Arnab Daging

Friday, 31 August 2012

Transfer +4ekor = 26ekor

22ekor baki terdahulu.
4ekor transfer dari seorang kawan.
 
Dari posting yang lepas-lepas aku ada sebut seorang kawan bakal menutup penternakan beliau kerana berpindah ke rumah baru. So dalam process dia berpindah, dia ada transferkan sedikit stock kat aku.
 
Semasa 7 ekor arnab disembelih, beliau ada juga memindahkan 4 ekor arnab sebagai stock tambahan kepada induk-induk yang ada.
 
1. J087 - Anggora Jantan perang aka CAT
2. F088 - Dwarf betina putih/perang
3. F089 - Cincilla betina kelabu
4. F090 - Cincilla betina perang
 
Si anggora ialah penjantan utama di reban kawan saya ni. Jadi memang betul-betullah dia nak tutup penternakan dia ni. Sementara cincila yang ada tuh sesuai dijadikan induk pedaging kerana berat dalam 2.5kg-3kg. Tapi yang aku pelik nya dwarf ni untuk ape pulak? Ikutkan baka dwarf ni saiznya kecik-kecik belaka, tapi aku tengok macam arnab kampung je. Nanti aku tanya la kawan aku ni dwarf ni nak buat apa. Mungkin dia sayang kat baka dwarf ni kot.
 
Baki kat reban beliau sekarang tinggal 8 ekor je. Nanti RVRII dah siap mungkin baki 8 ekor ni akan ditransfer ke sana.
 
 

Jualan 7 ekor - 22ekor

Tempoh hari aku telah mendapat pesanan daging dari seorang rakan. Walaupun pada awalnya jumlah pesanan sebanyak 12 ekor perlu disediakan, aku hanya merekodkan sejumlah 9 ekor untuk di sembelih. Akhir perbincangan dengan pernternak lain, alhamdulillah, ada penternak lain boleh menyumbangkan lagi 5 ekor.

Maka pada hari ini, masanya telah tiba untuk aku me-letgo-kan stock RVR sebanyak 7 ekor. Jumlah yang paling banyak dalam 2 tahun aku menjadi penternak arnab backyard.

Sebelum dan selepas di buang kulit

Sekarang aku stok berkurang menjadi 22ekor.

Stock terbabit
F016 - Betina gemuk yang beranak seekor sahaja. Terlalu gemuk untuk di jadikan induk.
J030, J031, F033 - umur 8 bulan.
J038 - umur 7.5 bulan
J040 - umur 7.1 bulan
F048 - umur 6.1 bulan

30-K19(1) = 29 ekor

30 ekor baki terdahulu
K19 kematian seekor anak.
 
Satu hari sebelum tu, K19 mempunyai 4 ekor kelahiran. Mati OnTheSpot 2 ekor, dan lagi 2 ekor telah ditumpangkan ke ibu lain. Untuk makluman, ibu K19 akan disembelih untuk jualan daging akan datang. Dari pemerhatian, seekor telah di ajar menyusu dari ibu tumpang dan OK sementara seekor lagi tiada semangat untuk menyusu mungkin kerana kecederaan dari kakinya yang aku lihat sudah "mati". Harapan aku 50-50 sahaja. Keesokannya anak yang tidak menyusu ini hanya bertahan selama satu hari sahaja.
 
Seekor lagi sudah sihat sejahtera bersama adik beradik tirinya lagi 2 ekor yang berusia selang sehari. Saiznya memang ketara berbeza tapi asalkan sihat dan hidup aku boleh tarik nafas lega.

Hari ini jugak aku bakal menjual 7 ekor arnab dewasa.

Thursday, 30 August 2012

30+K20(3-3) = 30 ekor

30 baki terdahulu
K20 - 3 ekor dari F013. Mati on the spot!
 
Sedih! Sedih! Sedih! 3 ekor dari kelahiran ke 20 tapi semuanya mati. Anak yang dilahirkan telah kering bulunya. Pada pandangan aku sudah hampir 12jam anak ini dilahirkan iaitu pada waktu pagi selepas aku mengemas kematian dari kelahiran ke 19. Aku menyedari kelarian k20 ini selepas waktu magrib.
 
Keadaan anak mati begitu menyedihkan, Bak wife aku kata, geli nak melihatnya. Anak yang dilahirkan bukan sahaja di hurung semut bahkan terdapat kesan gigitan di bahagian kaki. Apabila aku melihat longgokan tahi di bawah sangkar, terdapat kesan berserakan. Pendapat aku, ada kucing yang memakan kaki-kaki anak arnab ini. Tak tau la aku sama ada semasa anak ini hidup atau selepas dia mati.
 
Ibunya pula adalah seekor induk yang aktif. Tahun ini sahaja dia sudah 4 kali beranak. Pertama - 8 ekor yang semuanya masih hidup. 4 ekor dijual, 2 ekor sudah menjadi induk dan 2 ekor bakal di jual esok. Kelahiran kedua (K11) dan ketiga (12) masing-masing 5 dan 4 ekor semuanya mati on the spot kerana tiada peralatan beranak disediakan. Sama juga kelahiran keempat ini.
 

Alasan utama kematian, TIADA TAKUNG DIDIK!
 
Aku termenung. Report bulanan perlu di buat.
 

Wednesday, 29 August 2012

Anak K13 - 30 hari

Nak cerita sikit pasal 2 ekor anak dari K13 yang hidup sampai sekarang. Disebabkan hanya 2 ekor sahaja anak, semua sihat sejahtera dan gebu-gebu belaka. Masa aku balik beraya dari kampung, jiran depan rumah dah tempah sepasang anak. Aku target nak tolak je 2 ekor ni. Itupun kalau jantan betina. Kalau sama jantina tepaksa la aku cari anak yang lain.

Ini lah gambar-gambar nya yang sempat aku ambil.

Comel tak kami?

Berat hampir 500kg. Kira ok la kan.

Berat kita samalah.

32-K15(2) = 30 ekor

32 ekor baki terdahulu
2 ekor K15 - 07/08/2012 yang berusia 21hari mati.
 
Pagi ni aku agak sibuk menguruskan kelahiran baru - K19. Tiba-tiba kesibukan itu di tambah pula dengan kematian 1 ekor anak dari K15 yang sudah 21hari usia sementara lagi sekor hanya menunggu masa sahaja untuk mati (nyawa-nyawa ikan). Entah kat mana silapnya aku pun tak tahu, tapi dari segi pemerhatian 2-3 hari ini anak-anak dari ibu 050 ini mengalami tubuh badan yang kurus. Aku sangka kan baka ibu ini memang dari jenis kecil. Tapi bila aku ternampak kematian anaknya, memang sah, si anak mengalami kekurangan zat makanan.

Anak yang berusia 21 hari. Semasa gambar di ambil,
sebelah kiri sudah nyawa2 ikan. Kanan sudah keras.
 
