Arnab Daging

Saturday, 29 December 2012

Rakan Arnab

Pada hari ini, di Facebook, RVR telah dijemput oleh seorang sahabat untuk menyertai sebuah kumpulan yang menamakan dirinya sebagai Rakan Arnab. Selepas menyertai kumpulan ini di Facebook, maka RVR mendapat sedikit sebanyak info.
 
Rakan Arnab ini ditubuhkan oleh 5 orang sahabat dari Negeri Melaka pada 29hb Disember 2012. Ia bertujuan untuk mengumpulkan semua individu yang mempunyai minat terhadap arnab. Lokasi perjumpaan akan diadakan di Taman Serama Durian Tunggal pada setiap hari Ahad minggu kedua. Ini bermakna pada 13hb ini akan di adakan pertemuan pertama di antara ahli-ahli yang di jemput.
 
Di sini RVR ingin menyuarakan pendangan peribadi kea atas kumpulan ini. Memang teramat bagus kumpulan ini ditubuhkan kerana dapat bertukar pendapat dan pengalaman. Tapi tengok gaya semuanya otai-otai yang menternak arnab dari baka yang ternama. RVR ini hanyalah penternak baka kampung dan mix. Tapi takpe, atas dasar untuk berkembang maju dan memeriahkan insutri penternakan arnab ini, RVR akan menyertai jemputan pada 13hb ini. Insya Allah kita ketemu di sana!

Selepas menyertai Rakan Arnab di facebook dan mengepos beberapa komen, berpusu-pusu Rakan Arnab yang lain menghantar permintaan untuk menjadi rakan facebook. Maka, nama di facebook pun sudah di tukar kepada RingVille Rabbitary. Lepas ni terkenal la nama RVR di Rakan Arnab. Insya Allah.

K32(3)+38-1 = 40ekor

No. Batch Kelahiran : K32
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F016, Jantan : M015
Hari dan Tarikh Kelahiran : Jumaat, 28hb December 2012
Masa Kelahiran : 9:00pm - 12:00am (owner pergi merayau)
Jumlah Anak : 3 ekor (#132 ~ #134)
Jumlah Keseluruhan Anak : 9 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 3 kali
Kelahiran Terakhir : K23 - 02hb October 2012, 1 ekor
Jarak Kelahiran Terakhir : 87hari
Situasi Kelahiran : Perfect (tetapi ada seekor kepala berlekuk).



Stock sebelum kelahiran: 38 - 1 = 37 ekor
Stock selepas kelahiran : 40 ekor (4 jantan, 7 betina, 2 dara, 27 anak)

*Seekor anak dari K31 telah hilang kerana pintu sangkar terbuka

*Juga sedang menantikan seekor dara F065 sedang bunting untuk beranak dalam masa terdekat.

Thursday, 27 December 2012

Masalah RVRII (> 3 bulan)

Dah lama tak update RVRII.
 
RVRII merupakan suatu projek yang pada dasarnya untuk menghasilkan baka arnab pedaging. Tetapi untuk permulaan semua baka anak yang terhasil adalah dari kacukan di antara pedaging dan kampung.
 
Projek ini telah menerima batch pertamanya pada 23hb September. Sehingga ke hari ini, selepas lebih 3 bulan projek di mulakan, sudah lebih 10 kali kelahiran telah berlaku. Untuk bulan ini sahaja 4 kali kelahiran yang melibatkan 6 + 3 + 4 + 5 = 18 ekor anak. Tetapi yang hidup setakat ini hanyalah 7 ekor sahaja. Antara kekurangan RVRII adalah;
  1. Kurangnya permantauan dari pihak RVR yang membuat pemantauan seminggu sekali sahaja.
  2. Penyusuan yang kurang khasiat untuk anak dengan memberikan makanan dari jenama Bengy pada ibu.
  3. Kekangan masa yang membabitkan penjaga untuk memantau anak yang lahir termasuklah dari segi penyusuan dan kesihatan.
  4. Kurangnya peralatan untuk membesarkan anak. Sebagai contoh hanya 2 (dua) kotak sarang (yang diperbuat dari plywood) sahaja yang ada untuk anak yang baru lahir.
  5. Secara umum penjaga mempunyai kurang pengetahuan dan pengalaman dalam penjagaan arnab.
Beberapa langkah penyusulan telah dan akan dilakukan seperti berikut.
  1. Menyediakan tambahan tiga (3) kotak sarang untuk anak yang baru lahir. Selepas ini tiada lagi kesejukan pada anak sehinggai mencapai umur 2 minggu. Jumlah 5 unit sekarang akan di tambah lagi sebanyak empat (4) kotak sarang dalam masa terdekat.
  2. Setiap anak yang baru lahir atau induk yang dikesan bunting, serta merta akan di pindahkan ke RVR untuk pemantauan menyeluruh. Induk dan anak akan dipindahkan semula apabila usia anak telah melebihi 20 hari @ 3 minggu.
  3. Penyediaan makanan yang lebih berkhasiat iaitu RVR akan menyediakan pallet dari jenama Cargill khas untuk ibu yang sedang menyusu.
Antara masalah yang masih tidak dapat diselesaikan adalah kekangan masa pada penjaga yang kurang pengalaman dan pemantauan seminggu sekali dari pihak RVR.
 
Di harap dengan langkah susulan ini akan menambah baik perkembangan yang berlaku di RVRII.

Monday, 17 December 2012

Pulangkan Arnab Kawan

Hari Ahad 16hb/Dec, pergilah semua arnab tumpangan berjumlah 18 ekor. 3 induk dan 15 anak yang lahir di RVR. Alhamdulillah tiada anak yang mati sejak lahir hingga di serahkan ke tuannya yang juga tuan rumah yang aku sewa ni.
 
Si tuan rumah ni pun dah kena jangkitan arnab dari aku. Sejak di beri sepasang anak yang berumur 2 bulan dalam sekitar Mac 2012, hingga melahirkan 3 ekor anak yang hidup membesar, sekarang jumlah arnabnya bertambah ke 33 ekor. Itupun baru-baru ni beliau mendapat 19 ekor anak yang lahir dalam bulan ni. 15 darinya lahir semasa menumpang di RVR. Bakinya beliau dapat dari sanak saudara beliau sendiri. Boleh baca di blog beliau di sini.
 
Wah dah macam lawan tokei pulak dengan RVR yang mempunyai 38 ekor arnab sekarang ni. Tapi ok lah, kita memeriahkan lagi industri penternakan arnab secara backyard. Maka terpaksa la beliau menambahkan lagi bilangan reban yang berada di sebelah rumah beliau. Ini lah perkara yang wajib ketika jumlah arnab makin bertambah. Moga bertambah sukses si tuan rumah sewa aku ni.
 
 

Thursday, 13 December 2012

32+K31(6) = 38ekor

No. Batch Kelahiran : K31
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk; Betina : F010, Jantan : M015
Hari dan Tarikh Kelahiran : Khamis, 13hb December 2012
Masa Kelahiran : 12:00am - 7:00am (owner membuta, suspek 2 jam sebelum pukul 7am)
Jumlah Anak : 6 ekor (#126 ~ #131)
Jumlah Keseluruhan Anak : 20 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 5 kali
Kelahiran Terakhir : K25 - 17hb August 2012, 2 ekor
Jarak Kelahiran Terakhir : 63hari
Situasi Kelahiran : Perfect

Stock sebelum kelahiran: 32 ekor
Stock selepas kelahiran : 38 ekor (4 jantan, 7 betina, 2 dara, 25 anak)

Wednesday, 12 December 2012

Jual 4ekor anak - 32ekor

Semalam terjual 4 ekor anak. 3 di ambil dari RVRII (betina) dan seekor (#105) dari induk F047. Semua anak berumur dalam 38hari. Customer yang membeli stock kali ini adalah repeating customer yang telah membeli 4 ekor anak pada bulan lepas.

