | 3 (1J : 2B) |
( 13 )
|
6 Bulan
| 43 |
3 (1J : 2B)
|
( 16 )
|
7 1/2 Bulan
| 53 |
13 (7J : 6B)
|
( 20 )
|
9 Bulan
|
83
|
23 (12J : 11B)
|
( 33 )
|
10 1/2 Bulan
|
138
|
33 (17J : 16B)
|
( 55 )
|
12 Bulan
|
218
|
53 (26J : 27B)
|
( 87 )
|
13 1/2 Bulan
|
353
|
83 (42J : 41B)
|
( 141 )
|
Dengan anggaran 5 ekor anak setiap kelahiran dan bandingan kelahiran Jantan : Betina = 1:1

Berdasarkan jadual di atas, strategi penyisihan penjantan perlu diberi perhatian. Penyisihan boleh dilakukan samada dengan menjual daging atau benih baka. Masalahnya, anda cuma ingin melakukan penyisihan penjantan dan perlu mengumpul induk tuai betina. Anda tidak akan dapat menjual semua penjantan sebagai baka kerana tiada padanan baka betinanya. Jika anda memulakan penyisihan pada bulan ke-3, anda akan menghadapi masalah kekurangan penjantan matang apabila terdapat permintaan set baka oleh penternak yang ingin mengikut jejak anda. Anda perlu merancang masa yang sesuai untuk penyisihan, Penyisihan penjantan berlebihan boleh mengurangkan kos penternakan tetapi kekurangan bekalan baka penjantan akan megurangkan keuntungan pada masa permintaan set baka meningkat.
Anda perlu menggunakan kebijaksanaan anda untuk menyelesaikan permasalahan ini berdasarkan kaedah, tujuan dan matlamat perusahaan anda !
Penentuan Jumlah Induk Tuai yang diperlukan
Jumlah induk tuai yang diperlukan adalah penting ditentukan mengikut keperluan pengeluaran. Pengeluaran yang tidak terkawal akan menyebabkan lambakan stok di samping meningkatkan kos. Lambakan stok akan menyebabkan peningkatan kos penjagaan dan keruntuhan harga di pasaran.
Anda sepatutnya merancang berapakah jumlah pengeluaran setiap pusingan. Dari itu anda dapat menentukan jumlah induk tuai yang diperlukan. Jika anda ingin mengeluarkan 50 ekor arnab pedaging setiap pusingan (sekitar 2 bulan), anda akan memerlukan 10 induk betina matang sebagai induk tuai dengan 2 ekor penjantan matang. Anda boleh membeli 2 ekor penjantan matang dan 10 ekor induk betina matang dengan anggaran kos RM2,250.00 (RM250.00 seekor). anda akan dapat menghasilkan keluaran sekitar 60 ekor anak tuai selepas 6 minggu dan 60 ekor lagi setiap 6 minggu - 2 bulan. Atau anda bermula dengan 1 set 3 ekor baka tulen matang (RM750.00) untuk menghasilkan 12 ekor induk matang sebagai induk tuai dalam tempoh 6 bulan.
Masalah Mendapatkan Baka Tulen Matang
Baka tulen matang biasanya diimport dari luar negara. Harganya tidaklah terlalu mahal tetapi kos pengangkutan dan urusan import menyebabkan harganya menjadi agak mahal. Lagi pun, tidak berbaloi untuk mengimport hanya beberapa ekor baka arnab matang dari luar negara.
Pada masa sekarang, terdapat banyak baka tulen yang dibiakkan di negara kita. Harganya jauh lebih murah iaitu sekitar RM 25.00 seekor anak berusia 3 minggu, RM 120.00 seekor anak 2 - 4 bulan dan RM 250.00 seekor induk matang. Walau bagaimanapun, induk matang amat sukar diperolehi kerana penternak biasanya enggan menjual baka matang kerana baka matang sudah boleh mengeluarkan hasil dan penjualan baka matang dirasakan boleh mengakibatkan persaingan pengeluaran.