Semalam aku dah check si ibu, putingnya mengalami kecederaan dan ada sedikit berkudis. Mungkin kecederaan dari penyusuan anak yang agresif. Aku sudah buangkan kudis yang menyaluti putingnya. Aku lupa pula untuk memeriksa susunya, ada ke tidak aku tak tau. Bila dah berlaku kematian hari ini baru lah aku buat post mortem.
 
 
Post Mortem.
 
Pada usia 2 minggu apabila si anak sudah keluar dari takung didik, maka takung didiknya sudah tidak diperlukan lagi. Maka sebagai penternak prihatin, kita perlu keluarkan takung didik tersebut. Ini untuk mengelakkan si ibu main nyorok-nyorok dengan anaknya kerana lari dari dikejar si anak yang kehausan. Bagi anak yang agresif tidak apa sebab dia boleh panjat sana, panjat sini tapi bagi yang kecil dan lemah, ini adalah satu kekurangan yang boleh membawa kematian seperti yang berlaku di atas.
 
Di samping penyusuan ibu, penternak perlulah menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya kerana susu ibu tidak dapat lagi menampung kehendak dari anak yang membesar. Oleh itu makanan dan minuman perlulah senang di ambil oleh anak.
 
Semoga post mortem ini dapat menghindarkan kematian anak yang sedang membesar.

30+K19(4-2) = 32 ekor

30 ekor baki terdahulu.
K19 menambahkan stock 4 ekor tetapi mati on the spot 2 ekor
 

Kelahiran ke 19 - 29/08/2012
 
Buat kali kedua aku terima anak arnab dalam tempoh 30hari dari ibu yang sama. Ibu 033 ini pernah kematian anak pada kelahiran pertamanya (K14 - 30/07/2012) dan ini adalah kelahiran kedua selepas selang 30 hari!. Dalam rekod RVR ini adalah kelahiran ke 19. Dan seperti biasa aku kena buat post mortem kerana ibu yang melahirkan 4 ekor anak ini telah kematian 2 ekor pada waktu yang sama.
 
Begini ceritanya. 2 hari sebelum ini aku telah mengesan ibu 033 bakal melahirkan anak tetapi aku tak menjangkakan selepas 2 hari dia sudah melahirkan anak. Pada masa yang sama aku tak tau yang dia sudah hampir sebulan selepas lahir dan kematian anak. Ibu ini juga telah bersama dengan jantan 038 selama sebulan selepas kelahiran/kematian pertama. Pada kelahiran kedua ini juga, si jantan masih ada lagi bersama dalam satu sangkar.
 
Jadi ibu ini telah melahirkan anak pada sangkar S8 iaitu sangkar standard berwarna putih yang mempunyai jaring selari di seluruh permukaan lantai, dinding dan bumbung. Sangkar ini amatlah tidak sesuai untuk induk yang bakal melahir dan membesarkan anak kerana anak mudah jatuh terus ke bawah. Dan ini lah yang berlaku.
 
Semuanya aku baru perasan ketika memberi makanan pada pukul 6:45pagi. Seekor hidup masih di atas jaring, kedua dan ketiga masih tersangkut seperti dijatuhkan hukuman gantung dengan masing-masing hidup dan tak bernyawa. Dan terakhir, keempat sudah jatuh ke bawah jaring, di atas najis dan di hurungi semut. Pastinya sudah tidak bernyawa. Sudahnya hanya 2 ekor sahaja la yang aku berjaya selamatkan. Itupun aku tak tahu masih boleh bertahan ke tidak. Aku terus satukan dengan induk semalam yang baru melahirkan 2 ekor anak (K18).
 
Adik beradik @ induk k-19: 038 dan 039
 
Anak ke-3 yang mati tergantung di celah jaring
 
Anak ke-4 yang sudah jatuh dan mati dihurung semut.

 
Bangkai anak yang telah di alihkan
 
Anak pertama dan kedua yang berjaya di selamatkan
 
Post Mortem, 
  1. Mengetatkan langkah-langkah ketika sudah mengetahui induk yang bunting dan bakal melahirkan anak. Biasanya jika aku tak mengetahui bila tarikh di kahwinkan, apabila aku dapat mengesan ibu bunting, dalam masa sehari ke seminggu, anak terus dilahirkan tanpa tanda fizikal dan tingkahlaku. Jadi aku perlu memastikan bahawa ibu dalam sentiasa dalam berkeadaan sedia untuk beranak. Takung didik dan sangkar BRC adalah suatu kemestian.
  2. Amaran keras: Sangkar standard berlantaikan jaring selari adalah di haramkan untuk semua induk.

Tuesday, 28 August 2012

28+K18(2) = 30 ekor

Assalamu'alaikum
 
28 ekor baki terdahulu
K18 (2 ekor) dari ibu F041 yang buat kali pertama melahirkan anak.

Pagi tadi aku terkejut dari tidur dalam pukul 2 pagi. Seakan di panggil, aku terus pergi di belakang rumah untuk menjenguk arnab yang aku sahkan bunting tempoh hari. Walaupun sasaran kelahirannya masih lambat, aku nak pergi tengok jugak.
 
Dalam keadaan samar, kelihatan si ibu sedang mencabut bulu di luar bekas didik. Si ibu berbaka Anggora mix yang mempunyai bulu tebal dan panjang sudah kelihatan togel. Tapi tiada bulu-bulu yang bertaburan di luar bekas didik. Maknanya dia sudah meletakkan bulu-bulunya di dalam bekas didik. Sama ada dah beranak ke belum aku tak pasti.
 
Untuk kepastian, aku pun menyelak kanvas yang menjadi bumbung reban untuk melihat keadaan bekas didik. Memang banyak bulu yang terdapat di dalamnya, terlalu banyak. Tapi sekali imbas tiada kelihatan sebarang pergerakan. Kemudian aku teliti betul-betul, ada pergerakan pada bulu-bulu tersebut. Apabila di selak, ada seekor sahaja. Aku selak lagi di bahagian hujung yang lain. Jumlah hanya ada 2 ekor sahaja, seekor warna putih dan seekor tiga warna. Alhamdulillah, walaupun sebelum lahir aku target 3 ekor, dah dapat 2 ekor hidup kira ok lah. Di lihat pada keadaan bulu yang masih basah, aku jangkakan mungkin baru 2 jam di lahirkan. Mungkin selewat 12 tengah malam.

Ibu F043 mix anggora yg sudah togel
 
Punyalah banyak bulu. Tuh sebab ibunya togel. Dalam Sejarah RVR ni.

Selak-selak baru nampak 2 ekor ni.

Alhamdulillah. 2 ekor lahir dalam keadaan yang serba lengkap

Dalam carta/rekod aku mengatakan si ibu F043 ini adalah induk yg ke 10. Ia adalah dari keturunan F002 + J017 iaitu dari induk pertama dalam senarai RVR. Sementara si jantan J040 dari keturunan yang sama (adik beradik). Kira in-breading la ni.

Bawah ni adalah carta aku yang terbaru. Tambahan pada kelahiran ke-18


 

Monday, 27 August 2012

Demand Daging 2 ekor

Assalamualaikum..
 