Baki sekarang 32 ekor; (4 jantan, 7 betina, 2 dara, 19 anak)
 

Sunday, 9 December 2012

30+K30(4-1) = 33 ekor

No. Batch Kelahiran : K30
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk;  Betina : F114, Jantan : M097
Hari dan Tarikh Kelahiran : Ahad, 9hb December 2012
Masa Kelahiran : 12:00am - 11:00pm (owner balik kampung)
Jumlah Anak : 4-1 ekor (#122 ~ #125) DOB 1 ekor
Jumlah Keseluruhan Anak : 4 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 1 kali
Kelahiran Terakhir : Nil (betina baru pindah)
Jarak Kelahiran Terakhir : nil
Situasi Kelahiran : Perfect, DOB 1 ekor

Stock sebelum kelahiran: 30 ekor
Stock selepas kelahiran : 33 ekor (DOB 1 ekor) (4 jantan, 7 betina, 2 dara, 20 anak)

Saturday, 8 December 2012

24+K29(7-1) = 30 ekor

No. Batch Kelahiran : K29
Tempat Kelahiran : RVR
Kod Induk;  Betina : F046, Jantan : M042
Hari dan Tarikh Kelahiran : Sabtu, 8hb December 2012
Masa Kelahiran : 2:00am - 10:00am (owner membuta)
Jumlah Anak : 7-1 ekor (#115 ~ #121) DOB 1 ekor
Jumlah Keseluruhan Anak : 12 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 2 kali
Kelahiran Terakhir : K22 - 3hb September 2012, 5 ekor
Jarak Kelahiran Terakhir : 98hari
Situasi Kelahiran : Perfect, DOB 1 ekor

Stock sebelum kelahiran: 24 ekor
Stock selepas kelahiran : 30 ekor (DOB 1 ekor) (4 jantan, 7 betina, 2 dara, 17 anak)

Tuesday, 27 November 2012

Update RVR

Dok sibuk cerita pasal baka jagaan orang, macamana pulak stock RVR pula?
 
Jawapannya, macam tu jelah sejak 3 kali kelahiran pada awal bulan Nov yang menghasilkan 10 ekor anak sahaja. Itupun anak tunggal dari K26 yang menumpang di K27 (6 ekor) dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini selepas 2 minggu. Hasil pemerhatian mungkin anak tunggak ini tak sesuai di gabungkan dengan anak K27 kerana kekuatan fizikal yang kalah dengan K27.
 
Secara purata, dalam sebulan, RVR hanya dapat menghasilkan anak maksimum dari 3 induk sahaja disebabkan pusingan kelahiran 2 bulan sekali dari 7 induk yang ada. Itupun kalau takde induk yang mogok tak mau beranak.
 
Di RVRII, telah berlaku 4 kelahiran (K3-1, K4-6, K5-5 & K6-5) dalam bulan ni (sehingga hari ini) yang melibatkan 17 ekor anak tetapi yang tinggal sekarang 9 ekor (K4-5 & K5-4) sahaja. Berdasarkan pemerhatian pada hujung minggu lepas, anak-anak RVRII tidak la secergas di RVR kerana faktor permakanan. Mungkin juga time tuh waktu hujan, keadaan sejuk jadi anak-anak tak dapat bergerak cergas.
 
Antara lain, 2 ekor anak dari K13 sudah pun berusia 120hari@4bulan. Kebetulan kedua-duanya adalah betina dan memang eloklah aku buat induk dara. Sejak berumur 3 bulan aku dah kahwinkan tapi nampaknya belum ada apa-apa perubahan. Terlalu muda tu. Dalam jagaan aku induk paling muda pernah bunting berumur 4 bulan dan melahirkan seekor anak K14 selepas berumur 5 bulan. 
 
Anak batch bulan 9 dan 10 berumur 80~100 hari juga masih berbaki 7 ekor. 2 di RVR dan 3 di RVRII. Antara 5 ekor mix ni, ada 4 ekor yang berbulu cantik sementara 3 ekor berbulu kampung. Dari 7 ekor ini ada 4 jantan dan 3 betina. Aku ingat nak teruskan membesar. Mana yang cantik akan di pindahkan ke RVR dan sebaliknya. Jika tiada permintaan, semua akan membesar dan di jadikan induk.

Stock 24 ekor sekarang ditunjukkan seperti rajah di atas
Mintak maaf la banyak posting yang takde gambo sebab hanphone kamera dah rosak. :(

Anak baru 15 ekor!

Tengok tajuk je dah macam gempak tapi 15ekor anak ini bukan la RVR yang punya. Kesemua anak yang baru lahir ini adalah dari salah 11 induk yang RVR jaga sejak cuti Deepavali lepas.
 
Ikutkan 11 ekor arnab yang RVR jaga (lihat posting yang lepas) telah habis diserahkan semula pada tuan punya yang bercuti ke indonesia dari 14hb-20hb tetapi disebabkan aral yang melintang menegak, pengambilan semula arnab jagaan ini terpaksa ditangguhkan dari 21hb ke Ahad 25hb yang lepas. Disebabkan tanda-tanda nak beranak pada induk yang bunting, terpaksa la 3 induk tersebut di kuarantinkan sehingga habis tempoh berpantang.
 
Tup-tup, seekor induk telah lahir 6 ekor, kemudian di ikuti 7 ekor pada keesokan harinya. Yang 7 ekor anak ni tak di jangka pulak kelahiran nya. Tengok-tengok sangkar dah penuh dengan bulu dan anak 7 ekor yang bersepah tanpa kotak. Nasib baik la lantai sangkar tersebut berada dalam keadaan elok. Kalau tak naya je anak tersebut jatuh dari tingkat 2. 
 
Pagi tadi baru lahir lagi 2 ekor. Maka lengkap la 3 ekor induk yang berbaki ini beranak. Aku jangkakan induk-induk ini akan berada di RVR lagi 2 minggu (sehingga pertengahan bulan depan) iaitu selepas anak-anak tersebut sudah keluar dari kotak dan sudah pandai makan sendiri.
 

Friday, 16 November 2012

Cargil turun RM1

Alhamdulillah, info dari tauke, harga Cargil telah turun RM1 dalam 2-3 hari yang lepas. Jadi semalam RVR telah menambah stock makanan jenama Cargil sebanyak 2 bag @ 50kgs. Ikut kan 2-3 bulan ni dah lama tak beli Cargil di sebabkan masalah pengangkutan dan hanya menerima makanan dari jenama Bengy sahaja.
 
Alhamdulillah arnab RVR tidak banyak kerenah untuk memakan pallet Bengy. Tapi untuk tidak menghampakan arnab-arnab ini, RVR telah mencampurkan Bengy dan Cargil dengan nisbah sebanyak 2 : 1 iaitu 2 bahagian Bengy dan 1 bahagian Cargil. Ini untuk mengelakkan daripada arnab tersebut merajuk seterusnya membuat mogok dengan mengais makanan tersebut sehingga bertarabur di bawah reban.
 
Selain dari daun pisang, RVR juga telah menemui makanan sampingan baru untuk arnab iaitu jantung pisang dan empulur tandan pisang. Bagikan sahaja pada mereka, mereka pasti menyukainya. RVR merasakan makanan berasaskan pisang adalah menjadi kesukaan arnab. Manakan tidak, bau pallet Cargil pun sudah seakan pisang. Tak caya, cuba bau.

Semoga berjaya.!

Jaga Arnab 11ekor

Assalamu'alaikum,
 
RVR telah menerima pesanan untuk melakukan penjagaan sementara ke atas 11ekor arnab dari seorang sahabat. Dengar ceritanya sahabat ini terpaksa meninggalkan arnab kesayangannya kerana pergi bercuti ke luar negara selama seminggu. Ini adalah perkhidmatan baru dari RVR.
 
Mula cerita beberapa cadangan telah dibuat, antaranya menyediakan permenant auto water feeder kerana buat masa sekarang sahabat ini menggunakan manual fill up untuk air dan makanan. Sementara makanan pada waktu cuti akan di berikan oleh salah seorang saudara beliau yang akan datang ke rumahnya.
 
Tetapi disebabkan barang untuk auto feeder belum di pesan oleh RVR, dan pada masa yang sama RVR baru sahaja menyiapkan reban tambahan yang masih kosong, maka RVR telah menawarkan untuk menjaga arnab kesayangan beliau. Dan beliau merasakan idea penjagaan sementara ini adalah yang terbaik.
 
Maka, pada hari bertolaknya beliau ke luar negara, RVR telah memindahkan 11 ekor arnab beliau dengan menggunakan 3 bakul sangkar sementara dan menggunakan kereta. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tentang kos penjagaan RVR belum membuat apa-apa kiraan kerana keputusan di buat pada saat akhir. Buat masa sekarang, makan dan minum arnab tersebut di tanggung oleh RVR.

Baka beliau terdiri dari mix anggora dan kampung jadi dari segi makanan amat lah memadai dengan menggunakan makanan di RVR yang sedia ada.