Kaedah Tender Pesanan Baka Matang
Kaedah tender pesanan baka matang dapat menyelesaikan masalah bekalan baka dan lebih menguntungkan kedua belah pihak pembekal dan pembeli. Kaedah ini dilakukan dengan satu perjanjian pesanan yang dibuat antara pembiak baka dan penternak baru yang memerlukan baka. Caranya ialah, pembiak baka diberi tender membekalkan sejumlah baka matang yang diperlukan dalam tempoh 6 bulan. Suatu perjanjian bertulis perlu dibuat dan pemberi tender perlu membayar sejumlah deposit / pendahuluan kepada pembiak baka yang menerima tender. Pembiak baka akan bertanggungjawab menternak sejumlah baka yang dipesan sehingga matang dalam tempoh perjanjian. Selepas 6 bulan, barulah penternak baru memulakan usaha penternakannya dengan baka matang yang ditempahnya itu.
Dengan kaedah ini penternak baru tidak perlu memelihara benih baka atau anak arnab dan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan seperti menyiapkan kandang dan sangkar, merancang plan pemasaran, menambah pengetahuan dan sebagainya. Pembiak baka pula dapat menumpukan perhatian kepada usaha membiak dan menternak bakanya kerana mempunyai tender yang menjamin pendapatannya. Oleh itu kaedah ini lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Pedaging - MOQ & 180ekor
Permakanan 1,000kgs
Jika 90ekor arnab pedaging berjaya diternak dalam masa sebulan, RVR akan menyasarkan pemakanan untuk 1,000kgs atau 1 metrik tan sebulan. Jumlah ini disasarkan kerana RVR ada merancang untuk mendapatkan makanan yang jauh lebih murah. Jadi jumlah pembelian yang banyak dapat merendahkan kos makanan yang dibeli dari pembekal kerana faktor jumlah minimum pesanan (Minimum Order Qty - MOQ). RVR menyasarkan pengurangan RM0.20 dari RM2/kg ke RM1.80/kg.
Jika 1 tan makanan sebulan;
Jumlah arnab pedaging = 1,000kg / 180g = 185ekor
Kos makanan 1 MT = 1,000kg x RM 1.80 = RM 1,800
Jualan = 185ekor x 1.75kg x RM 25 = RM 8,093.75
Keuntungan kasar = RM 8,093.75 - RM 1,800 = RM 6,293.75
Induk untuk 180ekor
RVR telah mengira berdasarkan MOQ 1,000kgs untuk 180 ekor. Jumlah ini memerlukan induk betina sebanyak 36ekor (berdasarkan 5 ekor anak seinduk) dan penjantan 8ekor (purata seekor bagi 5 betina). Induk-induk ini adalah kos sampingan yang ditanggung oleh RVR. Antaranya pemakanan dan reban yang berasingan. Kos sampingan makanan adalah seperti berikut;
Betina = 36 ekor x 180g x 30hari = 140kg
Jantan = 8 ekor x 90g x 30hari = 21kg
Jumlah kos sampingan = (140 + 21) x RM1.80 = RM289.80 sebulan.
Maka keuntungan kasar akan berbaki = RM 6,293.75 - RM 289.90 = RM 6,003.95
Dan yang pastinya RVR tidak akan lagi kerja makan gaji, sebaliknya perlu melakukan kerjaya ini secara tetap kerana jumlah induk yang diperlukan melebihi jumlah induk yang berada didalam tangan RVR sekarang ini. Ia memerlukan kawasan yang sesuai dan lebih besar. Ini adalah satu perancangan yang lain.
Post seterusnya akan membincangkan kos-kos sampingan yang lain.
*DISCLAIMER: Posting pedaging RVR ini hanya berdasarkan 2 tahun pengalaman RVR dalam penternakan secara kecil-kecilan. RVR tidak pernah mengikuti mana-mana kursus penternakan. Ia juga berdasarkan pemahaman RVR dalam bidang pengurusan dan pengekosan yang ditimba melalui pembelajaran. Selain itu, pengalaman penternak lain juga dipinjam dengan cara tidak langsung. Walau bagaimanapun, mana-mana kekurangan atau kesalahan dari segi pemahaman RVR harap boleh ditegur melalui komen-komen. JANGAN MENGIKUT CARA RVR JIKA ANDA KURANG YAKIN. Posting ini juga sebagai pembakar semangat RVR untuk menternak dalam kuantiti yang besar-Insya Allah. Doakan kejayaan kami.