Semalam sedang aku elok berdiskusi pasal reban arnab tambahan dengan bapak aku di kampung, tiba-tiba aku dapat satu panggilan dari seorang kawan. Katanya URGENT! Terperanjat gak aku, ntah ape nye yang urgent sangat. Rupanya ada permintaan lagi 2 ekor pedaging yang lebih urgent dari pesanan 10 ekor. 2 ekor ini untuk orang yang tengah mengidam. Ntah sapa yang mengidam aku pun tak la tanya. Yang penting aku kena carik stock tambahan untuk lagi 2 ekor ni.
 
2 ekor ini walaupun nampak kecil tapi adalah satu figure yang begitu besar bagi penternak yang mempunyai stock bawah 20 ekor seperti aku ni, lebih-lebih lagi pesanan 10 ekor baru-baru ini masih lagi tidak tertunai. Aku pun berkata lah pada kawan yang meminta pesanan ini. Untuk menunaikan hasrat permintaan ni, aku terpaksa mengorbankan seberapa banyak stock yang aku ada.

Permintaan tambahan ini membuat kan hati aku meluap-luap untuk mengembangkan lagi penternakan arnab ini yang baru sahaja berbincang dengan tuan tanah.

RVR II - Part I Week 34

Assalamualaikum...
 
RVR akan maju lagi selangkah dengan cadangan untuk membuka sebuah tapak baru. Untuk itu aku sudah bukak thread baru under RVR II. Aku pun memang dah lama plan untuk memajukan bidang penternakan arnab ni. Cuma aku ni sedikit slow.
 
So semasa raya aku ada bertanya bapak aku mengenai hasrat menternak arnab di kampung. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, kali ini aku takkan membebankan mak bapak aku untuk projek terbaru ni. Sistem air yang auto seperti yang aku buat di rumah, pemberian makanan yang lebih efisen dan tidak membebankan masa dan tenaga telah aku fikir dan ada dalam kepala ini.
 
Semalam hari ahad, aku balik kampung berjumpa dengan bapak aku kejap. Sedang dia sibuk memberi makanan kat itik dia, bila dia nampak muka aku terus dia bertanya tentang projek yang aku suarakan tempoh hari dengan muka yang bersungguh-sungguh. Kali ni dia tidak lagi terkenang pasal perkara tahun lepas semasa dia terpaksa menjaga 6 ekor arnab aku. Dia terus mengajak aku untuk melihat tempat yang bakal dilaksanakan.
 
 
Tempat Pertama.
 
Pertama dia tunjukkan tempat di depan rumah aku. Tempat ni sekarang adalah laluan air basuhan dan ada beberapa rumpun pokok pisang yang hidup segan mati tak mahu. Dengar cerita pisang tuh kena serangan penyakit. Maka elok lah di usahakan dengan benda yang berfaedah. Tanah ni agak rendah juga kerana berada di depan cerun tanah tambak. Jika aku setuju, next step adalah aku perlu tambak tanah yang baru untuk melevelkannya dan perlu didirikan garaj sebagai bumbung. Tempat ini bagus jugak sebab selepas di tambak, aku rasa boleh menempatkan dalam 30sangkar sekali baris (10 x 3 tingkat). Tetapi disebabkan projek ni lebih kepada 50% cuba-cuba dan 50% untuk menambahkan stock sekarang, maka lebih elok la di kecilkan lagi tempat dan segala kos yang terlibat.
 
 
Tempat Kedua.
 
Maka bapak aku pun mencadangkan tempat ke dua, iaitu ternyorok di belakang rumah di sebelah tandas luar dan dekat dengan tangki air. Ini sudah bagus. Aku hanya perlu extendkan aja pvc dan kepala paip. Dan bonusnya sudah ada bumbung. Ikutkan tempat ni asalnya adalah tempat reban didik ayam/itik bapak aku. Bapak aku pun dah lama tak guna. Sebelum tu pula adalah tempat merewang orang-orang kampung semasa kenduri kendara. Tapi sekarang adik beradik aku semua dah berumah tangga. Tu yang elok projek ini di teruskan kat tempat ni. Target minimum 20 sangkar.
 
Lokasi Kedua terletak di belakang rumah bersebelahan tangki air

Yang kurang eloknya, bawahnya simen perlu di korek untuk memberikan ruang pada najis arnab. Tahu saja la pengalaman menternak arnab di atas simen. Penyelenggaraan perlu kerap berbanding reban di atas tanah terbuka. So aku dan bapak aku pun setuju dengan tempat ini. Seterusnya aku perlu mencari BRC dan kelengkapan lain untuk sangkar.
 
 
Persediaan Kelengkapan
 
Untuk reban kali ini, aku perlulah membuat jenis yang tahan lama. Jadi BRC yang tahan lama perlulah di gunakan. BRC ni aku tak tahu saiz berapa, tapi aku dah cuba dan pakai sekarang ni. Memang BRC jenis ni tahan lama lebih-lebih lagi untuk lantai yang selalu di kais dan dikencing arnab. Saiz lebar standard 3 kaki adalah perlu. Untuk dinding dan aku tak perlukan jenis mahal. Mungkin cukup la saiz BRC yang lebar atau besar sedikit. Arnab ni bukannya pijak atau kais bahagian dinding/bumbung. Nanti design aku update kat sini.
 
Keduanya aku memerlukan set nipple drinker. Aku dah mula membuat pesanan tempahan dari seorang mamat dari Kelantan. Sebelum ni aku dah order dua kali dah dari mamat ni. Kali ni aku memesan untuk kali ke tiga; 20 set yang berharga RM80. Walaupun mahal, aku rasa buat projek kecik macam aku ni dah kira memadai la. Mana tau kalau lepas ni boleh pegi beratus-ratus sangkar.  Boleh order direct dari china yang berharga RM1 satu set. Hehe. Hujung bulan ni aku akan banking duit. Insya Allah minggu depan dapat la barang yang diposlajukan ni.
 
Ketiganya, aku memerlukan mangkuk makanan jenis tanah liat yang berat. Bagi aku takde masalah sebab ada seorang kawan akan menutup reban/sangkarnya kerana berpindah. So banyak kelengkapan yang aku boleh dapat dari kawan ni. Second hand pun jadi la.

Wednesday, 22 August 2012

Re-arrange Layout

Ini aktiviti layout pagi tadi.

1. Mengemas bangkai 076 & 077 yang baru dilahirkan (K17) dari induk F010+J015 di S6 dengan menanam mereka di dalam tanah bawah pokok jambu.

2. Takung didik TD1, dikemaskan dengan membasuh nya dan dibiarkan kering.

3. Memeriksa setiap induk yang di suspect bunting. Mendapati induk baru (dara) F043 yang telah lama disatukan dengan abangnya J040 mungkin bunting. So F043 di asingkan dari S7 ke sangkar induk S6.

4. Induk F010 dari S6 pula aku sudah pindahkan ke jantan J015 di S2. Mau pulak mengawan 2-3 kali sebelum sedikit bergaduh. Di biarkan bersama sebelum aku pergi keja.