Thursday, 15 November 2012

Repair Reban Lama & 25ekor

Alhamdulillah, selesai dah "Ugrade Reban Fasa II" yang terpaksa di tukar menjadi "Mentenance Reban Lama". RVR mempunyai 12 reban lama;
  1. 2 reban ready made saiz kecil (code 301)
  2. 2 reban ready made saiz sederhana (code 304)
  3. 3 reban besar berbingkai kayu saiz 1.5' x 1.5' x 2'
  4. 3 reban kecil berbingkai kayu saiz 1' x 1' x 2'
  5. 1 reban kecil berbingkai kayu saiz 1' x 1' x 1.5'
  6. 1 reban panjang berbingkai kayu saiz 1' x 4.5' x 1.5'
No 1 dan 5 telah diletakkan ke tepi buat sementara waktu kerana stok yang masih kurang. Sementara no 2 dan 3 telah disusun sebaris menjadikan 5 buah sangkar saiz besar. Sementara no 4 di letakkan di atas no 6 menjadikan nya 2 tingkat.

So total sekarang RVR mempunyai 19buah reban tidak termasuk 3 reban spare dengan penghuninya 25 ekor.

Jual 14 anak

Alhamdulillah, mula sahaja cuti sekolah pada 10hb Nov, aku dah terima pesanan 14 ekor anak. 10 ekor dari Pet Shop di banda hilir dan 4 ekor dari individu di malim.

Untuk memenuhi permintaan ini,
  1. 8 ekor anak dari RVRII (masing-masing 5 dari K1 yang berusia 37hari dan 3 dari K2 yang berusia 32hari)
  2. 2 dari RVR K25 yang berusia 30hari untuk pet shop. 
  3. seekor dari RVR K24 berusia 37hari
  4. 3 ekor dari K21 dan K22 dari RVR yang berusia lebih 2 bulan.
Hasil jualan dari 10 ekor anak telah pun di berikan pada penjaga RVR. Moga bertambah semangatlah si penjaga RVRII untuk menambah biak anak arnab yang comel-comel pada masa akan datang.

Friday, 9 November 2012

Reban Fasa II - Part II

Nak cut cost punya pasal, design baru Fasa II terpaksa dilupakan. Hanya upgrade reban lama saja. 2 biji sangkar besar ready made yang berusia hampir 2 tahun telah di upgradekan tapaknya. Ini untuk mengelakkan anak daripada lolos ketika dilahirkan. Pernah terjadi pada kes K19. Bahan yang digunakan ialah BRC G18.


Sebelum

Selepas
Dijangkakan juga 3 biji reban hand-made (saiz besar) dari upgrade fasa I akan diimprove dan digunakan semula

Anak K23(1), K24(2) & K25(2)

Hari ni aku nak tunjuk gambar anak dari K23-k25 yang sudah berusia 38 - 29hari. Semua stock ni dah ready untuk dijual dan ibunya sudah boleh untuk di kahwinkan semula.

Kiri: Induk F010 dan anaknya K25 (Kiri).
Kanan: Induk F061, anaknya K23 dan 2 ekor anak tumpang K24

Profil K23 (anak Lop Ear)
Jumlah : 1 ekor
Tarikh lahir : 2hb Oct 2012
Usia sehingga 9hb/Nov : 38hari

Profil K24 (Anak Mix Anggora + Pedaging, warna kelabu/hitam)
Jumlah : 2 ekor
Tarikh lahir : 3hb Oct 2012
Usia sehingga 9hb/Nov : 37hari

Profil K25 (Anak mix Anggora + mix Melaka cute)
Jumlah : 2 ekor
Tarikh lahir : 11hb Oct 2012
Usia sehingga 9hb/Nov : 29hari

Thursday, 8 November 2012

+1 induk (F114) = 28ekor



Arnab betina ini telah dipindahkan dari Fagrorabittary. Berdasarkan berat 1.4kgs dan saiz badan yang kecil, aku jangkakan arnab ini dalam lingkungan 3 ke 4 bulan. Ya masih budak. Dan aku terus kahwinkan dengan penjantan teddy bear. Dalam masa 2 jam sahaja nak dekat 10 kali kawen. Hebat jugak pasangan ni.
 
Bakal induk betina ini di tag sebagai F114. Iaitu arnab ke 114 dalam inventori RVR

24+K28(3ekor) = 27ekor


Tempat Kelahiran : RVR
No. Batch Kelahiran : K28
Kod Induk Betina : F041
Hari dan Tarikh Kelahiran : Rabu, 7hb November 2012
Masa Kelahiran : 7:00am - 7:00pm
Jumlah Anak : 3 ekor (111 ~ 113)
Jumlah Keseluruhan Anak : 5 ekor
Jumlah Keseluruhan Kelahiran: 2 kali
Kelahiran Terakhir : K18 - 28hb Aug 2012, 2 ekor
Jarak Kelahiran Terakhir : 71hari
Situasi Kelahiran : Perfect

Stock sebelum kelahiran: 24 ekor
Stock selepas kelahiran : 27 ekor

Format Info Kelahiran

Disebabkan info kelahiran yang berubah-berubah dan terlalu banyak cerita meleret, so di bawah ini di nyatakan format untuk info kelahiran yang baru,

Tempat Kelahiran - RVR atau RVRII.
No Batch Kelahiran - Bermula dengan huruf K diikuti no turutan.
Kod Induk Betina - dimulakan dengan hufuf F dan no daftar di RVR.
Hari dan Tarikh Kelahiran - Jika cuti, akan diletakkan tempoh hari kelahiran.
Masa Kelahiran - Jika tiada saksi akan diletakkan tempoh masa kelahiran.
Jumlah anak - Kuantiti anak dilahirkan pada waktu dikesan termasuk yang mati (jika ada).
Jumlah Keseluruhan Anak - Semua anak dilahirkan dari satu induk termasuk yang mati (jika ada).
Jumlah Keseluruhan Kelahiran - Semua kelahiran yang berlaku ketika dalam penjagaan.
Kelahiran Terakhir - Kod, tarikh kelahiran dan anak sebelumnya.
Jarak Kelahiran Terakhir -  Jumlah hari dari tarikh kelahiran terakhir.
Situasi Kelahiran - Dari segi "Jangkaan Tarikh Lahir", Takung Didik, Kelakuan induk dan anak.

Stock sebelum kelahiran:
Stock selepas kelahiran :

Gambar induk dan anak terbaru selepas kelahiran dikesan.

Wednesday, 7 November 2012

Reban Fasa II - Part I

Buat pengetahuan, semua arnab telah dipindahkan ke reban 10 sel 2 tingkat yang baru dan reban lama telah kosong buat sementara waktu.

Reban lama mempunyai pelbagai saiz dan bahan pembuatan. Jadi disebabkan reban lama yang kosong dan sudah over use, maka eloklah kiranya projek "Upgrade Reban Fasa II" di lakukan.



Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan dan dijangkakan siap pada hujung minggu ni.


Masalah Reban Lama.

Seperti pada Fasa I, antara yang menjadi masalah utama pada reban lama adalah
  1. Penggunaan kayu sebagai bingkai yang mudah reput dan berlumut dalam jangka masa setahun.
  2. Penggunaan hos lutsinar pada water feeder yang memudahkan lumut membiak dalam jangka masa 3-4 bulan.
  3. Bumbung yang menggunakan beg pallet yang mudah di koyakkan oleh induk. Juga mudah bocor ketika hujan.
  4. Reban ready made yang mempunyai tapak dan dinding yang jarang. Keadaan ini tidak elok untuk induk betina yang bakal melahirkan anak.

Design Reban Fasa II

Jika di ikut bulat-bulat design pada Fasa I, kos bahan mentah sekitar RM300. Ini agak membebankan RVR. Jadi design yang jimat kos perlu diambil kira untuk Fasa II. Beberapa faktor perlu di kaji.
  1. Berapa saiz Reban Fasa II? Adakah seperti Fasa I; 18"x24"x14" per unit, 2 tingkat, 10 sel?
  2. Apakah bahan yang akan digunakan? BRC saiz 18G juga? atau campur dengan bahan yang murah?
  3. 100% menggunakan zink kilang? atau campur dengan bahan yang murah?
  4. Fasa I mempunyai masalah dari segi keutuhan kaki reban (6 batang) kerana keupayaan PVC yang fleksibel. Menggunakan kaki reban lama (batu blok)?
Berdasarkan persoalan di atas, design baru untuk Fasa II akan di buat termasuk kos yang bakal di kira.

Moga Allah permudahkan perjalanan kami

Monday, 5 November 2012

RVRII - K3(1)&K4(6)

Hari Sabtu 3hb/Nov

K3 - seekor sahaja kemudian di alihkan ke K4 (6 ekor) dan mati. Induk dari Bachang
K4 - 6 ekor dari induk yang di pindah dari RVR. Ikut sejarah ini adalah kali ke5 kelahiran pada tahun ni selepas 2 bulan kelahiran terakhir pada 30hb/Aug dan menjadikan induk paling produktif iaitu 26ekor anak pada tahun ini!

