Arnab Daging

Wednesday, 29 August 2012

32-K15(2) = 30 ekor

32 ekor baki terdahulu
2 ekor K15 - 07/08/2012 yang berusia 21hari mati.
 
Pagi ni aku agak sibuk menguruskan kelahiran baru - K19. Tiba-tiba kesibukan itu di tambah pula dengan kematian 1 ekor anak dari K15 yang sudah 21hari usia sementara lagi sekor hanya menunggu masa sahaja untuk mati (nyawa-nyawa ikan). Entah kat mana silapnya aku pun tak tahu, tapi dari segi pemerhatian 2-3 hari ini anak-anak dari ibu 050 ini mengalami tubuh badan yang kurus. Aku sangka kan baka ibu ini memang dari jenis kecil. Tapi bila aku ternampak kematian anaknya, memang sah, si anak mengalami kekurangan zat makanan.

Anak yang berusia 21 hari. Semasa gambar di ambil,
sebelah kiri sudah nyawa2 ikan. Kanan sudah keras.
 
Semalam aku dah check si ibu, putingnya mengalami kecederaan dan ada sedikit berkudis. Mungkin kecederaan dari penyusuan anak yang agresif. Aku sudah buangkan kudis yang menyaluti putingnya. Aku lupa pula untuk memeriksa susunya, ada ke tidak aku tak tau. Bila dah berlaku kematian hari ini baru lah aku buat post mortem.
 
 
Post Mortem.
 
Pada usia 2 minggu apabila si anak sudah keluar dari takung didik, maka takung didiknya sudah tidak diperlukan lagi. Maka sebagai penternak prihatin, kita perlu keluarkan takung didik tersebut. Ini untuk mengelakkan si ibu main nyorok-nyorok dengan anaknya kerana lari dari dikejar si anak yang kehausan. Bagi anak yang agresif tidak apa sebab dia boleh panjat sana, panjat sini tapi bagi yang kecil dan lemah, ini adalah satu kekurangan yang boleh membawa kematian seperti yang berlaku di atas.
 
Di samping penyusuan ibu, penternak perlulah menyediakan makanan dan minuman yang secukupnya kerana susu ibu tidak dapat lagi menampung kehendak dari anak yang membesar. Oleh itu makanan dan minuman perlulah senang di ambil oleh anak.
 
Semoga post mortem ini dapat menghindarkan kematian anak yang sedang membesar.

No comments:

Post a Comment