Monday, 28 January 2013
Pedaging - Pengiraan Asas.
Ini adalah beberapa study dan pengalaman yang RVR selepas lebih dua tahun RVR di wujudkan.
Jumlah anak sebulan.
Dengan stok induk arnab sedia ada, RVR yakin dapat memasarkan 20 ekor sebulan. Ini kerana dengan pemantauan dan aktiviti RVR dalam 2 bulan kebelakangan ini, anak arnab berjaya dihasilkan dari 9 ekor induk sekitar 20 ekor sebulan. Dec'12 anak yang lahir dalam 20 ekor, bulan ini sahaja sudah 21ekor terhasil. Walaupun begitu terdapat kematian 4 ekor (20% Dec'12) dan seekor (4.7% Jan'13). Walaupun baka mix, ini akan menjadi pengalaman RVR untuk menternak arnab pedaging.
Dari segi pemerhatian, dengan 9 ekor induk dan kekerapan beranak dalam tempoh 70-80hari dan 5 ekor sekali beranak, RVR yakin jumlah minima 15 ekor anak dari 3 ekor induk akan beranak dalam sebulan. Bulan ini sahaja 5 induk beranak, Dec'12 pula 4 ekor! Ini baru baka mix anggora. Bagaimana jika RVR menggunakan baka pedaging atau baka tempatan yang mempunyai produktiviti yang lebih dari sekarang?

Makanan.
Pada masa sekarang, jumlah induk RVR tidak lah sebanyak mana yang ada. Dengan 4 ekor penjantan dan 9 ekor induk betina, RVR berjaya menghasil lebih 40 ekor anak dalam masa 2 bulan ini. Dari faktor permakanan, induk-induk ini hanya memerlukan 2.3kg sehari @ 180g sehari. Ini menjadikan 2.3kg x 30hari = 70kg sebulan.
Anak arnab yang berumur dari sehari hingga sebulan tidaklah memakan kuantiti palet yang begitu banyak. Mereka hanya akan mula makan palet pada umur 3 minggu. Dan betul-betul makan selepas berat mencecah lebih dari sekilo iaitu selepas umur anak dalam 6 minggu dan dipisahkan dari ibunya. Selepas berumur 6 minggu, anak akan menjalani proses penggemukkan sehingga anak ini mencecah umur 2.5 - 3 bulan untuk mendapatkan berat melebihi 1.5kg. Ini bagi anak mixed di RVR. Jika arnab pedaging, ia hanya memerlukan proses penggemukkan kurang dari 2 bulan untuk menghasilkan berat melebihi 2.5kg sebulan!
Jika dikira pusingan 20 ekor sebulan dengan umur 2 bulan penggemukkan, RVR memerlukan 40 ekor stock. Tetapi jumlah makanan yang diperlukan untuk 20ekor x 180g x 30 hari = 108kg sebulan. Ini bersamaan RM2 x 108kg = RM216 sebulan.
Jualan dan Keuntungan Kasar
Arnab Mixed.
20 ekor jualan sebulan tidaklah banyak mana. Dengan mengambil kira seekor pedaging mixed hidup yang seberat 1.5kg, ia boleh menghasilkan sebanyak 1kg daging (30% organ di buang). Jualan akan mencecah 20 ekor x RM25/kg/ekor = RM500 sebulan. Jika di ikut kepada keuntungan kasar (gross profit - GP) tidak lah banyak mana; RM500 - RM216 = RM 284 sahaja sebulan. Ini dapat di pertingkatkan dengan menternak arnab pedaging.
Arnab Pedaging.