18+K27(6) = 24ekor

18 ekor baki terdahulu
K27 (6 ekor) dari ibu generasi ke 3 yang sebelum ini sudah melahirkan 5 ekor anak di K15 
 
Memang di jangkakan, kelahiran yang sudah di duga dan cukup bersedia. Si induk telah di kuarantin seminggu awal setelah disahkan bunting. 2 hari sebelum kelahiran, si induk sudah sibuk membuat sarangnya. Alhamdulillah, kelahiran kedua pada bulan ni (4hb - Ahad) selepas 4 hari kelahiran pertama, yang ke27 di RVR, jumlah 6 ekor anak sudah cukup gembira buat diri aku yang sebelum ini asyik menerima kelahiran sekor dua anak sahaja. Pada masa yang sama aku pindah anak tunggal K26 ke K27 ini.
 
Induk gen3 yang sudah 2 kali beranak
Ada 7, Lahir 6, sekor (tompok kepala putih - tengah) anak angkat dari K26.
Sekarang aku sedang menunggu pula K28 dari induk yang sedang bunting sekarang ini. Induk ini juga adalah satu batch dengan induk sekarang ni. Juga bakal kelahiran ke2. Kelahiran pertama adalah pada 2 bulan yang lepas

Friday, 2 November 2012

17+K26(1) = 18ekor

25 ekor baki terdahulu
K26 (1 ekor) dari ibu yang paling last ditransfer ke RVR.
 
Permulaan bulan November diserikan dengan kelahiran ke26 RVR pada 1st/Nov Tapi kelahiran dari induk dwarf ini tidak la di duga kerana si ibu sedang dikuarantinkan akibat penyakit kurap dari tempat lama sebelum di pindahkan ke RVR. Akibatnya seekor mati dari 2 ekor anak yang di lahirkan kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Monday, 29 October 2012

Upgrade Reban Part III

Ini lah reban yang telah di upgradekan. Sebelum dan selepas.

Sebelum - 3 reban besar dan 3 reban kecil diperbuat dari bingkai kayu

Selepas - Reban 10 sel 2 tingkat diperbuat dari bingkai PVC
Setakat ni hanya 5 sel digunapakai yang mengandungi 2 induk, 5 anak, dan 3 induk single dan seekor jantan. Baki 3 jantan dan 3 betina masih di reban lama bersebelahan.

Tangki air juga telah di pindahkan di atas reban baru ini.

Tuesday, 23 October 2012

Mass Production?

Sekarang RVR tidak la berada dalam keadaan sibuk kerana stock yang berada di atas tangan hanya dalam 19 ekor sahaja. Maka kami baru berfikir untuk membuat projek yang lebih besar yang merangkumi "Mass Production" iaitu pengeluaran besar-besaran. Angka yang sesuai untuk mass production adalah dalam sekitar 1,000ekor induk.
 
Maka dalam merealisasikan konsep mass production, budget perlulah di buat untuk melihat sejauh mana penternakan arnab ini boleh pergi. Budget seperti bangunan, reban dan kelengkapan lain memang memerlukan modal permulaan yang besar. Jadi, ini hanyalah sekilas idea untuk kami pergi lebih jauh.

Nantikan idea yang lebih bagus dari sekarang

Monday, 22 October 2012

RVRII - 30 ekor

Lawatan pada sabtu lepas hanya memantau stock arnab yang sedia ada. Tiada kerja-kerja berat yang di lakukan. 
 
 
Pertambahan stock - 10 ekor
 
Kali ni ada pertambahan stock sebanyak 4 ekor induk iaitu batch yang terakhir dari seorang rakan dan dari 6 ekor anak anggora mix dipindahkan dari RVR atas memenuhi permintaan tuan penjaga yang mahu memeriahkan reban arnab RVRII.
 
 
Update anak - 10 ekor
 
Pada masa yang sama terdapat seekor kematian dari kelahiran k2 yang sudah berusia genap 14hari. Suspect kematian kerana kurang zat makanan. Mungkin berebut susu dari ibu. Tinggallah 10 ekor anak dari kedua-dua kelahiran. Kelahiran ke2 juga telah dikeluarkan takung didiknya kerana atas rasa kasihan apabila melihat si anak tidak dapat menyusu dari ibunya. Dengan ketiadaan takung, si anak bebas mengejar ibu untuk menyusu. Lagipun usia 2 minggu sudah OK dah untuk anak berdikari.
 
 
Bunting ke3.
 
Terdapat seekor induk yang dirasakan bunting, mungkin baru berusia 2 minggu kandungan. Jumlah anak tidak dapat di pastikan. Takung telah di letakkan ke dalam sangkar untuk menyediakan suasana ibu yang bunting.
 
 
Kini jumlah arnab di RVR sudah mencapai 29 ekor. 20 ekor induk (4 jantan, 7 betina), 8 ekor anak 1~2 bulan dan 10 ekor anak masih menyusu.

Pada masa yang sama RVR hanya mempunyai stock 17 ekor sahaja (4 jantan, 6 betina, 2 anak usia 2 bulan dan 5 ekor anak menyusu) selepas 6 ekor anak dipindahkan ke RVRII

 

Kos Reban 2 tingkat 10 sel

Mari kita memerah otak dalam matematik pulak untuk kira kos bahan mentah.

Ikutkan sebelum sesuatu projek di buat, kita kena buat kira-kira untuk budget atau anggaran kos. Tapi reban dah siap baru nak kira kos, larilah budget. So untuk kes study, aku ambil la reban 2 tingkat 10 sel ni.


Bahan-bahan yang diperlukan,

BRC 1/2in G18 - RM5 per 3kps (12in x 36 in)

a. Lebar tapak - 2 kaki @ 24in
b. Panjang - 7.5 kaki @ 90in
c. Tinggi L1 - 20in (i) dan 10in (ii)
d. Tinggi L2 - 14in
e. Jumlah dinding L1 & L2 - 6 keping setiap level.

Maka luas BRC yang diperlukan;
= tapak + dinding L1 + dinding L2 + subdinding L1 + subdinding L2
= [ (a x b) x 2 level ] + [(b x ci) + (b x cii)] + [(b x d x 2)] + [(ci + cii)/2 x a x 6] + [d x a x 6]
= [(24 x 90) x 2] + [(90 x 20) + (90 x 10)] + [(90 x 14 x 2)] + [(20 + 10)/2 x 24 x 6] +[14 x 24 x 6]
= 4,320 + [1,800 + 900] + 2,520 + 2,160 + 2,016
= 13,716 inci persegi
= 13,716 / 144 kaki persegi
= 95.25 kps

Tambahan 10% untuk lipatan = 95.25kps x 1.1% = 104.775 kps

Harga untuk BRC sahaja 104.775 kps x RM5 / 3kps = RM174.62


PVC 1/2in - RM0.375 per 12inci & Connector

Tinggi kaki LG - 16in x 6 batang x RM0.375 / 12 = RM3.000
Tapak lebar LG - 22in x 3 batang x RM0.375 / 12 = RM2.625
Connector LG - Elbow x 6 x RM0.40 = RM2.40
Total = RM8.025

Tinggi kaki L1 - 19in x 6 batang x RM0.375 / 12 = RM3.5625
Tapak panjang L1 - 90in x 2 batang x RM0.375 / 12 = RM5.625
Tapak lebar L1 - 24in x sebatang x RM0.375 / 12 = RM0.75
Connector L1 - T x 6 x RM 0.60 = RM3.60
Total = RM13.60

Tapak panjang L2 - 90in x 2 batang x RM0.375 / 12 = RM5.625
Connector L2 - Elbow x 4 x RM0.40 + T x 2 x RM0.60 = RM2.80
Total = RM8.425

Water Feeder - 96in x 2 batang x RM0.375 / 12 = RM6.00
Connector - Elbow x 2 x RM0.40 + Cap x 2 x RM0.30 = RM1.40
Bridge - 30in x sebatang = RM0.9375
Total = RM8.3375

Grand Total = 8.025+13.6+8.425+8.3375 = RM 38.39

(PVC = 73.5kaki @ RM27,56, Elbow x 12 unit @ RM4.80, T x 8 unit @ RM4.80 dan Cap x 2 unit @ RM0.60)


Bumbung, RM2.75 per 2.5kps (12in x 30in)

32in x 30in x 6keping = 5,760in psq
= 5,760 / 144 kps
= 40kps

Harga = 40kps x RM2.75 /2.5kps = RM44.00


Others

Nipple x 10 x RM3.5 = RM35.00
1/2" kayu 90in x 2 x RM1.20 / 72in = RM3.00
Cable tie x 100pcs = RM5.00
PPE Tape = RM0.50
Lock Wire, Gun Tacker
Total = 35.00 + 3.00 + 5.00 + 0.50 = RM43.50


Maka JUMLAH KOS BAHAN;
= RM174.62 + RM 38.39 +RM44.00 + RM43.50
= RM 300.51


Mark-up dari kos bahan adalah 1/3 iaitu 35% = RM 300.51 x 135% = RM405.6885

Upah tenaga kerja mahir RM100 x 2 hari = RM200.