5. Sementera induk F016 yg hanya sekali kelahiran (itupun sekor je, pun mati) dari S14 di pindahkan ke jantan J040. Mau jugak mengawan 2-3 kali. Dibiarkan bersama sebelum aku pergi keja.

6. Memindahkan F049 dara yang sudah lama bersama dengan J015 di S2 ke S14. Ini untuk memberikan F049 sedikit masa berehat sebelum dikahwinkan lagi dengan J015.

Ini la aktiviti aku sementara ada waktu.

28-K17(2-2) = 28ekor

28 ekor baki terdahulu
K17 (2 ekor) dari ibu F010 yang sebelum ini sudah 2 kali melahirkan anak (K5-3 dan K9-7) .
K17 (2 ekor) mati dari 20hb-21hb/Aug.

4 hari aku tinggalkan arnab-arnab kesayanganku demi merayakan hari kemenangan Aidilfirtri, tiba rumah tiada yang lebih menyedihkan lagi selain kematian anak arnab yang baru di lahirkan. 2 ekor mati entah tak tahu bila waktu sebenarnya. Aku rasa silapnya datang dari diri aku jugak.

Silap yang paling ketara, aku meletakkan takung didik terlalu awal sehingga takung didiknya di penuhi najis induk. Walaupun aku sudah tahu tarikh si ibu melahirkan anak (kerana aku ada merekod tarikh mengawan), aku lupa untuk membersihkan takung didik tersebut sebelum aku meninggalkan si induk selama 4 hari.

Pada waktu yang sama aku melihat bangkai si anak, takung didik tersebut juga dipenuhi sedikit air yang meresap di antara carikan kertas. Entah air hujan ke (sebab cuaca hujan 1-2hari ni) atau kencing dari induk. Keadaan ini sedikit sebanyak memberikan persekitaran sejuk terhadap anak.

Sebab ketiga mungkin datang dari rekabentuk takung didik yang kurang sesuai iaitu bahagian bawahnya diperbuat dari brc. Ini juga turut menyumbangkan keadaan sejuk terhadap anak. Kalau di ikutkan, aku ada takung didik lain yang diperbuat dari kayu juga dalam saiz yang sama. Entah apa yang membuatkan aku lupa aku pun tak tau.

Sebab terakhir mungkin datang dari alas bumbung yang sedikit terselak membuatkan air hujan jatuh ke atas takung didik sekali gus membuatkan bulu-bulu si ibu basah.

2 ekor bangkai anak di samping takung didik yang kurang memuaskan


Sebagai langkah tetap untuk masa akan datang, aku kenalah memastikan bahawa arnab-arnab aku berada dalam keadaan perfect jika aku ingin meninggalkan mereka dalam jangka masa yang panjang. Lebih-lebih lagi untuk ibu bunting yang bakal melahirkan anak.

Pagi tadi juga aku ada memantau betina yang aku kahwinkan. Ada betina baru (dara) yang mungkin melahirkan anak yang pertama. Dalam carta/rekod aku mengatakan betina F043 ini bakal menjadi induk yg ke 10. Betina ini adalah dari keturunan F002 + J017 iaitu dari induk pertama dalam senarai RVR. Sementara si jantan J040 dari keturunan yang sama (adik beradik). Ini di namakan in-breading. Selalunya penternak ingin mengekalkan keaslian baka dari tercampur dengan baka lain. Aku tengok adik beradik ni pun dah baka mix. Hantam aja lah. Target aku maybe dalam 3 ekor. Due date aku tak pasti sebab sudah aku menyatukan adik beradik ini dalam tempoh masa yang agak lama.

So tunggu je la kelahiran seterusnya, K18.

4 Hari Bercuti Panjang.

Tahun ni adalah tahun kedua aku beraya sebagai seorang penternak arnab backyard. Dan tahun ni adalah kali pertama aku akan meninggalkan arnab aku tanpa jagaan dengan begitu lama dengan meletakkan sasaran 4 hari bermula dari hari Sabtu petang hingga ke Rabu pagi. Sebelum ni aku pernah tinggalkan selama 3 hari sampai ada yang cirit-birit. Kesian.

Jika pada tahun lepas sebelum ni aku beraya di kampung, aku memindahkan arnab-arnab ke kampung ibubapa aku untuk di jaga buat sementara, tapi kali ni aku lebih bersedia. Masa tu arnab tak banyak. Ada dalam 6 ekor sahaja. Memang mudah sahaja untuk memindahkan 6 ekor arnab dengan sekali hantar. Tapi tahun ni aku ada 26 ekor anak. Takkan aku nak pindahkan semua sekali ke kampung? Mahu pakai lori. Lagipun pada tahun lepas, untuk 6 ekor sahaja bapak aku dah komplen tak larat nak jaga bagi makan, apatah lagi nak jaga 26 ekor?. Mahu mengamuk orang tua aku.

So pada hari Jumaat malam yang lepas aku tinggalkan arnab aku dengan memenuhkan sangkar dengan batang-batang pokok pandan dan daunnya yang aku budget dapat bertahan selama 3 hari dan pallet dalam mangkuk untuk 1 setengah hari. Malam tu aku balik kampung makbapak aku kononnya aku dah bersedia untuk meninggalkan arnab aku dengan tempoh masa yang lama. Tapi pada keesokkannya, aku terpaksa balik sekejap sebab nak ambil mesin rumput untuk digunakan di kampung.

Bila aku tiba di rumah, aku lihat makanan yang awal di sentuh adalah pallet. Ada arnab yang dah balun habis semua pallet untuk 1 setengah hari tu. Memang pelahap betul arnab aku ni. Tak kurang jugak ada yang kais habis sampai semua pallet jatuh ke bawah. Yang menyentuh daun pandan tak luak sangat la pulak. Tak mcm tak sentuh pallet pun ada. Itu untuk induk yang takde mood nak makan la sebab dok pikir nak beranak. Bagus, itulah yang aku harapkan. Sebelum aku bertolak, mana arnab yang betul-betul sudah habiskan palet dalam mangkuk, aku topupkan untuk 1 hari makan. Yang palet habis dok kena kais, aku topupkan separuh je.

Then pagi tiba aku yang dari kampung tiba rumah selepas hampir 4 hari aku tinggalkan mereka. Alhamdulillah, semua berada dalam sihat. Tiada yang kena serang kerengga, tiada yang cirit birit, tiada sangkar yang bocor di kais dek kerana lapar, tiada yang terlepas berkeliaran. Tapi yang tak bagusnya, ada induk yang aku tunggu beranak telah pun beranak. Tapi anaknya semua mati. Nanti aku ceritakan kat next entry.

Bermakna, tips batang pandan aku kali ni berjaya la kan. Lepas ni aku dah takde masalah untuk tinggalkan arnab-arnab aku dalam masa 3-4 hari lagi.

Di kesempatan ini aku nak ucapkanlah Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Moga kehadiran hari lebaran menambahkan rezeki pada keluarga. Mohon ampun dan maaf atas segala entry yang tak berkenan di hati..



Thursday, 16 August 2012

Demand Raya - 30 ekor!