Dengan menggunakan arnab pedaging, jangka hayat penggemukkan dipendekkan 25% dari 2 bulan kepada 1.5 bulan sahaja. Jika diikutkan pengambilan makanan yang sama seperti arnab mixed , RVR boleh menternak sebanyak 30ekor sebulan. Arnab pedaging boleh menghasilkan 2.5kg daging hidup dan 1.75kg karkas. Jika 30ekor, jumlah jualan bulanan dapat dipertingkatkan dari RM500 kepada RM1,312.50 seterusnya GP dipertingkatkan dari RM284 kepada RM880.50.
Jualan pedaging sebulan : 30ekor x 1.75kg x RM25 = RM1,312.50
Keuntungan kasar (GP) = RM 1,312.50 - RM 432 = RM 880.50
3 kali ganda @ 90ekor sebulan
Jika dipertingkat kepada 3 kali ganda dengan 90ekor sebulan, berikut adalah pengiraannya;
Jumlah pengambilan makanan = 90 ekor x 180g x 30hari = 486kg
Jumlah kos makanan = 486kg x RM2 = RM 972.00
Jumlah bulanan daging di hasilkan = 90 ekor x 1.75kg = 157.5kg
Jumlah jualan = 90 ekor x 1.75kg x RM25 = RM 3,937.50
Keuntungan kasar = RM 3,937.50 - RM 972 = RM 2,965.5
Dengan keuntungan kasar ini, RVR boleh mula menggaji seorang pekerja separuh masa untuk mengendalikan RVRII. Arnab hanya perlu jaga makan dan penyelenggaraan lain seperti najis sahaja. Ubat-ubatan dan pemantauan lain hanya perlu sekali seminggu sahaja.
Sila ikut posting seterusnya untuk pengiraan besar-besaran.
*DISCLAIMER: Posting pedaging RVR ini hanya berdasarkan 2 tahun pengalaman RVR dalam penternakan secara kecil-kecilan. RVR tidak pernah mengikuti mana-mana kursus penternakan. Ia juga berdasarkan pemahaman RVR dalam bidang pengurusan dan pengekosan yang ditimba melalui pembelajaran. Selain itu, pengalaman penternak lain juga dipinjam dengan cara tidak langsung. Walau bagaimanapun, mana-mana kekurangan atau kesalahan dari segi pemahaman RVR harap boleh ditegur melalui komen-komen. JANGAN MENGIKUT CARA RVR JIKA ANDA KURANG YAKIN. Posting ini juga sebagai pembakar semangat RVR untuk menternak dalam kuantiti yang besar-Insya Allah. Doakan kejayaan kami.
Pemindahan RVRII ke RVRI
Lawatan terbaru pada Ahad 27hb di buat selepas 3 minggu lawatan tertangguh. Selepas pengumuman penstrukturan semula RVRII pada posting lepas, berikut adalah langkah-langkah awal yang telah di ambil;
1. Pemindahan semula 4 ekor induk ke RVR:
1 Jantan (CODE# M032) dan
3 ekor betina CODE#
F090 - perang cerah yang sudah 2 kali beranak di RVRII
F083 - dara warna kelabu mix chincilla berumur dalam 5 bulan.
F156 - sedang bunting, induk baru ini adalah terus dari Fagrorabittry ke RVRII
2. Pemindahan 10 ekor anak untuk digemukkan;
5 ekor K029 (#117,#118,#119,#120 & #121) berumur 50hari
3 ekor K030 (#123,#124 & #125) berumur 49hari
2 ekor K031 (#130 & #131) berumur 31hari
Dengan kematian seekor anak dari K036, sekarang RVR mempunyai stock sebanyak 49 ekor (5 jantan, 12 betina, 32 anak)

Friday, 25 January 2013
Pedaging - Mukadimah
RVR melihat sektor penternakan arnab pedaging boleh pergi lebih jauh jika serius dalam menceburkan diri dalam bidang ini. Apa yang RVR lihat semasa Rakan Arnab Vol I, kehadiran dan infomasi dari penternak daging arnab amat-amatlah kurang. Jika ada pun, luar dari melaka
Sejak RVR menyertai Rakan Arnab Vol I tempoh hari, bertambah-tambah pertanyaan yang menginginkan stock daging arnab. Antara permintaan tersebut 20 ekor seminggu untuk sate, 20 ekor sebulan untuk restoran dan lain-lainnya. Andai kata RVR menerima pesanan tersebut, RVR perlu serius dalam menternak arnab pedaging.