Harga reban 2 tingkat 10 sel ini = RM 405.6885 + RM 200 = RM 605.6887

Maka harga reban ini boleh lah digenapkan menjadi RM 600.00

Disebabkan harga reban yang mahal, aku bercadang untuk meng-cost-down-kan sedikit reban yang akan datang. Mungkin menggunakan BRC dari 1/2in x 1/2in ke 1/2in x 1in dan mempelbagaikan material BRC di bahagian dinding atas.

Upgrade Reban Part II

Kuantiti Reban
 
Jika sebelum ini perancangan 22buah reban baru akan menggantikan reban kayu sekarang ini. Tetapi atas tekanan kewangan untuk membeli bahan mentah, jumlah reban terpaksa dikurangkan dari 22 menjadi 10sel dahulu. Oleh itu reban 6 sel terpaksa dibuang 1sel menjadikannya 5 sel dan terus dinaikkan menjadi tingkat kedua. Maka sebuah reban 2 tingkat 10 sel telah siap. Hanya menantikan bumbung dan sedikit touch up.
 
Pandangan sisi belakang dan sisi depan

Pandangan depan - 95% siap

 
Order Bumbung.
 
Atap (Zink Kilang) bersaiz panjang 32 inci telah di order, lebar standard 2.5' termasuk overlap. Jumlah yang dipesan 14 keping untuk 22sel, tapi untuk 10 sel ini hanya menggunakan 6 keping sahaja iaitu 3 keping setiap tingkat. Harga kesemua 14 keping ini adalah dalam RM100. Deposit RM60 telah di bayar dahulu, dalam 3-4 hari baru kedai akan telefon apabila barang sudah sampai.

Friday, 19 October 2012

Design Reban (Upgrade)

Itu hari aku ada buat reban 6 sel. Still terbengkalai tak digunakan kerana menunggu masa untuk menempah atap. Aku dah check untuk saiz bumbung reban memerlukan panjang 32inci. Kat kedai memang saiz sependek ni takde melainkan kena potong sendiri. Kedai bagitau kita boleh juga pesan untuk saiz khas ni tapi kena bayar deposit dan tunggu. Aku pun tak tanya dengan detail sebab pada masa tu aku tengah buat reban kat RVRII dan kat sana memang banyak zink terpakai.

So tunggu punya tunggu, hati aku terdetik untuk menukarkan semua reban yang gunakan bingkai kayu kat RVR. Jadi selepas terbengkalainya 6 sel menunggu bumbung, aku proceedkan untuk 5 sel pula. Kali ni aku dah designkan untuk 2 tingkat seperti gambar di bawah.

Pen Draft

Selepas diwarnakan pakai computer

Aku buat design ni sebab aku rasa ngantuk keja kat opis. Secara asasnya ia mengikut design reban RVRII dan sama dengan 6 sel RVR yang sebelum ni.

Esok (sabtu), aku akan pergi tempah bumbung 32inci  warna hijau kat kedai hardware. Untuk 6 sel aku memerlukan 9'x2 tingkat = 18kaki lebar (standby kan sekali untuk tingkat kedua) dan 5 sel pulak 7.5'x2 = 15kaki lebar. Jadi aku perlukan (18+15) kaki x 32inci = 88kps untuk bumbung projek baru ni. Harap-harap minggu depan dah boleh pakai reban baru ni. Kalau dah boleh pakai reban baru yang ada ni, semuanya berjumlah 10sel + 6sel = 16sel. Tambahan 4 sel berbanding reban sekarang. Dan jika di tambah tingkat baru 6 sel, akan jadi 22 sel. Moga Allah permudahkan perancangan kami.

Thursday, 11 October 2012

23+K25(2) = 25 ekor

23 ekor baki terdahulu
K25 (2 ekor) dari ibu F010 yang sebelum ini sudah 3 kali melahirkan anak (K5-3, K9-7 dan K17-2) .

Induk F010 yang sedang cuak. 2 ekor anak ada kat kaki dia
 
Kelahiran ketiga dalam bulan ni adalah dari induk bertag no 010. Ia baru mempunyai 3 rekod kelahiran (3 + 7 + 2 ekor) pada tahun ini.  Kelahiran terakhir adalah pada 17hb Aug 2012 iaitu selepas 55hari baru kelahiran keempat ini menyusul. Berdasarkan pemerhatian, aku dapat merasakan induk ini bunting pada 2 minggu yang lepas. Itu pun dengan 50-50 kepastian kerana dalam 2-3 hari sekali aku pantau, bunting nya seperti ada dan tidak ada. Biasanya apabila di raba perut induk yang bunting, kita dapat merasakan buntilan-buntilan seperti guli tetapi bagi induk ini lain. Kejap ada kejap tiada. Jadi aku tak berapa yakin bahawa induk ini bunting seterusnya tidak dapat nak pastikan berapa ekor anak yang di kandung.
 
Tetapi apabila aku cuba kahwinkan dengan 3-4 ekor jantan yang berlainan, si induk menunjukkan tidak balas yang agresif dimana tindakannya boleh membawa kematian jika dibiarkan dalam tempoh masa lama. Jadi ini menunjukkan memang induk ini sedang bunting.
 
Dan apabila lahir hanya 2 ekor sahaja yang keluar, aku dapat membuatkan kesimpulan bahawa ketidakpastian aku itu memang betul kerana anak di dalam perut terlalu sedikit membuatkkan kandungan bergerak kejap ke perut kejap ke bawah sehingga aku tidak dapat memastikan dengan betul apakah ia betul-betul bunting.
 
Ini betul-betul pengalaman baru bagi aku. Dengan kehadiran ahli baru ini stok bertambah ke 25 ekor.

Monday, 8 October 2012

2nd Kelahiran RVRII

Pada hari ahad sekitar pukul 7 pagi, ketika sedang di ulit mimpi, aku telah menerima panggilan kecemasan dari RVRII. Aku mendapat berita ringkas sahaja tapi gembira mengatakan ada induk melahirkan anak. Terus aku bergegas ke tempat lokasi.
 
Tiba di tempat lokasi, memang betul ada induk melahirkan 8 ekor anak!. Tapi sayang, seekor mati kerana terdapat kesan gigitan di kakinya yang hampir putus. Mungkin ibunya tidak perasan dan tergigit ketika membersihkan uri anaknya. Aku rasa induk ini baru sahaja melahirkan anak sekitar 1 jam berdasarkan uri yang masih bersepah di keliling reban.
 
Mengikut sejarah, induk ini asalnya dari RVR yang telah di pindah kan ke RVRII pada ahad yang lepas (30hb Oct). Induk ini telah beranak 2 kali di RVR. Hasil anak pertama ialah 5 ekor yang hidup 4 ekor sehingga besar. Kelahiran kedua pula 3 ekor yang mati pada hari yang sama (30hb Aug). Ini bermakna ini adalah kelahiran yang ketiga dan paling banyak anak selepas 38hari kelahiran yang terakhir. Produktif juga induk F013 ini.

 Secara ringkas, anak di RVRII sudah bertambah. Kelahiran kedua di RVRII ini menambahkan keyakinan kami untuk meneruskan penternakan dengan lebih besar.


Antara lain, anak kelahiran pertama sudah berusia 4 hari. Tapi sayang ibunya seperti tidak pandai menjaga anak kerana hampir semua anaknya kelihatan kurus kering dan seekor sudah nyawa-nyawa ikan. Nak tak nak, aku terpaksa menyusukannya secara paksa. Selepas bulu perut ibunya aku cabut, aku suakan sekor-sekor anaknya. Yang nyawa-nyawa ikan itu aku dah tak boleh buat apa-apa dah kecuali menunggu nyawanya padam. Dah di sua ke puting induk pun dah tak mahu menyusu. Yang lain masih aktif.

Apa yang ku perhatikan, salah satu sebab kematian dan kebuluran yang berlaku pada K1 ini mungkin disebabkan bekas takung didik sementara yang digunakan iaitu sebuah mangkuk plastik. Aku telah tukarkan dengan kotak plywood yang di bawa dari RVR. Alhamdulillah, selepas bulu di cabut, diletakkan dalam kotak dan disusukan, anak-anaknya sudah duduk diam kekenyangan. Harapan aku si ibu akan terus rajin menyusukan anak.