Semenjak penjualan anak arnab yang terakhir pada bulan 6, dan kelahiran terakhir pada pertengahan bulan April, pengeluaran stock dari RVR tidak lah memberangsangkan. Di tambah pula perancangan untuk menambahkan stock pada bulan July terbantut kerana tidak mengikut seperti di rancang, membuatkan semangat aku luntur. Kita hanya merancang.

Tapi berkat doa, usaha dan idea yang mencurah-curah. Awal bulan August baru la sedikit demi sedikit stock aku bertambah walaupun tak segah awal tahun tempoh hari (30 ekor sekali turun!). Aku bersabar. Setakat bulan ni aku menerima 14 ekor anak (5+1+5+3) dari 4 ibu tapi hanya bertahan 9 ekor sahaja. Takpela, mungkin kali ni musim pertambahan anak dalam tempo yang perlahan. Aku kena terima. Sekarang aku sedang menunggu lagi seekor ibu untuk melahirkan anak buat kali ke 3 sementara induk yang lain sibuk dalam proses mengawan. Harap tiada masalah. Semua stock ini adalah untuk stock cuti sekolah nanti.

Tiba-tiba semalam aku dikejutkan dengan permintaan seorang kawan yang memerlukan stock daging lebih kurang 30 ekor untuk hari raya ini. 10ekor sebelum raya dan 20 ekor selepas raya. Bayangkan pesanan 30 ekor untuk penternak kecil-kecilan seperti aku ni. Mana aku nak cekaw? Belek-belek stock sekarang, aku confirmed hanya ada dalam 5 ekor je dari 19 ekor stock dewasa termasuk induk. Tekan gila-gila pun aku boleh pergi 9 ekor je. Memang aku terkedu kena permintaan macam ni. Nak taknak aku ngn kawan ni terpaksa ikhtiar jalan lain.

Alhamdulillah, setakat ni si kawan berjaya mendapatkan 10 ekor dari pihak dia. Sementara stock aku hanya selepas raya baru di korbankan. Baru je aku berkira-kira nak letgo 4 ekor kat mak aku buat rendang raya. Dah jadi macam ni, kena akur la. Lagipun buat pusing modal beli pallet arnab yang RM100 sebulan tu cukup la.

Begini la trend penternak kecil-kecilan macam kitorang ni. Nak berniaga tapi stock terhad. Nak bukak saiz ladang tak berani lagi. Apapun doa kan kami dapat yang terbaik. Semoga Allah memperkenankan doa kita. Amin.

Salasilah RVR v1

Semalam memamng aku ada banyak masa tapi last minit aku ada keja pulak untuk di siapkan. So tergendala la proses memindahkan posting dari blog lama. OK tak pe la. Kita tangguhkan dulu kerja semalam. Hari ni aku nak buat sesuatu untuk penambahbaikkan dari segi data control.

Disebabkan hampir 2 tahun aku menternak, dan pusingan generasi arnab yang begitu laju, diam tak diam aku telah ada anak arnab dari generasi yang ke 3. So untuk mengelakkan kecelaruan, aku kenalah buat salasilah keluarga atau orang putih kata family tree. Hehe..




Hasilnya seperti di atas. Lama jugak aku ambil masa nak update Family Tree ni. Diam tak diam dah 75 ekor arnab lalu atas tangan aku. 17 kelahiran dah berlaku. Tapi yang tinggal hanya 26 ekor je la sekarang ni.

Agak bercelaru kan. Nanti aku touch-up lagi la.

Wednesday, 15 August 2012

Pemindahan Posting

Hari ni aku ada masa nak berblog. Jadi aku ada masa untuk buat houskeeping kat blog-blog yang aku rasakan macam dah tak keruan. Antaranya aku nak pindahkan semua posting arnab aku dari blog http://budakchinchin.blogspot.com/ ke blog ni. Nampak sikit turutannya. Maybe gambar album dari facebook pun akan aku upload dan backdatedkan posting di dalam blog ni.

Aku buat blog ni bertarikh 13th June 2012, makanya jika jumpa tarikh sebelum dari tarikh ni, ia adalah posting dari blog http://budakchinchin.blogspot.com/.

Sehingga ke hari ini, inilah front page blog RingVille Rabbitary. Tak tau pulak aku design akan datang rupanya macamana. Rasa macam nak tukar header baru je.






Layout - 14 reban


Ini lah pelan reban aku sehingga hari ini.  Mengandungi 14 buah reban untuk induk sejumlah 19 ekor. Di tambah pula 9 ekor anak yang berusia dari 3 hari ke 2 minggu menjadikan 26 ekor. Ia di susun sebegitu rupa berdasarkan kapasiti yang dapat di tampung oleh jumlah reban dan reka letak di sekeliling nya. Reban ini terletak di bawah pokok jambu botol di sebelah kiri dan berlatarbelakangkan serumpun pokok pisang dan pokok pandan yang tumbuh merimbun di sebelah kanan. Dulu pokok jambu ni redup dan merimbun dengan daun, tapi disebabkan arnab aku selalu di serang kerengga yang datang dari pokok jambu ini, pangkalnya aku telah siram dengan minyak hitam sehingga pokok jambu ini hilang selera nak membesar seterusnya membuatkan banyak daunnya gugur. Kesemua reban ini di letakkan kawasan bertanah berjarak 1-2 kaki dari lantai reban untuk memudahkan penyerapan air kencing arnab


Di sini aku katergorikan beberapa jenis reban seperti yang aku nomborkan di bawah;

Reban no 1, 2, dan 3 - Saiz 1.5'x1.5'x2. Bingkainya diperbuat dari dari kayu. Dinding, bumbung dan lantai pula dari BRC saiz setengah inci paling halus. Sudah 2-3kali lantainya di tukar dengan BRC baru tapi masih sama juga. Hasil pemerhatian, BRC halus dapat bertahan selama setahun sahaja sebelum karat dan reput. So no 2 dan 3 telah ditukar kepada BRC setengah inci yang lebih kasar. Setakat ini tiada masalah. Disebabkan saiznya yang besar, sekarang ini aku letakkan sepasang arnab setiap sangkar.

Reban 4,5 dan 6 - Saiz 1'x1'x2. Sama seperti reban saiz 1.5'x1.5'x2, bingkainya dari kayu dan semua brc adalah dari setengah inci halus. Sudah beberapa kali lantainya ditukar dengan brc yang sama dan masih perlu ditukar lagi. Reban ini boleh dimasukkan 2 ekor arnab kampung tapi kalau arnab pedaging lebih dari 3 kg tak sesuai kerana saiznya sempit. Paling elok reban saiz ini sesuai untuk ibu-ibu arnab yang bakal dan baru melahirkan anak. So sekarang reban 4 dan 5 menempatkan ibu dan anak. Sementara reban 3 menanti saat kelahiran lagi 2 minggu.

Reban 7 - Saiz 1'x1'x1.5'. Bingkai kayu dan brc halus sama seperti di atas. Mulanya reban ini aku buat sebagai carriage untuk memudahkan aku membawa arnab aku ke sana ke mari tetapi disebabkan memerlukan reban untuk mensmpung kapasiti, sekarang aku telah menempatkan sepasang arnab muda yang baru berjinak-jinak dalam mengawan.