Apabila menerima sesuatu permintaan yang berterusan dan ingin menjaga nama dalam bidang yang diceburi, bekalan ini tidaklah boleh mengalami shortage atau erti kata lain short supply. Berdasarkan konsep Mass Production, tiada masa untuk mengalami short supply atau putus bekalan kepada pelanggan. Jadi berapa ekor kah RVR perlu ternak untuk tidak mengalami putus bekalan dan berapakah inventory yang diperlukan, dan kekerapan kelahiran anak yang baru. Faktor-faktor ini adalah keutamaan dalam menjaga hati pelanggan.
Dalam konsep Mass Production (MP) iaitu konsep pengeluaran besar-besaran yang berterusan, banyak faktor yang perlu di ambil kira. Antara lainnya kos bahan mentah (raw material cost), jualan bulanan (monthly sales atau revenue), kos pengeluaran (overhead cost), gaji pekerja dan lain-lain. Dengan harga sekilo karkas (daging arnab selepas siap di proses) hanya dalah RM25-30, konsep MP amatlah kritikal di mana semua kos perlu diambil kira dengan lengkap.
Ini belum lagi kita lihat pada modal permulaan yang akan digunakan untuk kos setup reban. Berapa agaknya untuk permulaan? Berapa ekor perlu diternak untuk supply 20 ekor sebulan? Bagaimana pula 1,000ekor?
Semua ini penting dan RVR dalam mengorak langkah untuk menjadikan angan-angan ini satu kenyataan. Jadi bermula pada hari ini, RVR merancang untuk menternak dan memasarkan arnab pedaging dalam sekitar 20 ekor sebulan.
*DISCLAIMER: Posting pedaging RVR ini hanya berdasarkan 2 tahun pengalaman RVR dalam penternakan secara kecil-kecilan. RVR tidak pernah mengikuti mana-mana kursus penternakan. Ia juga berdasarkan pemahaman RVR dalam bidang pengurusan dan pengekosan yang ditimba melalui pembelajaran. Selain itu, pengalaman pernternak lain juga dipinjam dengan cara tidak langsung. Walau bagaimanapun, mana-mana kekurangan atau kesalahan dari segi pemahaman RVR harap boleh ditegur melalui komen-komen. JANGAN MENGIKUT CARA RVR JIKA ANDA KURANG YAKIN. Posting ini juga sebagai pembakar semangat RVR untuk menternak dalam kuantiti yang besar-Insya Allah. Doakan kejayaan kami.

Thursday, 24 January 2013
Resturcturing RVRII
Dah lama tak update RVRII sejak owner kembali sibuk dengan part time study dan terlibat dengan Rakan Arnab. Ini membuatkan RVR tidak dapat turun ke RVRII sejak 3 minggu yang lepas. Antara lain, info dari penjaga RVRII, telah terdapat kematian seekor induk dan keadaan amatlah daif di mana tiada kelahiran terbaru di catat.
Jadi RVR telah mengambil keputusan untuk membuat strategi baru selepas strategi sebelum ini tidak menjadi. Antara keputusan tersebut adalah penutupan RVRII. Tetapi disebalik penutupan RVRII, adalah lebih baik dibuat penstrukturan semula. Antara cadangan ialah;
- RVRII akan menjalankan proses penternakan pedaging sahaja.
- Untuk proses pengemukkan, kualiti makanan akan di pertingkatkan dengan pemberian palet dari jenama Cargill. Kuantiti juga akan dipertingkatkan kerana pedaging amatlah memerlukan sumber protein yang tinggi untuk menambah berat badan.
- Segala pembiakan tidak akan berlaku lagi di RVRII, sebaliknya akan di buat di RVR. Ini bermakna segala induk akan berada di RVR.