Upgrade Reban Part I

Atas kekangan masa dan setelah hampir sebulan tertunggu-tunggu, akhirnya RVR telah membuat sedikit peningkatan ke atas reban yang sedia ada. Perancangan untuk menukar reban kayu ke reban yang lebih selesa telah di lakukan dengan menyalin semula reban tingkat atas RVRII. Hanya sedikit sentuhan tambahan diberikan dengan menambah kaki reban dengan menggunakan paip PVC.
 
Selama 2 hari kerja dilakukan, akhirnya ini la reban yang terhasil.

6 sel sangkar bersaiz 1.5'x2' setinggi 14"

Paip PVC digunakan sebagai kaki reban

Antara kebaikan reban yang menggunakan kaki PVC ini ialah, ianya ringan sekitar belas-belas kilogram sahaja disamping kosnya yang murah dan mudah dipasang. Tetapi reban masih tidak dapat di gunakan kerana menunggu atap yang bersesuaian. Jika semua sudah ada, baru lah ia dipindahkan ke tapak reban individu sekarang ni. Pada masa akan datang, RVR merancang untuk menambahkan tingkat pada reban ini dan reban ini akan menjadi tingkat atas. Dan semestinya akan menyalin rekabentuk tingkat satu dari RVRII.
 
Jumlah reban di RVR akan bertambah dari 14 ke 20 buah.

Doakan supaya segalanya berjalan dengan lancar.

Saturday, 6 October 2012

Jualan anak - 23ekor

Ikutkan jiran ni dah lama bagitau aku nak 2 ekor anak untuk dihadiahkan pada seorang kawan. Tapi ntah macam mana selepas 2 bulan dia masih tak jugak ambil. Disebabkan tempoh masa yang lama juga, anak arnab yang ditempah telah membesar dengan cantik dan harga pun telah di naikkan kepada RM100.
 
Tapi nasib baik la aku ada stock anak yang sentiasa ada pada tiap-tiap bulan. Jadi semasa dia datang ke rumah dia ada bawak sekali rakan yang dia nak hadiahkan. Dia suruh rakannya sendiri pilih. Sebelum dia datang aku dah sediakan 8 ekor stock anak yang berusia 4 minggu (5 ekor) dan 6 minggu (3 ekor). Dalam 8 ekor ni ada 3 ekor jantan dan 5 ekor betina. Nampaknya aku pun dah pandai tengok jantina anak.
 
Walaupun mix semuanya berbulu anggora membuatkan rakannya tak tau memilih yang mana satu berkenan di hati. Akhirnya dipilihnya jantan warna broken kelabu dan betina warna broken jingga yang keduanya berusia 4 minggu. Aku bekalkan juga sekilo makanan untuk tempoh semiggu. Selesai urusan, ada jugak aku bekalkan jiran dngan setong tahi arnab untuik dibuat baja kontan.

Terjualnya anak stock berbaki 23 ekor

Thursday, 4 October 2012

Pindah 1 induk ke RVRII - 25ekor

Seekor induk pedaging di pindah ke RVRII. Induk yang baru sahaja melahirkan anak pada 2 hari yang lepas dan dipisahkan anaknya dan telah dikahwinkan semula adalah induk pedaging yang terakhir di pindahkan. Selepas ini RVR hanya mempunyai baka selain dari pedaging.
 
Induk ini bertag no F013 mempunyai rekod 4 kali beranak (Jumlah 19 ekor) dalam tempoh setahun (setakat ini). Harapan aku agar kat RVRII dia akan aktif beranak jugak.

Wednesday, 3 October 2012

Carta Organisasi RVRII

Dalam melancarkan sesuatu aktiviti, peranan setiap individu amatlah penting. Maka di RVRII, kami telah mengadakan sebuah carta organisasi seperti berikut;
 
Setakat ini hanya 4 orang sahaja individu yang terlibat. Antara tugas-tugas untuk setiap individu adalah;
 
1. Penasihat - lebih di kenali sebagai advisor yang mempunyai tugas-tugas menasihat dan membimbing dari segi pemasaran, baka, idea, sebutharga dan sebagainya.
 
2. Pengurus - memantau segala hal berkaitan dengan kelancaran dan perkembangan arnab. Juga melakukan site seeing di lokasi paling kerap seminggu sekali. Menolong Penasihat dan Penyelia dalam keadaan yang memerlukan. Mengemaskini blog adalah salah satu tugas beliau.
 
3. Penyelia - memastikan arnab berada dalam keadaan sihat dan melaporkan segala aktiviti di luar jangkaan ketika di bawah penyeliaannya.
 
4. Pekerja - memberikan makanan dan keselenggaraan harian. Buat masa sekarang, pekerja di ambil secara separuh masa.
 
Insya Allah, jika projek ini berkembang dalam kuantiti yang banyak, pekerja tetap akan diserap ke dalam carta organisasi.

1st kelahiran RVRII

Semalam aku mendapat panggilan dari pengurus RVRII dengan membawa perkhabaran yang menggembirakan. Alhamdulillah, induk yang baru sahaja di transfer ke RVRII pada ahad lepas telah selamat melahirkan 6 ekor anak. Memang sudah di jangkakan kerana semasa transfer ke RVRII aku telah memberitahu bahawa si induk sedang bunting. Mungkin dalam masa 2 atau ke 3 minggu baru beranak tapi tidak la seawal minggu ni.
 
Ikutkan sejarah induk, ia telah di transfer ke RVR pada 31hb August bersama dengan 3 ekor yang lain termasuk seekor penjantan. Pada hari tersebut, tuan asal memberitahu bahawa semua induk yang di transfer sudah lama tidak di kahwinkan dalam sekitar 2 bulan. Dan pada hari di pindahkan dalam satu sangkar yang sama, si penjantan telah beberapa kali kahwin dengan betina yang ada. Tuan asal juga percaya lagi sebulan salah satu induk pasti akan beranak.
 
Sekarang, nah ia terbukti betul. Selepas 31hari, induk kelabu asap ini telah melahirkan anak pada 2hb October pada waktu tengahari. Untuk pengetahuan, pengurus RVRII memang tidak ada pengalaman menternak arnab jadi keadaan ada sedikit kelam kabut. Berdasarkan panggilan dalam handphone, si ibu telah beranak tanpa apa-apa persediaan. Ini adalah situasi yang bahaya. Tapi bernasib baik kerana reban ini sentiasa di perhatikan oleh pengurus yang juga berniaga berhampiran. Maka ia beranak bersepah.
 
Di sebabkan tiada bekas anak yang sudah disiapkan, aku menasihatkan supaya ambil apa sahaja bekas yang ada walaupun kotak kertas. Diberitakan juga tiada bulu yang di cabut, maka aku telah menyuruh supaya suratkhabar yang di carik di letakkan ke dalam bekas anak tersebut. Alhamdulillah, si pengurus mengikut arahan. Malam tadi ada telefon lagi menanyakan khabar induk dan anak. Semua ok. Tapi yang kelakarnya pengurus amat risau kerana si induk buat bodoh je macam tiada anak di dalam sangkar tersebut dengan tidak masuk ke dalam bekas anak untuk menyusukan anaknya.
 
Ini lah yang selalu di risaukan oleh penternak yang baru belajar menguruskan kelahiran pertama. Aku menyatakan bahawa itulah sifat ibu arnab. Menyusu hanya sekali je. Jangan harap la nak tengok si ibu menyusukan anaknya walaupun menunggu 5-6jam di depan sangkar. Kebiasaannya si ibu hanya menyusukan anaknya paling minimum 1 kali dalam sehari. Paling banyak pun 2 kali. Dan hanya pada maktu malam sahaja ia akan masuk ke dalam bekas. Iaitu ketika puting si ibu terasa gatal kerana pengumpulan susu.
 
Dengan sekali menyusu, si anak sudah mendapat khasiat yang sepenuhnya untuk membesar dalam satu hari. Jika sudah tahu satu kali menyusu, jangan pula kita buat tak tau saja. Pantau pula keadaan anak setiap pagi dengan melihat keadaan perut anak. Jika bulat berwarna putih, maknanya si anak telah menyusu pada waktu pagi. Jika tidak ada, haruslah kita membuat sesuatu supaya tidak mati kelaparan.
 
Pagi tadi aku telefon semula. Semua anak dalam keadaan montel dan sihat. Harapan aku supaya 6 ekor anak ini akan terus membesar di RVR seterusnya dapat dijual.
 