Reban 8 & 9 merupakan reban saiz standard (Kod 304). Struktur reban ini semuanya diperbuat dari besi dan bersalut cat tebal berwarna putih. Dinding dan bumbung berjarak dalam 1 cm dan lantainya berjalur besi dengan jarak 1/2 cm. Disebabkan lantainya yang sedemikian rupa, reban ini tak sesuai menempatkan ibu arnab yang bakal beranak atau sudah mempunyai anak kerana mudah jatuh terus ke bawah. So sekarang aku menempatkan sepasang jantan dan betina (betina baru lepas kematian anak berusia 3 hari) dan lagi satu sangkar aku menempatkan seekor jantan muda.

Reban 10 & 11 juga reban standard (kod 301). Struktur dan pembuatan sama seperti reban 304. Seekor arnab jantan muda dan seekor betina muda yang baru nak baik luka bergaduh masing-masing ditempatkan di dalam reban ini.

Reban 12, 13 & 14 merupakan reban yang paling terbaru aku buat. Sebenarnya reban ini adalah dari satu reban yang panjang. Di dalamnya aku pisahkan menjadi 3 bahagian dengan meletakkan 2 dinding brc. Reban ini di buat sebegitu rupa kerana untuk menempatkan anak-anak arnab yang berusia 1-2 bulan kelak dalam kuantiti yang banyak.

So bila lagi aku nak tambah reban? Yang pasti designnya pasti yang terbaru dan tidak sama dengan yang sekarang. Ringkas tetapi tahan lama, tahan lasak dan jimat kos merupakan sasaran untuk reban akan datang. Tunggu je la..

Tuesday, 14 August 2012

Strategi Kahwin Tak Menjadi

Ingat tak lagi aku ada buat strategi baru untuk mengahwin kan arnab dengan menyatukan si jantan dan betina dalam satu sangkar untuk jangka masa yang lama disebabkan beberapa faktor di bawah,

1. Mengurangkan masa memindahkan induk betina ke sangkar pejantan setiap kali di kahwinkan.
2. Mempunyai stock jantan muda yang banyak.
3. Memastikan bahawa induk betina sentiasa boleh di kahwinkan pada bila-bila masa tanpa jadual dan pemantauan.
4. Mengurangkan penggunaan sangkar untuk mengasingkan seekor betina dan seekor jantan pada setiap sangkar.
5. Memastikan bahawa hanya satu pejantan sahaja untuk dikahwinkan pada seekor betina.


Tetapi selepas seminggu aku pantau strategi ini, aku mengalami masalah baru. Antaranya;

1. Apabila dah lama induk betina bersama dengan jantan, si jantan sudah tidak mempunyai minat pada betina. So, didapati aktiviti mengawan kurang berlaku. Suasana hambar. Tapi apabila di masukkan betina baru, si jantan menunjukkan minat untuk mengawan betina baru.

2. Masalah paling teruk apabila induk betina yang dipindahkan dari sangkar pejantan lain ke penjantan baru akan di serang dengan ganas oleh penjantan baru. Ini disebabkan badan induk betina telah mempunyai bau pejantan asal yang kuat (semasa memikat, si jantan akan kencing ke arah betina) menyebabkan si jantan baru tak dapat menerimanya. Jadi di sini, induk betina perlulah berada dalam keadaan bersih dari bau-bauan jantan lain untuk mengelak diserang ganas oleh jantan lain semasa dikahwinkan. Dengan kata asal, eloklah betina berada bersendirian di dalam sangkar nya sendiri atau di tempatkan bersama dengan betina-betina lain yang bebas dari bau jantan.

3. Keadaan keliling sangkar akan kotor dengan air kencing jantan. Biasanya arnab jantan akan kencing ke arah betina ketika mengawan untuk menunjukkan bahawa dia berkuasa ke atas betina. So bayangkan lah kalau dah letakkan betina secara tetap dengan jantan. Agak-agak apa warna arnab betina berbulu warna putih? Jadi warna cokelat la bro.. haha.. penuh dengan air kencing pekat. Nak pegang pun kena pikir 2-3 kali. Hancing semacam.

Jadi aku pun mula mengasingkan semula mana-mana betina yang berpontensi untuk bunting. Pejantan utama pun aku biarkan semula seekor dalam satu sangkar. Sangkar pun terhad jadi hanya dapat la 2 ekor betina aku asingkan. Mana yang kurang berpontensi untuk bunting, aku biarkan aje dengan jantan muda.

Pengalaman mengajar aku. So bila tak buat benda baru manakan tau hasilnya ye tak?. So tak salah mencuba kalau benda tuh tak merbahaya.

Monday, 13 August 2012

26+(K16)(3-1) = 28 ekor

26 ekor stock terdahulu
(K16) 3 ekor dari kelahiran ibu ke empat
(K16) 1 ekor darinya mati mungkin kesejukan

Hari Jumaat petang hingga la Ahad malam aku tiada di rumah. Bermakna selama lebih dari 2 hari (atau 48jam) aku meninggalkan arnab-arnab kesayangan aku di rumah tanpa penjaga. Tup-tup, aku balik dan jenguk reban aku, kelihatan banyak bulu berada dalam sangkar yang mempunyai seekor jantan muda dan induk sebaya ibunya. Rupanya induk lama (ke empat) yang pernah beranak 5 ekor pada bulan Januari 2012, beranak buat kali kedua.

Ada 3 ekor, tapi seekor sudah terkulai, mati di tengah-tengah sangkar. Tengok keadaan anak dua ekor yang masih hidup, bulunya sudah kering dan berkilat. So aku jangkakan sudah lebih 24jam anak ini di lahirkan. Biasanya kalau baru di lahirkan, anak akan mempunyai kulit yang kemerah-merahan tanpa sehelai bulu pun.

Disebabkan jantan muda yang begitu agresif, cepat-cepat aku alihkan anak tersebut ke sebuah takung didik dan mencari-cari sangkar lain untuk di jadikan tempat baru. Aku memilih sangkar induk pertama untuk ibu dan anak yang baru lahir ini menetap. Sementara induk pertama ni aku tukarkan tempat dengan ibu tersebut. Bermakna aku kahwinkan je dengan jantan muda tu.

Sementara anak yang mati ni aku masukkan dalam polybag, ikat elok-elok dan buang dalam tong sampah seperti aku buang tulang ikan/ayam. Ikutkan memang aku kena tanam, tapi dah telalu banyak sangat bangkai arnab yang aku tanam kat sebelah rumah aku, aku dah buat keputusan jika ada arnab yang mati, aku akan terus buang ke dalam tong sampah.

Seperti biasa, bila je ada kelahiran yang tak di duga/bersedia, aku akan memastikan yang anak arnab sihat untuk hidup. Jika dah nyawa-nyawa ikan, kita tawakkal je. Tapi kali ni aku tengok yang dua ekor ni masih kuat walaupun aku tengok macam dah tak menyusu selama 24jam. Memang pun, sebab si ibu aku tengok tak mencabut habis bulu-bulu di bawah perutnya untuk mengalakkan penyusuan si anak. Yelah, ini la masalahnya bila beranak bersepah.