- Peningkatan baka dari pedaging akan juga ditingkatkan di mana induk pedaging yang berkualiti akan dimasukkan secara berperingkat di RVR.
- Buat permulaan, RVR akan menyasarkan induk betina sehingga 10ekor dan penjantan sebanyak 2 ekor dengan nisbah 1 jantan : 5 betina. Jumlah ini akan ditingkatkan sehingga 20ekor induk betina.
Sampai di sini sahaja update RVRII. Hujung minggu ini RVR akan mengambil dahulu separuh dari stock di RVRII untuk tujuan jualan daging. Baka yang besar akan di simpan sebagai pedaging.
Tuesday, 22 January 2013
K037(1)+55 = 56ekor
No. Batch Kelahiran : K037
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F088, Jantan : M087
Hari dan Tarikh Kelahiran : Isnin, 21hb January 2013
Masa Kelahiran : 6:00ptg - 8:00ptg
Jumlah Anak : 1 ekor (#155)
Jumlah Keseluruhan Anak : 3 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 2 kali
Kelahiran Terakhir : K027 (2 ekor mati) - 1hb November 2012
Jarak Kelahiran Terakhir : 81hari
Situasi Kelahiran : Perfect
Stock sebelum kelahiran: 55 ekor
Stock selepas kelahiran : 56 ekor (4 jantan, 9 betina, 43 anak)

Monday, 21 January 2013
Menginject Arnab Kurap
Semalam baru perasan anak arnab berbaki 5 ekor dari K029 yang berusia 44hari telah dijangkiti parisit di bahagian telinga, hidung dan kuku. Senang cerita kena KURAP.
Ikutkan pengalaman selepas lebih setahun RVR bela arnab, baru kurap ini menjelma. Dari pemantauan RVR, salah satu sebab arnab kena kurap mungkin faktor genetik. Apakan tidak, salah satu K029 telah di campurkan dengan K028, tetapi K028 tidak menunjukkan tanda-tanda di jangkiti.
So aku pun kenalah jadi doktor veteriner partime. Ini proses yang aku lakukan untuk menginject arnab-arnab tersebut.

Selalu kurap akan nampak di bahagian telinga, hidung dan kuku. |
Ini ubat suntikan yang aku gunakan 1ml bagi 50kg. Kalau arnab 2.5kg adalah dlm 0.05ml Kalau anak dalam sekilo 0.02ml |
Senang je keja ni. Kalau kat vet kena bayar RM10 sekali inject. Kita inject sendiri lagi puas hati. Dalam masa 1 minggu, kurap kering dan menjadi kuping. Dalam masa 2 minggu ia akan gugur dan akan menampakkan bahagian kulit yang kena kurap itu kemerah-merahan, lepas tuh akan tumbuh bulu baru.
Antara lain sebab kurap muncul mungkin kerana faktor persekitaran reban yang kurang memuaskan. Arnab juga boleh dijangkiti jika selalu dibiarkan bermain di atas tanah, . Jika dibiarkan lama, ia boleh menjangkit ke reban sebelah seterusnya ke seluruh reban. Selain jadi tak cantik ia juga boleh membawa kepada kematian. Jadi kita kena bertindak cepat.
Setakat ni alhamdulillah, arnab di RVR hanya menghadapi penyakti kurap sahaja dan ini adalah kali keempat RVR menginject arnab dalam kuantiti yang banyak - 5 ekor sekali gus.