24+K24(2) = 26ekor

Kelahiran ke24 yang di jangkakan telah tiba awal. Seperti kelahiran ke 23, hanya 2 ekor anak sahaja yang keluar berbanding sasaran 6 ekor. Ikut sejarah induk, kali ini adalah kali ke empat kelahiran dalam masa setahun. Sebelum ni ia telah melahirkan K6-8 ekor + K11-5ekor + K12-4ekor = 17ekor. Dengan pertambahan k23 bermakna sudah menjadi 19 ekor anak dalam setahun.
 
Disebabkan 2 ekor sahaja yang di lahirkan, walaupun banyak bulu yang di cabut, 2 ekor ini telah dipindahkan ke induk yang beranak seekor semalam. Alhamdulillah, semuanya aktif menyusu. Sementara induknya sudah dikahwinkan dengan jantan no 4 (mix teddy bear). Memang si ibu nak aje tanpa banyak soal. Si jantan pulak aktif semacam. Doa aku lagi sebulan beranak balik la tuh.
 
Bandingkan saiz k23 (putih) yang beranak sekor dengan K24 (hitam)
 
 

Tuesday, 2 October 2012

23+K23(1) = 24ekor

Alhamdulillah, hari ini ibu loop ear telah beranak semula selepas 2 bulan kelahiran pertamanya. Yang mengecewakan aku dia hanya beranak sekor je berbanding sasaran aku sebanyak 3 ekor. Kalau sudah beranak seekor, maka saiz yang keluar adalah dalam saiz yang luar biasa iaitu besar sedikit berbanding anak yang di lahirkan lebih 2 ekor.
 
Dalam masa yang ada seekor baka pedaging yang berbaki di RVR menunggu saat melahirkan anak. Pagi tadi aku dah tengok dia sudah cabut bulu. Kemungkinan hari ini atau paling lewat esok pagi dia akan beranak.
 
Alhamdulillah di sini aku ada peluang untuk menyatukan anak si loop ear yang seekor ni dengan anak pedaging ini. Ini untuk mengelakkan pembaziran dari segi produktiviti induk dalam menghasilkan anak. Bila sudah di pisahkan, aku akan mengahwinkan semula si loop ear untuk melahirkan anak dalam tempoh sebulan.
 
Berdasarkan pemerhatian, arnab yang sudah beranak boleh beranak lagi dalam tempoh masa yang singkat jika anak yang dilahirkan di pisahkan awal atau si sinduk mengalami kematian anak. Nak kata kejam tak lah sangat, tapi ini lah fitrah arnab yang takda tempoh pantang.

Pindah Anggora ke RVR - 23ekor

Atas nasihat rakan yang memindahkan seekor baka Anggora jantan ke RVRII, pada akhir lawatan hujung minggu 39, aku telah memindahkan anggora tersebut ke RVR kerana kami menyasarkan hanya baka pedaging sahaja yang ada di RVRII manakala baka selain pedaging di simpan di RVR.
 
Baka jantan ini ada sedikit pelik kerana bahagian bawah perutnya ada sedikit melengkung ke atas dan tidak jejak ke tanah. Kemungkinan baka ini ada sedikit kacuk Teddy Bear. Mengikut tuan asal, si jantan ini tidak pernah dikahwinkan dengan mana-mana betina ketika di tempat lama. Maka apabila pindah ke RVR, ia akan di monitorkan dengan teliti oleh tuan RVR.
 
Maka dengan kehadiran si jantan Anggora ini, RVR mempunyai 4 ekor pejantan untuk di biakkan.
 

1st Kematian di RVRII

Dalam lawatan minggu 39 seekor anggora + loop ear telah di tarik balik ke RVR. Ini kerana customer yang hebat pada awal pesanan menunjukkan sikap acuh tak acuh untuk membayar harga RM100 yang telah diletakkan pada LA ini.
 
Pada masa yang sama berlakunya kematian pertama di RVRII di mana seekor betina pedaging yang dipindahkan sebelum ni mati tanpa sebab-sebab yang munasabah. Berdasarkan maklumat dari tuan penjaga, arnab menunjukkan sifat murung pada malam hari sabtu sebelum kematian. Berak cair juga di kesan. Ia mati pada pukul 11 pagi keesokkan harinya (Ahad).
 
Atas nasihat dari tuan penasihat, post mortem perlu di lakukan. Tapi pada aku, arnab mati seekor dua dalam masa sebulan adalah normal. Maka bangkai arnab itu telah di hapuskan sebelum sempat arahan post mortem lengkap di keluarkan.
 
Tetapi sebelum penghapusan bangkai, berdasarkan pemerhatian, najis arnab mengeluarkan bau yang busuk seperti tahi ayam candu. Dengan kematian dalam keadaan mata yang terbuka, seperti biasa arnab tidak menunjukkan pisikal yang pelik. Jadi tiada sebarang kesimpulan yang dapat di buat.
 
Adakah arnab stress? Salah makan?Terperanjat? Aku pun tak tau. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Serangan Kerengga

Awal bulan je dah jadi macam ni. Semalam, kali ni serangan kerengga adalah dari belah kanan reban berhampiran pokok pisang. Nasib baik petang tu aku balik kerja lewat tapi aku terus pergi belakang rumah. Kelihatan baru 50% serangan kerengga berbanding serangan hebat sebelum ni. Kiranya, kerengga ni belum panggil kengkawan dia lagi la ni.
 
Arnab yang di serang pulak adalah induk yang mempunyai 3 ekor anak berusia sebulan yang lahir pada K18 (28hb August, sekor anak angkat). Nasib baik 2 ekor anaknya yang cantik-cantik tuh tak kena serang. Aku tengok induk saja diserang sebab kepalanya yang paling dekat dengan atap reban yang setinggi 1 kaki je.
 
Aku pun cepat-cepat alihkan induk dan anaknya ke reban kosong yang lain. Sementara kerengga tuh aku spraykan dengan aerosol. Reban nya di alihkan dari para. Aku cari punca jalan kerengga tuh tak jumpa. Yang pasti bawah reban tuh dia dah buat hiway. Lepas spray bawah reban aku ambil penyodok, aku sodokkan najis arnab yang bertimbun tu. Anak pokok pisang yang berada kat bawah reban pun habis aku tebangkan. Dalam 4 batang jugak aku tebang. Pokok-pokok ni pulak aku bagi makan kat arnab aku.
 
Bersebelahan reban yang diserang ni adalah induk yang baru beranak sekor tuh. Aku risau plak kalau-kalau jadi kes sebelum ni yang kena serangan berturut-turut. Aku amik racun serangga jenis air, aku spraykan keliling reban. At least bila kerengga terbau racun unggas ni,  dia tak teruskan hajat jahat dorang tuh.
 
Itu hari aku dah sodokkan sarang induk kerengga ni. Ada dua, satu lagi aku tak dapat musnahkan sebab terlalu tinggi. Mau lebih 2 tingkat rumah tinggi. Harapan aku jangan la ada serangan kerengga lagi. Sabar je lah.

Monday, 1 October 2012

RVRII - Extended Part Week 39

Lawatan minggu 39 ada sedikit kelainan. Kehadiran pada hari kerja Khamis 27hb pukul 10 malam untuk memindahkan 6 ekor baka pedaging dan anak mix. Selepas itu sedikit kerja-kerja sambungan water feeder PVC untuk sangkar 6 sel.

PVC yang siap dengan water feeder di waktu tengah malam jumaat

Seterusnya lawatan pada hujung berlangsung selama 2 jam sahaja. Antara kerja-kerja tambahan adalah meningkatkan kunci selak di bahagian pintu yang menjadi masalah apabila kayu tidak digunakan sebagai bingkai sangkar. Ini hanya minor touch-up.
 
Yang paling utama adalah penambahan 6 sel sangkar ready made yang telah dipindahkan ke RVRII pada minggu lepas.


1. Sambungan air dari sangkar tingkat 1.
2. PVC di pasang di bahagian belakang kerana pintu di bahagian depan
Design 6 sel ini menggunakan atap batu sebagai tiang tapak dengan ketinggian 14 inci. Cabaran paling besar menggunakan bahan ini ialah ia tidak dapat berdiri dengan kukuh secara bersendirian. Pada mulanya 4 keping digunakan tetapi selepas puas menyelaraskannya, kami menemui kegagalan dengan 2 daripadanya pecah dua. Kayu 1"x2" yang digunakan juga melendut ke bawah.

Jadi cara lain digunakan iaitu dengan menambahkan lagi 2 keping atap di bahagian tengah untuk mengukuhkan kayu sepanjang 9 kaki tersebut. Reka letak atap juga di susun dengan cara melintang dan menegak. Akhirnya dawai di ikat dibahagian belakang sangkar untuk mengelakkan 6 sel bergerak. Akhirnya taktik ini berjaya dan terhasillah 6 baris sangkar baru untuk RVRII.