Aku sebagai penjaga prihatin, kenalah mencabut bulu-bulu di perut ibu arnab itu. Bulu ibu arnab ni senang je cabut, lagi-lagi bila dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran. Aku cabut sekitar putingnya je sudah asalkan si anak dapat menghisap putingnya dengan lengkap. Kalau ada banyak bulu, si anak tak dapat nak menghisap dengan elok. Bulu-bulunya pulak aku taburkan aje dalam takung didik buat selimut untuk memanaskan anak-anaknya.

Bila dah siap aku letakkan semula si ibu dalam takung didik. Si ibu berasa sedikit takut. Dia tak menghiraukan anak-anaknya. Anak-anaknya pulak tak tau ibunya ada untuk menyusukan mereka. Hah, ini lah masalah yang biasa kita hadapi. Aku kena jadi prihatin lagi. Aku tolakkan si anak ke bawah perut ibu. Si anak tak agresif. Si ibu pulak tak berikan ruang untuk si anak duduk di bawak perutnya apatah lagi ruang untuk menyusu.

Disebabkan takde apa yang berlaku, aku terpaksa mengambil ibu arnab itu dan membalikkan si ibu dalam keadaan terlentang. Aku memicit-micit puting si ibu. Ada susu yang keluar walaupun tak banyak. Aku ambil si anak dan mensuakan mulutnya ke puting si ibu. Si anak seakan dapat membau bau susu di puting ibunya. Walaupun reaksi penyusuan tidak agresif, aku kena memulakan langkah pertama ni. Kalau tidak si anak akan mati kelaparan.

Selepas mencuba berulang kali, baru si anak dapat memahami dan mengikut gerak hati dan menyusu sepuas-puasnya. Ada 5 pasang puting dan si anak dapat menghisap semua puting-puting tersebut dan hati aku rasa lega. Harap-harap selepas ini si anak dapat berdikari. Tak payah la harapkan aku lagi ye. Perkara yang sama aku buat semasa kelahiran anak-anak Loop Ear. Lahir 5 ekor dalam keadaan tak sedia. Mati 3 ekor dan 2 ekor dalam tak bermaya. Sekarang berusia seminggu lebih, dah bukak mata. Sihat sejahtera. Alhamdulillah.

So sekarang sudah ada 28 ekor. Bila la yang nak beranak? Tunggu je lah. Memang kali ni semua kelahiran tak dapat duga.

Makanan Arnab Tanpa Jagaan

Nak tinggalkan arnab untuk bercuti panjang? Nak balik kampung? Aku ada tips yang menjimatkan. Boleh tahan sampai 3 hari tanpa topup makanan.

Mungkin untuk orang yang berkemampuan dorang boleh pakai auto feeder. Tapi aku ni penternak kecik je. So aku ada cara aku tersendiri. Disebabkan 2-3hari makanan kebiasaan (palleta) tiada, arnab akan berasa lapar dan ingin menggigit sesuatu. Kebiasaannya arnab suka menggigit barang-barang yang lembut. Jika dia tak menjumpai sesuatu barang untuk digigit, dia akan mengais-ngais sesuatu dengan berkali-kali sebagai contoh, sudut sangkar atau mangkuk makanan. Untuk mengelak benda ni aku akan meletakkan sesuatu benda untuk arnab ni mengigit dan akan mengurangkan rasa lapar. Antaranya batang pokok pandan, batang pokok ubi kayu dan daun pisang.


Batang Pokok Pandan.

Sebelum aku meninggalkan rumah untuk bercuti panjang, aku akan memotong pokok pandan beserta batangnya sekali kira-kira semeter panjang. Batang pandan ni aku kerat-kerat sepanjang sekaki untuk di letakkan ke dalam setiap sangkar arnab. Batang pandan ni adalah sebagai bahan untuk arnab menggigit ketika lapar. Sebenarnya aktiviti menggigit ni bergantung juga kepada sesekor arnab. Ada arnab tak suka mengigit bila aku letakkan batang pokok pandan. Ada yang dalam masa satu malam je sudah dapat habis satu kaki batang pandan walaupun aku sudah memberikan pallet pada masa yang sama. Antara kelebihan batang pandan ni, ia nya lembut dan sama khasiatnya dengan daun pandan.


Batang Ubi Kayu

Orang kata batang ubi kayu tak berapa bagus untuk arnab kerana mengandungi getah. Boleh menyebabkan diet arnab terganggu. Setakat ni, dah berbatang-batang aku bagi arnab aku tak da pulak masalah. Ya lah, daripada aku buang begitu sahaja abtang ubi kayu, aku letakkan dalam sangkar arnab. Macam jugak batang pandan, bergantung pada arnab. Ada yang suka menggigit kulitnya saja, dan batang ditinggalkan, ada yang hebat dikunyahnya semua batang ubi kayu tersebut sehingga habis. So pada pandangan aku, batang ubi kayu pun boleh juga di beri sebagai bahan sampingan untuk dorang mengigit dan makan ketika lapar.


Daun Pisang.

Masa kat kampung aku ada diberitahu oleh seorang pakcik yang pernah membela arnab. Daun pisang pun arnab boleh makan. Aku pun tak caya, tapi bila aku letakkan daun pisang kat arnab aku, punya la suka dorang makan. Suka sedap atau suka lapar tak tau la pulak aku. Tapi bila aku letakkan daun pisang, dorang akan makan dengan lahap. Dan sumber nya pun ada kat sebelah rumah aku. So daripada aku buang biarkan kering seterusnya di bakar, baik aku terus bagi kat arnab aku. Tak sampai satu hari je daun pisang (berserta batang) habis di balun.


Ini hanyalah tips dari aku. Bukan aku nak dera arnab aku tapi, ini la jalan yang aku ada untuk mengelakkan arnab aku dari kebulur ketika aku meninggalkan depa 2-3 hari. Nak bagi banyak-banyak pallet dalam mangkuk, kang dorang kais. Berterabur bawah sangkar. Kebulur jugak. Dan lagi buat aku menyirap adalah. Arnab ni kalau di biarkan lapar, dia akan mengalami cirit birit. Taik akan jadik cair. So tak bagus la. Dengan cara ni, janji arnab kita akan sentiasa ada benda nak gigit.

Untuk yang berkemampuan, boleh pakai auto feeder pallet. Buat sendiri pun boleh pakai auto timer. Tapi buat yang ada reban terdedah ngan hujan macam reban aku, tima hujan haru la.. Pallet jadi bubur la gamaknya.

Selamat berjaya.

Tuesday, 7 August 2012

Cargil Naik 5.7%

Hari Sabtu yang lepas semasa aku dan keluarga pergi berbuka puasa dengan offismate di Pantai Puteri, aku singgah kejap untuk membeli makanan (dedak) arnab. Seperti biasa aku akan membeli 2 kampit pallet jenama Cargill yang bertanya 25kg setiap beg. 50kgs ini adalah cukup untuk menampung 20 ekor arnab dewasa untuk jangka masa sebulan. Bila aku sampai, tauke tu macam dah kenal muka aku walaupun sebulan sekali aku berurusan dengan dia.