K036(6)+49 = 55ekor
No. Batch Kelahiran : K036
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F047, Jantan : M042
Hari dan Tarikh Kelahiran : Ahad, 20hb January 2013
Masa Kelahiran : 6:00ptg - 8:00ptg
Jumlah Anak : 6 ekor (#149 ~ #154)
Jumlah Keseluruhan Anak : 17 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 3 kali
Kelahiran Terakhir : K027(6ekor) - 4hb November 2012
Jarak Kelahiran Terakhir : 77hari
Situasi Kelahiran : Perfect
Stock sebelum kelahiran: 49 ekor
Stock selepas kelahiran : 55 ekor (4 jantan, 9 betina, 42 anak)

K035(4)+45 = 49ekor
No. Batch Kelahiran : K035
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F041, Jantan : M097
Hari dan Tarikh Kelahiran : Jumaat, 18hb January 2013
Masa Kelahiran : Jumaat - Sabtu (balik kpg, Ahad petang baru perasan)
Jumlah Anak : 4 ekor (#145 ~ #148)
Jumlah Keseluruhan Anak : 9 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 3 kali
Kelahiran Terakhir : K028(3ekor) - 7hb November 2012
Jarak Kelahiran Terakhir : 72hari
Situasi Kelahiran : Perfect
Stock sebelum kelahiran: 45 ekor
Stock selepas kelahiran : 49 ekor (4 jantan, 9 betina, 36 anak)

Monday, 14 January 2013
Jual 4 ekor anak
Pada event Rakan Arnab tempoh hari, 11 ekor anak telah dipamerkan. Semuanya masing-masing dari K29(6 ekor) dan K31(5 ekor). RVR telah berjaya menjual 2 pasang anak (seekor dari K29 dan 3 dari K31) . Dari pemerhatian RVR, kali ini anak yang dijual adalah bukan dari anak yang mempunyai warna putih.
Jadi anak K29 & K31 sekarang yang tinggal adalah berwarna putih (atau warna putih bertompok warna lain).
Selepas di jual, baki di RVR seperti di bawah;
Stock sebelum jualan: 49 ekor
Stock selepas jualan : 45 ekor (4 jantan, 9 betina, 32 anak)
Rakan Arnab Vol 1
Assalamualaikum,
Pada hari Ahad, 13hb Jan (semalam) RVR telah menyertai program "Meet Rakan Arnab Vol I". Alhamdulillah ia telah berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kelewatan dari perancangan asal. Majlis berakhir dlm sekitar pukul 4:30ptg. Antara gambar yang di ambil dari facebook group Rakan Arnab.
Jualan Arnab Mix
Pada masa yang sama, buat pertama kalinya RVR telah membuka lembaran baru dengan menyertai pameran dan jualan secara langsung. Sebelum ini RVR hanya menjual anak dan daging melalui rakan arnab yang lain. Rakan Arnab RVR tidak ramai, hanya En Nizam aka PurpleRabbit dan En Faizal aka Fagrorabbitry saja yang mengambil stock dari RVR. Jika ada direct customer yang deal dengan RVR, itupun mereka yang mengusulkan RVR untuk menjual pada mereka.
Mula-mula RVR agak segan juga untuk bersaing dengan otai-otai yang menjual baka pedigree yang berharga beratus-ratus ringgit. Tapi atas sikap ingin terus maju dan hidup dalam persaingan yang sihat, RVR teruskan juga niat untuk masuk pameran dan jualan arnab yang disediakan khas dalam event tersebut.
Kali pertama menjual secara langsung, RVR tidak berapa sedia dari segala kelengkapan. Semua di buat pada saat akhir. Tapi alhamdullih, dari 11 ekor anak mix yang di pamerkan untuk jualan dari pukul 11pagi hingga 5ptg, 4 ekor atau 2 pasang anak telah di jual.
Berdasarkan flyer yang diedarkan, bulan depan 17hb/Feb dijangkakan Rakan Arnab akan buat event kali kedua. Insya Allah RVR akan menyertainya.

5 ekor dari satu induk. Jumlah 11 ekor dari 2 induk |
Berdasarkan flyer yang diedarkan, bulan depan 17hb/Feb dijangkakan Rakan Arnab akan buat event kali kedua. Insya Allah RVR akan menyertainya.