Barisan tambahan 6 sel yang sudah siap menerima penghuninya

Dengan pertambahan 6 sel ini menjadikan RVRII mempunyai capacity 18 sel sangkar. Akan datang mungkin ditambahkan lagi 4 sel sangkar ready made.

Pandangan menyeluruh RVRII bersama 18sangkar individu
dan penjaga parttimenya: Si Aidil

Friday, 28 September 2012

Pindah 6ekor ke RVRII - 22ekor

Dalam minggu ke 39 pada hari Khamis 27hb Sept pukul 10 malam, lagi 6 ekor arnab pedaging ditambah ke RVRII. Kali ini 3 ekor anak mix pedaging + anggora, 2 ekor betina pedaging, dan seekor jantan pedaging. Ini menjadikan jumlah arnab RVRII sebanyak 11 ekor. Stock di RVR sudah berkurang menjadi 22 ekor.
 
Kehadiran 3 anak itu juga atas permintaan tuan rumah untuk menunjukkan stock anak ke pelawat yang hadir di RVRII. Ini menunjukkan perkembangan yang memberansangkan selepas seminggu stock batch pertama berada di RVRII. Ini juga bermakna di RVRII walaupun penternakan disasarkan untuk daging, permintaan ke atas anak masih ada. Nak tak nak, kena la juga ada stock anak di RVRII.

Pada malam itu juga sedikit kerja-kerja pemasangan water feeder PVC di lakukan sehingga pukul 1 pagi.

Monday, 24 September 2012

Pindah 1ekor L+A = 28ekor

Sebelum ni di RVRII update telah dinyatakan seekor anak mix loop ear + anggora dipindahkan ke RVRII. Maka ini adalah berkaitan si Mix Loop + Anggora (L+A) la yang cantik telah ditempah oleh seorang budak kampung. Ceritanya begini.
 
Anak ini adalah yang paling cantik RVR telah hasilkan. Berwarna tiga; perang, betompok hitam dan putih. Kelahirannya adalah yang kali ke 13 dalam RVR. Boleh tengok post lepas mengenai kelahirannya di sini. Pada awal usia 2 minggu kononnya akan dijual kepada jiran didepan rumah. Pada masa ni aku tak tau lah baka yang di hasilkan cantik. Lagipun pada masa tuh mana ada stock anak untuk dijual, maka aku telah tunjukkan 2 beradik ni pada jiran depan rumah. Kononnya akan di ambil pada penghujung bulan August. 
 
Tunggu punya tunggu, si LA ni telah berusia sebulan apabila masuk bulan September dan masih tidak terjual pada jiran rumah depan. Bulu dia pun dah naik cantik. Boleh tengok kat post di sini. Disebabkan tidak terjual, maka si LA terus membesar dan memberi perkembangan yang memberangsangkan dengan menunjukkan tanda-tanda loop ear (telinga jatuh) dan berbulu panjang (anggora) seperti mana baka kedua induknya.
 
Dalam usia 6 minggu, seorang budak kampung aku menanyakan jika ada baka yang cantik, maka aku telah menunjukkan video si LA pada dia. Dari harga RM30 telah di naikkan pada RM50. Pada ketika berumur 2 bulan dan seberat 1.5kg, harganya telah di naikkan kepada RM100. Maka atas permintaan bersungguh-sungguh dari budak ni, aku telah memindahkan si LA ke RVRII yang kebetulan adalah pemindahan pertama RVRII. Tapi disebabkan budak ini mengingkari permintaannya untuk membeli si LA ni, maka selepas seminggu diletakkan di RVRII, ia telah di pulangkan semula ke RVR.
 
Sekarang aku tengok si LA ni telah gebu semacam dan semakin comel. Aku rasa RM100 tuh adalah harga minimum buat masa sekarang ni. Jika tiada orang yang menginginkan si LA ni, aku akan jadikan baka induk. Buat pengetahuan si LA adalah betina. Sekor lagi adiknya berwarna putih. Nampaknya baka loop ear tidak berapa kuat membuatkan si putih mempunyai telinga sebelah jatuh sebelah tak jatuh. Manakala bulu nya masih Anggora.

RVR II - Part V Week 38 (Final)

Kerja Terakhir.
 
Lawatan kelima pada 23hb Sept seawal pukul 8 pagi kali ini adalah untuk menyiapkan kerja -kerja berkaitan bekas makanan dan penyudahan tingkat dua tempoh hari.

Menyiapkan bekas makanan dan pintu di tingkat dua.
 
Pemindahan Batch Pertama - 5 ekor.
 
Lawatan kali ini juga telah diringi dengan pemindahan seekor arnab mix loop + anggora. Kemudian di tambah pula dengan seekor jantan dan 3 ekor betina yang dipindah dari seorang rakan.

5 ekor batch pertama selepas menempuh stress perjalanan.
Yang paling gempak lagi, rakan ini juga telah memindahkan 6 sangkar ready made dan bekas-bekas makanan second hand untuk kegunaan RVRII. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau.

6 buah sangkar dan berpuluh-puluh bekas makanan terpakai
Aku ada plan untuk sangkar dan bekas makanan tambahan ini. Nantikan aja.

Dengan siapnya 12 sangkar di RVRII, akan akan cuba memenuhkannya dengan baka pedaging secepat yang mungkin. Maka aku sudahi projek RVRII Fasa I ini dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana tiada dugaan yang besar melanda ketika aku menyiapkan projek ini selama 5 minggu berturut-turut.

Wednesday, 19 September 2012

Stock Anak - 15ekor

Tak tau nak post apa untuk hari ni, so aku updatekan stock anak yang ada sekarang.
  1. K013-2 (30/07/2012) = 7.3minggu (51hari). Baka Mix loop dan Anggora. Telinga loop dan bulu Anggora so sekor dah ada orang booking RM100. Masih bersama dengan ibu tapi dah tak menyusu.
  2. K015-3 (06/08/2012) = 6.3minggu (44hari) yang sudah cerai susu. Itu hari aku kawinkan ibunya dan letak dengan sangkar jantan selama 3 hari. Aku campurkan semula, si ibu dah takmo nyusu anaknya sebaliknya digigitnya. Baka kampung yang mix anggora.
  3. K016-2 (13/08/2012) = 5.3minggu (37hari) masih lagi kuat menyusu. Ibunya pun dah tak larat nak layan. Nak suh anak cerai susu la tuh. Baka mix pedaging yang lebih besar dari K015.
  4. K018-2 (28/08/2012) = 3.2minggu (22hari) masih kuat menyusu sejak keluar dari takung didik.
  5. K019-1 (29/08/2012) = 3 minggu (21hari) combine dengan K018 sama kuat menyusu
  6. K021-1 (02/09/2012) = 17hari. Anak sekor ni di gabung ke K022. Paling besar sebab baka mix pedaging.
  7. K022-4 (03/09/2012) = 16hari. Anak kampung mix anggora. Baru 2-3 hari bukak mata. Sedang hebat menyusu.
Total = 15 ekor.

Mana yang berumur lebih sebulan tuh dah boleh jual dah. Tunggu anak baru tapi semalam aku raba perut induk-induk yang aku dah kahwinkan, sekor pun takde rasa dah bunting. Camno ni?

Tuesday, 18 September 2012

RVR II - Part IV Week 37

Untuk lawatan keempat pada minggu kali ni, perancangan untuk menyiapkan tingkat kedua telah dibuat. Ketibaan di lokasi seawal 8:15pagi dengan membawa kurang perkakasan dan set tangki yang sudah siap dibuat di rumah. Kali ni hanya menaiki motor.
 
Apa yang dirancang tidak lah selancar yang disangka kerana setakat pukul 3 petang hanya pintu dan set bekas makanan sahaja yang tidak dapat disiapkan. Selepas tuh beransur pulang kerana dah berjanji dengan isteri untuk balik ke rumah mak mertua.
 
Ikutilah sebahagian gambar yang sempat diuploadkan untuk kali ni.


Pemasangan Tangki Minuman
1. Kayu para 2"x3".
2. Tapak BRC 9'.
3. Pemasangan dinding BRC x 7.
4. Pemasangan PVC water feeder di bahagian belakang.
Pemasangan bumbung zink
Hanya pintu tingkat 2 dan bekas makanan sahaja yang belum siap
 
Untuk lawatan kelima akan datang adalah di jangkakan lawatan untuk pemasangan terakhir sebelum baka pedaging dipindah dan dimasukkan ke dalam sangkar baru ini. Insya Allah segalanya akan berjalan dengan lancar.