Yang tak bestnya semasa aku hulur duit untuk 2bag, dia kata harga pallet sudah naik. Kalau dulu RMYY.YY sekarang sudah jadi RMZZ.ZZ. Sudah 5.7% naik. Wow.. seingat aku baru je bulan July lepas naik dari RMXX.XX ke RMYY.YY. Sekarang naik lagi. Terus aku bagitau tauke tu lepas ni aku kena cari pallet yang murah macam jenama "bengy". Dia kata semua makanan ternakan naik.

Aku pun berkira-kira, jika Bengy berharga RMVV.VV berbanding Cargill yang RMZZ.ZZ, aku sudah menjimatkan 30.3%. Bermakna, dengan harga 2 bag cargil aku boleh mendapat lebih dari 3 beg bengy seberat 75kg. So tepuk dada tanya lah selera.

Tapi aku ni pulak jenis berkira-kira dalam menukar kesetiaan aku ke atas sesuatu barang. So susah jugak la kalau aku ni dah setia kat satu barang walaupun harganya agak tinggi dengan jenama lain. Ah, pelan-pelan la nanti aku tukar.


Takung Didik

Kali ni aku nak cerita pasal bekas arnab beranak atau lebih dikenali sebagai Takung Didik.

Malam tadi aku meluangkan masa untuk menambahkan takung didik lagi 2 bijik. Kali ni aku buat untuk sangkar yang bersaiz 1' x 1' x 2' bermakna memang takung didik ni kecik. Cukup-cukup untuk induk ni beranak. Tak boleh baring-baring dalam takung didik ni.

Seperti biasa bahan-bahan yang aku perlukan ialah, plywood, stapler-gun, dan kayu kecik selain gergaji untuk potong kayu dan plywood tu. Senang je buat benda ni, cuma kita perlu kreatif sikit. Kayu dan plywood tuh pun aku dapat dari kawasan perindustrian bukit rambai yang memang terkenal dengan industri pembuatan produk kayu kayan.

Sebelum ni aku ada 5 induk bermakna aku ada 5 takung didik; 1 saiz besar, 3 saiz sederhana dan 1 saiz kecil yang menjadi contoh untuk aku buat 2 yang baru. Aku tambah lagi 2 sebab induk aku dah bertambah lagi 1 dan 1 lagi sebagai backup sebab ada takung didik lama yang tak elok untuk digunakan lagi.
Bawah ni aku tunjukkan cara-cara aku yang kreatif dalam menghasilkan takung didik buatan sendiri.

1. Bahan-bahannya plywood lebar 5", kayu kecik lebar 1" dan gun stapler
2. Keratkan plywood sepanjang 11" x 3pcs, 8" x 2pcs dan kayu kecik panjang 2" x 4pcs
3. Staplerkan kayu kecik di hujung plywood x 4 penjuru
4. Staplerkan kayu kecik di plywood lagi satu untuk membentuk sudut
5. Teruskan stapler keempat penjuru hingga mewujudkan sebuah segi empat tepat
6. Terbalikkan dan tutup bawah dengan plywood @ kayu

7. Dah siap sebuah takung didik yang besaiz 11"x 8"x 5"
Aku dah siapkan 3 bijik. Semua dah dimasukkan kedalam sangkar. Nampaknya induk pun selesa duduk dalam takung ni.

3 takung didik baru yang dimasukkan kedalam reban masing-masing.
Terus induk-induk ni duduk dalam konon nak amik feeling nak beranak.
Takung didik ni elok di letakkan minggu ke 3 atau seminggu sebelum dia beranak untuk dia membiasakan lepak dalam takung ni. Lagi satu nak mengelakkan takung didik jahanam sebelum tiba masanya. Maklumla, induk bunting nak beranak memang kuat mengais dan menggigit. Tiap-tiap malam ada je bunyi dorang bertukang.

22-(K14)1+(K15)5 = 26 ekor

22ekor stock terdahulu
1 (K14) ekor anak tunggal mati kesejukan
5 (K15) ekor kelahiran dari generasi ketiga

Buat pengetahuan, anak tunggal dari induk dara ke 2, telah pun mati selepas 3 hari bertahan. Dari pemerhatian aku, disebabkab kelahiran tempoh hari yang tidak begitu bersedia menyebabkan si anak tidak kenal bau ibunya dan tidak agresif untuk menyusu ketika ibunya berada di dalam takung didik. Di tambah pula dengan cuaca hujan. Walaupun si ibu mencabut bulu badan nya dan dipindahkan ke dalam takung didik untuk menambahkan kepanasan, anaknya masih tidak pandai membawa diri. Ini menyebabkan si anak mati dalam kesejukan terlampau (bila aku pegang sudah nyawa-nyawa ikan) dan kelaparan.

So apabila si anak mati, aku dengan pantas tak menunggu si ibu berpantang. Aku terus mengalihkan takung didik dan bangkai anaknya. Seterusnya aku memasukkan si jantan muda (adik beradik dia jugak) untuk di kahwinkan. Harapan aku dalam masa sebulan induk dara ini akan beranak semula.

Tapi berita kematian ini telah digantikan dengan berita kelahiran terbaru. Seperti yang di jangka semalam aku mendapat anak arnab lagi 5 ekor. Seperti mengikut rentak kata aku tempoh hari, kelahiran kali ke 3 ini dari arnab dara jugak! Baru berusia 7 bulan. Beranak pada waktu malam dengan penuh bersedia dan cukup peralatan. So jumlah sekarang menjadi 26 ekor.

Selepas berumur 8 jam.

Setakat 8 jam selepas kelahiran, sebelum aku pergi keja, aku jenguk semua 5 ekor anak ini masih bergerak bermakna setakat ini semuanya OK. Buat pengetahuan, 7 hari pertama kelahiran adalah waktu yang paling kriktikal untuk anak-anak arnab yang kecil ini. Salah satu kematian yang paling digeruni ialah si anak mati kelaparan sebab tak menyusu atau si ibu tak bagi nyusu.

Itu sebab ketika kelahiran, kita sebagai tuan kepada arnab ini perlu menyediakan peralatan atau kelegkapan yang secukupnya kepada induk. Tak cukup dengan itu, kita bagi sokongan moral. Masa dia sibuk mengemas membuat sarang, mencabut bulu di perut, kita pun boleh tolong dia dengan memotong kertas surat khabar. Kompem si ibu mengambil kertas tu jadikan alas untuk bakal anak yang di lahirkan.

Kalau masa dia beranak dia tak sempat nak cabut bulu diperutnya, kita sendiri yang kena cabutkan bulu-bulu tersebut.

So aku nak balik rumah, nak tengok 5 ekor anak ni masih ok ke tak. Dah lebih setengah tahun aku tak menimang anak buat ni. Alahmdulillah, hopefully terus menjadi-jadi anak arnab ni. Boleh tambah side income masa musim cuti sekolah nanti.