Tuesday, 8 January 2013
K34(6)+43 = 49ekor
No. Batch Kelahiran : K34
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F066, Jantan : M097
Hari dan Tarikh Kelahiran : Selasa, 8hb January 2013
Masa Kelahiran : 12:20am (tamat)
Jumlah Anak : 6 ekor (#139 ~ #144)
Jumlah Keseluruhan Anak : 6 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 1 kali
Kelahiran Terakhir : Tiada (Dara)
Jarak Kelahiran Terakhir : Tiada (Dara)
Situasi Kelahiran : Perfect
Stock sebelum kelahiran: 43 ekor
Stock selepas kelahiran : 49 ekor (4 jantan, 9 betina, 36 anak)
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F066, Jantan : M097
Hari dan Tarikh Kelahiran : Selasa, 8hb January 2013
Masa Kelahiran : 12:20am (tamat)
Jumlah Anak : 6 ekor (#139 ~ #144)
Jumlah Keseluruhan Anak : 6 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 1 kali
Kelahiran Terakhir : Tiada (Dara)
Jarak Kelahiran Terakhir : Tiada (Dara)
Situasi Kelahiran : Perfect
Stock sebelum kelahiran: 43 ekor
Stock selepas kelahiran : 49 ekor (4 jantan, 9 betina, 36 anak)
7 jam selepas kelahiran. Semua warna macam induk (3 colour) |
F066 yang pertama kali beranak |
Saturday, 5 January 2013
Update Hall of Breeder - F065
RVR baru mengemaskini header blog yang mengandungi gambar "Hall of Breeder". Jika sebelum ini RVR mempunyai 7 ekor induk, tetapi hasil kelahiran K33 pada hari tahun baru dari induk baru (dara) telah menjadikan RVR 8 induk. Induk tersebut mempunyai nama kod F065
Hall of Breeder terbaru yang mengandungi 8 ekor induk |
F065 adalah seekor arnab betina berwarna putih dari 5 adik beradik (3 ekor mati pada hari kelahiran dan seekor lagi masih hidup - codename : F066, tengah tunggu beranak). Ia adalah hasil kacukan di antara betina Loop Ear F061 dan Jantan Anggora M015 yang di lahirkan dalam batch K013 pada 30hb July 2012. Ini bermakna F065 telah melahirkan 4 ekor anak pertamanya, K33, pada ketika umurnya berusia 155hari @ 22minggu @ 5bulan.
Stock Jualan Jan'13 - 22ekor
Stock anak arnab bulan Jan'13 untuk di jual. Jika tidak dijual pun, betina akan di jadikan induk.
K27 (kiri) 62hari (04/11/2012) dan K28 (kanan) - 59hari (7/11/2012). |
K29 - 6 ekor 28hari (08/12/12) - Induk tidak dijual |
K31 - 5 ekor 27hari (09/12/12) - Induk tidak dijual |
Tuesday, 1 January 2013
K33(4)+40 = 44ekor
No. Batch Kelahiran : K33
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F065, Jantan : M042
Hari dan Tarikh Kelahiran : Selasa, 1hb January 2013
Masa Kelahiran : 1:00am - 1:30am
Jumlah Anak : 4 ekor (#135 ~ #138)
Jumlah Keseluruhan Anak : 4 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 1 kali
Kelahiran Terakhir : Tiada (Dara)
Jarak Kelahiran Terakhir : Tiada (Dara)
Situasi Kelahiran : Perfect
Stock sebelum kelahiran: 40 ekor
Stock selepas kelahiran : 44 ekor (4 jantan, 8 betina, 1 dara, 31 anak)
Dalam pada masa yang sama, seperti yang telah dijangkakan seekor anak yang kepala berlekuk dari K32 mati. Maka baki tinggal 43ekor
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F065, Jantan : M042
Hari dan Tarikh Kelahiran : Selasa, 1hb January 2013
Masa Kelahiran : 1:00am - 1:30am
Jumlah Anak : 4 ekor (#135 ~ #138)
Jumlah Keseluruhan Anak : 4 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 1 kali
Kelahiran Terakhir : Tiada (Dara)
Jarak Kelahiran Terakhir : Tiada (Dara)
Situasi Kelahiran : Perfect
Stock sebelum kelahiran: 40 ekor
Stock selepas kelahiran : 44 ekor (4 jantan, 8 betina, 1 dara, 31 anak)
Induk dara ni bagus. Semua anak kenyang susu |
Semua warna putih ikut mak bapak dia |
Subscribe to:
Posts (Atom)